B05 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Unggas Berekor Kembang’
Halaman 87, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)
DSKP 2.1.1 Membaca pelbagai teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada yang sesuai.
DSKP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandang daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional
menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
T5_Tema 7_Pertanian, Perternakan dan Perikanan
41
Bahan 2
Kelebihan Dan Keunikan Menternak Ayam Mutiara
Kita mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam belanda (piru, turkey),
tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam
mutiara, api-api atau unggas emas dan di negara Barat yang juga digelar Guinea Fowl misalnya,
juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini amat popular kerana baik
untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi.
Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya,
kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak
digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi
berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.
Ayam mutiara mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ayam ini suka
bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak. Harga jualannya bergantung kepada
penawaran dan permintaan di pasaran. Dahulu ayam mutiara dewasa cuma RM35 seekor
kerana tidak banyak permintaan tapi sekarang, harga ayam mutiara ini dijual di kedai haiwan
peliharaan pada harga RM130 seekor.
Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30-40 biji pada satu-satu masa
dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke
atas. Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari.
Ayam mutiara boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak kerana ayam
mutiara mula bertelur selepas berusia setahun dan mampu bertelur sehingga tujuh tahun
lamanya. Oleh itu, kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini ialah tempoh
kemampuannya bertelur.
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2019/01/ayam-mutiara.html#ixzz71oMb4265
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud sajian utama. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan ciri-ciri ayam piru dan ayam mutiara yang
menjadikan ayam ini dapat dikomersialkan. [3 markah]
(iii) Kekurangan golongan muda menceburi bidang pertanian merugikan negara.
Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan muda
hingga menghalang mereka untuk menceburi bidang pertanian? [3 markah]
DSKP 2.1.1 Membaca pelbagai teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada yang sesuai.
DSKP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandang daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional
menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
T5_Tema 7_Pertanian, Perternakan dan Perikanan
42
(iv) Encik Harris telah lama menceburi bidang penternakan. Ayam yang diternaknya
untuk tujuan ayam daging dan ayam telur. Sungguhpun begitu, pasarannya hanya
tertumpu di dalam negara. Anda selaku anak saudaranya mahu mempelbagai
produk ternakan dan memperluas pasaran produk ternakan beliau ke luar negara.
Cadangkan langkah-langkah kepada Encik Harris untuk memperluas produk
ternakannya. [4 markah]
Soalan Tambahan
(a) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud …….
Bil Rangkai kata Maksud
1 baka warisan
2 pemilihan genetik
(b) Encik Asraf merupakan pengusaha ikan hiasan yang baru menceburi bidang ini. Encik
Asraf berpandangan bahawa ikan hiasan berpontensi untuk dimajukan bagi menjanakan
pendapatan yang lumayan. Anda selaku pegawai daripada Jabatan Perikanan telah
memberikan cadangan kepada beliau.
Cadangkan langkah-langkah kepada Encik Asraf untuk menambah baik perniagaan ikan
hiasannya. [4 markah]
(rujuk ms 91 buku teks)
(c) Mak Minah merupakan pekebun sayur di pinggir bandar. Mak Minah ingin memasarkan
hasil pertanian secara terus kepada pengguna. Mak Minah telah meminta bantuan
daripada pegawai pemasaran FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) .
Anda selaku pegawai daripada FAMA telah memberikan cadangan kepada Mak Minah.
Cadangkan saranan-saranan yang dapat anda berikan kepada Mak Minah untuk
memasarkan hasil pertanian kebunnya. [4 markah]
(rujuk ms 89 buku teks)
DSKP 2.1.1 Membaca pelbagai teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada yang sesuai.
DSKP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandang daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional
menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
T5_Tema 7_Pertanian, Perternakan dan Perikanan
43
B06 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Tenaga daripada Air’
Halaman 126, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul
menggunakan pelbagai teknik bacaan.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
44
Bahan 2
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Bukan Sekadar Sinaran’
Halaman 127, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud membawa kesan. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kedua-dua jenis
tenaga ini.
[3 markah]
(iii) Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sumber alam seperti tenaga hidroelektrik dan tenaga
solar merupakan tenaga yang boleh diperbaharui. Kuasa daripada sumber alam dapat
melestarikan alam sekitar.
Pada pendapat anda, apakah manfaatnya menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui
kepada alam sekitar. [3 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul
menggunakan pelbagai teknik bacaan.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
45
(iv) Semasa anda berjalan-jalan di kawasan perumahan anda, anda mendapati bahawa
terdapat jiran anda yang membuang peralatan elektrik dan elektronik di dalam tong
sampah di depan rumahnya. Anda sedar bahawa cara pelupusan sebegini adalah tidak
sesuai kerana cara ini memberikan impak yang negatif terhadap alam sekitar dan manusia.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, sarankan langkah-langkah yang boleh dilakukan
oleh jiran.
[4 markah]
(rujuk m/s 129)
Soalan Tambahan
(a) Malaysia mempunyai kepelbagaian biologi dengan kewujudan 1500 jenis haiwan
vertebrata dan 150000 jenis haiwan invertebrata di negara ini. Namun demikian, akhir-
akhir ini kebanyakan haiwan tersebut diancam kepupusan.
Nyatakan langkah-langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar. [3 markah]
(rujuk m/s 133)
(b) Mobiliti hijau merujuk pergerakan manusia yang mesra alam sekitar. Mobiliti hijau ialah
peralihan daripada kenderaan yang berasaskan bahan bakar petrol atau diesel kepada
penggunaan mod pengangkutan yang mesra alam dan menggunakan teknologi hijau.
Nyatakan jenis-jenis mobiliti hijau yang boleh diaplikasikan. [3 markah]
(rujuk m/s 130)
(c) Anda mendapati jiran di kawasan tempat tinggal anda sering melakukan aktiviti
pembakaran secara terbuka menyebabkan alam sekitar di kawasan tersebut sering
dicemari asap yang kotor dan berbau busuk.
Sebagai penduduk yang prihatin, cadangkan beberapa langkah yang sesuai kepada jira
anda itu untuk mengelakkannya melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan alam
sekitar.
[4 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul
menggunakan pelbagai teknik bacaan.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
46
B07 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
.
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Untung Besar’
Halaman 112, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 2
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Untung Besar’
Halaman 113, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T5_Tema 9_Pengurusan Kewangan
47
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menanggung risiko. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan kedua-dua jenis pelaburan ini.
[3 markah]
(iii) Banyak faktor yang menjadi pertimbangan pelabur semasa membuat pelaburan agar pelaburan
mereka menguntungkan.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan oleh seorang pelabur
ketika membuat pelaburan. [3 markah]
(rujuk m/s 113)
(iv) Allen telah menerima surat pemberitahuan daripada pihak bank yang menunjukkan bahawa dia
sudah berhutang sebanyak RM150,000 akibat penggunaan kad kredit secara tidak terkawal.
Kini, Allen tidak mampu untuk membayar balik bayaran tersebut. Dia mungkin menghadapi
kebankrapan.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh
beliau untuk mengatasi masalah kewangannya. [4 markah]
(rujuk m/s 110) Bahan Audio m/s 110
Soalan Tambahan
(a) Berdasarkan Bahan X , berikan maksud Y .
Bil Bahan X Y Maksud
1 Bahan 1 mengaut keuntungan
2 Bahan 1 pemilihan lokasi
3 Bahan 1 tumpuan ramai
4 Bahan 2 meyakini potensi
5 Bahan 2 merosot secara
mendadak
(b) Statistik menunjukkan bahawa banyak individu menghadapi kebankrapan disebabkan kegagalan
membayar balik pinjaman bank.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang itu membuat pinjaman daripada pihak
bank. (rujuk m/s 111) [3 markah]
(c) Kad kredit umpama pisau tajam yang bermanfaat dan boleh mendatangkan mudarat.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan menggunakan kad kredit kepada
pengguna. (rujuk m/s 115) [3 markah]
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T5_Tema 9_Pengurusan Kewangan
48
B08 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Sedia Menyelamat’
Halaman 143, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul
menggunakan teknik bacaan.
DSKP 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang
sesuai.
T5_Tema 11_Dunia Selamat Milik Kita
49
Bahan 2
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Siap Sedia Sentiasar’
Halaman 142, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud meliputi operasi. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua persamaan tugas kedua-dua pasukan
penyelamat. [3 markah]
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul
menggunakan teknik bacaan.
DSKP 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang
sesuai.
T5_Tema 11_Dunia Selamat Milik Kita
50
(iii) Kita kerap mendengar berita kemalangan yang melibatkan penggunaan elektrik.
Kemalangan ini disebabkan oleh pelbagai punca yang melibatkan kecuaian manusia.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan kemalangan tersebut berlaku?
[3 markah]
(rujuk m/s 146~147)
(iv) Berdasarkan kajian, sebanyak 60% kemalangan maut di Malaysia melibatkan
penunggang motosikal. Rakan anda menunggang motosikal berulang-alik ke sekolah
setiap hari.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah saranan anda kepada rakan anda untuk
menjaga keselamatannya di jalan raya. [4 markah]
(rujuk m/s 148~149)
Soalan Tambahan
(a) Berdasarkan Bahan 2 , berikan maksud …….. .
Bil Rangkai kata Maksud
1 kesejahteraan rakyat
2 Sistem amaran
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul
menggunakan teknik bacaan.
DSKP 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang
sesuai.
T5_Tema 11_Dunia Selamat Milik Kita
51
B09 Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
.
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Daripada Pokok Bambu’
Halaman 201, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia.
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul
menggunakan teknik bacaan.
T5_Tema 15_Industri Perabot
52
Bahan 2
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Pokok Getah Tua Masih Berguna’
Halaman 200, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menghindarkan masalah. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua persamaan kedua-dua jenis perabot ini.
[3 markah]
(iii) Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS)berpotensi memberikan sumbangan yang
besar kepada ekonomi negara. Namun begitu, PKS juga menghadapi pelbagai isu. Pada
pendapat anda, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh PKS?
[3 markah]
(rujuk m/s 195)
(iv) Puan Basyirah seorang pengusaha kecil dan sederhana yang menjual kerepek dan
makanan yang diproses. Walaupun produknya sedap namun pembeli masih kurang. Hal
ini menyebabkan Puan Basyirah berasa amat risau kerana bimbang tidak dapat pulangan
modal. Dia meluahkan masalahnya itu kepada anda yang merupakan seorang pegawai
pemasaran.
Sebagai seorang yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh
Puan Basyirah untuk meningkatkan jualannya [4 markah]
(rujuk m/s 195)
DSKP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul
menggunakan teknik bacaan.
T5_Tema 15_Industri Perabot
53
3.2 LATIHAN PETIKAN SASTERA
C01 Pemahaman Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Buku Teks Tingkatan 5, halaman 11, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Bahan 2
Tidak jauh dari rumah saya, ada sebuah gerai yang menjual masakan kampung yang
enak. Abang saya selalu membeli lauk di situ untuk makan tengah hari. Gerai itu menjadi
pilihan abang kerana pemiliknya ringan tulang dalam penjagaan kebersihan.
Gerai tersebut terletak jauh dari jalan raya. Oleh hal yang demikian, gerai ini terhindar
daripada kesesakan lalu lintas. Tempat pembuangan sampah dan tangki septik terletak jauh dari
gerai tersebut. Makanan dan minuman dihidangkan dalam bekas yang bersih dan tertutup.
Selain itu, kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih, bekalan elektrik, saliran longkang,
dan tong sampah yang bertutup disediakan. Tidak kelihatan serangga, tikus, atau haiwan
perosak lain di gerai itu.
(dipetik dan diubah suai daripda ‘Menu Lazat, Lokasi Bersih’
Buku Teks Tingkatan 5, halaman 12 Kementerian Pendidikan Malaysia.
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalampuisi dan prosa moden.
T5_Tema 1_Anda Bersih, Anda Sihat
54
Bahan 3
(dipetik dan diubah suai daripda ‘Petua Tuk Nan’
Buku Teks Tingkatan 5, halaman 10, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud nasihat bonda. [2 markah]
(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh apabila seseorang
itu sentiasa menjaga kebersihan. [4 markah]
(iii) Menjaga kebersihan diri ialah amalan gaya hidup sihat yang perlu dipupuk dalam diri
anak-anak sejak kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Pada pendapat anda, apakah amalan gaya hidup sihat lain yang perlu disemai oleh ibu
bapa dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil?
[3 markah]
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalampuisi dan prosa moden.
T5_Tema 1_Anda Bersih, Anda Sihat
55
(iv) Pada suatu petang, ketika Eman, Chan dan Maniam berjalan-jalan di taman perumahan,
mereka ternampak sebuah bangunan terbengkalai. Mereka sempat melihat keadaan di
dalam bangunan tersebut. Mereka sungguh terperanjat apabila melihat beberapa ekor
ular yang menjadikan bangunan terbengkalai itu sebagai sarang. Mereka perlu
bertindak dengan segera supaya haiwan tersebut tidak mengancam keselamatan
penduduk kerana bangunan terbengkalai itu terletak berhampiran dengan taman
perumahan mereka.
Sebagai penduduk yang prihatin, bagaimanakah anda dan rakan-rakan dapat membantu
untuk menyelesaikan masalah ini? [4 markah]
Soalan Tambahan
(a) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata di bawah.
menguak kamar memori
pesan bonda terpateri di jiwa
emosi tenang fikiran sejahtera
hati tenang minda terbuka
(b) Berdasarkan cerpen Tuk Nan, berikan petua-petua Tuk Nan untuk Naim
membersihkan bilik air rumahnya.
[4 markah]
(b) Berdasarkan rangkap 2 sajak Menguak Kamar Kenangan, mengapakah bonda
berpesan supaya menjaga bilik tidur sebaiknya? [4 markah]
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalampuisi dan prosa moden.
T5_Tema 1_Anda Bersih, Anda Sihat
56
C02 Pemahaman Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 Bahan 2
Buku Teks Tingkatan 5, halaman 37, Kementerian Pendidikan Buku Teks Tingkatan 5, halaman 37, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Malaysia.
Bahan 3
Aku meraba fizikalku. Aku gadis tempang. Kedua-dua belah kaki cacat. Tangan kiri
kerudung. Jalan terhincut-hincut. Langkah aku lambat sekali. Perlu berpaut pada sebarang
tongkat. Aku seorang mahasiswa yang kurang sifat di pusat pengajian tinggi. Sesekali berjalan
hampir terjatuh. Tiada siapa yang mengendahkan aku. Di kampus, masing-masing sibuk
berkerjaran dengan aktiviti sendiri.
Masa tidak menanti sesiapa. Akulah yang sering berlaga-laga dengan masa. Lalu
tertewaslah aku. Aku bukan seperti sebelumnya. Pada awalnya, aku sering mengeluh.
Maklumlah, terlalu payah meneruskan rutinku dalam keadaan sebegini. Alhamdulilah, aku
banyak dibantu oleh Riani, rakan yang mula kukenali ketika pertama kali ke menara gading ini.
DSKP 2.1.2 membaca petikan prosa moden dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situasi.
DSKP 4.1.1 memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi dan prosa moden.
T5_Tema 3_Kerjaya Meniti Jaya
57
Aku seksa begini. Sungguh memenatkan. Jalan sikit sudah termengah-mengah. Tapi
aku cuba cekalkan hati. Hidup di dunia ini sekali cuma. Riani kerap mengawasi aku. Dia tidak
jemu-jemu mendampingi aku.
Pada mulanya aku berasa ada kelainan dan kekurangan pada anggota badanku. Sesekali
diangkat terasa berat dan sakit. Meraba-raba lengan. Baru menapak selangkah dua, aku jatuh
terjelepok. Perit melakukan sebarang kerja dengan hanya satu tangan. Saat genting itu hanya
Tuhan saja yang mengetahui. Aku menangis sepuas-puas hati pada hati itu. Serpihan kekesalan
tersemat dalam sanubariku. Lantaran mengikuti ekspedisi Kelab Kembara sekolah semasa di
tingkatan lima dulu, aku menerima petaka ini. Sekali gus meragut kelincahanku.
(dipetik dan diubah suai daripda ‘Menatap Wajahnya’
dalam Antologi Anak Laut, DBP.
(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud menerima petaka. [2 markah]
(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan kesan-kesan kesakitan tulang kepada manusia.
[4 markah]
(iii) Tugas kiropraktor adalah untuk meletakkan tulang-tulang yang dislokasi di tempat
asalnya.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca sakit tulang kepada seseorang itu?
[3 markah]
(iv) Pada suatu pagi yang hening, anda dan keluarga tersayang beriadah di salah sebuah taman
rekreasi yang agak jauh dari tempat tinggal anda. Ketika melakukan beberapa pergerakan,
tiba-tiba pergelangan kaki kanan ibu anda terseliuh. Pergelangan kaki ibu anda menjadi
bengkak. Hal ini amat merisaukan anda sekeluarga.
Sebagai anak yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu ibu anda untuk
mengurangkan kesakitannya? [4 markah]
Soalan Tambahan
(a) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud ………….
Bil Rangkai kata Maksud
1 melegakan derita
2 seksanya amat terkesan
3 merentas bangsa
DSKP 2.1.2 membaca petikan prosa moden dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situasi.
DSKP 4.1.1 memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi dan prosa moden.
T5_Tema 3_Kerjaya Meniti Jaya
58
C03 Pemahaman Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 Bahan 2
Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli berangan;
Kami mengucap selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.
Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan;
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.
Pukul gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari-menari;
Kami ini dagang merantau.
Mengharap belas orang di sini.
Dipetik daripada “Pantun Joget Pahang”
Antologi Seuntai kata untuk Dirasa,
DBP.
Buku Teks Tingkatan 5, halaman 101,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahan 3
Pak Tua tersenyum puas menatap longgokan buah-buahan yang telah dikumpulkan
sejak kelmarin. Buah-buahan tempatan seperti nangka, cempedak, nanas, pisang, kepaya,
limau bali, dan jambu batu berserta jambu air amat mudah didapati di kebunnya, tetapi untuk
buah-buahan hutan seperti buah tampoi, durian merah, mata kucing, dan meritam, agak sulit
juga Pak Tua mendapatkannya. Dia terpaksa meredah hutan dan menjolok dengan galah
panjang agar tidak merosakkan pohonnya. Segala kesusahan dan jerih payah, Pak Tua tidak
dihiraukan, asalkan dia dapat menyediakan aneka jenis buah-buahan untuk anak cucunya.
Sebuah bas mini dan dua buah kereta buatan dalam negara bergerak dengan perlahan-
lahan memasuki kawasan kebun Pak Tua. Jalan tanah merah yang telah diturap dengan batu
dan kerikil harus memudahkan perjalanan kenderaan itu lagi. Setelah kereta berhenti dan para
penumpangnya turun, kemeriahan pun mewarnai kawasan dusun dan hutan itu.
DSKP 2.1.2 Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situisi.
DSKP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional.
T5_Tema 8_Melancong Mencari Makna
59
“Jadi, inilah yang dibuat oleh bapa? Tanah yang diwariskan oleh atuk untuk emak dan
bapa telah dibiarkan menjadi hutan simpan?” Ajam berkata sambil memandang kehijauan
hutan belantanra di hadapannya.
“Ya Ajam. Hanya sedikit saja kawasan yang dibersihkan oleh bapa untuk tapak rumah
dan untuk dusun buah-buahan.”
Dipetik daripada cerpen ‘Hutan Rimba’ oleh Sasjira
dalam Antologi Digahayu Bahasaku DBP.
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mengharap belas. [2 markah]
(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan keistimewaan-keistimewaan destinasi pelancongan
yang terdapat dalam bahan tersebut.
[4 markah]
(iii) Ekopelancongan merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang popular dan digemari
oleh pelancong pada masa ini. Secara amnya, produk ekopelancongan dapat memberikan
impak positif kepada pembangunan industri pelancongan negara dan memberikan faedah
dalam bentuk ekonomi kepada penduduk tempatan dan kerajaan.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah ekopelancongan kepada penduduk tempatan?
[3 markah]
(iv) Anda dan rakan-rakan berhasrat untuk menyertai ekspedisi mendaki gunung semasa cuti
persekolahan yang akan bermula bulan hadapan. Namum begitu, anda perlu membuat
persiapan-persiapan dahulu semasa merancang aktiviti tersebut.
Cadangkan perkara-perkara penting yang perlu diambil kira semasa merancang ekspedisi
tersebut bagi membantu anda dan rakan-rakan membuat perancangan.
[4 markah]
Soalan Tambahan [2 markah]
(a) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud-------- .
1 dikhayalkan nostalgia
2 rindu tak bertepi
3 bernokhtah
DSKP 2.1.2 Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situisi.
DSKP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional.
T5_Tema 8_Melancong Mencari Makna
60
C04 Pemahaman Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
(dipetik dan diubah suai daripda ‘Tenaga daripada Air,
Halaman 126, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 2
(dipetik dan diubah suai daripada ‘Gurindam Alam Sekitar’,
Halaman 129, Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan puisi.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi
61
(i) Berdasarkan bahan 2, berikan maksud sukar dihindari. [2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kebaikan jika kita melakukan sesuatu yang mesra
alam. [3 markah]
(ii) Teknologi Hijau ialah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan
teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan
sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan
sesuatu produk.
Pada pendapat anda, apakah kebaikannya kepada alam sekitar jika rakyat Malaysia
mengamalkan teknologi hijau dalam kehidupan?
[3 markah]
(iv) Pada suatu hari, anda bersama dengan rakan-rakan anda telah mengikuti aktiviti
meredah hutan di kawasan hutan simpan berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Sepanjang laluan pendakian bukit di dalam aktiviti meredah hutan tersebut, anda melihat
beberapa orang pendaki membuang sampah seperti botol plastik minuman dan bekas
polisterina di merata-rata tempat.
Sebagai rakyat yang peka akan kelestarian alam sekitar, apakah tindakan-tindakan anda
untuk mengatasi masalah ini? [4 markah]
DSKP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan puisi.
DSKP 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.
T5_Tema 10_Alam Sekitar dan Teknologi
62
C05 Pemahaman Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Bahan2
DSKP 1.6.1 mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas serta menggunakan intonasi yang
sesuai secara kreatif dan bertatasusila.
DSKP 4.1.2 memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi trandisional.
T5_Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik
63
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkap yang pertama.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan ,nyatakan jasa-jasa para pahlawan kepada sesebuah negara.
[4 markah]
(iii) Para pahlawan seperti Dato Maharaja Lela, Rentap dan Mat Kilau telah melakukan
pelbagai usaha untuk membebaskan negara daripada penjajah.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dirancang oleh pihak sekolah
untuk memastikan murid-murid mengenali para pahlawan yang telah banyak berjasa
kepada negara.?
[3 markah]
(iv) Kelab Sejarah sekolah anda akan menganjurkan pertandingan mendekorasi dan menghias
bilik darjah bertemakan ‘Bulan Kemerdekaan Negara‘. Sebagai rakan di kelas anda
berasa sangat teruja untuk menyertai pertandingan itu. Namun begitu, anda mendapati
segelintir rakan sekelas anda bersikap acuh tak acuh bagi menghulurkan tenaga mereka
untuk menjayakan tujuan itu.
Sebagai ketua kelas, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]
Soalan Tambahan
(a) Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan
kedaulatan bagi sesebuah negara. Sebagai warganegara, kita haruslah menghormati
bendera negara kita iaitu Jalur Gemilang.
Nyatakan cara yang betul untuk mengibarkan Jalur Gemilang.
(Rujukan m/s 174~ 175) [4 markah]
DSKP 1.6.1 mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas serta menggunakan intonasi yang
sesuai secara kreatif dan bertatasusila.
DSKP 4.1.2 memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi trandisional.
T5_Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik
64
3.3 LATIHAN BERTUTUR
D01 Latihan Bertutur
Tema 2: Sukan dan Rekreasi
(m/s 22 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Petikan: Pertarungan Minda
Membaca secara mekanis
Bersoal jawab dengan rakan kamu.
1. Apakah faedah teknologi terhadap permainan dam dalam petikan?
2. Nyatakan cara sendiri menghasilkan dam?
3. Nyatakan faedah permainan dam dalam petikan?
4. Nyatakan satu permainan yang dapat dihasilkan oleh kamu sendiri dan cara
menghasilkannya.
5. Permainan tradisional kian dilupakan oleh generasi kini. Pada pendapat anda, apakah
langkah untuk menarik minat remaja terhadap permainan tradisional?
6. Permainan tradisional kian dilupakan oleh generasi kini. Pada pendapat anda,
bagaimanakah caranya untuk mengekalkan permainan tradisional agar dapat
diwariskan kepada generasi akan datang?
D02 LATIHAN BERTUTUR
Tema 2: Sukan dan Rekreasi
(m/s 21 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Petikan: Terompah Tempurung
Membaca secara mekanis
Bersoal jawab dengan rakan kamu.
1. Nyatakan cara bermain terompah tempurung?
2. Nyatakan faedah permainan terompah tempurung dalam petikan?
3. Nyatakan satu permainan yang dapat dihasilkan oleh kamu sendiri dan cara
menghasilkannya.
4. Permainan tradisional kian dilupakan oleh generasi kini. Pada pendapat anda, apakah
langkah untuk menarik minat remaja terhadap permainan tradisional?
DSKP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud konteks ayat.
DSKP 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan
bermakna.
DSKP 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna.
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila.
65
D03 LATIHAN BERTUTUR
Tema 3: Kerjaya Meniti Jaya
(m/s 31 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Petikan: Solekan Ubah Wajah
Membaca secara mekanis
Bersoal jawab dengan rakan kamu.
1. Apakah perbezaan peranan jurusolek kesan khas dengan jurusolek biasa?
2. Apakah kemahiran dan kebolehan yang perlu diperoleh oleh seorang jurusolek?
3. Bagaimanakah seseorang jurusolek dapat mengembangkan kerjayanya ke peringkat
yang lebih tinggi?
4. Pada pendapat anda, apakah potensi jurusolek kesan khas dalam kerjaya mereka?
D04 LATIHAN BERTUTUR
Tema 5: Pendidikan untuk Semua
(m/s 27 & 63 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Petikan: Pilihan Hatiku
Bersoal jawab dengan rakan kamu.
1. Apakah cita-cita anda? /Apakah rancangan anda selepas tamat persekolahan?
2. Pada pendapat anda, apakah sebabnya seseorang itu mesti menuntut ilmu pengetahuan
di peringkat tinggi?
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah aktiviti kokurikulum di sekolah dapat membantu
anda mencapai cita-cita tersebut?
4. Apakah persediaan anda untuk mencapai cita-cita tersebut?
Rujukan m/s 63 buku teks
DSKP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud konteks ayat.
DSKP 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan
bermakna.
DSKP 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna.
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila.
66
D05 LATIHAN BERTUTUR
Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi
(m/s 72 & 73 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Petikan: Jejak Kompos
Bersoal jawab dengan rakan kamu.
1. Apakah yang anda faham dengan kompos?
2. Apakah yang boleh kita gunakan untuk membuat kompos?
3. Jelaskan proses pengomposan berdasarkan bahan rangsangan.
4. Pada pendapat anda, apakah manfaatnya jika kita melakukan pengomposan dalam
kehidupan harian kita.
5. Pada pendapat anda, bagaimanakah pengomposan dapat memanfaatkan industri
pertanian?
6. Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang suri rumah tangga mendapat manfaat
daripada pengomposan.
D6 LATIHAN BERTUTUR
Tema 11: Dunia Selamat Milik Kita
(m/s 141 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Petikan: Dompet Maya
Membaca secara mekanis
Bersoal jawab dengan rakan kamu.
1. Apakah e-dompet?
2. Berikan beberapa contoh e-dompet.
3. Apakah tujuan penggunaan e-dompet?
4. Nyatakan kelebihan-kelebihan penggunaan e-dompet.
5. Apakah kekurangan penggunaan e-dompet?
6. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menangani kekurangan tersebut?
DSKP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud konteks ayat.
DSKP 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan
bermakna.
DSKP 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna.
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila.
67
D7 LATIHAN BERTUTUR
Tema 12: Irama Antan dan Lesung
(m/s 154 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Petikan: Tak Lapuk dek Hujan, Tak Lekang dek Panas
Membaca secara mekanis
Bersoal jawab dengan rakan kamu.
1. Apakah yang anda fahami tentang tumbuk kalang ?
2. Bilakah tumbuk kalang dimainkan?
3. Nyatakan alat yang digunakan dalam tumbuk kalang.
4. Nyatakan cara melakukan permainan tumbuk kalang.
5. Nyatakan jenis-jenis tumbukan yang boleh menghasilkan bunyi dalam tumbuk kalang.
6. Nyatakan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan bersama tumbuk kalang.
7. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh membaiki persembahan muzik asli untuk
tontonan umum?
8. Apakah yang boleh dilakukan untuk menarik minat generasi muda agar mengenali
muzik asli secara mendalam?
9. Apakah langkah yang harus diambil agar muzik tradisional tidak terus ditelan zaman?
D8 LATIHAN BERTUTUR
Tema 12: Pemanis Mulut dari Pahang
(m/s 157 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Petikan: Anak Raja Rentas Hutan Kumpul 600 Resipi
Membaca secara mekanis.
Bersoal jawab dengan rakan kamu.
1. Nyatakan kuih-kuih tradisional dalam bahan rangsangan.
2. Apakah yang dilakukan oleh Tengku Puan Pahang (Raja Permaisuri Agong ) ?
3. Bagaimana Raja Permaisuri Agong mengumpul data untuk bukunya?
4. Apakah tujuan Raja Permaisuri Agong berbuat demikian?
5. Pada pendapat anda, kenapa kuih tradisional kian hilang ditelan zaman?
6. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menjadikan makanan tradisional ini
terus dinikmati oleh generasi akan datang?
7. Apakah tindakan anda untuk mengekalkan makanan tradisi keluarga anda dalam
keluarga anda sendiri?
8. Bagaimanakah kuih tradisional mampu bertahan dan bersaing dengan kuih moden?
DSKP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud konteks ayat.
DSKP 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat dan
bermakna.
DSKP 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna.
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila.
68
E01 Latihan Bertutur - Berkumpulan
Tema 4: Kerjaya Meniti Jaya
(m/s 43 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Cara mengemukakan cadangan secara bertatasusila
1. Saya ingin mencadangkan ----
2. Saya hendak mencadangkan ---
3. Saya berpendapat bahawa ---
4. Pada pendapat saya, ---
5. Apa kata kita mencadangkan agar /supaya -----
(m/s 49 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
Cara mengemukakan cadangan secara bertatasusila
1. Saya setuju,----
2. Saya bersetuju dengan pendapat saudara Y, ---
3. Saya bersetuju dengan idea yang disampaikan ---
4. Saya tidak bersetuju dengan cadangan ini, ----
5. Saya ingin mempertahankan pendapat bahawa ---
Perbualan bertemakan -langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perpaduan
terjalin dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita.
Pelaksanaan Aktivtii
1. Membaca dan memahami teks tentang RIMUP m/s 43 dan Bersatu dalam
kepelbagaian m/s 49.
2. Dalam kumpulan 4 hingga 5 orang membincangkan langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk memastikan perpaduan terjalin dalam kalangan masyarakat majmuk.
Melakukan simulasi mesyuarat mengikut agenda mesyuarat Kelab Rukun Negara.
Kumpulan anda perlu memilih seorang pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat
tersebut. (m/s43)
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila.
DSKP 1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara bertatasusila.
DSKP 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila.
69
E02 Latihan Bertutur - Berkumpulan
Tema 7: Pertanian, Penternakan dan Perikanan
(m/s 84~85 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
1. Perbincangan kumpulan 4 ~ 5 orang.
2. Pilih seorang ketua untuk mempengerusikan perbincangan.
3. Tentukan tempat untuk menjadikan teman herba di kawasan sekolah.
4. Pilih tumbuhan yang hendak ditanam di tempat tersebut.
5. Berikan sebab-sebab tumbuhan tersebut dipilih.
cadangkan 5~ 6 tumbuhan kemudian pilih sekurang-kurangnya 3 jenis tumbuhan,
terangkan sebab kenapa tumbuhan itu dipilih/ tidak dipilih. (satu jenis yang tidak ada
dalam bahan)
6. Menentukan belanja yang diperlukan. (Bajet RM XXX)
Pelaksanaan Aktivtii
Buat pembentangan hasil perbincangan.
1. Memilih atau menentukan pokok herba yang sesuai berdasarkan kriteria.
2. Apakah tanaman atau pokok herba yang sesuai ditanam di taman herba?
3. Apakah jenis-jenis pokok herba yang sesuai ditanam?
4. Berapakah harga atau kos belian pokok herba?
5. Berikan sebab-sebab pokok herba ini sesuai ditanam di taman herba.
6. Jelaskan manfaat-manfaat dan keistimewaan pokok-pokok herba tersebut.
Cara mengemukakan cadangan secara bertatasusila
1. Saya mencadangkan kami tanam ~~ kerana~~~ .
2. Saya tidak setuju, pada pendapat saya, tanaman ~~~tidak sesuai kerana ~~~
DSKP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila.
DSKP 1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara bertatasusila.
DSKP 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila.
70
E03 Latihan Bertutur - Berkumpulan
Tema 8: Pelancongan
(m/s 104~105 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
(Kerja Kumpulan 4 orang)
1. Pilih seorang ketua untuk mempengerusikan perbincangan.
2. Persembahan yang menunjukkan lawatan ke Pusat Lapangan Arkeologi USM.
3. Menerangkan keunikan dan keistimewaan yang terdapat dalam setiap tempat
lawatan.
4. Menceritakan aktiviti yang dijalankan semasa dalam lawatan.
5. Buat pembentangan hasil perbincangan - 5 ~ 7 minit.
E04 Latihan Bertutur - Berkumpulan
Tema 14: Citra Bahasa dan Sastera Kita
(m/s 186~187 Buku Teks) – Kemahiran mendengar dan bertutur
1. Perbincangan kumpulan 4 ~ 5 orang.
2. Pilih seorang ketua untuk mempengerusikan perbincangan.
3. Kelas anda telah mengumpulkan karya-karya sastera kelas anda untuk diterbitkan.
4. Berunding dengan ahli dalam kumpulan untuk menentukan penerbitan karya-karya
tersebut.
5. Menentukan belanja yang diperlukan. (Bajet RM XXX)
6. Buat pembentangan hasil perbincangan.
Memilih atau menentukan penerbitan karya rakan berdasarkan kriteria.
1. Apakah karya tulisan rakan yang perlu diterbitkan?
2. Tentukan bentuk bercetak? Berwarna atau hitam putih? Bilangan muka surat?
3. Bajet untuk penerbitan.
4. Hasil pencarian syarikat penerbitan?
5. Menentukan pakej penerbitan mengikut kriteria yang dibincangkan.

71