KAJIAN LAPANGAN
TENTANG KEGIATAN
EKONOMI DI KAWASAN
KAMPUNG SUKA MENANTI
NAMA:NUR ADAM DANISH BIN NOR AZLAN
KELAS:3 IKRAM
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 3
PENDAHULUAN 4
OBJEKTIF KAJIAN 5
KAWASAN KAJIAN 6-7
KAEDAH KAJIAN 8-10
HASIL KAJIAN 11-13
RUMUSAN 14
RUJUKAN 15
LAMPIRAN 16-17
PENDAHULUAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera
kepada semua.
Pertama kali syukur terhadap ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
saya siapkan kerja khusus ini.Seterusnya,ribuan terima kasih kepada guru
Geografi saya iaitu, Puan Asmaniza binti Yop kerana dapat memberikan
dorongan sepanjang saya menyiapkan kerja khusus ini.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak
memberikan sokongan serta dorongan sepanjang kerja ini disiapkan. Tanpa
mereka semua tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja ini dengan
jayanya.
PENDAHULUAN
Kajian lapangan ini merupakan kerja yang wajib dilaksanakan oleh murid
tingkatan 3 atas arahan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Saya Nur Adam Danish bin Nor Azlan dari kelas 3 Ikram.
Saya telah melakukan kajian di kawasan Kampung Suka Menanti. Saya
memilih kawasan ini kerana kampung ini berada berdekatan dengan rumah
saya. Lagipun, pergerakan sekarang ini terhad disebabkan oleh pandemik
yang telah melanda dunia.
Sepanjang tempoh kerja kajian ini disiapkan, saya telah menemu bual
beberapa orang responden untuk mengumpul maklumat. Saya sangat
bersyukur kerana responden itu telah memberikan Kerjasama yang baik.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini ialah:
Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi di kawasan Kampung Suka
Menanti.
Menghuraikan faktor-factor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi utama
di kawasan Kampung Suka Menanti.
Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama tersebut kepada
Kawasan Kampung Suka Menanti.
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Peta ini menunjukkan Kawasan Kampung Suka Menanti
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya untuk kerja khusus ini ialah di daerah Kota Setar. Kota
Setar merupakan sebuah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah
inlah dimana yang terletaknya Bandar Kota Setar iaitu ibu negeri Kedah.
Daerah ini terdiri daripada 28 mukim.
Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di Kawasan ini ialah rumput dan
hutan. Ciri pandang darat budaya ialah sawah padi, petempatan, sekolah
dan jalan raya.
Kebanyakkan penduduk tersebut ialah kaum Melayu dan beragama Islam.
Penduduk disini kebanyakkannya bekerja sebagai pesawah.
KAEDAH KAJIAN
Bagi kaedah pula, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah iaitu:
1. Kaedah Pemerhatian
Kaedah pertama yang saya gunakan ialah kaedah pemerhatian. Saya
menggunakan kaedah ini dan mendapati kawasan ini berpotensi untuk
dijadikan sebagai kawasan kajian saya.
2. Kaedah Temu Bual
Selain itu,kaedah temu bual merupakan kaedah kedua yang telah digunakan
oleh saya untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk di kawasan itu.
Saya juga pergi berjumpa dengan ketua kampung tersebut untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
3. Kaedah Soal Selidik
Setelah selesai temu bual bersama penduduk kampung, saya telah
menjalankan kaedah soal selidik. Saya telah mengedarkan borang soal selidik
kepada beberapa orang penduduk kampung.
Melalui kaedah ini saya telah dapat mengumpulkan maklumat yang
berhubung dengan perkara berikut:
i. Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian
ii. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan
kajian
iii. Memberikan cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi di kawasan
kajian
4. Kaedah Literatur
Selaras dengan perkembangan dunia pada masa kini. Internet merupakan
perkara yang sudah tidak asing dengan penduduk di serata dunia. Dengan
menggunakan internet, saya juga dapat mencari lebih banyak maklumat
tambahan.
HASIL KAJIAN
Sektor primer merupakan
kegiatan yang
mengeluarkan bahan
mentah daripada sumber
semula jadi yang terdapat di
kawasan kajian. Kegiatan
ekonomi yang terdapat di
Kampung Suka Menanti ialah
pertanian. Hal ini kerana,
penduduk di kawasan ini
banyak mengusahakan
penanaman sawah padi.
Antara faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi pertanian tersebut
ialah faktor bentuk muka bumi yang sesuai dijadikan sebagai tempat
pertanian. Contohnya bentuk muka bumi yang bertanah pamah sesuai
dijadikan sebagai tempat penanamansawah padi. Selain faktor bentuk
muka bumi, faktor tanih juga menjadi salah satu sebab penanaman
sawah padi. Dengan ini penanaman padi ini dapat dijaga dengan baik
dan dapat hidup subur kerana tanih ini merupakan tanih aluvium yang
merupakan tanih yang dapat menampung jumlah air yang banyak.
Antara kepentingan kegiatan
ekonomi sawah padi ialah sumber
kepada penghasilan beras. Hasil
penanaman padi ini juga dapat
menyara pendapatan hidup pekerja
sawah padi. Perkara ini juga penting
dalam sumber pendapatan negara
dalam usaha mengimport neras ke
luar negara. Selain itu, ia juga dapat
dijadikan sebagai sumber makanan
iaitu nasi yang telah menjadi
makanan asas kepada manusia
setelah sekian lamanya dimakan.
RUMUSAN
Hasil data yang data telah perolehi ini melalui kaedah kajian yang telah saya jalankan.
Setiap perkara yang diingini telah pun dijawab. Selain itu, setiap analisis maklumat telah
dilakukan bagi mendapatkan kesimpulan daripada dapatan kajian tersebut.
Semasa saya menjalankan kajian terdapat beberapa halangan serta cabaran yang
telah saya tempuhi dalam usaha menyiapkan kajian lapangan ini. Contohnya
kekurangan idea dalam kerja khusus ini tetapi ianya tidak menjadi alasan untuk saya
tidak menyiapkan kerja ini. Saya amatlah berpuas hati terhadap hasil kerja yang telah
disiapkan oleh saya. Saya akan mencuba untuk memperbaiki kekurangan yang ada
dalam kerja ini pada masa akan datang.
Kesimpulannya. melalui kajian ini kita dapat lihat pelbagau kegiatan ekonomi yang
telah dijalankan di kawasan sekitar. Saya berharap kerja khusus ini dapat membantu
sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat dan saya berharap agar saya dapat
markah yang cemerlang atas usaha yang telah saya curahkan.
RUJUKAN
Buku Teks Geografi Tingkatan 3 karya Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman,
Rajini Gauri Muthusamy dan Pau anak Utek
Laman Sesawang MY SUMBER
Orang Sumber:
1. Ramli bin Yusof
2. Nor Azlan bin Zainal
3. Zuraimi binti Mansor
4. Noraini binti Abdullah
LAMPIRAN
Gambar pendudukan Kampung Suka Menanti sedang menanam anak padi
Nasi yang merupakan makanan asas kepada manusia
SEKIAN TERIMA KASIH
-ADAM DANISH-