The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 PAKK3424 - PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
NURSYUHADA BINTI BAFDRUL HISSAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyuhadabadrul, 2024-03-15 12:49:55

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Tugasan 2 PAKK3424 - PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
NURSYUHADA BINTI BAFDRUL HISSAM

TUGASAN 2 PAKK3424 - PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK NURSYUHADA BINTI BAFDRUL HISSAM PAKK A


Langkah-langkah melaksanakan aktiviti PENDAHULUAN Perkembangan aktiviti fizikal adalah bertujuan mengembangkan kemahiran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 2 hingga 4 tahun untuk membolehkan kanak-kanak mengawal tubuh badan dengan lebih berkesan. Perkembangan fizikal dan psikomotor yang baik sejak dari kecil lagi akan memberi impak positif kepada kanak-kanak di masa akan datang. Impak positif ini merangkumi penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal, memperkukuhkan daya tumpuan dan membina keyakinan diri mereka untuk menjalani kehidupan (Muhammad Hafiz Ismail dan Zurina Md Yusof, n.d). Oleh itu, penting bagi seorang pendidik awal kanak-kanak menguasai dan berkemahiran dalam melaksanakan aktiviti fizikal supaya kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak ini berkembang dengan baik. KANDUNGAN Pemilihan bahan & Jenis bahan Ciri-ciri bahan & Kesesuaian bahan Aplikasi digital Kepentingan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Kebolehpasaran bahan pengajaran dan pembelajaran


AKTIVITI FIZIKAL MOTOR HALUS Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak mencari manik yang pelbagai warna di dalam timbunan pasir dan masukkan manik yang dijumpai pada dawai berwarna mengikut warna yang betul. Aktiviti ini membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata, kemahiran motor halus dan tumpuan kanak-kanak. “Cari manik dan kelaskan” Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan tangan, jari dan ibu jari (Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali, 2013). Dengan berkembangnya kemahiran ini, kanak-kanak akan mampu melakukan tugas-tugas penting seperti menulis, makan sendiri, memasukkan butang pada baju dan membuka serta menutup zip pada pakaian. Kemahiran ini berkembang melalui pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai jenis permainan dan material. Kemahiran MOTOR HALUS


LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI Guru memberi penerangan dan menunjukkan demonstrasi cara melaksanakan aktiviti menggunakan aplikasi digital seperti Youtube. Guru perlu menjelaskan kepada murid bahawa mereka perlu mencari manik-manik yang tersembunyi di dalam pasir dan mengumpulkannya. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan sediakan dulang yang berisi manik dan pasir Beri peluang kepada murid untuk meneroka dengan bebas menggunakan pelbagai teknik yang berbeza untuk mengumpul manik seperti menggunakan jari-jari atau mencari dengan telapak tangan. Tunjukkan kepada murid cara untuk mengenali warna-warna manik dan mengaitkannya ke dawai bulu berwarna yang sesuai. Terangkan kepada murid bahawa mereka perlu memasukkan setiap manik ke dalam dawai yang mempunyai warna yang sama. Guru perlu galakkan murid untuk bekerja dengan teliti dengan memastikan manik dimasukkan pada dawai mengikut warna yang betul. Melalui aktiviti ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak, malah dapat mengingkatkan daya tumpuan dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. 1 2 3 4 5 6


Pemilihan Bahan & Jenis Bahan Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Menurut Siti Nadirah Hafidzin (2019), menggenggam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir dapat membantu membina otot kasar dan otot halus kanak-kanak. Oleh itu, wajarlah pasir dipilih sebagai bahan untuk melaksanakan aktiviti fizikal motor halus ini. PASIR Dawai bulu berwarna digunakan untuk kanak-kanak memasukkan manik mengikut warna yang betul. Struktur dawai yang mudah dilentur ini memudahkan kanak-kanak untuk memegang dan memasukkan manik. Aktiviti memasukkan dawai ke dalam lubang kecil memerlukan ketelitian dan kawalan halus yang membantu meningkatkan fokus dan ketepatan gerakan tangan mereka. DAWAI BULU BERWARNA MANIK Manik biasanya diperbuat daripada bahan yang keras seperti plastik atau kayu, tetapi ia masih mempunyai sedikit tekstur atau permukaan yang licin. Ini dapat mengurangkan geseran ketika kanak-kanak memegang dan memanipulasi manik. Justeru, dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kawalan dan kepekaan tangan mereka.


PASIR DAWAI BULU BERWARNA MANIK Ciri manik dan kesesuaian ia dipilih sebagai bahan bagi melaksanakan aktiviti motor halus ini adalah kerana sifatnya yang berdaya tahan. Manik boleh digunakan berulang kali tanpa merosakkan bahan, menjadikannya pilihan yang tahan lama untuk aktiviti motor halus kanak-kanak di persekitaran pendidikan atau rumah. Ciri-ciri & kesesuaian bahan Ciri dawai yang mempunyai pelbagai warna inilah merupakan bahan yang sesuai untuk menarik minat murid untuk melaksanakan aktiviti ini. Menurut Siti Zarinah Sarib (2019), kepelbagaian warna pada bahan pelajaran kanak-kanak dapat membentuk minda menjadi lebih kreatif. Hal ini kerana, warna-warna cerah dan beraneka ragam pada dawai memberi stimulasi visual yang penting untuk perkembangan persepsi warna dan penglihatan mereka. Ciri pasir adalah mempunyai tekstur yang pelbagai dan boleh meningkatkan deria sensori kanakkanak. Ini membantu mereka membezakan tekanan, kelembutan, dan kekasaran melalui sentuhan.


YOUTUBE Aplikasi Digital Aplikasi digital yang telah diggunakan bagi melaksanakan aktiviti fizikal motor halus ini adalah aplikasi Youtube yang mana guru memaparkan video cara melaksanakan aktiviti melalui tayangan video. Penggunaan video di dalam proses pendidikan akan meningkatkan proses pemahaman pelajar dengan lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih pelbagai (Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim, 2016). Kepentingan Bahan dalam PdP Kebolehpasaran Bahan Penggunaan bahan-bahan seperti pasir, dawai, dan manik dalam proses PdP kanak-kanak prasekolah dapat memberi peluang pengalaman pembelajaran yang menyeluruh, merangsang pelbagai deria dan memperkukuhkan kemahiran kognitif dan motor. Menurut Charles Muling Libau dan Ying-Leh Ling (2020), penggunaan bahan dalam proses pengajaran mampu mewujudkan tumpuan pelajar sepanjang proses PdP berlangsung serta berupaya meningkatkan pembelajaran yang cekap. Dengan memilih bahan yang sesuai, guru dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, merangsang dan memberikan peluang yang berharga untuk perkembangan holistik kanak-kanak prasekolah. Kesemua bahan yang digunakan bagi aktiviti ini sememangnya boleh dipasarkan. Hal ini kerana, bahan-bahan ini mempunyai fleksibiliti dan boleh diguna pakai untuk semua tajuk pembelajaran. Contohnya, manik boleh digunakan dalam subjek matematik awal seperti pengiraan, saiz, dan bentuk.


AKTIVITI FIZIKAL MOTOR KASAR Aktiviti ini memerlukan murid meletakkan pundi kacang di atas kepala dan mengimbang badan dengan betul sehingga sampai ke kotak yang mempunyai pelbagai warna. Setelah sampai, murid perlu membongkok badan untuk menjatuhkan pundi kacang tersebut ke dalam kotak mengikut warna yang betul. Aktiviti ini semestinya dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak kerana mereka perlu mengimbang dan mengawal badan dengan baik untuk mengelakkan pundi kacang tersebut jatuh di samping memupuk kesabaran dan ketekunan kanak-kanak. “Pundi kacang berwarna” Kemahiran motor kasar merujuk kepada kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot besar dalam tubuh badan untuk melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan besar dan koordinasi. Ia merangkumi pelbagai aktiviti seperti berlari, melompat, memanjat, mengayuh basikal dan lain-lain. Melalui aktiviti fizikal dan permainan, kanak-kanak dapat mengasah kemahiran ini secara semulajadi dan memberi mereka asas yang kukuh untuk berkembang menjadi individu yang sihat, dan berdaya saing dalam pelbagai aspek kehidupan. Kemahiran MOTOR KASAR


LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI 1 2 3 4 Guru menerangkan peraturan aktiviti, bahan yang digunakan semasa aktiviti dilakukan dan cara bermain. Semua murid diminta meletakkan satu pundi kacang di atas kepala dan guru mula pasangkan lagu menggunakan aplikasi digital Spotify supaya suasana aktiviti lebih menyeronokkan. Murid perlu berjalan sejauh 10 meter ke kotak berwarna dan setelah sampai murid perlu membongkokkan badan untuk menjatuhkan pundi kacang ke dalam kotak mengikut warna yang betul. Kemudian, diteruskan dengan murid yang seterusnya menggunakan langkah yang sama sehingga habis.


Pemilihan Bahan & Jenis Bahan PUNDI KACANG KOTAK BERWARNA Pundi kacang dipilih sebagai bahan untuk aktiviti fizikal motor kasar ini adalah kerana kosnya yang rendah. Pundi kacang mudah diperoleh dan boleh dijumpai di kedai-kedai dengan harga yang berpatutan. Justeru, ia memudahkan guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkualiti tanpa menambah beban kewangan sekolah atau keluarga murid. Dengan menggunakan kotak berwarna, aktiviti ini memberikan peluang kepada murid untuk mengasah kemahiran pengenalan warna mereka. Ketika murid mencari kotak dengan warna yang betul, mereka secara aktif melibatkan diri dalam pembelajaran warna.


PUNDI KACANG KOTAK BERWARNA Pundi kacang mempunyai ciri-ciri yang selamat digunakan dan menyebabkan ia sesuai untuk dijadikan bahan bagi melaksanakan aktiviti ini. Pundi kacang yang lembut, bersaiz sederhana dan permukaannya yang tidak tajam membolehkan kanak-kanak memegang dan bermain dengan pundi kacang dengan selamat. Hal ini membolehkan mereka terlibat sepenuhnya dalam aktiviti tanpa rasa takut. Ciri-ciri & kesesuaian bahan Kotak biasanya diperbuat daripada bahan yang kukuh dan mempunyai kekuatan serta ketahanan yang kuat. Ini menjadikannya tahan lasak dan sesuai untuk aktiviti yang melibatkan gerakan fizikal yang aktif oleh kanak-kanak prasekolah tanpa cepat rosak.


Kepentingan Bahan dalam PdP Kebolehpasaran Bahan Penggunaan bahan dalam aktiviti motor kasar ini boleh meningkatkan kemahiran berfikir dan kognitif kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak akan merancang dan memikirkan strategi semasa melakukan aktiviti. Contohnya, murid menggunakan strategi berjalan secara laju dan tidak berlari untuk mengelakkan pundi kacang terjatuh. SPOTIFY Aplikasi Digital Aplikasi digital yang digunakan bagi melaksanakan aktiviti fizikal motor kasar ini adalah aplikasi Spotify yang mana guru memasang lagu bagi membolehkan suasana aktiviti lebih menyeronokkan. Menurut Azam Samsudin dan Kamariah Abu Bakar (2018), melalui muzik, tingkahlaku yang positif di kalangan kanak-kanak dapat dipupuk. Permainan menggunakan pundi kacang ini boleh dimainkan dengan pelbagai cara. Permainan ini berpotensi untuk dipasarkan sekiranya guru berfikiran kreatif untuk mevariasikan cara permainan menggunakan pundi kacang ini.


Azam Samsudin & Kamariah Abu Bakar. (2018). Kepentingan muzik dan nyanyian dalam pendidikan prasekolah. Muhammad Hafiz Ismail & Zurina Md Yusof. (n.d). Prestasi pergerakkan motor halus kanak-kanak slowlearner dan kanak-kanak normal. Siti Nadirah Hafidzin. (2019, Julai 30). Ajak si kecil main pasir. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/hati/2019/07/480780/ajak-sikecil-bermain-pasir. Siti Zarinah Sarib. (2019, Julai 4). Warna mampu rangsang minda anak. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/hati/2019/07/471855/warna-mampurangsang-minda-anak Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar: analisis dan kajian kritikal. Video-Based Teaching in Student-Centered Learning: Analysis and Critical Review. Journal of ICT in Education, 3, 24-33. Charles Muling Libau & Ying-Leh Ling. (2020). Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. In Kertas kerja. National Research Innovation Conference (NRICon 2020) (pp. 20-21). Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. (2013). Belajar melalui bermain: Prinsip utama kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version