KAJIAN TENTANG FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI
KEGIATAN EKONOMI DI
BANDAR BARU SINTOK,
KEDAH.
NAMA: Nur Irdina Hadfina bt. Mohd
Syahril Azahar
Tingkatan : 3 Arif
No. Kad Pengenalan :050830-04-0112
Bil Isi Kandungan Muka Surat
1. Penghargaan 1
2. Pendahuluan / Pengenalan 2
3. Objektif Kajian 3
4. Kaedah Kajian 4
5. Kaedah Kajian 6
6. Dapatan Kajian (hasil keseluruhan kajian) 7
7. Rumusan 8
8. Rujukan 9
9. Lampiran 10
PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T. kerana limpah izin serta
rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan
jayanya. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pengetua SMK BBS Pn. Sopiah Bt. Harun yang telah memberi kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga saya
tujukan kepada guru Geografi saya, Encik Roslan b. Salleh, yang tanpa penat
dan lelah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat
diselesaikan dengan sempurna.
Selain itu, saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
telah memberikan peruntukkan perbelanjaan serta dorongan dan sokongan
sepanjang kajian ini disiapkan.
Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan kepada para responden yang
telah memberikan kerjasama secukupnya juga buat rakan-rakan sekelas saya
Adelina, Sofiya dan Hanis yang telah bersama-sama dalam menyiapkan kajian
ini.
Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat
menyiapkan kajian ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan
tugasan ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan mahupun
peruntukan kewangan bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar.
1
PENGENALAN
Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan
oleh setiap pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan
3 (PT3). Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah kegiatan ekonomi
di BB Sintok dan saya Nur Irdina Hadfina bt. Mohd Syahril Azahar pelajar
tingkatan 3 Arif dari sekolah SMK Bandar Baru Sintok telah melakukan
kajian ini di kawasan BB Sintok.
Antara sebab utama saya memilih kawasan BB Sintok sebagai kawasan
kajian kerana ia merupakan tempat tinggal saya dan berdekatan dengan
sekolah. Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat kajian kerana
berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga mahir dengan
kawasan ini justeru memudahkan saya mendapat data-data yang berguna
untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan
sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan.
Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya telah menemu bual beberapa
orang responden bertujuan untuk mendapatkan data-data yang tepat. Saya
sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana
telah memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan
kerja kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan.
.
2
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
a) Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
b) Mengenal pasti peta di kawasan kajian iaitu BB Sintok.
c) Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian BB Sintok.
d) Melukis dan mentafsirkan graf bar tentang kegiatan ekonomi di kawasan
kajian BB Sintok.
e) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan
kajian BB Sintok.
f) Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di
kawasan kajian BB Sintok.
3
KAEDAH KAJIAN
Bagi kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif dan
juga kualitatif. Pemilihan kedua-dua pendekatan kaedah kajian ini dilakukan
adalah bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian
saya. Justeru, terdapat empat kaedah kajian yang telah dipilih bagi
memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan
bersistematik.
1) Kaedah Pemerhatian
Kaedah pertama yang di buat dalam melaksanakan kajian ini adalah kaedah
pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian atau tinjauan di kawasan
yang saya dapati berpotensi untuk dijadikan kawasan kajian buat kerjakursus
ini. Ia juga bagi mengenal pasti kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan
tersebut. Maklumat yang diperolehi tersebut akan membantu saya dalam
melukis dan mentafsir peta kawasan kajian tersebut.
2) Kaedah Temu Bual
Selain itu, kaedah kedua yang digunakan bagi mendapatkan maklumat
mengenai kajian saya adalah kaedah temu bual. Kaedah temu bual ini telah
dijalankan terhadap beberapa orang Responden yang dikenal pasti.
Responden tersebut terdiri daripada orang penting atau berpengaruh di sekitar
kawasan BBS seperti ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa rukun
tetangga.
Dengan menjalankan kaedah temu bual ini, saya dapat mengenal pasti
beberapa jawapan awal terhadap kajian saya yang seterusnya boleh
digunakan sebagai soalan dalam borang soal selidik bagi mendapatkan
jawapan yang lebih menyeluruh atau mewakili kawasan tersebut.
Selain itu, jawapan yang diperoleh daripada para informan menerusi temu bual
ini juga adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi
objektif kajian yang ingin dicapai.
4
3) Kaedah Borang Soal Selidik
Setelah menjalankan kaedah temu bual, saya telah meneruskan kajian saya
dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Borang soal selidik telah
diedarkan kepada penduduk di sekitar kawasan kajian yang telah dipilih.
Melalui kaedah ini, saya dapat mengumpul maklumat berhubung dengan
beberapa perkara seperti berikut:
i. Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian BB Sintok.
ii. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di
kawasan kajian BB Sintok.
iii. Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di
kawasan kajian BB Sintok.
5
HASIL KAJIAN
TAKRIFAN KONSEP
Ekonomi adalah ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan
sumber-sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi keperluan dan kehendak
manusia yang tidak terhad. Kegiatan ekonomi pula adalah aktiviti yang
dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan sumber ekonomi tersebut di
samping menghasilkan pendapatan. Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor primer, sekunder dan tertier.
Rajah 1.1 Sektor Kegiatan Ekonomi
Pertama sekali, sektor primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan
mentah terus daripada sumber semula jadi. Ianya merupakan kegiatan
ekonomi terawal wujud di dunia ini dan diusahakan sejak dahulu lagi. Antara
jenis kegiatan ekonomi di bawah sektor ini adalah pertanian, perikanan,
penternakan, perlombongan, dan pembalakan.
Seterusnya, sektor sekunder pula adalah aktiviti ekonomi yang berasaskan
kepada bahan mentah atau semula jadi. Ianya melibatkan penukaran bahan
mentah tersebut kepada barangan siap atau produk untuk diguna pakai oleh
pengguna. Sektor ini termasuklah jenis kegiatan ekonomi seperti pembuatan
atau perindustrian dan juga pembinaan.
Akhir sekali, sektor kegiatan ekonomi juga melibatkan sektor tertier. Sektor
tertier boleh didefinisikan sebagai kegiatan ekonomi yang menawarkan
pelbagai jenis perkhidmatan. Sektor ini juga turut digelar sebagai sektor
perkhidmatan. Sektor ini memainkan peranan yang penting dalam memberi
sumbangan kepada pembangunan negara. Contoh jenis kegiatan ekonomi
sektor ini adalah pelancongan, pengangkutan, pendidikan, kewangan dan
perdagangan.
6
Rajah 1.2 Peta Tipografi BB Sintok
7
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini adalah BB Sintok daerah Kubang
Pasu, Kedah Bandar Pendidikan. Terkenal sebagai Pusat Ilmu dengan adanya
UUM, ABM, SK BBS, Sekolah Memandu Mustika Muhibbah dan SMK BBS.
BB Sintok merupakan salah satu kawasan bersejarah di daerah di Kedah
dengan berkeluasan 304.29 km per segi. Kawasan ini juga mempunyai
beberapa buah kampung dan taman perumahan. Kedudukannya terletak di
Utara Semenanjung Malaysia yang merupakan antara laluan perdagangan
dengan negara jiran Thailand yang sangat terkenal sejak zaman dahulu lagi
dan pusat pendidikan menjadikannya sangat sesuai bagi pelbagai kegiatan
ekonomi.
BB Sintok satu ketika dulu pernah menjadi pusat ekonomi menyebabkan
pertumbuhan kegiatan ekonomi pada ketika itu sangat rancak . Ini kerana BB
Sintok mempunyai keistimewaan dari segi geografi iaitu kedudukannya yang
terletak di utara Malaysia dan juga bentuk muka bumi seperti tanah pamah dan
kawasan berbukit bakau.
Kini, keadaan BB Sintok telah pesat membangun dan menjadi antara kawasan
yang ramai penduduk dengan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan di
kawasan ini. Secara amnya, kegiatan ekonomi di kawasan ini lebih terarah
kepada kegiatan pelancongan, perkhidmatan pendidikan dan pertanian. Ini
kerana daerah ini atau negeri Kedah merupakan antara negeri di mana
wujudnya kerajaan terawal di Tanah Melayu menjadikannya kaya dengan
sumber sejarah serta artifak zaman dahulu Ini sama sekali telah menarik minat
para pelancong untuk hadir dan mempelajari sejarah yang terdapat di sini.
Selain itu, sektor pertanian turut menjadi sumber ekonomi utama di Kedah dan
juga dalam kawasan daerah Kubang Pasu. Oleh itu, terdapat sekurang-
kurangnya 5 kawasan pertanian yang meliputi kebun kecil penduduk kampung
dan ladang Resda Tg, Genting BB Sintok. Antara kawasan pertanian tersebut
adalah Zon Pertanian RiSDA Tg. Genting. Memiliki kawasan serta jenis tanah
yang sesuai atau subur membolehkan daerah ini mendapatkan hasil daripada
sektor pertanian seperti pertanian komersial getah, kelapa sawit dan juga
sawah padi atau beras. Ini selaras dengan kajian oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia pada Mei 2018 menyatakan pertumbuhan
8
prestasi ekonomi di Malaysia pada tahun 2017 menunjukkan peningkatan dari
sektor pertanian getah dan kelapa Sawit.
Dalam pada itu, BB Sintok juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan sumber
ekonomi Tertier iaitu Perkhidmatan Pendidikan, pelancongan, perbankan,
perniagaan. Kereta dan motosikal merupakan medium pengangkutan
terpenting di sini. Oleh itu, kerajaan telah membina jalan raya untuk
menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar. Jalan persekutuan yang
menghubungkan BB Sintok Kedah dengan negeri lain adalah sepanjang
8685km manakala jalan negeri yang menghubungkan antara daerah dalam
negeri adalah sepanjang 829.806km. Terdapat juga jajaran Lebuh Raya Utara
Selatan (PLUS) yang menghubungkan lain-lain negeri dengan BBS.
Kemudahan jajaran perhubungan melalui pengangkutan darat ini
memudahkan daerah Kubang Pasu untuk memperluaskan kegiatan ekonomi
di kawasan kajian seperti dalam paparan rajah 1.3 di bawah.
Rajah 1.3 Jenis Kegiatan Ekonomi di BB Sintok
Melalui kaedah kajian yang telah dilaksanakan, data atau maklumat yang telah
berjaya dikumpulkan menunjukkan kegiatan ekonomi yang dijalankan di
kawasan BB Sintok adalah seperti di Rajah 1.3 iaitu pelancongan, perniagaan,
pertanian, dan pendidikan.
9
Menurut Portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, tumpuan
utama kegiatan ekonomi bagi BB Sintok adalah industri Pertanian. Ianya
meliputi 10 buah kawasan pertanian seluas 1,309 hektar. Pertanian di
Malaysia merupakan sektor primer di mana meliputi penanaman , getah dan
kelapa sawit dan hasil pertanian lain. BB Sintok mempunyai sumber bahan
mentah seperti minyak kelapa sawit, susu getah, hasil hutan yang menjadi
sumber bahan mentah untuk industri makanan dan industri kecil dan
sederhana.
Seterusnya, kegiatan ekonomi kedua yang menyumbang kepada ekonomi
daerah Kubang Pasu adalah sektor pelancongan. Negeri Kedah
sememangnya tempat pelancongan menarik bagi pengunjung dalam dan juga
luar negara sehingga berjaya disenaraikan dalam penerbitan antarabangsa
seperti Forbes dan Lonely Planet sebagai salah sebuah Destinasi
Pelancongan di Malaysia. Ini kerana nilai sejarah yang terdapat di negeri ini
menggalakkan para pelancong untuk berkunjung ke sini. Antara tempat yang
menjadi tumpuan pelancong termasuklah UUM, ABM, Bukit Kachi, Hutan
Hujan Sintok.
Selain itu, kegiatan ekonomi ketiga yang menjadi tumpuan pembangunan
ekonomi BB Sintok adalah sektor pertanian. Menurut Portal Rasmi Pejabat
Daerah Kubang Pasu tanah seluas 17,171 hektar atau 55% daripada
keseluruhan tanah di Kubang Pasu digunakan untuk pertanian komersial
getah dan kelapa sawit. Manakala 4,269 hektar adalah tanah sawah dan 413
hektar daripadanya adalah tanah terbiar. Daripada ini dapat kita lihat tiga hasil
pertanian utama daerah Kubang Pasu adalah daripada tanaman getah, kelapa
sawit dan sawah padi.
Akhir sekali, sektor pendidikan juga menjadi antara kegiatan ekonomi yang
dijalankan di BBS . Sektor pendidikan merupakan sektor perkhidmatan yang
termasuk dalam sektor tertier bagi jenis kegiatan ekonomi di Malaysia. Selain
sekolah rendah dan sekolah menengah, pendidikan peringkat pengajian tinggi
menjadi penyumbang utama kepada kegiatan ekonomi sektor ini. Di BB Sintok,
terdapat Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Utara Malaysia,
Akademi Binaan Malaysia dan Institut Pertanian Malaysia.
10
Graf Bar Mudah Kegiatan Ekonomi di BB Sintok
Berikut adalah Graf Bar Mudah bagi kegiatan ekonomi yang dijalankan di BB
Sintok, Kedah.
Rajah 1.4 Graf Bar Mudah Kegiatan Ekonomi di BB Sintok, Kedah
Tafsiran Graf Bar Mudah Kegiatan Ekonomi di BB Sintok, Kedah
Rajah 1.4 di atas menunjukkan kegiatan ekonomi di BB Sintok. Hasil daripada
sesi soal selidik yang dijalankan, sebanyak 50 borang soal selidik telah
diedarkan dan sebanyak 40 borang telah diterima semula manakala hanya 35
borang yang boleh diguna pakai kerana di isi dengan betul.
Berdasarkan graf bar mudah yang dilukis di Rajah 1.4, Kegiatan ekonomi yang
banyak dilakukan di kawasan BB Sintok didahului oleh sektor pertanian
dengan mendapat jawapan daripada 11 orang responden. Sektor pelancongan
menduduki tempat kedua sebanyak 10 responden memilih sektor tersebut
diikuti dengan 8 responden memilih sektor pendidikan. Akhir sekali, seramai 6
responden memilih sektor perbankan sebagai kegiatan ekonomi yang
dijalankan di BB Sintok.
Hasil analisis terhadap data tersebut serta jawapan di borang soal selidik,
didapati ramai responden memilih sektor pertanian sebagai kegiatan ekonomi
di BB Sintok kerana terdapat banyak kawasan pertanian telah dibangunkan di
kawasan tersebut sehingga lebih kurang 5 kawasan pertanian menurut sebuah
sumber.
11
Selain itu, sektor pelancongan menjadi pilihan kedua kegiatan ekonomi di BB
Sintok berikutan adanya peninggalan sejarah Kemasukan Komunis zaman
dahulu yang menarik minat ramai pelancong hadir. Bentuk muka bumi yang
sesuai serta iklim yang baik menjadikan sektor pertanian menjadi kegiatan
ekonomi ketiga dijalankan di BB Sintok.
Akhir sekali, BB Sintok juga menjadi pusat pendidikan tumpuan berikutan
kedudukan lokasinya yang strategik yang mudah dicapai dengan jaringan
lebuh raya yang menghubungkan antara daerah dan negeri serta infrastruktur
yang lengkap seperti kewujudan Internet yang pantas.
Kesimpulannya, BB Sintok mempunyai beberapa kegiatan ekonomi utama
yang diusahakan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor fizikal
dan juga faktor manusia. Banyak lagi potensi kegiatan ekonomi yang boleh
dijalankan yang akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN
KAJIAN
Secara dasarnya, terdapat dua kategori bagi faktor-faktor yang mempengaruhi
kegiatan ekonomi di Malaysia iaitu faktor fizikal ataupunfaktor manusia. Faktor
fizikal termasuklah bentuk muka bumi, tanih, iklim, bahan mentah dan saliran
yang terdapat di kawasan tersebut. Faktor manusia pula adalah seperti dasar
kerajaan, infrastruktur, teknologi, pasaran, modal dan juga buruh atau tenaga
kerja.
Bagi kawasan BB Sintok, antara faktor utama yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi di sini adalah bentuk muka bumi. Tanah pamah merupakan jenis
bentuk muka bumi yang meliputi hampir keseluruhan kawasan negeri Kedah.
Oleh sebab itu, ianya amat bersesuaian sekali untuk menjalankan aktiviti
pertanian seperti penanaman padi, getah dan kelapa sawit. Dalam masa yang
sama, kedudukan sebahagian kawasan BB Sintok juga terletak di bentuk muka
bumi berbukit bukau dan dikelilingi Hutan Hujan Khatulistiwa Jenis bentuk
muka bumi ini mempunyai daya tarikan untuk menjalankan kegiatan ekonomi
khususnya pelancongan. Justeru itu ini mempengaruhi kawasan BB sintok
sebagai antara kawasan pelancongan utama di Kedah.
Selain itu, iklim di BB Sintok juga adalah bersesuaian untuk melaksanakan
pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Iklim Khatulistiwa dengan purata suhu
12
sekitar 27 darjah celcius dan jumlah hujan tahunan melebihi 2600 mm ini
membolehkan kawasan BB Sintok untuk menjalankan kegiatan ekonomi iaitu
pertanian. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun ini juga
mempengaruhi kemasukan pelancong khususnya dari negara barat yang ingin
mendapatkan pancaran matahari yang tidak dapat dimiliki di negara mereka.
Pelancongan di BB Sintok juga turut dipengaruhi oleh faktor saliran yang baik
seperti di Sg. Sintok .
Dalam pada itu, faktor manusia juga mempengaruhi kegiatan ekonomi di
kawasan BB Sintok. Antaranya ialah infrastruktur yang terdapat di sekitar
kawasan tersebut. Ianya termasuklah kewujudan jaringan pengangkutan yang
baik seperti jalan raya yang menghubungkan antara daerah dan juga negeri.
Selain itu terdapat juga sistem pengangkutan lain yang memudahkan lagi
proses logistik barangan yang dihasilkan di kilang untuk dihantar ke serata
tempat bagi tujuan pemasaran. Infrastruktur telekomunikasi negara yang maju
turut membantu menyumbang kepada kegiatan ekonomi khususnya sektor
pelancongan. Kelajuan dan capaian Internet membolehkan kawasan BB
Sintok untuk diketahui di seluruh dunia dan berjaya diketahui dan diiktiraf
sehingga peringkat antarabangsa.
Perkembangan teknologi yang maju dan canggih juga turut mempengaruhi
kegiatan ekonomi di BB Sintok. Ini dapat dilihat dalam sektor perindustrian di
mana mesin-mesin yang digunakan di kebanyakan kilang-kilang pengeluar
adalah moden justeru dapat meningkatkan kualiti produk dan jumlah keluaran
di samping mempercepatkan kerja dan juga menjimatkan kos. Selain itu, faktor
buruh atau tenaga kerja yang ada di BB Sintok juga menggalakkan kegiatan
ekonomi dalam sektor perindustrian dijalankan di sini. Buruh yang murah
dengan tenaga kerja yang mahir dianggap sebagai suatu kelebihan bagi
syarikat dari luar negara untuk beroperasi di sini.
Dasar pendidikan di Malaysia yang menggalakkan atau mengutamakan
pendidikan di setiap aspek dan peringkat telah menyebabkan wujudnya
beberapa buah universiti dan juga kolej di sekitar kawasan BB Sintok
Infrastruktur pengangkutan yang lengkap juga memudahkan lagi para pelajar
untuk mendaftarkan diri dan seterusnya menuntut di universiti atau kolej di
kawasan ini. Begitu juga kemudahan seperti kolej kediaman yang disediakan
berserta Internet menarik minat orang ramai untuk belajar di sini.
13
Natijahnya dapat kita lihat pelbagai faktor yang mempengaruhi berlakunya
kegiatan ekonomi di sekitar kawasan BB Sintok tidak kira dari aspek fizikalnya
mahupun aspek manusia. Semoga faktor-faktor ini dapat menyumbang
kepada pembangunan ekonomi di daerah Kubang Pasu.
CADANGAN KEGIATAN EKONOMI YANG BERPOTENSI UNTUK
DIMAJUKAN DI KAWASAN KAJIAN
Berdasarkan analisis terhadap data-data yang diperoleh daripada hasil kajian,
kajian telah mengenal pasti beberapa cadangan terhadap kegiatan ekonomi
yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan BB Sintok. Cadangan- cadangan
ini telah diperolehi daripada para informan dan responden mahupun
pemerhatian sendiri terhadap kawasan ini.
Pertama sekali, antara kegiatan ekonomi yang dilihat berpotensi untuk
dimajukan di kawasan BB Sintok adalah perikanan. Ini kerana lokasi
sebahagian kawasan BB Sintok terletak di bentuk muka bumi pinggir sungai.
Lazimnya bagi kawasan yang terletak berhampiran pinggir sungai, penduduk
sekitar akan menggunakan kesempatan tersebut untuk menjalankan kegiatan
perikanan seperti menangkap ikan, mahupun menjalankan penternakan ikan
dalam sangkar. Hal ini bukan sahaja dapat memberi sumbangan kepada
ekonomi malah meningkatkan peluang pekerjaan penduduk sekitar.
Akhir sekali, jenis kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di
kawasan Melaka Tengah adalah penternakan. Oleh kerana bentuk muka bumi
di BB Sintok yang sesuai dan juga masih mempunyai kawasan hijau atau
tanaman tumbuhan semula jadi, maka aktiviti penternakan seperti lembu,
kambing, ayam dan sebagainya boleh dijalankan. Sekiranya aktiviti ini
dijalankan, akan berlakunya pengurangan import bagi jenis ternakan yang
dilakukan justeru menguntungkan penduduk sekitar.
Kesimpulannya, terdapat banyak kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk
dijalankan atau dimajukan di kawasan BB Sintok. Kerajaan dan penduduk
sekitar perlulah melihat perkara ini dan mengambil tindakan selanjutnya bagi
memastikan kelebihan dan keuntungan berjaya diperolehi daripada sumber
yang ada.
14
Rajah 1.5 Carta Pai Kegiatan Ekonomi di BB Sintok, Kedah
15
RUMUSAN
Hasil daripada data-data serta maklumat yang telah berjaya diperolehi melalui
kaedah-kaedah kajian yang telah dijalankan, setiap objektif kajian yang
digariskan pada awal kajian telah pun dijawab dan dicapai. Selain itu analisis
terhadap maklumat yang diperolehi juga telah dilakukan bagi mendapatkan
kesimpulan daripada dapatan kajian ini.
Antaranya yang pertama adalah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan
BB Sintok. Hasil kajian mendapati terdapat empat jenis kegiatan ekonomi
utama yang dijalankan oleh penduduk di kawasan BB Sintok. Kegiatan
ekonomi tersebut adalah pelancongan , pertanian dan juga pendidikan.
Walaupun terdapat juga kegiatan ekonomi yang lain dijalankan oleh penduduk
sekitar, empat kegiatan ini adalah yang paling ketara.
Kegiatan-kegiatan ekonomi tersebut telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor
termasuklah faktor fizikal dan juga faktor manusia. Faktor fizikal tersebut
adalah bentuk muka bumi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti tanah
pamah untuk pembinaan jalan raya dan kawasan perindustrian serta pertanian
tumbuh-tumbuhan. Selain itu iklim dan suhu yang sesuai juga menggalakkan
kemasukan pelancong bagi aktiviti pelancongan. Infrastruktur yang maju serta
teknologi yang canggih dan moden juga meningkatkan kegiatan ekonomi di
kawasan BB Sintok.
Walaupun kawasan BB Sintok telah pun menjadi antara daerah termaju yang
ada di Kedah, masih terdapat kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan untuk
kepentingan masyarakat setempat dan juga negara. Antaranya termasuklah
aktiviti perikanan dan juga penternakan. Ini penting bagi memastikan sumber
semula jadi yang ada di sesebuah tempat digunakan pada tahap maksimum
dan seterusnya memberi pulangan atau keuntungan kepada penduduk
tempatan mahupun negara.
Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan ini, dapatlah dilihat banyak
kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di Malaysia khususnya di
kawasan saya sendiri iaitu Kedah. Didapati kerajaan juga memainkan peranan
yang penting bagi memastikan ekonomi sesebuah tempat itu berkembang dan
membangun. Saya berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat memberikan
sumbangan kepada penduduk setempat mahupun kepada negara.
16