KARANGAN PENDEK PT3
Selamat Belajar
KERTAS 2
BAHAGIAN A
FORMAT KARANGAN:
⚫ Karangan Pendek [Wajib Jawab]
⚫ 10 Markah
⚫ Cadangan Masa: 15 Minit
⚫ 50-80 Patah Kata
Karangan Pendek
⚫ 1. Murid diberi satu soalan:
dalam bentuk peta i-think, gambar tunggal,
gambar bersiri atau bahan grafik.
⚫ 2. Arahan –
Tulis karangan berdasarkan tema yang diberi.
⚫ 3. Panjang karangan antara 50-80 patah kata
[ jika lebih, takut masa terbuang]
Penting!
⚫ Tulis pendahuluan dan penutup yang ringkas.
⚫ Pemerenggan –Tulis satu perenggan sahaja
⚫ Ungkapan menarik – tidak wajib dimasukkan
⚫ Gunakan semua isi yang diberikan
Kriteria Penskoran / Pemarkahan
⚫ Cemerlang [ 6 isi ] - : 8-10 markah
⚫ Baik [ 3-5 isi ] : 6-7 markah
⚫ Penguasaan Minimum [ 1-2 isi ]: 3-5 markah
Tidak mencapai tahap memuaskan 0-2 markah
CONTOH
KARANGAN
PENDEK
Berdasarkan maklumat di bawah, tuliskan sebuah karangan pendek yang
panjangnya 50 hingga 80 patah perkataan.
Kepentingan Semangat
Patriotik
Membentuk semangat juang Memupuk semangat cinta
akan negara
Menaikkan imej negara Pemangkin kemajuan negara
Menjadi contoh kepada Mewujudkan
generasi muda perpaduan kaum
JAWAPAN CONTOH
Semangat patriotisme sangat penting
dalam kalangan masyarakat kita. Kita akan
dapat memupuk semangat cinta akan negara
dengan membentuk semangat juang yang tinggi
dalam diri generasi muda. Selain itu, semangat
patriotisme mampu menjadi pemangkin kepada
kemajuan perpaduan negara. Kita akan dapat
menjadi contoh kepada generasi muda dan kita
akan dapat menaikkan imej negara di persada
dunia.