PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
BAB 5: PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
NAMA NO PEND
NAQIB BIN MOH MUSLIMEN 06DKA20F2063
KAMAL A/L SURESH KUMAR 06DKA20F2069
MOHAMAD HISHAMMUDDIN BIN MAT ALWI 06DKA20F2007
MUHD AIZUL REZA BIN RUSLY MUHD NASHRUL 06DKA20F2032
ASYRAAF BIN MOHD NOOR 06DKA20F2054
MUHD IZZUDDIN BIN ROSLAN 06DKA20F2035
MUHAMMAD FADZIL FUAD BIN A RAZAK 06DKA20F2072
NAMA PENSYARAH USTAZ CHE KAMARUDIN BIN CHE PA
Page 1 of 11
1 Pengenalan
Peradaban majmuk Pembinaan peradaban di Malaysia adalah yang beridentitikan gabungan
daripada Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957 beberapa peradaban melalui usaha
besar dunia yang bergaul mewujudkan Negara- dan tergarap melalui Bangsa yang didahului
perjalanan sejarah di oleh pembinaan Negara Alam Melayu. Pembinaan bercirikan satu
wilayah, peradaban didahului oleh satu perlembagaan & satu peradaban Pribumi Alam
kewarganegaraan. Negara Melayu, diikuti Peradaban mewujudkan beberapa Asia
(India,Cina,Timur institusi utama seperti Tengah) dan seterusnya sistem birokrasi negara,
peradaban Barat. Pelan Pembangunan Lima Peradaban ini akhirnya Tahun & sebagainya.
disambut oleh 'peradaban Pembangunan ekonomi globalisasi' yang mendahului pembinaan
merupakan kacukan Bangsa. Oleh itu, pelbagai punca peradaban pembinaan bangsa tanpa
sempadan melalui menyusul melalui institusi jaringan digital yang sistem politik kepartian &
kompleks. pilihan raya.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan
Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah
dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
Page 2 of 11
ISI KANDUNGAN
1 Pengenalan .................................................................................................................................................... 2
2 Konsep Negara .............................................................................................................................................. 4
2.1 Pembentukan Sesebuah Negara........................................................................................................... 4
2.2 Elemen-Elemen Negara ........................................................................................................................ 5
3 Konsep Bangsa.............................................................................................................................................. 7
3.1 Bangsa .................................................................................................................................................. 8
3.2 Konsep Negara Bangsa ........................................................................................................................ 8
4 Lampiran ........................................................................................................................................................ 9
5 Sumber Rujukan........................................................................................................................................... 11
Page 3 of 11
2 Konsep Negara
Negara ialah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai
kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan
kekerasan yang difikirkan wajar. Negara sebagai kerajaan merupakan aktor dalam sendirinya.
Dalam sesetengah pendekatan ini negara adalah aktor penggabungan pelbagai individu di mana
kumpulan individu ini berinterkasi dengan kumpulan lain untuk memaksimakan kepentingan
mereka sendiri. Negara adalah bureaukrasi awam dan orde undang-undang yang diinstitusikan.
Teori pluralis mengenai negara menanggap bahawa negara adalah aktor-aktor politik berlainan
dan kebaikan negara bergantung kepada pembahagian kuasa terhadap individul yang paling
berpewakilan. Negara adalah kelas pemerintah (Teori Marxis negara). Dalam pendapat ini
negara adalah distorsi kehidupan sosial kerana ia melayan kehendak kelas pemerintah dengan
menggalakkan eksploitasi dari manusia keatas manusia. Negara adalah orde norma (Teori
simbolik dan budaya negara). Pada amnya, pendapat ini mengatakan bahawa negara adalah
hasil norma, budaya dan expresi moral kehidupan sosial.
2.1 Pembentukan Sesebuah Negara
Pembentukan sesebah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman
silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal
mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar
pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula
dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang
diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat
pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak
memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap
tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan
tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama.
Page 4 of 11
2.2 Elemen-Elemen Negara
Wilayah
Wilayah merupakan taraf pembahagian kawasan pemerintahan di dalam satu negara. Wilayah
biasanya merupakan kawasan satu bandar istimewa dalam satu negara, sebagai contoh Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu negara Persekutuan Malaysia. Perkataan wilayah juga
boleh diterjemah sebagai membawa maksud yang sama dengan perkataan Province (Provinsi)
bahasa Inggeris, yang mempunyai taraf yang sama dengan negeri. Wilayah juga bermaksud
sesuatu kawasan yang menjangkau dua atau lebih kawasan pentadbiran.Wilayah juga terdiri
dari dua negeri atau lebih.
Kerajaan
Sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal tempatan, yang telah diwakilkan
kuasa tempatan, yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh sebuah Kerajaan yang lebih
tinggi sama ada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Selain itu, Bertaraf lebih rendah daripada
Kerajaan Pusat atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan tertakluk di bawah kawalan Kerajaan
yang tertinggi daripadanya. Mempunyai kuasa autonomi yang terhad setakat mana yang
dianugerahi oleh Kerajaan yang tertinggi kepadanya dan kuasa ini selalunya dalam bidang
kewangan dan pentadbiran. Satu badan yang berasingan daripada Kerajaan yang tertinggi dan
mempunyai kuasa yang mendakwa, didakwa, mebuat kontrak dan mempunyai harta dan
mempunyai keupayaan memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk sesebuah
kawasan. Kerajaan Tempatan adalah di bawah bidang kuasa PBN seperti yang telah ditetapkan
di bawah Butiran 4 Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Page 5 of 11
Kedaulatan
Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi yang dimiliki atas seluruh wilayah yang ada dalam
suatu negara. Kedaulatan merupakan kekuasaan penuh untuk mengatur segala hal yang ada
dalam wilayah negara tanpa campur tangan negara lain. Dilansir dari Ecyclopaedia Britannica
(2015), kedaulatan berasal dari bahasa Prancis, yakni Souverainete yang artinya kekuasaan.
Istilah ini awalnya dipahami setara dengan kekuasaan tertinggi. Tapi penerapannya di lapangan
seringkali telah menyimpang dari makna tradisional ini. Kedaulatan ini sudah ada sejak dahulu.
Zaman dahulu rajalah yang paling berkuasa dan punya kekuasaan tertinggi. Pada negara
modern, kedaulatan ada di tangan rakyat. Rakyat yang memberi kedaulatan kepada raja dengan
syarat utama kepatuhan raja kepada undang-undang. Konsep kedaulatan mutlak dan tidak
terbatas serta bertahan lama baik di dalam negari atau internasional. Pertumbuhan demokrasi
memberlakukan batasan penting pada kekuatan kedaulatan. Peningkatan saling ketergantungan
negara membatasi prinsip yang mungkin benar dalam urusan internasional. Warga dan
pembuat kebijakan umumnya telah mengakui tidak ada perdamaian tanpa hukum. Tidak ada
hukum tanpa batasan pada kedaulatan.
Penduduk
Penduduk suatu tempat atau daerah boleh ditakrifkan daripada dua sudut seperti orang yang
memang tinggal di daerah tersebut. Seterusnya, orang yang secara hukum berhak tinggal di
daerah tersebut. Dengan kata lain orang yang mempunyai dokumen rasmi untuk tinggal di situ.
Contohnya bukti kewarganegaraan, tetapi memilih tinggal di daerah lain. Kepadatan penduduk
pula merupakan nisbah jumlah penduduk terhadap luas kawasan yang diduduki. Lebih umum,
penduduk boleh nerujuk kepada semua organisma daripada kumpulan atau spesies yang sama
yang tinggal dalam kawasan geografi sama dan boleh saling membiak.
Page 6 of 11
3 Konsep Bangsa
Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan
politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit)
wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala
"bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa
kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk
kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan
bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri
negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan
melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa,
yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.
Akibat kekaburan dalam perkataan "negara", istilah "negara bangsa" kadangkala disalahguna
untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada sempadan politiknya menyamai
sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya. Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai
percubaan membezakan "negara bangsa" daripada "negara" (negeri) yang menganggotai
sesebuah sistem persekutuan, seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Pada zaman
moden ini, hanya wujud beberapa negara yang boleh dikelaskan sebagai negara bangsa tanpa
dipertikaikan. Negara-negera tersebut ialah:
Portugal: walaupun dikelilingi oleh negeri-negeri dan bangsa-bangsa lain, negara
(bangsa) Portugis ini telah bertapak dalam bentuk yang lebih kurang sama sejak 900
tahun yang lalu.
Iceland: walaupun penduduknya boleh dikaitkan dengan etnik Scandinavia yang lain,
budaya dan bahasa kebangsaannya hanya terdapat di pulau ini dan tiada kumpulan etnik
minoriti merentas sempadan. Malah, tanah daratan yang terdekat terletak jauh beribu-
ribu batu.
Jepun: merupakan contoh tradisi yang menunjukkan sebuah negara bangsa dalam
amalan, walaupun Jepun mengandungi beberapa kumpulan etnik minoriti yang lain.
Page 7 of 11
3.1 Bangsa
Bangsa mempunyai tiga maksud utama iaitu sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan
seperti keturunan, segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah. Jenis manusia
daripada satu asal keturunan, contohnya bangsa melayu, cina, india dan lain-lain. Kumpulan
manusia dalam satu ikatan tatanegaraan, contohnya bangsa Malaysia.[1] Rencana ini
menggunakan maksud yang kedua. Serta satu kelompok atau kumpulan manusia yang sama di
sesuatu kawasan atau tempat.
3.2 Konsep Negara Bangsa
3 Syarat Utama Negara Bangsa
Masyarakat dalam sesebuah negara hidup dalam keadaan yang bersatu padu tanpa berlaku
sebarang diskriminasi dan pepecahan. Rakyat negara mestilah berkongsi pegangan kepada
suatu ideologi yang sama. Penduduk haruslah percaya dan yakin terhadap sistem pemerintahan
dan undang-undang Negara.
Page 8 of 11
4 Lampiran
Gambar 1: Konsep Negara
Gambar 2: Negara Anggota ASEAN
Page 9 of 11
Gambar 3: Konsep Bangsa
Gambar 4: Hari Malaysia pelbagai bangsa
Page 10 of 11
5 Sumber Rujukan
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_(politik)#Pengenalan
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Wilayah
3. http://jkt.kpkt.gov.my/ms/MengenaiJKT/InfoJKT/KonsepKerajaanTempatan
4. https://www.kompas.com/skola/read/2019/12/25/080000469/apa-itu-
kedaulatan?page=all
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Penduduk
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bangsa
7. https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa
8. https://anyflip.com/ueasa/kpzw/basic
9. https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-
majmuk-di-malaysia/
Page 11 of 11