The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasiffarhan29, 2021-06-29 11:14:43

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

HASIF FARHAN 05

TOKOH PEMIMPIN "PEJUANG WANITA SEJATI"
JOHOR

TUN TAN SRI DR. HAJAH
FATIMAH BIN HASHIM

NAMA: Muhammad Hasif Farhan bin Adi Sa'ari
KELAS: 4UM
E-MEL: [email protected]
NAMA SEKOLAH: SMK SERI PINANG
ALAMAT SEKOLAH: SMK SERI PINANG, Jln Tun Abdul Majid, 81440, Kulai, Johor

• ISI KANDUNGAN

• PENDAHULUAN
• BIODATA TOKOH PEMIMPIN
• PENDIDIKAN TOKOH
• KERJAYA
• SUMBANGAN
• NILAI KEPIMPINAN
• PENUTUP
• SUMBER RUJUKAN

• PENDAHULUAN

Wanita selalu menjadi sahabat agama, tetapi umumnya agama bukan sahabat bagi wanita”. Kalimat itu
diucapkan oleh Moris Winternitz. Menurut Annemarie Schimmel dalam pengantar buku The Tao of
Islam.Kebenaran ucapan Winternizt menemukan buktinya jika dikaitkan dengan kajian mengenai kedudukan
wanita dalam Islam yang sempat dominan selama bertahun-tahun.

Membicarakan peranan wanita di Malaysia, maka nama Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah binti Hashim akan
menjadi tokoh sentral dalam sejarah Malaysia sebagai salah seorang tokoh negarawan pertama yang berjasa
meletakkan wanita sejajar dengan laki laki dalam berbagai bidang, baik politik, sosial serta hak dan kedudukan
yang sama dalam masyarakat dan negara. Hasil dari perjuangan beliau masih dapat dinikmati oleh kaum wanita di
Malaysia hingga hari ini. Walaupun beliau hanya sempat mengecap pendididkan sekolah dasar, namun tidak
menjadi penghalang cita–cita beliau untuk mengangkat harkat dan derajat kaum wanita ketingkat yang lebih inggi
dan dapat berperang dalam berbagai aspek kehidupan.

• BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Tun Tan Sri Dr Hajah Fatimah binti Hashim lahir 25 Disember 1924 dan meninggal pada 9 Januari
2010. Beliau dilahirkan di Parit Keroma,Muar,Johor. Tempat persemadiannya di Makam Pahlawan,
Masjid Negara, Kuala lumpur. Suami beliau bernama Tan Sri Abdul Kadir Yusof pernah menjadi
Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang.

Tun Fatimah Hashim mempunyai 6 orang anak, 19 cucu dan 11 orang cicit. Anak perempuan
sulungnya, Mariam Abdul Kadir, adalah Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan
kini telah bersara. Anak kedua, Mohamed Shah Abdul Kadir, kini telah bersara sebagai
Pengerusi McDonald Malaysia dan pengasas Kelab Amal Ronald McDonald (RMCC) Malaysia.
Anak ketiga beliau, Profesor Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir adalah bekas Pengarah
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia , Kuala Lumpur dan dan kini Ketua Sekolah Klinikal di
Universiti Monash Malaysia . Anak lelaki keempat Datuk Anak Ali Abdul Kadir adalah akauntan
ulung dan pernah menjadi pengerusi Ernst & Young Malaysia serta pengerusi Suruhanjaya
Sekuriti , dan baru-baru ini bersara sebagai Pengerusi Dubai Investment Group bahagian
Malaysia.

• PENDIDIKAN TOKOH

Fatimah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar, kerana ketika itu belum ada
sekolah untuk murid perempuan di kampung tersebut. Beliau kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah
Melayu Perempuan Mersing dan belajar bahasa Inggeris di sekolah malam dengan seorang guru Sekolah
Convent Johor Bahru.

Tun Fatimah mula menunjukkan minat terhadap kerja-kerja kebajikan sejak di bangku sekolah lagi.
Semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua
Kumpulan Sekolah Melayu Perempuan Mersing , Ketua Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun
sayur, dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri Johor
di Sekolah Air Molek.

Pada 2016, telah diwujudkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim di Johor Bahru,
Jalan Nibong 48, Taman Daya. Tetapi sekolah ini tidak mempunnyai asrama. PPD telah mengarahkan
SMK Taman Daya 3 untuk menukar nama kepada SMK Tun Fatimah Hashim pada 7 Disember 2015 oleh

Encik Rohaizad bin Mohd Hanafiah, Penolong PPD Perhubungan.

• KERJAYA

Beliau pernah menjadi guru. Fatimah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947,
ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik,
Johor Bahru, dan memegang jawatan Bendahari, serta kemudiannya Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.
Pergerakan Kaum Ibu UMNO kini dikenali dengan nama Wanita UMNO.

Pada tahun 1956, setelah mengikut suaminya, Abdul Kadir Yusof, (Tan Sri) bertugas dalam
perkhidmatan kerajaan ke Perak. Tun Fatimah telah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Kaum
Ibu Negeri Perak dan dalam masa yang sama, memegang jawatan Ketua Bahagian Ipoh.
Dalam tahun itu juga (11 September 1956 - 1972), beliau telah dilantik Ketua Pergerakan
Kaum Ibu Malaya, menggantikan tempat Khadijah Sidek. Sebagai Ketua Pergerakan Kaum
Ibu UMNO, beliau secara automatik menjadi Naib Yang Dipertua UMNO Malaysia dan
menduduki kerusi di Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ahli Jawatankuasa
Kewangan UMNO dan Ahli Jawatankuasa Politik.

Pada tahun 1959, Tun Fatimah sekali lagi berpindah mengikut suaminya ke Kedah. Di sana, pada tahun yang
sama, beliau telah dipilih menjadi calon pilihan raya bagi kawasan Jitra-Padang Terap. Kemenangannya pada
tahun itu diulangi sebanyak dua kali lagi menjadikan beliau Ahli Parlimen bagi kawasan tersebut tiga kali
berturut-turut.

Pada 20 Mei 1969, Fatimah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Am, wanita Malaysia pertama menjawat jawatan
menteri. Beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun sehingga bersara pada bulan Februari 1973.
Sebagai Menteri Kebajikan Am, beliau membuat banyak lawatan ke negara-negara berjiran.

Pada Jun 1969, selaku Menteri Kebajikan , beliau dilapor memberi bantuan kepada keluarga India di Kampung
Chubadak/Kampung Chempedak, Sentul yang menjadi mangsa Peristiwa 13 Mei . Lebih 1000 orang menerima
bantuan makanan, pakaian dan pelbagai peralatan lain

• KERJAYA

Selain daripada bidang politik, Tun Fatimah juga aktif dalam pergerakan sosial, terutamanya dalam pertubuhan
wanita. Pada tahun 1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO dan bersama-sama beberapa orang
pemimpin wanita lain, beliau memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos, satu perayaan yang masih disambut
pada hari ini. Selepas pelancaran Hari Wanita, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (National
Council of Women’s Organisations, NCWO) ditubuhkan. NCWO merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-
pertubuhan wanita yang bertujuan, antara lain, untuk dijadikan urusetia perayaan Hari Wanita di samping
menangani persoalan-persoalan wanita semasa. Sebagai Presiden NCWO, Fatimah telah mengikuti beberapa
persidangan wanita antarabangsa. Tun Fatimah dipilih sebagai Timbalan yang Dipertua bagi penggal pertama
(1962-1965), dan menerajui NCWO selama 24 tahun sehingga bersara daripada jawatan pada tahun 1989.

Tun Fatimah juga pernah menjadi:
• Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
• Ahli Majlis Universiti Malaya
• Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta, Petaling Jaya
• Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita, Ipoh
• Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
• Ahli Jawatankuasa Majlis Perpaduan Kebangsaan Malaysia
• Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada tahun 1995, Universiti Teknologi Malaysia telah melantik Tun Fatimah sebagai Pro-Canselor

• SUMBANGAN

• Menitikberatkan martabat
wanita. Beliau telah

menggerakkan perayaan Hari
Wanita pertama pada tahun

1962, yang kini
dirayakan setiap tahun pada

tanggal 25 Ogos.

SUMBANGAN
FATIMAH

• Mewujudkan sebuah badan koordinasi • Beliau menyelenggarakan
pelatihan-pelatihan di wilayah
organisasi wanita Malaysia
(NCWO), iaitu badan yang kini Utara, Selatan dan Timur
menaungi lebih dari 100 buah NGO Malaysia. Kota Ipoh telah
dijadikan pusat training bagi
wanita. latihan dan kursus-kursus kaum
wanita untuk wilayah utara yang
membawahi dan mengkoordinir
empat negeri iaiyu negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

• NILAI KEMPIMPINAN

• Nilai yang kita boleh perolehi ialah sifat beliau yang tidak pernah putus asa. Beliau berusaha mencari jalan untuk
memupuk semangat perjuangan meskipun terdapat berbagai perbedaan dalam hal–hal yang mendasar. Meskipun
demikian visi dan misi perjuangan tetaplah sama yakni membawa wanita kearah kemajuan dalam sosial dan politik.

• Selain itu, beliau juga adalah seorang yang sangat bertanggungjawab. Ini kerana, didalam rentang waktu yang sama
Tun Dr. Fatimah juga memberi penekanan bahwa di dalam kesibukan berpolitik, kaum wanita tidak boleh
meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu rumah tangga yang berkewajiban mengurus suami dan anak–
anaknya.

• Di samping itu, beliau juga berani mengambil risiko untuk memegang pelbagai jawatan. Ini dapat dilihat menurusi
jawatan yang beliau pegang seperti yang utama Menteri kabinet Malaysia dan Menteri Kebajikan Am. Banyak lagi
jawatan yang beliau ada seperti Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat, Ahli Majlis Universiti
Malaya, Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta, Petaling Jaya,Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita, Ipoh,Ahli
Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya, Ahli Jawatankuasa Majlis Perpaduan Kebangsaan Malaysia, dan Naib
Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysiia.

• PENUTUP

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan.
Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai
struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan.
Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang dirancang
oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama
amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin
mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima
arahan.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada
arahan begitu juga dengan pemimpin,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di
perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan
pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama
bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan
suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa
hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa
hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke
arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham
Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului
zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

• SUMBER RUJUKAN

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Kepimpinan
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim
• https://adoc.pub/queue/peranan-tun-fatimah-hashim-dalam-martabat-kebajikan-wanita-d.htm


Click to View FlipBook Version