KARANGAN
JENIS KEPERIHALAN
Bersama Cikgu Norah,
SMK Tunku Putra,
KARANGAN
GAMBARAN/KEPERIHALAN?
Sesuatu penulisan yang ditulis
berdasarkan peristiwa,pengalaman ,
pembacaan atau perbualan.
Nota Cikgu Norah
CONTOH SOALAN KARANGAN KEPERIHALAN
Soalan:
Anda telah menyertai Sambutan
Hari Sukan Negara.
Ceritakan pengalaman anda
semasa menyertai program
tersebut.
Nota Cikgu Norah
PANDUAN UMUM KARANGAN KEPERIHALAN
1 Penulis perlu menceritakan peristiwa, pengalaman, 5 Karangan mestilah logik
suasana, keadaan atau pemandangan berkaitan diri
Karangan ini memerihalkan atau menggambarkan Gunakan bahasa yang mudah difahami,
2 sesuatu berdasarkan situasi- apa yang dilihat, 6 ringkas dan tepat.
dirasakan, dialami dan didengar Digalakkan supaya masukkan peribahasa
3 Perkara yang diceritakan mestilah mengikut 7 Tiada format khusus
urutan peristiwa dan jelas
Letakkan perasaan atau pandangan
4 Elakkan penyampaian cerita yang
berulang-ulang 8 secara keseuruhan – di bahagian
penutup
Nota Cikgu Norah
TIPS MENULIS KARANGAN KEPERIHALAN
SIAPA APA
DI MANA KENAPA
BILA BAGAIMANA
Nota Cikgu Norah TANYA
& JAWAB
LANGKAH-LANGKAH
MEMBINA
KARANGAN KEPERIHALAN
Bersama Cikgu Norah
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
01
SEBELUM Baca Soalan & Fahamkan
MEMULAKAN Gariskan kehendak soalan / Kata Kunci
KARANGAN
Contoh soalan:
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan
oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap
berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu.
Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
02 PENDAHULUAN
ISI 1
…
BINA ISI 2
KERANGKA ISI 3
KARANGAN
ISI 4
PENUTUP
Nota Cikgu Norah
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
02 BINA KERANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Pada minggu lepas saya terpaksa tinggal sendirian Ibu bapa saya pergi ke bandar
di rumah membeli barang keperluan rumah
Saya duduk di ruang
tamu Sambil membaca buku dan minum air sirap.
Saya memilih untuk membaca buku sejarah kerana peperiksaan sejarah akan diduduki tidak
lama lagi.
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
02 BINA KERANGKA KARANGAN
ISI 1 Saya menjenguk Suatu kebakaran di rumah jiran rasa sangat
ke luar rumah telah berlaku terkejut
Tiba-tiba terdengar
suara riuh-rendah dari
luar rumah
Nota Cikgu Norah
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
02 BINA KERANGKA KARANGAN
ISI 2 lihat api semakin Hati saya Saya cuba Jiran-jiran yang lain
marak dan asap semakin membantu membantu memunggah
Saya berkepul-kepul cemas memadam
keluar kebakaran barang
dari rumah
Nota Cikgu Norah
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
02 BINA KERANGKA KARANGAN
ISI 3 Cuba Anggota bomba Bertungkus Ahli keluarga
menghubungi tiba 10 minit lumus mangsa menangis
Api semakin pihak bomba kemudian
marak memadam dan berpelukan
kebakaran sesama sendiri
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
02 BINA KERANGKA KARANGAN
ISI 4 Tiada nyawa yang Dokumen – Keluarga mangsa
terkorban dokumen penting ditempatkan di balai raya
Kebakaran
dapat dikawal turut dapat buat sementara
diselamatkan
Nota Cikgu Norah
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
02 BINA KERANGKA KARANGAN
PENUTUP Kerjasama penduduk Keletihan tetapi Sepakat membawa
setempat membantu gembira dapat berkat
Perasaan sangat menyelamatkan mangsa membantu orang lain
gembira dan
bersyukur
Nota Cikgu Norah
GABUNGKAN KESEMUA ISI MENJADI AYAT LENGKAP
03 Pada minggu lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu dan bapa saya pergi ke
bandar membeli barang keperluan rumah. Saya duduk di ruang tamu sambil membaca buku dan minum air
sirap. Saya memilih untuk membaca buku sejarah kerana peperiksaan sejarah akan diduduki tidak lama lagi.
Sewaktu saya sedang membaca buku, tiba-tiba terdengar suara riuh-rendah. Suara bising itu
datangnya dari luar rumah. Saya menjenguk ke luar rumah. Rupa-rupanya,suatu kebakaran telah berlaku di
rumah jiran saya. Saya berasa sangat cemas dan terus menutup buku yang dibaca.
Saya keluar dari rumah. Saya dapat melihat dengan jelas api semakin marak dan asap berkepul-
kepul. Hati saya semakin cemas dan hati ini meronta-ronta ingin membantu. Saya dan jiran-jiran cuba
membantu memadam kebakaran. Jiran-jiran yang lain juga turut membantu memunggah barang dan ada
yang turut sama memadam kebakaran.
Api semakin marak bermula dari dapur rumah tersebut. Salah seorang jiran saya ,Pakcik Hasan
segera cuba menghubungi pihak bomba. Setelah dihubungi, pihak bomba sampai kira-kira 10 minit
kemudian.Pihak bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran dan dalam beberapa minit sahaja api mula
terpadam. Saya lihat ahli keluarga mangsa menangis dan berpelukan sesama sendiri.
Kebakaran tersebut dapat dikawal.Kami bersyukur kerana tiada mangsa yang terkorban dalam
kejadian ini.Dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, surat beranak, geran tanah juga dapat
diselamatkan.Buat sementara waktu, keluarga mangsa kebakaran ini ditempatkan di balai raya.
Mangsa kebakaran tersebut, jiran-jiran dan saya sendiri tidak henti-henti mengucapkan syukur ke
hadrat Ilahi.Berkat kerjasama penduduk setempat, kami dapat membantu menyelamatkan mangsa
kebakaran.Malang memang tidak berbau, justeru kita semua perlu berhati-hati. Walaupun keletihan, kami
semua tetap gembira dapat bekerjasama menyelamatkan mangsa seperti peribahasa
“sepakat membawa berkat”.
LANGKAH –LANGKAH MEMBINA KARANGAN KEPERIHALAN
04 Semak ejaan, tanda baca dan bahasa, patah perkataan
Pastikan ejaan betul
Pastikan ayat gramatis- ayat lengkap, tidak tergantung
Pastikan tanda baca yang betul- noktah, koma , tanda soal dll
Pastikan cukup patah perkataan
TERIMA KASIH
TERUSKAN USAHA.SELAMAT MAJU JAYA
Nota Cikgu Norah