The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asekins309, 2022-11-29 08:40:15

MPU21032 E FOLIO

MPU21032 E FOLIO

MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO

SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

PENSYARAH :

ENCIK AMIR FARIZ BIN CHE MAN

AHLI KUMPULAN : KUMPULAN H.U.S.N.A

NURUL ASYIQIN BINTI NOOR HUSSAIRI 01DKA22F1117
NORFAZILAH BINTI MUHAMAD 01DKA22F1136
NUR ADANI BINTI NAZZRI 01DKA22F1120
SOLEHAH BINTI MOKHTAR 01DKA22F1131
01DKA22F1151
DANIA BALQIS BINTI MOHD HATA

TAJUK :
SUKAN SEBAGAI
PLATFORM DETIK
PERPADUAN
RAKYAT MALAYSIA

SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Hal ini demikian kerana masyarakatnya
terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tiga kaum
utama serta rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun
Negara dan pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk memupuk perpaduan rakyat.
Salah satu kaedah yang dapat meningkatkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia
ialah sukan. Hal ini demikian kerana sukan merupakan medium untuk membentuk
Perpaduan Kaum dan integrasi Nasional. Selain itu, kebanyakan rakyat Malaysia amat
meminati terhadap sukan. Bola sepak, badminton, renang, futsal merupakan sukan yang
paling popular di negara kita. Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini meminati
sukan. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk
menyediakan infrastruktur sukan kepada orang ramai. Kini, padang permainan, dewan
badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan yang lain dibina di kawasan
tertentu bagi memudahkan rakyat stay atlet untuk bermain. Aktiviti sukan sangat berharga
kerana menjadi medan untuk memupuk disiplin, semangat bekerjasama dalam satu
pasukan selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan peserta.
Peserta sukan juga yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam beberapa aktiviti sukan
seperti bola sepak , pertandingan-pertandingan sukan yang pelbaga di sekolah serta
perlawanan besar antara negara-negara dapat mengeratkan lagi persahabatan Lantas,
menjadi pemangkin perpaduan negara. Perpaduan boleh disatukan dengan permainan.
Dengan itu sukan telah menjadi platform penyatupaduan kaum di Malaysia. Contoh
sukan yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum adalah hari sukan negara.Hari
sukan negara merupakan salah satu platform yang terbaik untuk mendapatkan lonjakan
yang tinggi dalam mengeratkan hubungan antara kaum. Hal ini kerana, hari sukan negara
akan melibatkan semua kaum tidak mengira bangsa,agama dan warna kulit. Dengan ini
kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum apabila timbulnya kerjasama antara
satu sama lain . Hari sukan ini juga membolehkan kita memupuk nilai bertolenrasi dan
berkejasama dalam diri setiap individu.Dengan ini,kita dapat mengelakkan salah faham
antara satu sama lain yang boleh menyebabkan pertelingkahan antara kaum sehingga
boleh melibatkan isu-isu sensitif.Sebagai contoh, sukan bola sepak dan sukan bola jaring.
Sukan ini dimainkan dalam kumpulan yang besar ,malah ia terdiri daripada pelbagai
bangsa dan agama,tamsilnya pemain bola sepak Malaysia iaitu muhamadou sumareh.

KEBERKESANAN SUKAN DALAM MEDIUM PERPADUAN

Tidak boleh dinafikan bahawa sukan merupakan antara platform yang paling berkesan
dalam menyatupadukan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Aktiviti
bersukan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim pada masa yang sama
sukan juga dapat mengangkat martabat Negara ke mercu yang lebih tinggi. Pencapaian
cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan
antarabangsa. Buktinya, Malaysia telah berjaya merampas piala Thomas pada tahun
1992 setelah 25 tahun kehilangannya. Pasukan badminton (BAM) piala Thomas telah
menjadikan nama Malaysia disebut-sebut oleh seluruh dunia.

BIODATA DATUK LEE CHONG WEI

Nama penuh : Lee Chong Wei

Tarikh lahir : 21 Oktober 1982

Tempat lahir : Penang, Malaysia

Kerjaya : Pemain Badminton
keseorangan lelaki

Dalam sukan Olimpik Beijing pula, datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama negara
dengan memenangi pingat perak dalam acara badminton. Selain itu, Pencapaian ratu
skuasy negara Datuk Nicol Ann David lebih membanggakan.
beliau telah menjadi juara dunia sebanyak empat kali, iaitu pada tahun 2005, 2006,
2008 dan 2009 serta menduduki rangki pertama dunia sejak tahun 2006. Hal ini
dibuktikan bahawa, atlet Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu dalam mewujudkan
perpaduan antara kaum. Dengan kejayaan atlet negara ini boleh mengangkat martabat
sesebuah negara serta pada masa yang sama dapat memajukan pembangunan negara
Tidak boleh dinafikan bahawa sukan merupakan antara platform berkesan dalam
menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Bidang sukan bukan sahaja
medan melahirkan ahli sukan semata - mata tetapi sebenarnya juga berperanan
menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum. Ini kerana , sukan tidak pernah
mengira latar belakang agama , keturunan , kepercayaan dan batasan yang boleh
menghalang interaksi antara pemain , penyokong , pengurusan dan masa. Sukan
mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu , menghargai dan
mencipta 'semangat satu negara' , satu matlamat .

KONSEP SUKAN SEBAGAI PLATFORM DETIK PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

Pada zaman pascakemerdekaan ini, sukan telah menjadi platform
menyatupaduan rakyat di Malaysia ini. Perkara ini boleh dilihat sejak dahula kala
lagi iaitu pasukan bola sepak pada tahun 1998 yang mempunyai pemain berbilang
kaum seperti melayu ,cina dan india. Hal seperti ini mampu menyatupaduakan
hubungan perpaduan antara kaum meskipun mereka berbeza warna kulit ,
berlainan agama dan perbezaan persefahaman . Akan tetapi, mereka mampu
mencoretkan kesapaduan sosial antara kaum . Keunikan Malaysia adalah kerana
mempunyai masyarakat yang berbilang etnik. Kepelbagaian ini menjadi unik
dan indah kerana setiap etnik mengekalkan adat resam dan budaya yang
diamalkan oleh etnik masing-masing semenjak zaman berzaman. Namun begitu,
menguruskan masyarakat yang pelbagai bukanlah mudah. Oleh yang
demikian ,jika masyrakat di Malaysia mampu menjadikan sukan sebagai medium
penyatupaduan antara kaum ianya merupakan kejayaan yang besar dalam
membentuk keharmonian dalam masyarakat melalui aktiviti sukan. Pada waktu
yang sama, untuk menjalankan apa – apa aktiviti bagi meningkatkan dan
mengukuhkan semangat kesukanan isu mengenai konflik masyarakat haruslah
diketepikan supaya tidak menjadi penghalang dalam memupuk semangat
kesukanan dalam kalagan masyarakat di Malaysia. Justeru, pelbagai rancangan
mengenai sukan boleh dilaksanakan bagi menggalakkan lagi penglibatan
masyarakat melalui sukan . Antara contoh yang boleh diketengahkan ialah
Malaysia telah membuktikan kejayaan mereka dalam pengajuran sukan seperti
Hoki Piala Dunia , Sukan Komanwel , Piala Thomas , South East Asia Games/ Sukan
SEA, Sukan Pemotoran Formula 1 , Le Tour de Langkawi dan banyak lagi sukan
yang berjaya dianjurkan oleh pasukan
Malaysia. Kejayaan pasukan dalam negara
mahupun diperingkat antarabangsa
merupakan kesungguhan hasil kerjasama
pelbagai pihak . Dalam pada itu, Pemain dan
jurulatih bekerjasama tanpa mengira
kaum seterusnya sukan dapat membentuk
sebuah pasukan yang bersatu dan
saling berkerjasama untuk mengukir kejayaan.
Justeru, kejayaan ini boleh dilihat
melalui permainan hoki yang mencipta sejarah
iaitu Malaysia menjadi juara dalam
Kejohan Hoki dalam Dewan Piala Asia 2022 dengan menewaskan juara bertahan
Iran menerusi penentuan pukulan penalti.



KESIMPULAN

Tuntasnya,umum mengetahui bahawa banyak usaha yang boleh
dijalankan untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh.Oleh itu,
salah satunya adalah sukan yang berupaya mengukuhkan perpaduan
antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sukan amat
bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga
mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik
di Malaysia. Masyarakat hari ini sudah mempunyai minda yang terbuka dan
luas pengetahuan untuk menerima dan menghormati kaum atau bangsa
lain serta hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bendera. Selain
itu, melalui sukan, rakyat Malaysia dapat menyelami erti perpaduan,
menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan
sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Seperti
lirik lagu yang diporpularkan oleh penyanyi Adibah Noor, ikan di laut, asam
di darat, dalam periuk, bikin muafakat. Kita sebenarnya mempunyai banyak
perbezaan tetapi Jika disatukan dalam prinsip dan nilai kemanusiaan yang
baik, pastinya perpaduan dapat dilahirkan dan dikekalkan. Oleh itu sukan
mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa
agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara
maju yang lain. Persis mutiara kata, bersatu teguh bercerai roboh.


Click to View FlipBook Version