MARI KITA KENALI
JENIS-JENIS AIR
DISEDIAKAN OLEH,
USTAZAH MURIANY BINTI ASRI
Air Mutlak
Contoh Air:
Air Perigi, air sungai
HUKUM AIR MUTLAK:
Air yang suci lagi
menyucikan
Keadaan Air:
Air mutlak ialah air yang kekal
dengan sifat asal kejadiannya yang
telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
Air
Musta'amal
Contoh Air:
Air yang telah digunakan
untuk berwudhu
HUKUM AIR MUSTA'AMAL :
Air yang suci tetapi tidak menyucikan
Keadaan Air:
Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas
sama ada hadas kecil ( berwuduk ) ataupun hadas
besar ( mandi wajib ).
Penerangan:
Air musta'mal ialah air yang telah digunakan untuk
membasuh anggota yang wajib. Sekiranya ditadah
semula dan air itu tidak sampai dua qullah , maka air itu
dikira musta'mal dan tidak boleh dibuat untuk bersuci.
Air
Musyammas
Contoh Air:
Air yang terdedah di bawah matahari.
Hukum Air Musyammas :
Air yang suci lagi menyucikan
tetapi MAKRUH digunakan.
Keadaan Air: Musyammas
bermaksud air yang panas yang
terdedah kepada cahaya
matahari iaitu pada negeri-
negeri yang beriklim panas.
Air Mutanajis
Contoh Air:
Air longkang
Hukum Air Mutanajis:
Air yang tidak suci dan
tidak menyucikan yang
lain
Keadaan Air:
Air Mutanajis ialah air yang kurang daripada
dua qullah yang terdapat najis di dalamnya sama ada air
itu berubah ataupun tidak. Ianya dikenali sebagai
mutanajis.
Sekiranya air melebihi daripada dua qullah dan dimasuki
najis lalu merubah air itu dari segi rasa, bau atau
warnanya, maka air ini tidak boleh digunakan untuk
bersuci kerana ia tidak suci dan tidak mensucikan.