HEDONISME
( SIKAP YANG TAKSUB TERHADAP HIBURAN TANPA HENTI )
MPU 23402 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
JORDAN ANGGANG BALAN (20DKM21F2005)
KEVIN MORINCE AK LEPU (20DKM21F2017)
AARON DOUGLAS JUING (20DKM21F2015)
PENSYARAH KURSUS : PN. FAYZATOL JAMIYAAH BINTI ABDULL RAHIM
HEDONISME KANDUNGAN
PRAKATA 2
OBJEKTIF 3
PENGENALAN 4
5 FAKTOR HEDONISME 5
5 KESAN HEDONISME 7
CARA MENGATASI HEDONISME 9
CONTOH ISU SEMASA HEDONISME 10
KESIMPULAN 12
UJI MINDA 13
RUJUKAN 14
SINOPSIS 15
HEDONISME
HEDONISME PRAKATA
HEDONISME Setinggi- tinggi pujian bagi tuhan maha pencipta langit dan bumi serta
isinya. Syukur kami telah menyiapkan E-Book topik 5 kursus Nilai
Masyrakat Malaysia dengan jayanya sebagai tugasan akhir dan sebagai
rujukan warga Politeknik Mukah.
Secara keseluruhannya, E-Book ini menyentuh tentang bagaimana
cara kita selaku rakyat Malaysia untuk mengatasi dan mengurangkan
hedonisme dalam kalagan masyrakat terutamanya anak muda. e-Book ini
juga memberikan impak perubahan yang besar kepada pembacanya. Ia
dapat menarik minat pembaca dan memudahakan pembaca dengan
hanya menggunakan telefon sahaja.
Akhirnya, E-Book ini dapat diterbitkan dengan bantuan, sokongan
dan komitmen semua pihak.Sekalung penghargaan diberikan kepada Pn.
Fayzatol Jamiyaah Binti Abdull Rahim selaku -pensyarah kursus Nilai
Masyarakat Malaysia DKM2A yang banyak memberi panduan dan
nasihat dalam melaksanakan E-Book.
2
HEDONISME OBJEKTIF
HEDONISME Memudahkan pelajar untuk memahami maksud hedonisme.
Mengenalpasti faktor berlakunya hedonisme dalam negara.
Mengenalpasti kesan hedonisme terhadap komuniti.
Mengenalpasti cara untuk mengatasi hedonisme dalam negara.
3
HEDONISME PENGENALAN
HEDONISME Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan pada masa
kini. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang gejala hedonisme
kerana ia merupakan satu perilaku “sub-budaya”yang negatif kepada
masyarakat terutamanya golongan remaja.
Hedonisme telah menjadi “ideologi” gaya hidup bebas terutamanya
remaja dan golongan belia sesetengah masyarakat kita. Ia menyusup
masuk secara halus tanpa kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan
kajian, budaya hedonisme ini sebenarnya telah bertapak di malaysia sejak
era 60an lagi tetapi dalam skala yang sangat kecil. Namun dari era joget
lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang secara senyap sehinggalah
ke era music tekno, jungle dan sebagainya, seterusnya bangkit menjadi
satu sub budaya yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat.
4
HEDONISME 5HEFDAOKTNOISRME
HEDONISME Pengaruh media massa :
Golongan muda atau anak muda pada zaman
kini amat mudah terpengaruh apabila
menonton televisyen dan melayari internet.
Mereka akan melihat semua kelakuan yang
tidak baik yang ditayangkan dalam media.
Mereka juga akan meniru tindak laku yang
dipaparkan dalam media itu juga.
Kewujudan pusat hiburan dan perjudian :
Ia juga menjadi salah satu faktor yang
menggalakkan masyarakat terjebak dalam
hedonisme ini. Ini kerana, masyarakat ingin
mencuba untuk memasuki pusat-pusat
hiburan yang ada. Di dalam pusat hiburan,
mereka tidak diganggu dan merasa bebas
sehingga ianya memperbolehkan mereka
mengambil bahan-bahan larangan iaitu
dadah, alkohol dan lain-lain.
Kurang pengawalan atau pengawasan
ibubapa :
Ibubapa yang tidak mengambil tahu
pergerakan anak-anak semasa di luar rumah
menyebabkan anak-anak menjadi bebas
untuk membuat sesuatu perkara. Pada zaman
kini, ia menjadi trend ataupun amalan yang
dikatakan kononnya mengajar anak-anak
untuk tidak terlalu mengharapkan ibubapa
dalam membuat sesuatu keputusan.
5
HEDONISME
HEDONISME Keruntuhan institusi kekeluargaan :
Sesebuah keluarga yang menghadapi
masalah juga boleh menjurus kepada
hedonisme. Contohnya, seseorang anak
yang mengalami stress dalam sesebuah
masalah keluarga akan pergi mencari
hiburan yang tidak baik seperti pergi ke
pusat hiburan yang menyediakan
minuman beralkohol dan mengambil
dadah bersama rakan-rakan sebaya untuk
menghilangkan stress.
Kurang pegangan agama :
Golongan remaja dan belia pada zaman
kini kian berjauhan terhadap agama.
Mereka bahkan tidak tahu perkara-
perkara yang telah dhalang ataupun
dibataskan berdasarkan agama masing-
masing. Ini kerana kurang didikan agama
daripada orang tua individu tersebut.Ia
juga disebabkan kurang terlibat dengan
aktiviti keagamaan yang di adakan di
tempat beribadah masing-masing.
6
HEDONISME 5HEKDEOSANNISME
Lupa akan matlamat hidup yang sebenar :
HEDONISME Individu-individu ini sudah tidak tahu apa
tujuan kita sebagai manusia untuk hidup
dimuka bumi ini. Berdasarkan majoriti ajaran
agama, KIta sebagai manusia perlu mancari
ilmu dan menjadi insan yang dapat
membimbing orang lain ke arah kebaikan.
Tetapi, masyarakat pada masa kini terlampau
mengejar dunia dan hiburan yang sementara
ini demi kepuasan diri yang membinasakan.
Meningkatkan gejala jenayah sosial :
Hedonisme ini dapat meningkatkan gejala
sosial dalam sesebuah komuniti atau
negara. Sebagai contoh, peningkatan kes
seks bebas yang menuju kepada kes
pembuangan bayi dan khalwat. Ia juga
dapat meracuni anak-anak muda dengan
najis dadah yang mampu merosakkan
akhlak dan minda anak-anak muda yang
menjadi penerus kepda pembangunan
negara.
Menggagalkan usaha kerajaan untuk
melahirkan masyarakat yang berwawasan
dan berilmu :
Apabila hedonisme semakin berleluasa, maka
proses untuk melahirkan golongan yang bijak
pandai pun menjadi sulit. Ini kerana ramai
remaja telah rosak dan tidak waras akibat
hiburan yang berlebihan. Mungkin terdapat
segilintir daripada golongan remaja ini masih
belum terjebak tetapi dengan bilangan sedikit
mereka masih tidak cukup dalam
pembangunan negara ini. Hedonisme ini juga
mengurangkan kualiti kemahiran anak-anak
yang berpotensi tinggi dalam pembnagunan.
7
HEDONISME .
Memudarkan lagi nilai-nilai keagamaan
dalam diri :
Golongan muda akan tidak ingin mengikuti
aktiviti keagamaan lagi. Ia disebabkan
perubahan persepsi atau pandangan terhadap
diri seseorang. Contohnya, menganggap
agama adalah hal yang kedua dalam
kehidupan sebgai seorang manusia. Selain itu,
mereka juga akan terlibat dengan gejala yang
songsang seperti memilih teman hidup yang
sam jantina seperti "gay" dan "lesbian".
Kerajaan juga terpaksa
membelanjakan sejumlah wang yang
banyak untuk membanteras
hedonisme :
HEDONISME Pihak kerajaan kerap mengambil
tindakan seperti menyita premis hiburan
yang tidak berlesen dan membekalkan
alkohol yang diseludup. Tetapi, ianya
masih belum cukup untuk membanteras
hedonisme. Jadi kerajaan berinisiatif
untuk membuat pusat hiburan yang
bukan kearah hedonisme seperti taman
tema air, membiaya pembukaan pusat
karaoke yang tidak menyediakan alkohol
dan pembinaan taman-taman permainan
berdekatan dengan perumahan. Selain
itu, pihak kerjaan jugak mengadakan
program sukan rakyat yang bertujuan
menggalakkan amalan kehidupan yang
sihat sekali gus menjadi hiburan kepada
masyarakat.
8
HEDONISME 5 CARA
HMEEDNOGNAITSAMSEI
HEDONISME
Ibubapa perlu menerapkan nilai-nilai agama dalam diri orang lain
terutamanya anak muda yang memiliki jiwa yang rapuh. Ibubapa juga
mestilah mengajak anak-anak ke aktiviti keagamaan yang mampu
mendekatkan diri dan hati dengan lebih dalam terhadap agama
mereka.
Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkenaan
tempat-tempat hiburan. Contohnya, sebuah pusat hiburan tidak
menyediakan alkohol dan mesra keluarga. Ia juga dapat
mengurangkan kadar peningkatan penjualan alkohol dalam negara
kita.
Pihak sekolah perlu mendedahkan keburukan-keburukan jika
seseorang individu terjebak dalam hedonisme. Contohnya
mengadakan ceramah atau taklimat berkenaan hedonisme terhadap
anak-anak muda di sekolah. Ia juga dapat membuka mata anak-anak
muda tentang bahayanya hedonisme terhadap diri kita.
.Ibubapa perlu kerap membawa anak-anak ke tempat ibadah supaya
mereka berjauhan dengan hedonisme. Dengan itu, anak-anak dapat
mendekatkan diri dan jiwa dengan lebih dekat dengan tuhan agar
tidak lupa tujuan kita hidup di muka bumi ini. Anak-anak juga dapat
berbakti kepada komuniti dalam bergiat aktif semasa aktiviti
keagamaan di jalankan.
Seseorang individu perlu bijak dalam memilih rakan supaya tidak
terjebak dalam budaya hedonisme. Kita perlu menyelidiki latar
belakang rakan-rakan kita sebelum melanjutkan hubungan
persahabatan kita. Kita tidak tahu bagaimana latar belakang seseorang
individu. Selain itu, kita perlu tegas dalam menolak ajakan rakan yang
tidak berfaedah seperti merokok,minum arak dan mengambil dadah.
9
HEDONISME 5 CONTOH ISU
HBEERDKOENNIASMANE
HEDONISME
10
HEDONISME HEDONISME
11
HEDONISME KESIMPULAN
HEDONISME -Kesimpulannya,keseronokan sebagai asas utama kehidupan. Konsep
kebaikan dan kebahagian yang dibawa oleh hedonisme hanya berasaskan
kepada kesonokan duniawi serta penumpuannya kepada kebendeaan
semata-mata. Oleh itu, kita perlulah menghindari diri daripada
hedonisme kerana ia akan membinasakan diri kita dan masyarakat
sekeliling. Dengan itu, marilah kita bersama-sama memgurangi
hedonisme dalam negara demi melahirkan negarta yang berakhlak tinggi
dan dipandan g tinggi oleh negara-negara yang lain.
12
HEDONISME UJI MINDA
HEDONISME PLATFORM : QUIZZIZ
https://quizizz.com/admin/quiz/638837b31ccb74001d4f97b0?
source=quiz_share
13
HEDONISME RUJUKAN
HEDONISME -http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/punca-berlaku-budaya-
hedonisme.html
-http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/kesan-negatif-budaya-
hedonisme.html
-http://kpidtm5b.blogspot.com
14
HEDONISME SINOPSIS
HEDONISME E-Book ini menceritakan tentang kebaikkan dan keburukkan hedonisme.
Dalam e-book ini juga kita dapat menjelaskan dan mengetahui cabaran-
cabaran dihadapi oleh masyarakat malaysia terhadap masalah hidonisme.
Dengan itu, kami juga dapat mengenalpasti cara untuk mengatasi
masalah hedonisme dalam negara dan kmi juga dapat mengenalpati
faktor berlakunya hedonisme di dalam negara kita. Selain itu,
E-Book ini juga membantu semua pihak untuk mengenalpasti faktor dan
kesan hedonisme terhadap nergara.
15
TERIMA KASIH
"SEMOGA CERIA-CERIA SELALU"