TAJUK:- MAKANAN UBAH SUAI GMF DALAM ISLAM NAMA PENSYARAH:- PUAN FAREEHA NABILA BINTI PUTRA NO NAMA NO MATRIKS 1 MOHD IRFAN BIN ISAHAK 07DKM23F1085 2 ALI NUR AZIZ BIN SUDARSO 07DKM23F1070 3 ARIEFF ZIKRIE ZAINAL BIN ABDULLAH 07DKM23F1076 4 MUHD DZULHAKEEMI 07DKM23F1045 PENDAHULUAN *MAKANAN UBAH SUAI MENURUT PANDANGAN ISLAM* Isu yang sering dibangkitkan adalah sejauh mana pengguna mampu memperoleh makanan terubah suai genetik yang halal kerana ada antara bahan yang digunakan diperoleh daripada sumber yang tidak halal seperti babi atau haiwan yang tidak diketahui status halalnya. Islam telah menggariskan ciri-ciri utama dalam pemilihan produk makanan iaitu HALAL dan BAIK seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran bagi menjamin kesihatan dan kemaslahatan ummah. Umum mengetahui bahawa makanan yang halal adalah baik dimakan namun makanan yang baik tidak semestinya halal untuk dimakan. Dalam memahami GMF daripada perspektif Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan beberapa fatwa yang berkaitan. Fatwa tersebut adalah seperti berikut : Bioteknologi dalam makanan dan minuman (Muzakarah Khas, Julai 1991)
Hukum memakan makanan terubah suai genetik (Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke 95, 17 Jun 2011) Penghasilan monosodium glutamat (MSG) menggunakan mikroorganisma terubah suai (Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke 105, Februari 2014). Intipati utama daripada keputusan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan dengan makanan terubah suai genetik adalah : Apa-apa sahaja sumber genetik yang diperoleh daripada sumber babi adalah HARAM. Penggunaan sumber genetik yang HARAM dan boleh MEMUDARATKAN manusia serta memberikan kesan NEGATIF kepada alam sekitar adalah tidak dibenarkan. Sumber yang diperoleh daripada haiwan yang halal dimakan dan disembelih dengan mengikut syarak adalah dibenarkan. Sumber bakteria terubah suai genetik yang digunakan dalam penghasilan MSG diperoleh daripada usus orang dewasa dibenarkan kerana ia telah melalui proses pengasingan dan penyucian serta tidak menyalahi hukum syarak. ISI 1 Salah satu makanan GMOs yang terkenal alah jagung Roundup Ready yang dihasilkan oleh Monsanto Company yang mampu bertahan terhadap racun herba glyphosate. Ciri ketahanan kepada glyphosate dalam jagung GMOs ini disebabkan satu gen bakteria ditambah kepadanya. Ia membolehkan petani menyembur lebih banyak racun herba, juga keluaran Monsanto, ke atas ladang jagung mereka. Monsanto turut menghasilkan Roundup Ready untuk kacang soya, alfalfa, canola, kapas dan sorgum. Monsanto juga melakukan kejuruteraan genetik ke atas jagung, kacang soya dan kapas dalam usaha menjadikan tanaman berkenaan lebih berdaya tahan kepada serangan serangga.Selain itu,tomato yang sensitif kepada fros dan ikan yang mampu hidup dalam perairan Artik yang dingin beku. Jurutera gen yang mengenal pasti satu gen di dalam ikan flounder yang membolehkannya bertahan kepada cuaca sejuk akan "memotong keluar" gen ini dan kemudian "menyemat" gen anti beku ini ke dalam DNA tomato.Tidak dinafikan lagi bahawa makanan ubahsuai genetik ini telah berkembang meluas di setiap negara dan memberi manfaat dari segi keselesaan dan peningkatan kualiti dalam pelbagai aspek ISI 2 Kaedah fiqh 1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (Al-Umur Bi Maqasidiha) َما إن األع َمال َّيا ِت َّ بالنِّ Sesungguhnya amal seseorang itu tergantung dengan niatnya” [Hadis Riwayat Bukhari & Muslim] | Berdasarkan hadis di atas niat amat penting dalam melakukan sesuatu perkara kerana niat dapat menentukan baik atau buruk sesuatu perkara. Oleh itu makanan ubahsuai genetik ini boleh ditentukan pengambilannya berdasarkan niat oleh saintis yang mengkaji makanan GMF ini, sekiranya niatnya baik maka boleh untuk diambil dalam pemakanan. Setelah
merujuk beberapa laman web dan artikel para saintis mengusahakan makanan GMF adalah untuk meningkatkan kualiti buah dan sayuran itu sendiri dan tidak berniat buruk kepada yang lain. Oleh itu buah dan sayuran GMF boleh dikonsumsi dengan selamat dan terlepas dengan kaedah fiqh (Al-Umur Bi Maqasidiha). Tambahan pula, niat adalah penentu sama ada perkara itu diterima oleh Allah SWT atau ditolak Allah SWT, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang berbunyi: َّن ُكْم هَّللاَ ِإ ْع َمالِ ب ُكْم َوَأ لُوِ لى قُ َ ُظ ُر ِإ ن ل ِك ْن َيْ ُكْم َوَ ْمَوالِ لى ُصَو ِر ُكْم َوَأ َ ُظ ُر ِإ ن َيْ . الَ “Sesungguhnya Allah tidak melihat pada bentuk rupa dan harta kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kalian.” (HR.Muslim) 2. Kesusahan membawa kemudahan (Al-Masyaqqah Tajlibu at-Taisir) Pada masa kini cuaca dan persekitaran kita kurang baik disebabkan oleh pencemaran udara, pencemaran sungai-sungai, pencemaran tanah dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan tumbuhan mudah diserang oleh penyakit atau rosak disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu. Oleh itu usaha atas buah atau sayuran GMF dapat meningkatkan kualiti sesuatu buah atau sayuran itu, dengan ini buah dan sayuran ini akan menjadi lebih tahan lama dan lebih rentan terhadap makhluk perosak, serangga, cuaca dan penyakit. Dengan ini masalah buah dan sayuran cepat rosak dapat diatasi dan pembaziran dapat dielakkan dengan lebih baik. Dalil yang menguatkan hujah di atas: Allah merakamkan dalam surah al-Isra’ ayat 27 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” Selain itu pada era globalisasi ini makanan dan sayuran sangat diperlukan oleh tubuh badan kerana mampu memberi vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan dan memberi manfaat lain seperti mampu melancarkan sistem pencernaan. Akan tetapi pada masa kini dengan populasi manusia yang semakin ramai buah dan sayuran semakin sukar untuk didapatkan, dengan ini para saintis membuat kajian agar hanya memakan beberapa buah atau sayuran dapat memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan. Makan terciptalah buah dan sayuran GMF ini, buah atau sayuran GMF ini mempunyai vitamin yang lebih tinggi berbanding dengan buah biasa.. Dengan ini dengan kesukaran yang ada terdapat cara penyelesaiannya yang lebih mudah berdasarkan firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 185: يُد ُيرِ ُكُم هَّللاُ ب ُي ْس َر ِ يُد َواَل الْ ُكُم ُيرِ ب ُع ْس َر ِ الْ “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu” 3. Kemudaratan hendaklah dihapuskan ( Ad-Darar Yuzal)
Perbezaan buah dan sayuran yang diawet dengan GMF sangat banyak antaranya ialah buah dan sayuran GMF lebih sihat dan selamat berbanding dengan buah dan sayuran yang diawet. Hal ini disebabkan buah dan sayuran GMF menggunakan gabungan DNA dari tumbuhan lain yang menyebabkannya lebih tahan lama, manakala buah atau sayuran yang diawet selalu menggunakan bahan kimia untuk mengelakkannya tahan dalam jangka waktu yang lama seperti Formalin yang mampu mencegah pertumbuhan dan perkembangan mikroba. Oleh itu buah atau sayuran GMF dihasilkan untuk menyingkirkan bahan kimia dalam makanan kita agar tubuh badan lebih sihat. Dalil yang menguatkan hujah di atas: Allah merakamkan dalam surah al-A’raf ayat 7 yang bermaksud: Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk (kotor). PENUTUP Sesungguhnya Islam adalah agama yang shamil, setiap syariat yang diturunkan sememangnya bertujuan untuk menjaga keperluan manusia dari setiap sudut kehidupan manusia. Begitu juga dengan maqasid syariah yang sememangnya jelas untuk memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan. Makanan dan minuman merupakan keperluan asas bagi manusia untuk meneruskan hidup. Islam telah menggariskan panduan tertentu kepada umatnya agar memakan makanan yang suci, sihat, berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan, sekaligus menjaga hubungan antara makhluk dan pencipta. Justeru, sebagai umat Islam perintah dan larangan Allah SWT itu perlu diambil berat kerana ada ganjaran di sisi-Nya. Berdasarkan perbincangan di atas, modul penetapan hukum GMF adalah penting bagi memudahkan pihak-pihak yang berwajib untuk menetapkan hukum bagi produk-produk GMF yang berkembang pesat dan meluas. Produk GMF yang dihasilkan melalui teknik kejuruteraan bioteknologi percampuran antara DNA haiwan yang bernajis seperti babi adalah haram dimakan, manakala makanan terubah suai genetik yang melibatkan percampuran antara gen-gen haiwan yang suci dan halal dimakan adalah diharuskan oleh syarak. Diharap modul ini dapat membantu Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Bahagian Perancangan & Penyelidikan JAKIM dalam menentukan hukum bagi produk-produk GMF. RUJUKAN https://almanhaj.or.id/1104-allah-menghendaki-kemudahan-tidak-menghendaki-kesuka ran.html https://helomedik.com/gmo-genetically-modified-organism/
http://www.myhealth.gov.my/makanan-terubah-suai-genetik-dan-status-halalnya/ https://www.alodokter.com/kenali-jenis-pengawet-makanan-yang-berbahaya https://www.ikim.gov.my/index.php/2006/12/29/makanan-ubahsuai-genetik-kefahamandari-pandangan-islam/ https://coggle.it/diagram/Yk2qfkc-pbpz0bZw/t/peranan-agama-islam-dalam-makanan-t erubah-genetic-gmf CARTA GANTT