The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thina12kumaran, 2021-12-19 22:30:44

NEW E-FOLIO SUKAN DAN PERPADUAN

NEW E-FOLIO SUKAN DAN PERPADUAN

DEPARTMENT OF MECHANICAL ENGINEERING SESSION 1 2021/2022
MPU 21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK : SUKAN DAN PERPADUAN
PENTAKSIRAN : E-FOLIO

LECTURER NAME
YUSNIZAM BIN YAHAYA

NAMA PELAJAR

1.Bertujuan mengkaji sejauh manakah bidang sukan menjadi salah satu instrumendalam

menghidupkan perpaduan kaum di Malaysia.

2.Untuk mengenalpasti tahap patriotisme yang dapat dibentuk dalam diri individudan
masyarakat melalui sukan.

3.Bertujuan mengenalpasti bagaimana rakyat Malaysia yang terdiri daripadaberbilang kaum
menyumbang dalam bidang sukan.

4.Untuk mengetahui sejauh mana sukan boleh memberikan manfaat yang amatbesar terhadap
aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu,masyarakat dan Negara.

APA ITU SUKAN ?

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan,
dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya,
berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi
berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis
sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada
sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama
keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa
kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran
berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur.

APA ITU PERPADUAN ?

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah
masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial
yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia
mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.
Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang
menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

APAKAH KEPENTINGAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN ?

 Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
 Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
 Penyertaan aktiviti tidak terhad kepada kaum tertentu.
 Membuka peluang seluasnya kepada ,mereka yang berminat di peringkat sukan adalah

aktiviti kokurikulum
 Penubuhan majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia/MSSM
 Mengadakan temasya sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat

awal.kemudian sukma mula diadakan setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara negeri
 Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat

sukan

CONTOH TEMASYA SUKAN ANTARABANGSA

SUKAN OLIMPIK

Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula
dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancisbernama Pierre de
Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas
telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.Selain itu, Sukan
Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan
serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.

SUKAN KOMANVEL

Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali,
melibatkan atlet elit dari negara-negara komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya
lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang
bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.Mulanya acara yang dikenali
sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 diHamilton, Ontario, Kanada. Kemudian
nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan
Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.

SUKAN ASIA

Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat
tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia
(OCA) di bawah pengawasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC). Pingat akan
dianugerahkan dalam setiap acara dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat
kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, suatu tradisi bermula sejak tahun 1951.Atlet perlu
didaftarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mengikut kewarganegaraan atau
kerakyatan. Lagu kebangsaan dan bendera mengiringi upacara pemberian pingat dan angka
yang diatur mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang memungut pingat.

SUKAN ASIA TENGGARA / SEA

Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan
dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh
Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan
Majlis Olimpik Asia.Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia
Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia
Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah
disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk
konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand.

KEBAIKAN SUKAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN ?

 Dapat membentuk masyarakat yang cergas dan cerdas tanpa mengira usia,kaum mahupun
bangsa.

 Dapat mengeratkan silaturrahim dan tali perpaduan antara masyarakat tanpa mengira
bangsa.

 Memupuk nilai-nilai murni sesama masyarakat.
 Dapat menaikkan taraf sukan negara kita dan bersaing di mata dunia.
 Mampu menjadi suatu sumber pendapatan kepada penggemar sukan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara
kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan
untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus
untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan
kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan
mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat
masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai
kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia
meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.


Click to View FlipBook Version