The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MINIT MESYUARAT AGUNG KALI SRA JAIM JELATANG KE -2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alyaa Athirah, 2023-02-14 09:04:00

BUKU MINIT MESYUARAT AGUNG KALI SRA JAIM JELATANG KE -2

BUKU MINIT MESYUARAT AGUNG KALI SRA JAIM JELATANG KE -2

1


2 Sekapur Sirih Seulas Pinang Kata-kata Alu-Aluan YDP PIBG Encik Mohd Aznan Shah bin Md Darus Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-NYA dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang ceria ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 2 Sekolah Rendah Agama JAIM Jelatang . Sesungguhnya selaku Yang Dipertua PIBG sekolah ini, saya sangat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian tuan puan mengorbankan masa untuk berada di sini. Semoga sokongan dan kerjasama kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. tanpa sokongan semua ahli tidak mungkin pihak sekolah dapat menjayakan ,melahirkan insan yang berjaya. PIBG membawa maksud Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mana gabungan antara ibu bapa dan para guru dalam membangunkan sekolah bahkan kejayaan sesebuah sekolah juga berkait rapat dengan sokongan dan peranan ibu bapa sekalian. Bak kata pepatah Melayu, “Bagai Aur Dengan Tebing”. Paduan dua komuniti ini insyaAllah akan menghasilkan impak yang amat baik dalam usaha membantu dan membangunkan sekolah. Bahkan juga kemenjadian murid dalam akademik, sahsiah mahupun kokurikulum akan semakin cemerlang dan hebat. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati dalam menggerakkan persatuan ini menjadi lebih cemerlang. Malah Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SRA JAIM Jelatang juga seharusnya tidak ketinggalan untuk sama-sama memberikan sumbangan ikhlas membantu kecemerlangan sekolah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakam tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai baik dalam akademik, ko-akademik, dan juga kokurikulum. Semoga kejayaan yang lebih besar akan menjadi milik Sekolah SRA JAIM Jelatang. Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan juga semua guru yang telah tidak pernah jemu menjalankan peranan masing-masing demi kejayaan sekolah dan anak-anak didik. Semoga pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu mencurahkan bakti kepada anak-anak kami. Sekali lagi saya menyeru agar semua ibu bapa akan dapat menyalurkan idea-idea bernas mahupun tenaga dalam menggerakkan PIBG seterusnya menjadikan sekolah lebih cemerlang dan gemilang. Sekian, Terima Kasih


3 Kata-kata Alu-Aluan Guru Besar SRA JAIM Jelatang Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya, kita masih diberi kesempatan untuk bersama-sama menabur bakti kepada anak bangsa kita. atas usaha dan perancangan yang teliti oleh jawatan kuasa PIBG, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2022/2023 dapat dilaksanakan pada hari ini. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana. Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjanakan idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari semasa ke semasa supaya SRA JAIM Jelatang dapat terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah untuk membantu pihak sekolah dalam semua aspek khususnya untuk memastikan kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak – anak. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak terutama dalam kalangan ibu bapa dan penjaga, agak sukar bagi kita untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang dirancang dan diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan pelbagai program untuk kemajuan sekolah. Kita semua mengharapkan segala aktiviti dan program yang telah dijalankan akan dapat mempertingkatkan pencapaian dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak kita. Hanya dengan kerjasama dan sokongan berterusan semua pihak, anak didik sekolah ini akan lebih mudah dididik untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum demi mencapai kesejahteraan dalam kehidupan diri,masyarakat dan negara. Akhir kata semoga Allah memberkati dan membalas segala jasa bakti semua yang telah berkorban masa dan tenaga dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan anak - anak di didik untuk menjadi insan yang berilmu dan cemerlang, seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Sekian, terima kasih.


4 Ruj. Kami: SRA/J(A 18 ) 100/4( ) Tarikh : 13 Februari 2023 M Kepada IbuBapa/Penjaga Murid-murid, Sekolah Rendah Agama JAIM Daerah Alor Gajah, Tuan / Puan , JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM JELATANG KALI KE- 2. Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SRA JAIM Jelatang akan diadakan pada ketetapan berikut :- Tarikh : 19 Februari 2023 (Ahad) Masa : 8.00 pagi Tempat : SRA JAIM Jelatang, Alor Gajah, Melaka. 3. Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput hadir . Kehadiran tuan / puan amat dihargai dan dialualukan bagi menjayakan mesyuarat tersebut .Kerjasama dan kehadiran tuan / puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ”DAHULUI DAN DIIKUTI” Saya yang menjalankan amanah,


5 ATURCARA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KALI KE - 2 8.00 pagi - Pendaftaran IbuBapa 9.00 pagi - Majlis perasmian - Bacaan Doa - Ucapan oleh: Puan Normawati binti Md Som Guru Besar SRA JAIM Jelatang - Ucapan oleh: Encik Mohd Aznan Shah bin Md Darus YDP PIBG SRA JAIM Jelatang - Ucapan Perasmian oleh: Encik Huzailan bin Hamzah Ketua Agama Islam Daerah Alor Gajah. - Penyampaian cenderahati 10.00 pagi - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 2 dimulakan. - Cabutan bertuah - Jamuan & majlis bersurai


6 AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI-2 /SESI 2022/2023 1. Ucapan aluan pengerusi 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 3. Bangkitan minit mesyuarat yang lalu 4. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan ( 2022 ) 5. Bangkitan kewangan 6. Laporan aktiviti tahunan ( 2022 ) 7. Membincangkan dan membahaskan usul 8. Hal-hal Lain 9. Ucapan penangguhan mesyuarat oleh Pengerusi .


7 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG KE-2 Penasihat Puan Normawati binti Md Som Yang Di pertua Encik Mohd Aznan Shah bin Md Darus Naib Yang Di Pertua En. Mohd Fathi B. Ramli Setiausaha Puan Siti Rafe’ah binti Abd Aziz Bendahari Puan Siti Rohaya binti Resan @ Mohd Ikhsan SAMBUTAN TETAMU CENDERAMATA Pn.Normawati binti Md Som Pn. Mastura binti Abdul Hamid En Mohd Aznan Shah bin Md Darus Pn.Nurul Hidayah binti Abdul Rahim JAMUAN PERSEDIAAN TEMPAT Puan Khairani binti Ahmad En.Mohd Ikhsan bin Rosli Puan Zurina binti Samsudin Pn.Suhaila binti Mohd Azalan Puan Mashita binti Rashid Semua guru BACAAN DOA RAKAMAN En.Muhd Hafizuddin bin Md Daud Cik Nor Masyita binti Jamaludin PENGACARA MAJLIS PAMPLET/BUKU PROGRAM Pn .Shuhadah binti Jani Pn. Siti Rafeah binti Abd Aziz Cik Nurizyani bin Abdul Razak PENDAFTARAN SIARAYA Pn. Nor Fatihah binti Mokhtar Pn.Nurhanis Munira binti Musa Cik Adibah binti Moulud En.Muhd Hafizuddin bin Md Daud SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SRA JAIM JELATANG SESI 2022/2023 Penasihat : Puan Normawati binti Md Som Yang DiPertua : Encik Mohd Aznan Shah bin Md Darus N. Yang DiPertua : En. Mohd Fathi bin Ramli (berpindah) Pemangku N. YDP : En. Abd Rashid bin Adam Setiusaha : Puan Siti Rafe’ah binti Abd Aziz Bendahari : Puan Siti Rohaya binti Resan AJK wakil IbuBapa : En. Mohd Azmi bin Mohd Ali Anafiah En. Abd Rashid bin Adam Pn. Nor Afina binti Jaaffar Pn. Hemeira binti Mustafa Kamal AJK wakil guru : Pn Nurul Hidayah binti Abdul Rahim Pn Mastura binti Abd Hamid Ajk wakil komuniti kampung : En. Umar bin Suboh Ajk wakil pegawai masjid : En. Shahrolzaman bin Che Mad Ajk wakil sekolah kebangsaan : En. Rosli bin Hashim Juru audit dalaman 1 : Pn Hajjah Mashita binti Rashid Juru audit dalaman 2 : Pn. Siti Noorfauzah binti Abu Bakar JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG KE-2 Penasihat Puan Normawati binti Md Som Yang Di pertua Encik Mohd Aznan Shah bin Md Darus Naib Yang Di Pertua En. Mohd Fathi B. Ramli Setiausaha Puan Siti Rafe’ah binti Abd Aziz Bendahari Puan Siti Rohaya binti Resan @ Mohd Ikhsan SAMBUTAN TETAMU CENDERAMATA Pn.Normawati binti Md Som Pn. Mastura binti Abdul Hamid En Mohd Aznan Shah bin Md Darus Pn.Nurul Hidayah binti Abdul Rahim JAMUAN PERSEDIAAN TEMPAT Puan Khairani binti Ahmad En.Mohd Ikhsan bin Rosli Puan Zurina binti Samsudin Pn.Suhaila binti Mohd Azalan Puan Mashita binti Rashid Mohd Din bin Othman Semua guru BACAAN DOA RAKAMAN En.Muhd Hafizuddin bin Md Daud Cik Nor Masyita binti Jamaludin PENGACARA MAJLIS PAMPLET/BUKU PROGRAM Pn .Shuhadah binti Jani Pn. Siti Rafeah binti Abd Aziz Cik Nurizyani bin Abdul Razak PENDAFTARAN SIARAYA Pn. Nor Fatihah binti Mokhtar Pn.Nurhanis Munira binti Musa Cik Adibah binti Maulod En.Muhd Hafizuddin bin Md Daud


8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRA JAIM JELATANG KALI PERTAMA Tarikh : 22 Disember 2021 Hari : Rabu Masa : 2.00 petang Tempat : SRA JAIM Jelatang Perasmian : Encik Yusfariman bin Bukhari Pengerusi Penaja PIBG SRA JAIM Jelatang Kehadiran : 70 orang AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN PENGERUSI PENAJA PIBG. 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah. Tindakan: Makluman 1.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir serta menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk merealisasikan penubuhan PIBG sekolah ini bagi menggantikan Lembaga Kemajuan sekolah Agama (LEKAS) sebelum ini, sebagaimana yang telah termaktub dalam Peraturan-peraturan Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 2020 yang telah diwartakan pada 16 Julai 2020 yang lalu . Tindakan: Makluman 2. PEMILIHAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT. 2.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk memilih seorang Pengerusi Sementara Mesyuarat yang akan mengendalikan mesyuarat ini. 2.2 Nama yang dicadangkan untuk dipilih adalah seperti berikut : EN. YUSFARIMAN BIN BUKHARI Dicadangkan oleh : EN. ABD RASHID BIN ADAM Disokong oleh : EN. MOHD ISA BIN BASIRON Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara Tindakan: Makluman 3. UCAPAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT 3.1 Pengerusi Sementara Mesyuarat mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau dan berharap mesyuarat dapat diteruskan dengan lancar demi memastikan kemajuan sekolah pada masa akan datang. Tindakan: Makluman


9 4. PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 4.1 Pengerusi sementara mengingatkan bahawa pemilihan hendaklah dibuat dengan mematuhi Peraturan-peraturan Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 2020 yang telah dibekalkan oleh JAIM kepada semua Guru Besar SRA dan Tadika JAIM sebelum ini. Tindakan: Makluman 4.2 Pengerusi membuka cadangan bagi pemilihan jawatankuasa PIBG untuk sesi PERTAMA/2021 bagi SRA JAIM JELATANG. Hasil perbincangan mendapati penama-penama di bawah telah dipilih iaitu: 4.2.1 Pengerusi EN. MOHD AZNAN SHAH B. MD DARUS (840101-04-5235) Dicadangkan oleh : EN. MOHD ISA BIN BASIRON Disokong oleh : EN. ABD RASHID BIN ADAM Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.3 Naib Pengerusi Nama dicadangkan: EN. MOHD FATHI B. RAMLI (791017-14-6027) Dicadangkan oleh : EN. MOHD AZNAN SHAH BIN MD DARUS Disokong oleh : EN. UMAR BIN SUBOH Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.4 Setiausaha Nama dicadangkan: CIK SITI RAFE’AH BINTI ABD AZIZ (911109-04-5374) Dicadangkan oleh : PN. NORMAWATI BINTI MD SOM Disokong oleh : EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RASHID Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.5 Bendahari Nama dicadangkan: PN. SITI ROHAYA BINTI RESAN@MOHD IKHSAN (720525-04-5056) Dicadangkan oleh : PN. NORMAWATI BINTI MD SOM Disokong oleh : PN. NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHIM Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara


10 4.2.6 Wakil Kariah - Wakil Komuniti Kampung Nama dicadangkan: EN. UMAR BIN SUBOH (580301-04-5303) Dicadangkan oleh : EN. ABD RASHID BIN ADAM Disokong oleh : EN MOHD AZNAN SHAH BIN MD DARUS Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.7 Wakil Kariah - Wakil Pegawai Masjid Kariah Nama dicadangkan: EN. SHAHROLZAMAN BIN CHE MAD (741005-04-5207) Dicadangkan oleh : EN. YUSFARIMAN BIN BUKHARI Disokong oleh : EN. MOHD DIN BIN OTHMAN Keputusan cadangan : DITERIMA SECARA SEBULAT SUARA 4.2.8 Wakil Kariah - Wakil Sekolah Kebangsaan Nama dicadangkan: EN. ROSLI BIN HASHIM (770727-10-5067) Dicadangkan oleh : EN. MOHD AZMI BIN MOHD ALI ANAFIAH Disokong oleh : EN. ABD RASHID BIN ADAM Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.9 Wakil Guru (1) Nama dicadangkan: PN NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHIM (890115-04-5346) Dicadangkan oleh : PN NORMAWATI BINTI MD SOM Disokong oleh : PN KHAIRANI BINTI AHMAD Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.10 Wakil Guru (2) Nama dicadangkan: PN MASTURA BINTI ABD HAMID (880412-30-5002) Dicadangkan oleh : PN. NORMAWATI BINTI MD SOM Disokong oleh : PN. HAJJAH MASHITA BINTI RASHID Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara


11 4.2.11 Wakil Ibu Bapa (1) Nama dicadangkan: EN. MOHD AZMI BIN MOHD ALI ANAFIAH (841203-14-5151) Dicadangkan oleh : EN.MOHD AZNAN SHAH BIN MD DARUS Disokong oleh : EN. ABD RASHID BIN ADAM Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.12 Wakil Ibu Bapa (2) Nama dicadangkan: EN. ABD RASHID BIN ADAM (710108-05-5625) Dicadangkan oleh : EN. MOHD AZMI BIN MOHD ALI ANAFIAH Disokong oleh : EN. MOHD FATHI BIN RAMLI Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.13 Wakil Ibu Bapa (3) Nama dicadangkan: PN. NOR AFINA BINTI JAAFFAR (820602-05-5054) Dicadangkan oleh : EN. ABD RASHID BIN ADAM Disokong oleh : PN. HEMEIRA BINTI MUSTAFA KAMAL Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 4.2.14 Wakil Ibu Bapa (4) Nama dicadangkan: PN. HEMEIRA BINTI MUSTAFA KAMAL (820603-05-5048) Dicadangkan oleh : PN. NOR AFINA BINTI JAAFFAR Disokong oleh : EN. MOHD AZNAN SHAH BIN MD DARUS Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara Tindakan: Makluman 5. PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN. (dipilih dikalangan ahli yang bukan jawatankuasa) 5.1 Pengerusi membuka cadangan bagi pemilihan Juru Audit Dalaman bagi sesi 2022/2023 bagi SRA JAIM JELATANG. Hasil perbincangan mendapati penama-penama di bawah telah dipilih iaitu:


12 5.1.1 Juru Audit Dalaman (1) Nama dicadangkan: PN HAJJAH MASHITA BINTI RASHID (690902-08-6394) Dicadangkan oleh : PN. NORMAWATI BINTI MD SOM Disokong oleh : PN. MASTURA BINTI ABD HAMID Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara 5.1.2 Juru Audit Dalaman (2) Nama dicadangkan: PN. SITI NOORFAUZAH BINTI ABU BAKAR (860415-04-5068) Dicadangkan oleh : EN. YUSFARIMAN BIN BUKHARI Disokong oleh : PN. NORMAWATI BINTI MD SOM Keputusan cadangan : Diterima secara sebulat suara Tindakan: Makluman 6. PENGISYTIHARAN PEMBUBARAN JAWATANKUASA PENAJA PIBG OLEH PENGERUSI SEMENTARA DAN PENYERAHAN MESYUARAT KEPADA PENGERUSI YANG DILANTIK. 6.1 Pengerusi sementara mesyuarat mengisytiharkan bahawa Jawatankuasa Penaja PIBG yang ditubuhkan adalah dibubarkan dengan pelantikan Jawatankuasa PIBG yang telah dibuat ini. Tindakan: Makluman 6.2 Pengerusi sementara mesyuarat menyerahkan mesyuarat kepada Pengerusi baharu yang telah dipilih. Tindakan: Makluman 7. UCAPAN PENGERUSI JAWATANKUASA PIBG YANG DIPILIH. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang telah dipilih dan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA JAIM JELATANG dan beliau memohon kepada semua jawatankuasa dapat memberikan kerjasama dan komited dengan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dalam memastikan kebajikan dan keperluan anak-anak kita dalam mendapatkan pendidikan agama sentiasa terpelihara. Tindakan: Makluman 8. PERBINCANGAN MENGENAI AKAUN PIBG. 8.1 Mesyuarat bersetuju untuk menukarkan nama akaun LEKAS SRA JAIM JELATANG kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA JAIM JELATANG.


13 Tindakan: Setiausaha 8.2 Mesyuarat bersetuju untuk membuat penukaran penama dalam surat kuasa tetap kepada nama Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang baharu dilantik dalam mesyuarat ini. Tindakan: Setiausaha 8.3 Mesyuarat bersetuju penandatangan cek bagi akaun PIBG adalah 2 daripada 3 penama dalam surat kuasa tetap iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Pengerusi: EN. MOHD AZNAN SHAH BIN MD DARUS (840101-04-5235) Setiausaha: CIK SITI RAFE’AH BINTI ABD AZIZ (911109-04-5374) Bendahari: PN. SITI ROHAYA BINTI RESAN@MOHD IKHSAN (720525-04-5056) Tindakan: Setiausaha 9. PENETAPAN YURAN PIBG BAGI TAHUN 2021. 9.1 Pengerusi menyatakan bahawa jumlah kutipan yuran PIBG yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka adalah sekurang-kurang RM30.00 bagi setiap keluarga dan tiada had maksimum bergantung kepada persetujuan dalam Mesyuarat Agung PIBG masing-masing. Tindakan: Makluman 9.2 Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan jumlah kutipan yuran PIBG bagi sesi persekolahan tahun 2022 ialah sebanyak RM 30 bagi setiap keluarga. Tindakan: GB dan Setiausaha PIBG 10. PERBAHASAN USUL-USUL. Usul 1: Giliran Persekolahan dibuat mengikut giliran persekolahan sekolah kebangsaan sekiranya sekolah dibenarkan untuk bersemuka. –Pn Ernah bt Ghafar 10.1 Mesyuarat bersetuju menyediakan jadual persekolahan bergilir mengikut jadual persekolahan sekolah kebangsaan. Tindakan: Pihak Sekolah Usul 2: Penerimaan buku teks pada awal tahun supaya tiada masalah dalam pembelajaran murid -Pn Ana Shafina bt Abd Halim 10.2 Mesyuarat bersetuju menangani masalah penjadualan buku teks untuk kemudahan murid dalam sesi pembelajaran. Tindakan: JAIM Usul 3: Apakah perancangan sekolah untuk pelajar UPKK sekiranya PDPR masih diteruskan. – En Mohamed bin Ali 10.3 Mesyuarat bersetuju membuat perancangan kelas dan kelas tambahan secara alam maya(GM) jika PDPR masih diteruskan dan menyediakan modul berkala untuk pelajar UPKK Tindakan: Pihak Sekolah Usul 4: Membuat kelas tambahan UPKK pada awal bulan 5 –En Nazir b. Nordin 10.4 Mesyuarat bersetuju membuat persediaan kelas tambahan lebih awal untuk pelajar UPKK sebagai persiapan menghadapi UPKK akan datang.


14 Tindakan: Pihak Sekolah Usul 5: Longkang dibaikpulih untuk keselamatan murid. –Pn Siti Zainon bt Baharudin 10.5 Mesyuarat bersetuju membaikpulih dengan kerjasama masjid Ar Rasyidin keadaan longkang untuk keselamatan murid. Tindakan: Pihak Masjid 11. HAL-HAL LAIN 11.1 Mesyuarat bersetuju cadangan En. Nor Fazli bin Mohd Tahir untuk menerima sumbangan kecemerlangan UPKK 2022 sebanyak RM50 yang disokong oleh En.Mohd Azmi bin Mohd Ali Anafiah. 12. UCAPAN PENANGGUHAN. 12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli yang hadir pada mesyuarat kali ini dan berharap agar semua ahli persatuan dapat terus memberikan kerjasama dan komitmen yang baik demi pendidikan agama anak-anak di SRA JAIM JELATANG ini. Tindakan: Makluman 12.2 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA JAIM JELATANG bagi tahun 2021 ditangguhkan pada jam 4.30 petang. Tindakan: Makluman Disediakan oleh: ................................................................ Nama: CIK SITI RAFE’AH BINTI ABD AZIZ Jawatan: SETIAUSAHA PIBG SRA JAIM JELATANG Disahkan oleh:


15 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH KURIKULUM (AKADEMIK) •KELAS TAMBAHAN UPKK SETIAP HARI SABTU •KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH •HARI KECEMERLANGAN MURID •BACAAN YASIN ,SOLAT HAJAT DAN PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA TAHUN 5 •MAJLIS HUFAZ TAHFIZ •KELAS PEMULIHAN CELIK JAWI •HARI BERTEMU PELANGGAN •PROGRAM SEMARAK JAWI •PROGRAM PENYEMBELIHAN BINATANG HALAL (PANITIA ULUM SYARIAH) HAL EHWAL MURID •SUMBANGAN KEPADA ASNAF DAN ANAK YATIM (PROGRAM IHYA RAMADAN) •PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA BOMBA (LATIHAN KEBAKARAN) •WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS KO KURIKULUM •SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHAP 1 & 2 •MAJLIS KHATAM ALQURAN •AKTIVITI IHTIFAL ILMI PERINGKAT SEKOLAH •SAMBUTAN HARI GURU •SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI • LAWATAN SAMBIL BELAJAR • SAMBUTAN KEMERDEKAAN •PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH TAHUN 6 LAIN-LAIN AKTIVITI •GOTONG ROYONG MENGECAT KORIDOR SEKOLAH BERSAMA IBUBAPA,GURU DAN MURID. •MESYUARAT AJK PIBG ( 3 KALI) •MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 2


16 PROGRAM KECEMERLANGAN UPKK 2022 Bil Tarikh Program 1 8-4-2022 Perjumpaan guru besar dan guru matapelajaran bersama murid tahun 5 2 8-4-2022 Program anak ku sayang & Penyerahan anak angkat kepada semua Guru (Mentor mentee) 3 26-8-2022 Motivasi kecemerlangan 4 April-Nov Program sila duduk jangan lari (Memastikan calon-calon UPKK sifar ponteng sepanjang tahun) 5 Mei-Okt Kelas tambahan setiap sabtu dan cuti penggal 6 Julai-Ogos Teknik menjawab soalan 7 September Program Asak Minda 8 Sep-okt Ujian Gerak Gempur 9 17-8-2022 21-9-2022 Ujian pengesanan UPKK 1 Ujian pengesanan UPKK 2 10 5-10-2022 19-10-2022 Percubaan UPKK 1 Percubaan UPKK 2 11 4-11-2022 Bacaan Yassin dan Solat Hajat 12 4-11-2022 Perjumpaan dengan Ibubapa/penjaga tahun 5 13 25-11-2022 Majlis Mohon Restu ( Amanat Terakhir )


17 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022


18


19 MEMBINCANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL 1. Membuat gotong royong membersihkan dan menceriakan tandas sekolah 2. Membuat laluan berbumbung dari sekolah ke tandas bagi mengelakkan murid berhujan Rohani binti Ahmad 3. Meminta untuk penambahan kipas di kelas bagi mengurangkan panas di kelas semasa sesi pembelajaran. Norizzati hazirah 4. PdP kepada murid gunakan kaedah yang lebih menarik seperti menggunakan peta minda dan adakan pertandingan tentang pendedahan ilmu agama kepada murid agar lebih minat belajar contohnya kuiz agama dan menyediakan hadiah bagi para pemenang. Zawizan bin Md Napiah 5. Mulakan kelas pembelajaran pukul 3.00 petang kerana murid balik dari sekolah kebangsaan pukul 1.30 . Murid menaiki van sekolah dan sampai dirumah jam 2.00 . Murid terkejar untuk mandi dan makan . Murid akan jadi letih dan hilang fokus . Norhidayah binti Ismail 6. Mengadakan solat Jemaah fardhu Asar setiap hari Mohd Sofian bin Salleh 7. Wujudkan duit tabung murid setiap kelas. Romiza binti Khalil 8. Kelas tambahan UPKK dimulakan seawal sesi persekolahan . Norhasman Saufirullah bin Hasan Shaari 9. Wujudkan T-Shirt dan seluar trek rasmi sekolah untuk dipakai setiap hari rabu Wan Mohd Syarifuddin bin Wan Hassan 10. Jadual hafazan bagi murid tahfiz disediakan pada awal tahun untuk persediaan. Bari’ah binti Dzulkifli 11. Pembantuan elaun kehadiran mesyuarat kepada AJK PIBG . AJK PIBG 12. Menaikkan yuran PIBG daripada RM30.00 kepada RM50.00 . AJK PIBG 13. Pihak sekolah diharap dapat menganjurkan lawatan sambal belajar ke muzium keseniaan dan sejarah islam. Noraini binti Ab Rahman 14. Pengawal keselamatan perlu bertugas dibawah semasa waktu pulang pelajar untuk menjaga lalu lintas. Ahmad Muslim


20 PENGHARGAAN Pihak PIBG SRA JAIM Jelatang Mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Encik Huzailan bin Hamzah Ketua Agama Islam Daerah Alor Gajah Jawatankuasa PIBG SRA JAIM Jelatang Ibu Bapa / penjaga Guru-guru SRA JAIM Jelatang Terima kasih diatas Kerjasama Dan Sokongan Yang Diberikan Dalam Program Ini Dan Segala Usaha Bersama Ini Akan Mendapat Keberkatan Dan Rahmat Dari ALLAH S.W.T. INSYAALLAH SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG JASA MU TETAP DIKENANG


Click to View FlipBook Version