SMK Panglima Bukit Gantang
34200 Parit Buntar, Perak.
LATIHAN 1/ OGOS 2021
MIKROEKONOMI : 6RS/6RP Masa: 1jam
Jawab semua soalan.
Bahagian A
1 Cahaya matahari merupakan barang percuma kerana
A sumber semula jadi
B kos lepas adalah sifar
C tidak memberikan utiliti sut kepada pengguna
D tiada prinsip pengecualian dalam penggunaannya
2 Penggunaan barang awam tidak melibatkan kos lepas kerana
A barang awam tidak mempunyai nilai utiliti yang tinggi
B barang awam mempunyai penawaran yang tidak terhad
C setiap orang tidak dikecualikan daripada penggunaannya
D barang awam merupakan barang yang ditawarkan oleh kerajaan
3 Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan
A timbul masalah kos lepas
B tiada barang dapat diperoleh secara percuma
C kecekapan dalam memperuntukkan sumber tidak dapat dicapai
D pilihan dilakukan untuk menentukan apakah barang yang hendak dikeluarkan
4 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah negara yang mengeluarkan barang
penguna dan barang modal.
Barang pengguna
A
Barang Modal
0
B
Apakah yang akan berlaku pengeluaran masa hadapan negara berkenaan jika pengeluaran masa kini adalah pada
titik B?
A Lebih banyak barang modal dikeluarkan
B Lebih banyak barang pengguna dikeluarkan
C Lebih banyak barang penguna dan barang modal dikeluarkan
D Lebih banyak barang modal dan kurang barang penguna dikeluarkan
5 Bagi keluk kemungkinan pengeluaran yang mengalami kos lepas yang malar, pertambahan satu unit barang S
akan menyebabkan
A pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang R
B pertambahan pengeluaran yang semakin besar bagi barang R
C pengurangan pengeluaran tidak berubah bagi barang R
D pertambahan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang R
6 Gambar rajah di bawah menunujukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara Z yang mengeluarkan dua
barang, iaitu barang modal dan barang pengguna.
Barang Pengguna
K
Barang Modal
LN
Perpindahan keluk kemungkian pengeluaran dari KL kepada keluk KN mungkin disebabkan oleh
A kemajuan teknologi dalam pengeluaran barang modal
B kemasukan pelabur dan buruh asing ke negara Z
C kemajuan teknologi dalam pengelauran barang pengguna
D masyarakat memilih lebih banyak barang modal pada masa kini
7 Andaikan fungsi kemungkinan pengeluaran sebuah ekonomi yang mengeluarkan dua barang iaitu barang A dan
barang B apabila mengunakan sepenuhnya semua faktor pengeluaran adalah seperti berikut:
Qa = 40 – 5Qb
Qa, kuantiti barang A
Qb, kuantiti barang B
Jika kuantiti barang B berubah dari 4 unit kepada 2 unit, berapakah kos lepas yang terlibat?
A 5 unit A
B 2 unit B
C 12 unit C
D 15 unit A
8 Pergerakan titik di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran dapat menjelaskan masalah yang berkaitan dengan
A untuk siapa barang dikeluarkan
B pengangguran dan pembaziran sumber
C bagaimana hendak mengeluarkan sesuatu barang
D apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan
9 Antara berikut yang manakah menunjukkan sesebuah negara harus berjimat kerana menghadapi masalah
kekurangan sumber ekonomi?
A Barang mewah kurang dikeluarkan
B Perbelanjaan barang awam perlu dikurangkan
C Masyarakat perlu meningkatkan tabungan
D Melakukan pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
10 Kebaikan sistem perancangan pusat ialah
A ekonomi mencapai kecekapan pengeluaran
B pengguna menentukan corak peruntukan faktor
C persaingan hebat antara pengeluar-pengeluar digalakkan
D percanggahan antara kos sosial dengan faedah sosial dapat dikurangkan
11 Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan masalah untuk siapa barang dikeluarkan dalam sistem ekonomi
campuran?
A Kerajaan menyediakan barang awam kepada semua rakyat
B Kerajaan mengagihkan barang secara rata kepada semua rakyat
C Kerajaan menyediakan barang kepada orang yang mampu membayar
D Kerajaan mengenakan cukai dan memberikan subsidi serta membiarkan mekanisme harga beroperasi
12 Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, matlamat ingin mencapai keuntungan maksimum telah menyelesaikan
masalah
A apa hendak dikeluarkan
B berapa hendak dikeluarkan
C bagaimana hendak dikeluarkan
D untuk siapa hendak dikeluarkan
13 Sekiranya sesebuah ekonomi mencapai kecekapan pengeluaran, ini bererti
A tiada firma mengalami kerugian
B firma telah memilih teknik pengeluaran yang paling cekap
C semua sumber ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya
D tidak dapat meningkatkan pengeluaran sesuatu barang tanpa mengurangkan pengeluaran barang lain
14 Yang manakah bukan alasan campur tangan kerajaan dalam sistem pasaran bebas?
A Mengelakkan kuasa monopoli
B Mengelakkan diskriminasi harga
C Mengelakkan ketidakstabilan ekonomi
D Mengelakkan eksternaliti yang negative
15 Dalam satu model aliran pusingan pendapatan, manakah benar tentang firma?
A Menerima pendapatan di pasaran faktor
C Penjual di pasaran faktor dan pembeli di pasaran barang
B Menawarkan barang dan perkhidmatan di pasaran faktor
D Bermatlamat memaksimumkan untung di pasaran barang
Bahagian B
Arahan: Semua pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong yang telah disediakan.
1 Fungsi bagi keluk kemungkinan pengeluaran untuk barang X dan barang Y di Negara Z adalah seperti berikut:
Qy = 300 – 6Q
a) Berdasarkan fungsi di atas lengkapkan jadual berikut
Barang X 0 10 20 30 40 50
Barang Y
b) Dengan mengunakan kertas graf, lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran Negara Z tersebut. 2m
2m
c) Nyatakan bentuk pola kos lepas negara tersebut. 1m
……………………………………………………………………………………………………..
d) Berapakah kos lepas untuk menghasilkan 10 unit barang X? 2m
……………………………………………………………………………………………………..
e) Jika berlaku perkembangan teknologi barang X sebanyak 50%, lengkapkan jadual berikut
Barang X 2m
Barang Y 1m
f) Pada kertas graf yang sama (b), tunjukkan perubahan keluk kemungkinan pengeluaran.
,Terima kasih Semoga Berjaya Cemerlang.