The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahbatrisyah76, 2024-03-08 02:25:25

BMMB1104 Puisi Tradisional (Konsep, Fungsi dan Pemikiran)

PB Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu

Keywords: Puisi Tradisional

PUISI TRADISIONAL PUISI TRADISIONAL Nur Aisyah Batrisyah Binti Abu Bakar 2023152310039 P23150567 Nur Aisyah Batrisyah Binti Abu Bakar 2023152310039 P23150567 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB1104 Nama Pensyarah: Mayati Binti Bulin


Puisi tradisional merupakan jenis puisi yang telah diwariskan dari generasi ke generasi. Puisi tradisional sering kali disampaikan secara lisan, seperti nyanyian atau cerita yang disebarkan dari satu generasi ke generasi berikut. Puisi tradisional biasanya menggunakan pola irama tertentu dan menggunakan perulangan untuk mengukuhkan makna atau tema yang disampaikan. Puisi tradisional terbahagi kepada empat iaitu pantun, seloka, gurindam dan syair. Selain itu, puisi tradisional memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti budaya, memperkuat prinsip masyarakat yang dihormati, dan mewujudkan hubungan antara orang ramai dengan warisan budaya mereka. PENGENALAN:


PUISI TRADISIONAL Pantun Seloka Syair Gurindam


PANTUN Menurut Johari Yahaya (2015), pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu dan masih mekar subuh. Pantun sering digunakan dalam pelbagai konteks seperti dalam perbualan biasa, acara tradisional, bahkan puisi formal. Pantun juga digunakan dalam sastera, muzik, dan seni pertunjukkan. Konsep: Pinang muda dibelah dua, Anak burung yang mati dicekik, Dari muda hingga tua, Jangan ubah ajaran yang baik. CONTOH:


CIRI-CIRI PANTUN Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea. Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan. Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan, iaitu ab;ab. Ada juga skema ringan yang sama iaitu aa;aa Stuktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia. Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap. Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dengan unit maksud.


FUNGSI PANTUN Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan, cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan. Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang. Pantun memainkan peranan penting dalam membentuk dan memperkuat identiti budayasuatu komuniti atau bangsa. Digunakan untuk menyampaikan pesan atau ekspresi secara singkat, kreatif, dan berkesan


Pemikiran pantun yang dapat dilihat adalah pantun ini telah memberikan sebuah nasihat kepada semua orang agar sentiasa membuat kebaikkan tanpa meninggalkannya untuk mendapatkan kesejahteraan hidup yang aman dan harmoni. Selain itu, pantun ini juga menunjukkan bahawa apabila orang tua, guru mahupun sesiapa sahaja yang mengajar kita untuk membuat sesuatu kebaikkan dari kecil hingga dewasa, kita tidak boleh mengubah kefahaman yang diajar oleh mereka malah berbuat sebaliknya. Kesimpulannya, segala nasihat yang diberikan haruslah diambil perhatian kerana nasihat tersebut akan membawa seseorang itu ke jalan yang betul malahan berjaya di masa akan datang. PEMIKIRAN PANTUN Pinang muda dibelah dua, Anak burung yang mati dicekik, Dari muda hingga tua, Jangan ubah ajaran yang baik.


SYAIR Perkataan syair berasal daripada kesusateraan Arab iaitu syir. Malahan, bentuk syair Melayu sangat berbeza dengan syair Arab. Menurut Azman Rahmat et.al (2022), syair adalah sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Selain itu, syair telah diubahkan mengikut kesesuaian bahasa Melayu klasik ketika itu. Konsep: Syair Persahabatan Sahabat sejati itu abadi Tak perlu lagi aku cari Andai kita tak bersua lagi Alangkah hancurnya hati ini CONTOH


FUNGSI SYAIR Memberikan rasa keindahan dan menekankan kepentingan apa yang ingin disampaikan. Puisi syair digunakan untuk menyampaikan pengajaran kepada orang ramai melalui cerita atau lagu tersebut. Contohnya, sesuatu isu yang menyentuh aspek pengajaran. Syair juga dijadikan sebagai hiburan kerana irama yang dilagukan dapat menarik perhatian para pendengar serta sering digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Boleh digunakan dalam adat perkahwinan. Syair yang dilagukan atau dinyanyikan dapat mengiringi tarian-tarian tertentu. Contohnya, boria dan dabus.


PEMIKIRAN SYAIR Sahabat sejati itu abadi Tak perlu lagi aku cari Andai kita tak bersua lagi Alangkah hancurnya hati ini Pemikiran yang terdapat dalam syair ini adalah mengenai tentang persahabatan yang akrab bagi seseorang. Sahabat sejati merupakan sahabat yang sentiasa mengingati satu sama lain biarpun dalam keadaan berjauhan. Sesuatu persahabatan itu akan kekal jika semua pihak mengambil peranan masing-masing untuk mengekalkan sebuah hubungan. Selain itu, kawan rapat juga telah dianggap sebagai saudara sendiri, sentiasa bersama dalam keadaan susah senang. Malah, jika salah seorang hilang tanpa khabar akan menjejaskan hubungan tersebut dan menimbulkan perasaan hancur hati yang sukar untuk dirawat.


Seloka merujuk kepada sejenis puisi Melayu lama yang hampir sama dengan gurindam tetapi dalam seloka ini lebih mementingkan dari segi ciri kelucuannya. Menurut Asmad (1990), seloka ini merupakan kata-kata gurauan atau jenaka yang lazim disisipkan dalam percakapan. Oleh itu, orang yang bijak menyisipkan sesuatu kata-kata demikian akan dikatakan pandai berseloka. SELOKA Konsep:


Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tidak makan! Masa berlayar kematian angin, Sauh dilabuh, bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk! CONTOH SELOKA SELOKA PAK KADUK


FUNGSI SELOKA Isi dan mesej yang disampaikan dalam bentuk sindiran yang digunakan untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar atau pembaca. Seloka juga bersifat jenaka dan mungkin mengandungi unsur-unsur lain seperti perasaan khayal dan mimpi. Isi seloka Melayu berkait rapat dengan cerita-cerita rakyat masyarakat Melayu seperti kisah Pak Kaduk, Lembai Malang dan sebagainya. Cerita tersebut cukup membayangkan imej masyarakat Melayu yang suka mengajar dengan cara mengejek atau menyindir. Sindiran dan ejekan yang digunakan adalah untuk memberitahu masyarakat agar mengambil iktibar daripada sifat lemah, malas dan pendek akal dalam watak-watak tertentu.


PEMIKIRAN SELOKA Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tidak makan! Masa berlayar kematian angin, Sauh dilabuh, bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk! Seloka Pak Kaduk ini bertujuan untuk berhibur dan berjenaka tetapi terselit dengan unsur sindiran. Pak Kaduk mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang mempunyai sifat-sifat yang negatif. Selain itu, sifat negatif tersebut telah dijadikan sebagai senda gurau dan sindiran dalam seloka. Seloka ini juga menunjukkan bahawa Pak Kaduk ini merupakan seorang yang sering tidak bernasib baik. Kesimpulannya, watak Pak Kaduk ini hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang perlu diberikan teguran supaya mengubah sikap tersebut untuk menjadi insan yang berguna.


Gurindam merupakan sejenis puisi Melayu tradisional yang diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Menurut pandangan Abdul Halim Ali (2006), asal usul perkataan gurindam ini adalah daripada bahasa Sanskrit dan dikatakan masuk ke alam Melayu menerusi bahasa Tamil. Dengan itu, kata gurindam dipercayai berasal dari perkataan Tamil ‘kirandam’. Selain itu, gurindam yang telah dikenali sekarang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang dikarang pada tahun 1846. GURINDAM Konsep:


Barang siapa tiada memegang agama Sekali-kali tiada boleh dibilang nama Barang siapa mengenal yang empat Maka yaitulah orang yang makrifat Barang siapa mengenali diri Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari Barang siapa mengenal akhirat Tahulah ia dunia mudharat CONTOH GURINDAM GURINDAM DUA BELAS KARANGAN RAJA ALI HAJI FASAL 1:


FUNGSI GURINDAM Isi yang disampaikan mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Penggunaan kata-kata yang menggambarkan kepada keindahan alam dan mengambil perbandingan daripada keindahan tersebut, seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna yang menarik. Perkara yang terkandung dalam gurindam ini juga menunjukkan jalan kapada manusia untuk membina kehidupan yang harmoni dan sempurna. Lebih berfokuskan kepada pendidikan moral yang baik. Memperlihatkan imej masyarakat Melayu lama yang suka mendidik, mengajar dan menunjuk cara bertingkah laku dengan nilai-nilai murni.


PEMIKIRAN GURINDAM Barang siapa tiada memegang agama Sekali-kali tiada boleh dibilang nama Barang siapa mengenal yang empat Maka yaitulah orang yang makrifat Barang siapa mengenali diri Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari Barang siapa mengenal akhirat Tahulah ia dunia mudharat Pemikiran gurindam bagi fasal 1 ini merujuk kepada pengarang iaitu menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila hidup tidak mengenal agama iaitu Tuhan, maka hidupnya akan kelihatan sia-sia tanpa ada tujuannya. Selain itu, mengenal yang empat berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syari’at, ma’rifat, tarikat dan hakikat. Apabila seseorang itu telah mengenali keempat-empat perkara tersebut, maka kehidupan seseorang itu akan semakin terang tanpa ada sedikit rasa was-was. Di samping itu, sebagai seorang hamba kita perlu mengenal tujuan hidup di dunia ini dengan sentiasa melakukan kebaikkan kerana hidup di dunia ini hanyalah sesaat sedangkan tempat kembali yang kekal ialah alam akhirat.


RUJUKAN: Azman Rahmat, Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Rani Hassan, Hasnah Awang. (2022). Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. (pp.16-29). Pustaka Al-Ehsan. Asmad. (1990). Budaya Bahasa (I) Puisi. (pp.68-86). Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Abdul Halim Ali. (2006). Puisi Melayu Tradisional. (pp.19-64). Penerbitan Profesional Baharu. Ilavarasinadarajan. (2015). Puisi Tradisional Ilavarasinadarajan. https://ilavarasinadarajan1.blogspot.com/2015/08/jenis-jenis-puisi-tradisional.html Renatha Swasty. (2023, September 18). Syair Adalah: Pengertian, Ciri-Ciri, Fungsi dan Contohnya Medcom.id. https://www.medcom.id/pendidikan/newspendidikan/GbmM5lLb-syair-adalah-pengertian-ciri-ciri-fungsi-dan-contohnya Aizee. (2018). Gurindam. https://www.scribd.com/document/385253555/1-GURINDAM Johari Yahaya. ( 2015). Pantun Berbahasa Melayu: Analisis Daripada Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu. (pp.1-24).


SEKIAN TERIMA KASIH SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version