SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURURTERAAN ISLAM (MPU23052) TAJUK: MADU DAN KHASIATNYA
PENGHARGAAN Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kami menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kami mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Puan Wan Zamilah Binti Wan Ibrahim atas bimbingan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Dengan kesempatan ini kami mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak mendorong kami untuk berusaha. Dan kami juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan kami yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea kami sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah kami pelajari sepanjang penyiapan ebook ini dilakukan, lanya memberi kami seribu satu makna dalam menimba ilmu ini. PENULIS NUR AMIRA ADLINA BT ZULKAPLI @ ZULKIPLI (04DEE21F1066) NOR SHAHIDA ALEYA BT ROFI (04DEE21F1057) MUHASYIQIN BT MOHAMMED MOHIMDIN (04DEE21F1038)
ISI KANDUNGAN • Pendahuluan • Ayat al-Quran & hadith tentang madu • Pendapat-pendapat ulama • Kebaikan@hikmah@faedah@khasiat@keburukan@sebagainya menurut Islam • Kajian sains tentang madu • Titik pertemuan antara hasil kajian sains dan hukum Islam yang membuktikan kebenaran Islam • Kesimpulan
MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. 1.Surah al-nahl ayat 68 PENDAHULUAN Ayat al-Quran & hadith berkaitan MADU
2.Surah al-nahl ayat 68 Terdapat banyak hadith-hadith yang sahih mengenai madu antaranya termasuklah: Hadith 1 Madu lebah adalah minum kesukaan Baginda SAW. Imam Bukhari meriwayatkan: عن عائشة رضي هللا عنها قالت: كان رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يحب الحلواء والعسل “Daripada Ai’syah Radiyallahu Anha: Sesungguhnya Rasulullah SAW menyukai manisan dan madu”. Hadith 2 Baginda SAW sangat menggalakkan pengubatan penyakit dengan menjadikan madu sebagai minuman. Perkara ini dinyatakan di dalam hadith-hadith yang sangat banyak. Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: عن جابر بن عبد هللا رضي هللا عنهما قال: سمعت النبي صلى هللا عليه وسلم يقول: إن كان في شيء من أدويتكم - أو يكون في شيء من أدويتكم - خير ففي شرطة محجم، أو شربة عسل، أو لذعة بنار توافق الداء، وما أحب أن أكتوي
“Dari Jabir bin Abdullah Radiyallahu Anhuma, beliau berkata: aku mendengar Nabi SAW berkata: Jika ada kebaikan di dalam sesuatu yang menjadi ubat kepada kamu, maka ia adalah berbekam, meminum madu dan menyelar besi panas mengenai (tempat) penyakit dan aku tidaklah menyukai penggunaan besi panas”. Hadith 3 Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith yang sangat menarik tentang penggunaan madu lebah. Imam Muslim juga meriwayatkan kisah ini tetapi dengan lafaz hadith yang lebih ringkas. عن أبي سعيد رضي هللا عنه: أن رجال أتى النبي صلى هللا عليه وسلم فقال: أخي يشتكي بطنه؟، فقال: اسقه عسال. ثم أتاه الثانية فقال: اسقه عسال. ثم أتاه الثالثة،فقال: اسقه عسال. ثم أتاه فقال: قد فعلت. فقال: صدق هللا وكذب بطن أخيك، اسقه عسال، فسقاه فبرأ “Daripada Abu Said Al Khudri RA: seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW dan berkata: perut saudaraku merasa sakit. Baginda berkata: beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang kali kedua. Baginda berkata: beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang kali ketiga. Baginda berkata: beri minum kepadanya madu. Kemudian lelaki itu datang lagi dan berkata: aku telah melakukannya. Baginda berkata: Allah berkata benar dan perut saudaramu berbohong, beri minum kepadanya madu. Lelaki itu memberi minum madu kepada saudaranya dan selepas itu saudaranya telah sembuh”. Sheikh Az Zarqani ketika menghuraikan hadith ini menyatakan maksud sabda Baginda SAW “Perut saudaramu salah” (di dalam riwayat Bukhari, perut saudaramu berbohong) ialah perut saudara lelaki itu tidak mampu menerima madu kerana terlalu banyak perkara yang rosak di dalamnya. Kerana itu, Baginda SAW telah menyuruh supaya meminum madu berulang kali untuk mengeluarkannya. Apabila lelaki itu mengulanginya, perut saudaranya pun sembuh.
➢ Sayyid Quthb mengungkapkan, madu lebah sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia. ➢ Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu lebah dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. KEBAIKAN ➢ Madu adalah nikmat yang akan pertama kali di angkat sebelum kiamat. ➢ Para Malaikat mendoakan bagi mereka yang ada madu dirumahnya. ➢ Madu minuman yang dihidangkan saat Isra & Mi’raj. ➢ Madu menguatkan hafalan dan daya ingat. ➢ Madu minuman kesukaan Rasulullah. ➢ Di syurga ada lautan madu. PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MADU
KEBURUKAN Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan kencing manis. Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun, hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. KAJIAN SAINS TENTANG MADU
Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C. Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur. Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi. Fakta sains perubatan mengatakan madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah. Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri TITIK PENEMUAN ANTARA HASIL KAJIAN SAINS DAN HUKUM ISLAM YANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN ISLAM
Sejak berzaman, madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW. Kesimpulannya, dari Al – Quran dan Hadis ALLAH SWT memerintahkan agar hambaNya mempunyai sifat kesederhanaan dalam pemilihan dan pengambilan makanan secara menyeluruh agar melatih insan yang sentiasa mensyukuri segala nikmat rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Wahai manusia makanlah pada muka bumi yang halal baik dan janganlah kamu mengikuti Langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah 2:168) Dari ayat ini dapatlah disimpulkan bahawa ALLAH SWT dan Rasulullah SAW menganjurkan agar semua insan supaya memilih dan mengambil makanan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kelansungan hidup. Makanan atau minuman terbaik yang disebut di dalam Al – Quran dan Hadis dijadikan panduan dan pedomen untuk masyarakat pada masa ini dan makanan yang terbaik disandarkan oleh Rasulullah SAW ini dikenali sebagai “Makanan Sunnah”. Dalam isu ini, kami hanya menghurai satu contoh makanan sunnah iaitu “Madu”. Akhir-akhir ini seringkali dipromosi bagi tujuan mendapat perhatian. Masyarakat, salah satu aspek yang perlu diamati dan diberi perhatian yang menyeluruh dari sudut pembuktian saintifiknya. Ini adalah bagi memastikan setiap pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dihuraikan. Kepentingan dalam menjaga pemakanan perlu dititikberatkan dan perlu sentiasa diingati bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati. KESIMPULAN