The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jom kita fahami dan hayati maksud Surah al-Fatihah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafizah Khairiah, 2020-04-24 02:50:06

Pendidikan Islam Tahun 3 : Kefahaman Surah Al-Fatihah

Jom kita fahami dan hayati maksud Surah al-Fatihah.

Keywords: Pendidikan Islam,Kefahaman Surah al-Fatihah

PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 3

BIDANG : KEFAHAMAN
TAJUK : SURAH AL-FATIHAH

Disediakan oleh :
Ustazah Hafizah SRII AP

Title

Maksud Surah Al-Fatihah

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Akhirat).
5. Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja

kami memohon pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,

bukan jalan orang yang engkau telah murkai dan bukan pula
jalan orang yang sesat.

Seterusnya, jom kita ikuti
wawancara bersama Ustaz
Hafiz mengenai Surah al-

Fatihah

Bersama-sama dengan kita dalam rancangan Tarbiyyah pada hari
ini ialah Ustaz Hafiz. Bolehkah ustaz terangkan pengenalan
Surah al-Fatihah?

Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat. Surah ini
dinamakan dengan al-Fatihah yang bermaksud

pembukaan, kerana surah ini ialah surah yang pertama
dalam al-Quran. Al-Fatihah juga dikenali sebagai
Ummul Kitab.

Membaca surah al-
Fatihah adalah salah satu

rukun solat. Maknanya..
Kita membaca surah ini
sebanyak 17 kali sehari
semalam. Rugi kalau kita

membacanya tanpa
menghayati isi kandungan

surah ini.

Terima kasih ustaz atas
penjelasan.



SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version