1
2 PERKARA MUKA SURAT Notis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke- 21 3 Aturcara Majlis 4 Senarai Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 5 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke -20 6 - 14 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2023/2024 15 Penyata Kewangan hingga 31.12.2023 16 - 18 Mesyuarat AJK PIBG sesi 2023/2024 19 Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 20 - 21 Usul dan cadangan 22 - 23 Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 24 ISI KANDUNGAN
3 Ruj. Kami : SKPI (PIBG)100-13/1/4 ( ) Tarikh : 27 Mac 2024 Kepada, Ibu bapa / Penjaga SK Pinji NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21 – SESI 2023/2024 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pinji akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka SK Pinji Tuan dijemput hadir pada hari tersebut. 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Pengerusi PIBG 2.2 Ucapan Penasihat PIBG 2.3 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu 2.4 Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2.5 Membentang, menerima laporan dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 2.6 Membahaskan usul 2.7 Membubarkan AJK PIBG 2023/2024 2.8 Lantikan AJK baru 2.9 Ucapan Penangguhan Kerjasama dan kehadiran tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (KHAIRIYAH BINTI MOHAMED AKHIR) Setiausaha PIBG SK Pinji SK : Penasihat PIBG NYDP/AJK PIBG
4 08.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa dan guru : Tayangan multimedia 08.20 pagi : Para tetamu dan ibu bapa mengambil tempat 08.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Ucapan Pengerusi Majlis : Bacaan doa : Ucapan Guru Besar : En. Yusof bin Yeop Yunus : Ucapan Perasmian : En. Zaherien bin Rahmat, Timbalan PPD Pembangunan Murid Pejabat pendidikan Daerah Kinta Utara 09.15 pagi : Rehat / Jamuan Hari Raya Aidilfitri 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-21 dimulakan Agenda Mesyuarat : • Ucapan Penasihat • Ucapan YDP PIBG • Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu • Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan • Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 • Membahaskan usul dan cadangan • Pembubaran AJK PIBG sesi2023/2024 • Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 • Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2024/2025 12.00 tengahari : Bersurai ATUR CARA
5 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Penasihat : En. Yusof bin Yeop Yunus (Guru Besar SK Pinji) Yang Dipertua : En. Idris bin Salim Naib Yang Dipertua : En. Muhammad Ridzuan Chung bin Abdullah Setiausaha : Pn. Khairiyah binti Mohamed Akhir Bendahari : En. Abdul Razak bin Ismail Ahli Jawatankuasa : Wakil Pihak Guru 1. Pn. Murni binti Mansor 2. En. Muhammad Syahir bin Abdul Halim 3. Pn. Norlaila binti Haidar 4. Pn. Norhasmida binti Ab Hamid 5. Pn. Syabinar binti Mohamad Sharif : Wakil Ibu Bapa 1. Pn. Norhariyanti binti Nazeri 2. En. Norazrul bin Nasri 3. En. Muhammad Shahril bin Shamsuri 4. Pn. Nur Azreen binti Hamdan 5. En. Mohamad Aznir bin Abdul Samad Juru Audit : 1. Pn Noor Zaimah Zakiah binti Mohd Yusof (Guru) 2. En. Mohd Nur Helmi bin Mohamad Salim (Ibu Bapa)
6 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN PINJI PERSIARAN BUNGA RAYA , 31650 IPOH PERAK MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 SESI 2023/2024 TARIKH : 20 Mei 2023 HARI : Sabtu MASA : 9.00 pagi TEMPAT : Dewan Harmoni SK PINJI KEHADIRAN : 121 orang AGENDA 1 : Ucapan Pemangku YDP PIBG – En. Mohd Shubaily bin Abdul Kader 1.1 YDP mengalu-alukan kedatangan guru dan ibu bapa. 1.2 Mengucapkan rasa syukur, tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir. 1.3 Mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG kerana dapat menjalankan Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Raya pada tahun ini. 1.4 Menyatakan mesyuarat agung ini adalah platform terbaik untuk berkongsi idea bagi melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum anak-anak. 1.5 Memaklumkan telah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin memangku jawatan YDP setelah kematian YDP sebelum ini, Allahyarham En. Abdul Halim bin Aripin. 1.6 Mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa atas sumbangan PIBG bagi membantu menjalankan pelbagai akiviti untuk pencapaian sahsiah dan kecemerlangan program sekolah. 1.7 Menghargai sokongan ibubapa dalam dalam menjayakan program-program sekolah. 1.8 Mengharapkan agar sokongan berterusan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi melalui sokongan dan kerjasama yang baik dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan. MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20
7 AGENDA 2 : Ucapan Perasmian – En Yusof Bin Yeop Yunus – Guru Besar SK Pinji 2.1 Mengalu-alukan kehadiran AJK, Ibubapa dan guru ke mesyuarat agung PIBG hari ini. 2.2 Mengucapkan selamat hari raya kepada semua. 2.3 Memberi penghargaan ucapan terima kasih kepada mantan Al-marhum YDP PIBG dalam memajukan program di SK Pinji. Majlis diminta sedekahkan bacaan Al-Fatihah. 2.4 Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang menjalankan tugas menjayakan pelbagai program PIBG. 2.5 Memaklumkan pemilihan akan dijalankan pada tahun ini dan akan bertukar setiap tahun. Jika perlu dikekalkan, boleh dikekalkan atas keputusan bersama. 2.6 Begitu juga dengan pelantikan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) 2.7 Memaklumkan pada bulan januari yang lalu, ujian akhir sesi akademik (UASA) telah dijalankan. Sepanjang pemerhatian, selepas UPSR dimansuhkan, proses penaakulan murid untuk menjawab soalan terlalu lemah. 2.8 Sekolah dikehendaki mencetak soalan yang disediakan lembaga peperiksaan dan melaksanakan ujian mengikut jadual yang diberikan oleh PPD. 2.9 Standardnya sama seperti UPSR. Markah diisi oleh guru dalam sistem grednya dijana oleh lembaga peperiksaan. 2.10 Penilaian PBD mengikut tahap penguasaan (TP) setiap subjek sahaja dilaksanakan oleh guru. 2.11 Dikhabarkan pada tahun ini ujian akhir sesi akademik (UASA) akan dijalankan sebanyak 2 kali. 2.12 Namun begitu, dalam taklimat terkini sekolah digalakkan melaksanakan ujian dalaman. Soalan digubal oleh guru-guru sendiri berpandukan format soalan UASA. 2.13 Ujian pertengahan tahun ini akan dijalankan pada bulan ogos. 2.14 Ujian akhir sesi akademik (UASA) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia akan dijalankan pada januari tahun hadapan. 2.15 Sasaran kehadiran 90% setiap bulan diharap dapat dicapai sepanjang tahun. Mohon ibubapa memberi galakan anak-anak ke sekolah. 2.16 Kehadiran bulan mac dan april, kelas yang mencapai saran 90% adalah seperti berikut : • 1G 94.00% • 1C 90.3% • 2G 90.71% • 3G 90.38% • 3C 91.11% • 4C 90.8% • 5C 90.66% • 3 Opal 91.30%
8 2.17 Inisiatif kehadiran penuh murid oleh PPD seperti sebuah hadiah motosikal, rantai dan gelang emas, 20 jam G-Shock dan hamper kepada kehadiran penuh murid ke sekolah serta bersahsiah baik melalui cabutan bertuah yang disiarkan secara langsung oleh PPD setelah nama murid yang hadir penuh diberikan oleh pihak sekolah. 2.18 Pada tahun 2022, PIBG telah menganjurkan karnival Jom Ceria bagi menambah dana PIBG. 2.19 Mengucapkan terima kasih atas sokongan ibubapa yang menyokong program tersebut dan antara hasilnya ialah dua buah TV dan speaker yang telah dipasang di dewan terbuka bagi kemudahan dan manfaat anak-anak tuan puan. 2.20 Perancangan sekolah seterusnya adalah berusaha menambah dana bagi memperbaiki kerosakan dan membeli smart TV yang boleh diletakkan di dalam kelas bagi memudahkan sesi pengajaran. 2.21 Memaklumkan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah terhad. Sekolah hanya diberikan 42% sahaja setakat ini untuk kewangan sekolah. 2.22 Sekiranya tuan-puan terlibat dengan NGO, boleh berkolaborasi dengan pihak sekolah mendapatkan sumbangan luar dan melaksanakan program yang dapat memberi manfaat kepada anak-anak. 2.23 Pihak sekolah juga mengalu-alukan Ibu bapa berkongsi kepakaran yang ada seperti program motivasi, sukan permainan, senamrobik, lawatan sambil belajar dan lain-lain demi kepentingan pendidikan anak-anak. 2.24 Memaklumkan pada tahun ini, pihak sekolah menerima pelbagai sumbangan daripada luar antaranya : • Sumbangan daripada Ahli Parlimen Ipoh Timor • Baucer raya the store daripada ADUN Pasir Pinji (8 orang) • Bantuan awal persekolahan daripada Agromate Bersama Persatuan Empire Kebajikan Malaysia Empire Project (50 orang) • Bakul rahmah daripada Aeon Big (15 orang) • Baju raya daripada Alfaro (89 orang) • Bantuan uniform sekolah daripada Rotary Club (20 orang) • Bantuan stokin sekolah daripada Rotary Club (semua murid) • Duit raya daripada Al-mathaam (78 orang) • Sumbangan Chee Tek Kok untuk pendidikan khas. 2.25 Memaklumkan 10 orang murid telah didedahkan dengan Projek Bumi Hijau kerjasama dengan SK Raja Perempuan yang dianjurkan oleh SDGs Ambasador, Yayasan Hasanah dan biji-biji. 2.26 Murid-murid juga menyertai Program English and Culture Network bersama dengan Bankampangphet School,Songkla di SK Kampong Pasir Puteh. 2.27 Memaklumkan pencapaian murid sepanjang tahun 2022 dalam pelbagai bidang seperti : • Damia Afreena - Johan hafazan PPKI e-Mahabbah Peringkat Negeri (Tempat ke-4 Peringkat Kebangsaan)
9 • Tan Jin Ye - Tempat ke-2 deklamasi sajak e-Mahabbah Daerah Kinta Utara. • Husna binti Mohd Ruduan – Anugerah Rambu Pengakap PPKI • Muhammad Izz Ar-Rayyan – Johan Peringkat Daerah Program Tik Tok Sahsiah. • Afnan Syahmi, Damia Humaira dan Izz Ar-Rayyan – Tempat ke-3 Pertandingan Bridge Building Peringkat Daerah Kinta Utara • Unit Uniform Pengakap dan Puteri Islam telah menyertai International Uniform Showcase Peringkat Kebangsaan. 2.28 Memaklumkan pencapaian guru mendapat Johan Peringkat Negeri dalam Pertandingan Boling Pendidikan Khas iaitu Cikgu Norhasmida, Cikgu Marliyana, Cikgu Naim dan Pn. Mudzalifah. 2.29 Guru-guru juga menerima Lencana Bunga Padi bagi Anugerah Pemimpin Pandu Puteri Peringkat Daerah iaitu Pn. Zaiton dan Pn. Nora’ini. 2.30 Sekiranya ibubapa mempunyai masalah tentang anak-anak dan guru, boleh terus berjumpa dengan Guru Besar atau pentadbir yang lain. 2.31 Sumbangan idea, tenaga, kewangan sangat dialu-alukan kerana kekuatan persatuan terletak pada tangan ibubapa. 2.32 Ucapkan terima kasih pada semua ibubapa yang banyak membantu pihak sekolah dan berharap sumbangan dan sokongan yang berterusan demi anak-anak SK Pinji. 2.33 Ucapan terima kasih kepada AJK PIBG bagi sesi 2022/2023, ibubapa dan semua guru yang menjayakan majlis pada hari ini. 2.34 Guru Besar seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 sesi 2022/2023 dengan lafaz Bismillah. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 SESI 2022/2023 AGENDA 3 : Ucapan Pemangku YDP 3.1 Pemangku YDP membuka majlis dengan bacaan Surah Al-Fatihah. 3.2 Mengalu-alukan kedatangan AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung. 3.3 Meminta ibubapa scan QR code untuk akses ke buku digital Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-20 3.4 Pemangku YDP menyerahkan kepada Setiausaha PIBG untuk membentangkan minit mesyuarat. AGENDA 4 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke19 sesi 2021/2022 4.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-19 untuk disahkan.
10 4.2 Kehadiran 121 orang termasuk yang menyertai secara hibrid melalui siaran langsung dari youtube SKPinji TV Channel. 4.3 Minit mesyuarat telah diedarkan secara digital (Flipbook). 4.4 Tiada perkara berbangkit. 4.5 Dibentangkan oleh : En Hafizin Naim bin Muhammad Sanusi (Setiausaha PIBG) Dicadangkan oleh : Tuan Azrul bin Nasri Disokong oleh : Pn. Norhayati binti Naszri AGENDA 5 : Membentang Laporan Aktiviti Tahunan 5.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan sebanyak 17 aktiviti (rujuk m/s 14) 5.2 Mesyuarat sebulat suara semua menyokong laporan tersebut. AGENDA 6 : Membentang Penyata Kewangan PIBG 6.1 Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2022 untuk diterima (rujuk m/s 15-21). 6.2 PIBG menerima sumbangan daripada Chee Tek Kok untuk PPKI dan YB Dato Norashikin, JK Pembangunan Wanita dan Keluarga SUK Negeri Perak sebanyak RM3000. YB Ahmad Saidi Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Perak berjumlah RM3000 serta peruntukan sumbangan MBPK oleh SUK Perak sebanyak RM2300. 6.3 Kutipan sumbangan PIBG terbahagi kepada 3 iaitu sumbangan PIBG, program komputer dan program peningkatan Akademik. 6.4 Setakat 2022 jumlah kutipan bayaran PIBG adalah sebanyak RM12,209.00 6.5 Jumlah ibubapa yang membuat pembayaran yuran PIBG adalah sebanyak 88.6 % 6.6 Jumlah pendapatan adalah sebanyak RM45384.47 dan perbelanjaan adalah sebanyak RM28,375.00 6.7 Dibentangkan oleh : Pn. Nora’ini binti Abdul Rahman Dicadangkan oleh : En. Mohd Faizal bin Kasim Disokong oleh : Pn. Maziana binti Mohd Uda AGENDA 7 : Membentang dan membahaskan usul dan cadangan 7.1 Usul 1 - Pembawa: AJK PIBG • Cadangan sumbangan PIBG 2023 telah persetujui dalam mesyuarat AJK Bil 5 pada 9 Mei 2023 untuk dibentangkan semasa mesyuarat agung kali ke-20 seperti berikut :
11 Bil Perkara P. Khas (RM) Th.1 (RM) Th.2 (RM) Th.3 (RM) Th.4 (RM) Th.5 (RM) Th.6 (RM) 1. Sumbangan PIBG (Sekeluarga) 100.00 45.00 45.00 45.00 45.00 45.00 45.00 2. Program Komputer - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 3. Keceriaan - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Jumlah Besar 100.00 65.00 65.00 65.00 65.00 65.00 65.00 7.2 Soalan : En. Idris bin Salim - Mohon penjelasan setiap aktiviti mengikut pecahan. 7.3 Jawapan : En. Yusof bin Yeop Yunus (Guru Besar SK Pinji) • Memaklumkan program komputer dijalankan di makmal komputer yang dikongsi 12 kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. • Wang akan digunakan untuk membeli perkakasan bukan harta modal. • Pihak sekolah telah menerima 20 unit laptop dan memerlukan kemudahan lain bagi membolehkan makmal beroperasi dalam keadaan kondusif. • Sumbangan keceriaan digunakan untuk membaik pulih kerosakan di dalam sekolah bagi keselesaan murid-murid seperti tandas yang selalu bocor, kipas dan suis di dalam kelas. • Kerosakan dibaiki oleh JKR sekiranya ada peruntukan. 7.4 Mesyuarat sebulat suara meluluskan cadangan usul 1 Sumbangan PIBG 2023 7.5 Usul 2 – Pembawa : AJK PIBG • Menetapkan sumbangan RM100 kepada setiap kelas pada setiap tahun bagi tujuan keceriaan dan persediaan kemasukan murid pada tahun baru. 7.6 Soalan : En. Idris bin Salim • Mohon penjelasan sumbangan RM100 tersebut diambil dari sumber mana dan untuk apa? • Keutamaan adalah kepada pembelajaran bukan keceriaan kelas. 7.7 Jawapan : En. Yusof bin Yeop Yunus (Guru Besar SK Pinji) • Usul ini boleh digugurkan atau diteruskan. • Sumbangan diambil daripada dana PIBG yang terkumpul bukan dari setiap keluarga. • Mesyuarat meluluskan cadangan usul ke-2 melalui undian majoriti. (Akan dibincang dalam mesyuarat AJK PIBG yang baru)
12 7.8 Cadangan : Idris bin Salim • Setelah nota disalin hendaklah memberikan penerangan kepada muridmurid dengan lebih jelas. • Tidak mahu ada guru yang sekadar mengisi masa menyuruh murid menyalin nota tanpa penerangan bagi memberikan kefahaman kepada murid tentang isi pembelajaran yang diajar. • Perlu ada ujian untuk melihat kemajuan prestasi murid. 7.9 Maklum balas : En. Yusof bin Yeop Yunus (Guru Besar SK Pinji) • Akan memaklumkan tindakan susulan oleh guru dalam mesyuarat guru • Pihak sekolah akan memperbaiki kelemahan sebaik mungkin. 7.10 Cadangan 7 : Fadhilah binti Hj Zawawi • Pihak PIBG perlu gantikan khemah menunggu yang baharu kerana khemah lama rosak. • Khemah amat perlu kerana musim panas. • Tempat menunggu sedia ada agak berbahaya kerana ada longkang. • Tambah kipas untuk keselesaan murid. 7.17 Maklum balas : En. Mohd Shubaily bin Abdul Kader (Pemangku YDP) • Sedang diusahakan untuk mendapatkan khemah. • Tunggu keputusan AJK PIBG yang baharu. AGENDA 8 : Pembubaran AJK PIBG 2021/ 2023 8.1 Pemangku Yang Dipertua PIBG membubarkan secara rasmi Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2023. AGENDA 9 : Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2023/2024 9.1 Majlis melantik En. Muhammad Azmin bin Saleh sebagai pengerusi sementara. 9.2 Jawatan Yang Dipertua PIBG • Nama dicadangkan : En. Idris bin Salim • Pencadang : Pn. Nor Mastura binti Salim • Disokong : En. Mohd Hafiz bin Abd Samad • Mesyuarat sebulat suara menyokong pelantikan Yang Dipertua. 9.2 Lantikan Naib Yang Dipertua PIBG • Nama dicadangkan : En. Muhammad Ridzuan Chung bin Abdullah • Pencadang : En. Mohd Nur Helmi bin Mohd Salim • Disokong : En. Hafizin Naim bin Muhammad Sanusi
13 • Nama dicadangkan : En. Mohd Nur Helmi bin Mohd Salim • Pencadang : En. Fauzul Azim bin Baharuddin • Disokong : Pn. Nurul Kamaliah binti Abdulah • Pengundian dimenangi oleh En. Muhammad Ridzuan Chung bin Abdullah. 9.3 Lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibubapa) • Nama dicadangkan : Pn. Norhariyanti binti Nazri • Pencadang : Pn. Nor Azlin binti Hamdan • Disokong : Pn. Murni binti Abdullah • Nama dicadangkan : En. Nor Azrul bin Nasri • Pencadang : Pn. Norjihan binti Ahmad Fuad • Disokong : Pn. Hamidah binti Sulaiman • Nama dicadangkan : En. Muhammad Shahril bin Shamsuri • Pencadang : En. Mohd Fadzil • Disokong : Pn. Sharifah Junita binti Syed Amir • Nama dicadangkan : Pn. Norafida binti Meor Jamaluddin • Pencadang : Pn. Syabinar binti Mohamad Sharif • Disokong : En. Mohamad Aznir bin Abdul Samad • Pelantikan Pn. Norafida binti Meor Jamaluddin dibantah oleh En. Mohd Shubaily binti Abdul Kader • Nama dicadangkan : En. Mohamad Aznir bin Abdul Samad • Pencadang : En. Hafizin Naim bin Muhammad Sanusi • Disokong : En. Mohd Shubaily bin Abdul Kader • Nama dicadangkan : Pn. Nur Azreen binti Hamdan • Pencadang : Pn. Salmah binti Ahmad • Disokong : Pn Noor Zaimah Zakiah bt Mohd Yusof • Mesyuarat sebulat suara menyokong pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG di atas. 9.4 Lantikan Juru Audit PIBG dikekalkan : • En. Mohd Nur Helmi Bin Mohamad Salim (Ibu Bapa) • Pn Noor Zaimah Zakiah bt Mohd Yusof (Guru) • Pencadang : En. Riduan bin Seman • Disokong : Pn. Salmah binti Ahmad • Mesyuarat sebulat suara menyokong pelantikan tersebut.
14 9.5 AJK PIBG daripada guru-guru yang telah dilantik melalui cabutan nama : • Setiausaha : Pn. Khairiyah binti Mohamed Akhir • Bendahari : En. Abdul Razak bin Ismail • AJK : Pn. Murni binti Mansor : Pn. Norlaila bin Haidar : En. Muhammad Syahir bin Abdul Halim : Pn. Norhasmida binti Ab Hamid : Pn. Syabinar binti Mohamad Sharif AGENDA 10 : Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2023/2024 –En. Idris bin Salim 10.1 Mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ibubapa atas lantikan ini. 10.2 Memaklumkan tentang latar belakang sebagai pensyarah beberapa buah universiti awam malaysia. 10.3 Akan berusaha membantu dan memperbaiki urusan anak-anak di sekolah dan boleh berjumpa jika ada teguran. 10.4 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tengah hari.
15 Sepanjang tahun 2023/2024, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi membantu pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Berikut adalah aktiviti yang melibatkan PIBG dan pihak sekolah. BIL. PERKARA TARIKH PERLAKSANAAN 1. Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Peringkat Sekolah 22 Julai 2023 2. Gotong Royong Madani 21 September 2023 3. Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 3 Oktober 2023 4. Kejohanan Olahraga Sekolah 26 Oktober 2023 5. Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat Sekolah 20 November 2023 6. Jamuan Perpisahan Tahun 6 18 Januari 2024 7. Gotong Royong KPM Fasa 1 (Penyelenggaraan Kecil) 18 Disember 2024 8. Kem Jati Diri Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) 26-27 Januari 2024 9. Pertandingan Program Adab dan Nilai 2023/2024 22 Januari 2024 10. Majlis Apresiasi 2023/2024 6 Februari 2024 11. Program Keceriaan Kelas 11 Mac 2024 12. Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 25 April 2024 13. Mesyuarat Agung dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PIBG 27 April 2024 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2023/2024
16 LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN PIBG SESI 2023/2024
17
18
19 Ahli Jawatankuasa yang dilantik telah mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali dan beberapa perkara telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Tarikh-tarikh mesyuarat adalah seperti berikut: Bil Mesyuarat Tarikh 1 Mesyuarat AJK Kali - 1 15 Jun 2024 2 Mesyuarat AJK Kali ke -2 11 Januari 2024 3 Mesyuarat AJK Kali ke - 3 18 April 2024 Berikut adalah bilangan kehadiran AJK pada mesyuarat Ahli jawatankuasa: Bil Nama Penuh Jawatan Kehadiran 1 En. Yusuf Bin Yeop Yunus Penasihat 3/3 2 En. Idris bin Salim YDP 2/3 3 En. Muhammad Ridzuan Chung bin Abdullah NYDP 3/3 4 Pn. Khairiyah binti Mohamed Akhir Setiausaha 3/3 5 En. Abdul Razak bin Ismail Bendahari 3/3 6 Pn. Norhariyanti binti Nazeri AJK Ibubapa 2/3 7 En. Norazrul bin Nasri AJK Ibubapa 1/3 8 En. Muhammad Shahril bin Shamsuri AJK Ibubapa 1/3 9 Pn. Nur Azreen binti Hamdan AJK Ibubapa 1/3 10 En. Mohamad Aznir bin Abdul Samad AJK Ibubapa 1/3 11 Pn. Murni binti Mansor AJK Guru 3/3 12 En. Muhammad Syahir bin Abdul Halim AJK Guru 1/3 13 Pn. Norlaila binti Haidar AJK Guru 3/3 14 Pn. Norhasmida binti Ab Hamid AJK Guru 3/3 15 Pn. Syabinar binti Mohamad Sharif AJK Guru 3/3 16 En. Mohd Nur Helmi bin Mohamad Salim Juru Audit Ibubapa 3/3 17 Pn. Noor Zaimah Zakiah bt Mohd Yusof Juru Audit Guru 1/3 MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/2024
20 Penasihat : En. Yusuf bin Yeop Yunus (Guru Besar) Pengerusi : En. Muhammad Ridzuan Chung bin Abdullah (NYDP PIBG) Naib Pengerusi 1 : En. Riduan bin Hj Seman (PK Pentadbiran ) Naib Pengerusi 2 : Pn Salmah binti Ahmad (PK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 3 : Pn. Zaiton Binti Su (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi 4 : En. Fauzul Azim bin Baharuddin (PK Pendidikan Khas) Setiausaha : Pn. Khairiyah binti Mohamed Akhir (Setiausaha PIBG) Bendahari : En. Abdul Razak bin Ismail (Bendahari PIBG) PENYAMBUT TETAMU Guru Besar Guru-Guru Penolong Kanan AJK PIBG PA SISTEM/TAYANGAN MULTIMEDIA/LIVE STREAMING En. Mahyarruddin Bin Shuhaidi (K) En. Hafizin Naim Bin Muhammad Sanusi En. Francis A/L Vedamuthu PENDAFTARAN Cik Thavamani A/P Selvan (K) Pn. Nurul 'Afifah Binti Azhar FOTOGRAFI En. Mohammad Azmin Bin Saleh(K) Pn. Marliyana Binti Ramli BUKU PROGRAM / SLIDE BACKDROP Pn. Khairiyah Binti Mohamed Akhir (K) Pn. Noor Zaimah Zakiah Binti Mohd Yusop HADIAH CABUTAN BERTUAH Pn. Nor Hasmida Binti Ab Hamid (K) Pn. Nurul Kamaliah Binti Abdulah Pn. Hazrina Binti Muhammad Yazid PENCATAT MINIT Pn. Ang Bee Fang (K) Pn. Shavita A/P Aiyathurai Pn. Fadhilah Binti Hj Zawawi PERSIAPAN PENTAS / MEJA MESYUARAT Pn. Sharifah Junita Binti Syed Amir (K) Pn. Puteri Rothiah Binti Megat Yahaya Pn. Hamidah Binti Sulaiman Pn. Azwani Binti Samaun JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
21 PENGACARA MAJLIS Pn. Syabinar Binti Mohamad Sharif (K) Pn. Noorsoharah Binti Sulaiman JAMUAN VIP Pn. Murni Binti Mansor (K) Pn. Norhasikin Binti Ahmad Alwi Pn. Suriati Binti Kasim Pn. Nur Shariha binti Halim Pn. Nurul Natasya binti Yaakob BACAAN DOA En. Muhammad Arif Akmal bin Mohd Asri LAPORAN DOKUMENTASI Pn. Azlina Binti Mohamed Suhaibudeen (K) PERSIAPAN TEMPAT Dewan En. Roslan Bin Walat(K) En. Izwan Bin Md Zain En. Zul Isma Izwan bin Rokman Pekerja Am Sekolah KANTIN En. Abdul Razak Bin Ismail (K) En. Fakhrul Anwar bin Abdullah En. Nik Ahmad Hussaini bin Zulkifli Pn. Nora'ini Binti Abdul Rahman JAMUAN HARI RAYA Pn. Norlaila Binti Haidar (K) Pn. Norfaiza Binti Isa Pn. Haslina Binti Samat Pn. Suzi Azilawati binti Seded Pn. Siti Hawaris binti Md Ramdzan
22 Usul 1 Pembawa: AJK PIBG Cadangan sumbangan PIBG 2024 untuk dikekalkan seperti tahun 2023 telah persetujui dalam mesyuarat AJK Bil 3 pada 18 April 2024 untuk dibentangkan semasa mesyuarat agung kali ke-21. Bil Perkara P. Khas (RM) Th.1 (RM) Th.2 (RM) Th.3 (RM) Th.4 (RM) Th.5 (RM) Th.6 (RM) 1. Sumbangan PIBG (Sekeluarga) 100.00 45.00 45.00 45.00 45.00 45.00 45.00 2. Program Komputer - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 3. Keceriaan - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Jumlah Besar 100.00 65.00 65.00 65.00 65.00 65.00 65.00 USUL DAN CADANGAN IBU BAPA/PENJAGA 1. PN. FAZLIANA (MUHAMMAD MILAN UMAR 4C) Adakan pondok gunting rambut lelaki 2. PN. NOOR SAZANA BINTI ZAINUDDIN (NOOR ZULIA SYAFIYAH BINTI ZULKARNAIN 4C) Memasang khemah dan kerusi di sebelah pondok jaga seperti sebelum ini. Pastikan barang dan peralatan di kedai buku mencukupi ketika awal persekolahan terutama baju sukan. Makanan di kantin agak mahal dan tidak sesuai dengan portion yang diberi. 3. PN. SARIMAH BINTI SHAH BIDIN (NAZERIN BIN BADRUL HISHAM 4C) Pertukaran kelas tiap tahun supaya boleh berkenalan dengan murid-murid kelas 4 Gemilang memandangkan tahun 4 hanya ada dua kelas saja.Jadi tidaklah jemu tengok org yang sama tiap-tiap tahun. USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
23 4. PN. RAHMATULFATHIAH BINTI SAMSURI (WAN NURZAHRA BALQIS DAN WAN NURZUYYIN AISY 5C DAN 2G) Mohon tukar kontrak kantin dan pekerja kantin sekolah yang lepas kerana pekerjanya kerap merampas duit budak dan memaksa budak untuk mengambil apa sahaja makanan yang ada padahal bukan pilihan mereka, makanan kantin kotor anak kerap sakit perut bila membeli di kantin. 5. PN. NORA ARIF (MOHAMAD 'IZZUL ADAM AFIF BIN MOHD RAHIM 1C) 1. 2. 3. Saya mencadangkan pihak sekolah menyediakan satu lampu torch light bagi pelajar yg datang awal di sekolah untuk membuka lampu kelas .Torch light tersebut hendaklah di letakkan balik di pondok guard selepas menggunakan nya dan torch light tersebut hendaklah di letak kan stiker untuk kegunaan pelajar sahaja serta perlu direkodkan setiap kali pelajar ambil dan memulangkan di pondok guard. Saya mencadangkan 50% sumbangan pibg dan 50% sumbangan dari ibu bapa untuk membeli khemah dan kerusi bagi pelajar yang menunggu ibu bapa ketika balik sekolah. Saya juga mencadangkan penglibatan AJK PIBG dalam setiap aktiviti di sekolah bagi menggeratkan perpaduan diantara pihak sekolah dan PIBG. 6. PN. ZAIRATUL UZIAH BINTI MOHD ZAINI (YANG AIRIS AIRIN 6C) Mohon kerjasama pihak sekolah sekiranya dapat kembalikan waktu pulang kokurikulum seperti tahun sebelumnya iaitu 2.15 petang atau 2.30 petang. 7. HO SOOK THENG (KIEW ZHI XUAN 2 DIAMOND) I wish more activities for children. 8. TAN LAI THENG (JAYDEN LEE BING XIAN 3 OPAL) Buka lebih kelas ppki.
24 Penasihat : En. Yusof bin Yeop Yunus (Guru Besar SK Pinji) Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha : Bendahari : Ahli Jawatankuasa : Wakil Pihak Guru 1. 2. 3. 4. 5. : Wakil Ibu Bapa 1. 2. 3. 4. 5 Juru Audit : 1. (Wakil ibubapa) 2. (Wakil Guru) JAWATANKUASA PIBG SK PINJI SESI 2024/2025
25