SENI CETAKAN
4.1:Persepsi Seni dalam Seni Cetakan
4.1.1 Menjelaskan seni cetakan Barat
mengikut abad pilihan dari aspek
-Aliran dan gaya
-Pelukis dan karya
4.1 PERSEPSI SENI
Apa itu Seni Cetakan
★ Cetakan ialah proses terapan blok/plat.Proses ini melibatkan penyediaan
blok cetakan yang menghasilkan imej.
★ Blok cetakan disediakan dengan memotong, mengguris, turisan/etching dan
melukis.
★ Dakwat diletakkan ke atas blok tersebut dengan pelbagai teknik.
★ Kertas dicetak dengan cara menekap ke atas blok melalui gosokan tangan
atau menggunakan mesin cetak.
★ Cetakan mempunyai keistimewaan kerana dapat menghasilkan salinan
karya yang sama dalam jumlah banyak.
★ Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan
diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya
dikenali sebagai teraan.
Sejarah Seni Cetakan
★ Sejarah cetakan dunia telah bermula seawal abad ke-14 dan terus
berkembang secara aktif hingga membawa kepada wujudnya pelbagai
jenis aliran cetakan moden. Pada abad ke-7 Masihi di China cetakan
blok kayu buatan tangan telah mula digunakan. Seterusnya industri
cetakan mono blok kayu buatan tangan telah muncul dan berkembang di
Barat pada abad ke-14 Masihi.
★ Pada masa ini kemahiran cetakan digunakan bagi tujuan keagamaan,
untuk hiasan, ilustrasi buku, poster untuk berkomunikasi, propaganda,
bahan-bahan pendidikan dan sebagainya.
★ Lanjutan dari Cetakan blok kayu buatan China inilah wujudnya cetakan
fabrik di Barat. Pada abad ke-15 dan ke-16 seni cetakan telah bermula
secara aktif di negara-negara Eropah.
★ Selanjutnya pada tahun 1907 satu penemuan yang amat bermakna kepada
Dunia telah dijumpai oleh segelintir artis cetakan. Tahun 1907 menyaksikan
penemuan pertama proses Silk Screen dunia. Penemuan secara tidak
langsung ini bermula semasa meletusnya perang dunia yang pertama.
★ Pada zaman ini para tentera telah mengunakan teknik cetakan Silk Screen
bagi mencetak bendera dan banner. Walaubagaimana pun proses cetakan
pada waktu ini dilakukan secara manual sahaja. Seterusnya pada tahun
1914 satu lagi perkembangan yang besar dalam sejarah cetakan Silk Screen
iaitu apabila John Pilsworth dari francisco telah memperkenalkan
kepelbagaian warna mengunakan Silk Screen.
★ Sejarah perkembangan cetakan tidak berhenti setakat itu sahaja,
sebaliknya pada tahun 1951 pertama kali, photographic silkscreen
printing diperkenalkan di USA. Perkembangan dalam seni cetakan ini
telah membawa kepada peningkatan mutu karya yang dihasilkan oleh
para artis.
★ Perkembangan teknik dalam cetakan telah memberikan sumber idea
yang baru kepada para pereka fabrik pada zaman ini. Pada 1920
hingga 1930 pereka tekstil telah mengunakan teknik yang baru dalam
menghasilkan produk rekaan fabrik.
★ Tahun 1920 hingga 1930 telah menyaksikan para pereka tekstil telah
mula mengamalkan tracing film untuk menghasilkan foto stensil bagi
menghasilkan rekaan fabrik yang lebih menarik dan kemas.
★ Teknik dalam sejarah percetakan terus berkembang iaitu dimana pada
tahun 1930 Automatic Screen Printing Machine telah diperkenalkan.
Teknik ini telah digunakan untuk mencetak surat khabar.
★ Pada tahun 1940 dan 1950 menyaksikan penglibatan ramai artis telah
melibatkan diri dalam memperkenalkan teknik screen printing. Antara
para pelukis yang terlibat seperti Paolozzo, Warhol, Raushenberg,
Hamilton, Kitaj dan Tilson.
The Kiss -Cetakan kayu timbul karya La Goulue, Poster litografi karya
Edvard Munch Touloue-Lautrec.
Teknik intaglio bersama dengan engraving, drypoint, mezzotint Tiga Salib karya Rembrant
dan aquatint. Teknik ini dipelopori oleh Daniel Hopfer (sekitar
1470-1536) dari Augsburg, Jerman, yang mendekorasi baju
besinya dengan teknik ini.
JENIS-JENIS CETAKAN
Cetakan Timbulan (Relief)
● Proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu/lino.
● Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan
kertas.
Cetakan Stensil atau Skrin
● Cetakan memerlukan kain sutera yang direnggangkan diatas
pemidang kayu.
● Cetakan Sutera Saring/Stensil ada beberapa kaedah iaitu:-
a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
b) Kaedah Filem Leker
c) Kaedah Skrin Foto
Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
● Cetakan ini menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakkan
minyak dengan air.
● Kekalisan antara air dan minyak menghasilkan cetakan seakan
lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak. Litografi
telah dicipta sekitar tahun 1798 di Solnhofen, Jerman oleh Alois
Senefelder.
Cetakan Benaman ( Intaglio )
● Cetakan benaman dakwat atau warnanya didalam ukiran turisan yang
akan menjadi imej.
● Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat
logam/kayu meletakkan dakwat/warna ke dalam hasil turisan.
● Berlawanan dengan cetakan timbulan.
Cetakan timbulan
● Dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan
benaman: dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan
menjadi imej.
Contoh ialah:-
a) Kaedah Turisan (Engraving)
b) Kaedah Gurisan Asid(etching)
c) Kaedah Akuantin (aquantint)
d) Kaedah Mesotin ( mezzotint)
Cetakan Gurisan Asid
● Cetakan asid pertama kali awal kurun 16 .
● Selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke
dalam kepingan logam.
● Antara tokoh-tokoh: Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan
Pablo Picasso
● Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang
telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid. Gurisan dibuat
dengan jarum etching diatas permukaan logam. Mesin digunakan
untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
Cetakan Kayu
● Kaedah yang paling awal. Muncul di China kurun ke-8. Berkembang ke
Eropah 1418 Masihi, untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian,
dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan
tekstil untuk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan kurun 15M.
● Manakala kurun 16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu
bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer &
karyawan Eropah.
● Di Malaysia,cetakan bermula dengan mencetak kain sarung mudah dan
murah. Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya
cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berair manakala
cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin. Permukaan kayu
yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang menarik.
Cetakan Sutera Saring
● Juga dikenali sebagai cetakan stensil & sarigrafi. Ia memerlukan
kain sutera (organdi) yg diregangkan pada pemidang. Imejnya
dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker/skrin foto. Ia
mgunakan sekuji utk menyapu dakwat/warna diatas pmukaan
kertas. Beberapa kaedah ialah:
a) Kaedah potongan kertas pendua
b) Kaedah Filem leker
c) Kaedah Lilin
d) Kaedah Sutera Saring
Terima Kasih kerana membaca nota ini sehingga habis.
Anda boleh menjawab soalan selepas ini.
Sekian,terima kasih.