"Basikal Karat" "Basikal Karat" Amira Fatimah Binti Siswono
karya: Amira Fatimah Binti Siswono
watak-watak
Krik krok! Krik krok!, bunyi basikal Pak Abu. Pak Abu menaiki basikal karatnya untuk ke pekan mencari surat khabar lama. Krik krok! Krik krok!, bunyi basikal tua Pak Abu. Setiap hari, Pak Abu mencari rezeki dengan menjual surat khabar lama. 1
Walaupun usianya sudah tua, Pak Abu masih gigih bekerja. Pak Abu terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menyara hidupnya. Krik krok! Krik krok!, bunyi basikal Pak Abu. 2
Sedang Pak Abu mengayuh basikalnya, Ahmad tibatiba datang menyergah Pak Abu. Dia dan rakanrakannya sudah lama bersedia di belakang semak. “Haaaaaa, terkejut Pak Abu! Hahahahahahaha ” , kata Ahmad sambil ketawa bersama rakan-rakannya. Pak Abu yang hilang kawalan terjunam masuk ke dalam parit. 3
Tanpa membantu Pak Abu, Ahmad dan rakan-rakannya ketawa dengan riang kerana rancangan mereka berjaya. Mereka pun berlalu pergi dengan senang hati. 4
“Apa sudah jadi ini Pak Abu?” , soal Gopal dan Ling. Mereka sedang berjalan menuju ke sekolah. Basah kuyup baju Pak Abu. “Ish, ish, ish teruk betul Si Ahmad ni” , kata Ling. “Tidak mengapa, Pak Abu baik-baik sahaja. Kamu berdua tidak perlu risau.” , kata Pak Abu. 5
6
Itulah Ahmad budak nakal Kampung Parit Pasti ada sahaja akalnya, Basikal Pak Abu pancit, Basikal Pak Abu dikejar, Basikal Pak Abu pernah terjunam ke parit. 7
Krik krok, krik krok! Lihat itu basikal karat Pak Abu! Pak Abu tidak pernah memarahi Ahmad. Ahmad dan rakan-rakannya bagai cucunya sendiri. 8
Gopal dan Ling penat menasihati Ahmad Sekali dua, masih tidak didengari Ahmad sangat suka mengacau Pak Abu Ish ish ish, tidak baik kamu buat begitu, Ahmad! 9
Basikal karat punca rezeki, Kayuhannya kuat ke mana-mana; Ahmad Si Nakal tidak mengerti, Pak Abu kental melayan kerenahnya. 10
Suatu petang, Ahmad dan rakan-rakannya bermain di sungai. Hujan renyai-renyai tidak menghalang mereka untuk bermain. Ahmad terus bermain dengan gembira. Hujan semakin lebat. Ahmad berasa kakinya terpijak kayu-kayu kecil. “Aduh, sakitnya!” , jerit Ahmad. 11
Tiba-tiba air menjadi deras dan keruh, Ahmad tidak sempat melarikan diri. Dia hilang imbangan. Ahmad dibawa air deras. “Tolong! Tolong!” , jerit Ahmad. 12
Pak Abu baru pulang dari pekan. Dia ternampak rakan-rakan Ahmad yang sedang berlari ketakutan. “Pak Abu, tolong selamatkan Ahmad. Ahmad lemas!” , kata mereka. 13
Pak Abu mengayuh basikal karatnya ke arah Ahmad dan membawanya ke klinik desa. Laju sungguh basikal karat Pak Abu. 14
Ibu bapa Ahmad berterima kasih kepada Pak Abu. Ahmad sedar bahawa selama ini dia berbuat jahat kepada Pak Abu. Dia meminta maaf dan mencium tangan Pak Abu. Rakan-rakan Ahmad juga meminta maaf kepada Pak Abu. 15
Gopal dan Ling memuji keberanian Ahmad untuk meminta maaf. Pak Abu hanya tersenyum sambil berkata, “Tidak mengapa, Pak Abu tidak pernah memarahi kamu ” , katanya sambil tersenyum. Sejak itu, Ahmad tidak lagi mengejek basikal karat Pak Abu. Basikal karat itulah penyelamat nyawanya. 16
glosari gigih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyergah senang hati kuyup renyai-renyai = tidak berputus asa = keadaan yang sangat miskin = muncul secara tiba-tiba = gembira = sangat basah = hujan rintik-rintik 17
tahukah anda? Apabila anda berada di kawasan air sungai atau air terjun, keadaan air yang tiba-tiba keruh dan kemunculan kayu-kayu atau ranting pokok merupakan petanda air akan menjadi deras. Apbaila anda berada di sungai atau air terjun, fenomena ini dikenali sebagai kepala air. Selamatkan diri anda! 18