EBOOK PERCUMA
TIPS MEMILIH TUDUNG
MENGIKUT WARNA KULIT
ZULIANA ZAINAL ABIDIN
1. KULIT GELAP/HITAM MANIS
Wanita berkulit gelap adalah bukan tidak
cantik tapi jika korang bijak memilih
padanan warna yg sesuai bakal
menyerlahkan lagi tona kulit korang.
Untuk yg berkulit gelap adalah sesuai dengan
warna-warna pastel atau keemasan kerana
warna ni mencerahkan lagi kulit korang.
Semestinya korang yang berkulit gelap
adalah lebih cerewet dalam pemilihan warna
tudung ini jadi korang harus mengelak
warna tudung yang gelap seperti hitam dan
coklat. Hal ini kerana warna ini membuat
kulit anda nampak lebih malap.
2. KULIT SAWA MATANG
Untuk korang yang berkulit sawa matang,
pemilihan warna pastel & warna gelap
merupakan pilihan yg terbaik kerana akan
membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Sebagai
contoh memilih warna pink belacan dan biru
gelap dapat meyerlahkan kulit korang.
Awas ! Warna yang harus korang elakkan
adalah warna yang terlampau lembut atau cair
kerana warna tersebut boleh menyebabkan
kulit korang kelihatan bertambah gelap.
3. KULIT KUNING LANGSAT
Untuk korang yg berkulit kuning langsat, korang
sesuai mengayakan warna-warna cerah seperti
kuning ataupun biru cair. Hal ini kerana warna
tersebut menambahkan seri wajah korang dan
menyebabkan kulit anda segar sekali gus menyebakan
kecantikan korang.
Korang harus mengelakan warna oren ataupun
warna krim kerana warna tersebut akan membuat
korang kelihatan pucat.
4. KULIT PUTIH
Untuk korang yang berkulit putih biasanya korang
sesuai dipadankan dengan kebanyakan warna. Tak
kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yg paling
sesuai untk korang adalah warna-warna solid
seperti merah, hijau & hitam.
Jangan disangka orang yang berkulit putih ni tiada
masalah dalam pemilihan warna tudung.
Ada juga warna yang harus dielakkan iaitu warna
yang terlampau lembut seperti baby blue ataupun soft
pink sebab akan menyebabkan kulit korang bertambah
pucat. Warna putih juga harus dielakan.
Pemilihan warna yang tepat dan sesuai sangat
penting bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi
untuk mengekalkan mood seharian korang. Untuk
contoh padanan warna korang boleh klik sini