The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurimandina3025, 2020-12-13 04:39:48

Folio Geografi Nur Irdina Hadfina

Folio Geografi Nur Irdina Hadfina

KAJIAN TENTANG FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEGIATAN
EKONOMI DI BANDAR BARU
SINTOK, KEDAH.

NAMA: Nur Irdina Hadfina bt. Mohd
Syahril Azahar

Tingkatan : 3 Arif
No. Kad Pengenalan :050830-04-0112

Bil Isi Kandungan Muka Surat
1. Penghargaan 2
2. Pendahuluan / Pengenalan 3
3. Objektif Kajian 4
4. Kawasan Kajian 5
5. Kaedah Kajian 6
6. Dapatan Kajian (hasil keseluruhan kajian) 7
7. Rumusan 8
8. Rujukan 9
9. Lampiran 10

PENGHARGAAN

Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T. kerana limpah izin serta
rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan
jayanya. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pengetua SMK BBS Pn. Sopiah Bt. Harun yang telah memberi kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga saya
tujukan kepada guru Geografi saya, Encik Roslan b.Salleh, yang tanpa penat
dan lelah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat
diselesaikan dengan sempurna.

Selain itu, saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
telah memberikan peruntukkan perbelanjaan serta dorongan dan sokongan
sepanjang kajian ini disiapkan.

Dalam pada itu, penghargaan juga saya tujukan kepada para responden yang
telah memberikan kerjasama secukupnya juga buat rakan-rakan sekelas
saya Adelina,Sofiya dan Hanis yang telah bersama-sama dalam menyiapkan
kajian ini.

Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat
menyiapkan kajian ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan
tugasan ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan mahupun
peruntukan kewangan bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar.

PENGENALAN

Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan
oleh setiap pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan
3 (PT3). Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah kegiatan ekonomi di
BBSintok dan saya Nur Irdina Hadfina bt. Mohd Syahril Azahar pelajar
tingkatan 3 Arif dari sekolah SMK Bandar Baru Sintok telah melakukan kajian
ini di kawasan BBSintok.
Antara sebab utama saya memilih kawasan BBSintok sebagai kawasan
kajian kerana ia merupakan tempat tinggal saya dan berdekatan dengan
sekolah. Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat kajian kerana
berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga mahir dengan
kawasan ini justeru memudahkan saya mendapat data-data yang berguna
untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan
sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan.
Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya telah menemu bual beberapa
orang responden bertujuan untuk mendapatkan data-data yang tepat. Saya
sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana telah
memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja
kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan.

.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:

a) Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
b) Mengenal pasti peta di kawasan kajian iaitu BBSintok.
c) Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian BBSintok.
d) Melukis dan mentafsirkan graf bar tentang kegiatan ekonomi di kawasan

kajian BBSintok.
e) Menghuraikan faktor yang mempengaruhikegiatan ekonomi di kawasan

kajian BBSintok.
f) Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di

kawasan kajian BBSintok.

KAEDAH KAJIAN

Bagi kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif dan
juga kualitatif. Pemilihan kedua-dua pendekatan kaedah kajian ini dilakukan
adalah bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sesuai dengan
kajian saya. Justeru, terdapat empat kaedah kajian yang telah dipilih bagi
memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan
bersistematik.

1) Kaedah Pemerhatian

Kaedah pertama yang dibuat dalam melaksanakan kajian ini adalah kaedah
pemerhatian. Saya telah membuat pemerhatian atau tinjauan di kawasan
yang saya dapati berpotensi untuk dijadikan kawasan kajian buat kerja kursus
ini. Ia juga bagi mengenalpasti kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan
tersebut. Maklumat yang diperolehi tersebut akan membantu saya dalam
melukis dan mentafsir peta kawasan kajian tersebut.

2) Kaedah Temu Bual

Selain itu, kaedah kedua yang digunakan bagi mendapatkan maklumat
mengenai kajian saya adalah kaedah temu bual. Kaedah temu bual ini telah
dijalankan terhadap beberapa orang Responden yang dikenalpasti.
Responden tersebut terdiri daripada orang penting atau berpengaruh di
sekitar kawasan BBS seperti ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa
rukun tetangga.

Dengan menjalankan kaedah temu bual ini, saya dapat mengenalpasti
beberapa jawapan awal terhadap kajian saya yang seterusnya boleh
digunakan sebagai soalan dalam borang soal selidik bagi mendapatkan
jawapan yang lebih menyeluruh atau mewakili kawasan tersebut.

Selain itu, jawapan yang diperoleh daripada para informan menerusi temu
bual ini juga adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi
objektif kajian yang ingin dicapai.

3) Kaedah Borang Soal Selidik

Setelah menjalankan kaedah temu bual, saya telah meneruskan kajian saya
dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Borang soal selidik telah
diedarkan kepada penduduk di sekitar kawasan kajian yang telah dipilih.

Melalui kaedah ini, saya dapat mengumpul maklumat berhubung dengan
beberapa perkara seperti berikut:

i. Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian BBSintok.
ii. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di

kawasan kajian BBSintok.
iii. Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di

kawasan kajian BBSintok.

HASIL KAJIAN

TAKRIFAN KONSEP

Ekonomi adalah ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan
sumber-sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi keperluan dan
kehendak manusia yang tidak terhad. Kegiatan ekonomi pula adalah aktiviti
yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan sumber ekonomi tersebut
di samping menghasilkan pendapatan. Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor primer, sekunder dan tertier.

Rajah 1.1 Sektor Kegiatan Ekonomi

Pertama sekali, sektor primer merupakan kegiatan yang mengeluarkan
bahan mentah terus daripada sumber semula jadi. Ianya merupakan kegiatan
ekonomi terawal wujud di dunia ini dan diusahakan sejak dahulu lagi. Antara
jenis kegiatan ekonomi di bawah sektor ini adalah pertanian, perikanan,
penternakan, perlombongan, dan pembalakan.

Seterusnya, sektor sekunder pula adalah aktiviti ekonomi yang berasaskan
kepada bahan mentah atau semula jadi. Ianya melibatkan penukaran bahan
mentah tersebut kepada barangan siap atau produk untuk digunapakai oleh
pengguna. Sektor ini termasuklah jenis kegiatan ekonomi seperti pembuatan
atau perindustrian dan juga pembinaan.

Akhir sekali, sektor kegiatan ekonomi juga melibatkan sektor tertier. Sektor
tertier boleh didefinisikan sebagai kegiatan ekonomi yang menawarkan
pelbagai jenis perkhidmatan. Sektor ini juga turut digelar sebagai sektor
perkhidmatan. Sektor ini mamainkan peranan yang penting dalam memberi
sumbangan kepada pembangunan negara. Contoh jenis kegiatan ekonomi
sektor ini adalah pelancongan, pengangkutan, pendidikan, kewangan dan
perdagangan.

Rajah 1.2 Peta Tipografi BBSintok

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini adalah BBSintok daerah Kubang
Pasu, Kedah Bandar Pendidikan. Terkenal sebagai Pusat Ilmu dengan
adanya UUM, ABM, SK BBS , Sekolah Memandu Mustika Muhibbah dan
SMK BBS. BB Sintok merupakan salah satu kawasan bersejarah di daerah
di Kedah dengan berkeluasan 304.29 km per segi. Kawasan ini juga
mempunyai beberapa buah kampong dan taman perumahan. Kedudukannya
terletak di Utara Semenanajung Malaysia yang merupakan antara laluan
perdagangan dengan negara jiran Thailand yang sangat terkenal sejak
zaman dahulu lagi dan pusat penddikan menjadikannya sangat sesuai bagi
pelbagai kegiatan ekonomi.

BBSintok satu ketika dulu pernah menjadi pusat ekonomi menyebabkan
pertumbuhan kegiatan ekonomi pada ketika itu sangat rancak . Ini kerana
BBSintok mempunyai keistimewaan dari segi geografi iaitu kedudukannya
yang terletak di utara Malaysia dan juga bentuk muka bumi seperti tanah
pamah dan kawasan berbukit bakau.

Kini, keadaan BBSintok telah pesat membangun dan menjadi antara
kawasan yang ramai penduduk dengan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan
di kawasan ini. Secara amnya, kegiatan ekonomi di kawasan ini lebih terarah
kepada kegiatan pelancongan, perkhidmatan pendidikan dan pertanian. Ini
kerana daerah ini atau negeri Kedah merupakan antara negeri di mana
wujudnya kerajaan terawal di Tanah Melayu menjadikannya kaya dengan
sumber sejarah serta artifak zaman dahulu Ini sama sekali telah menarik
minat para pelancong untuk hadir dan mempelajari sejarah yang terdapat di
sini.

Selain itu, sektor pertanian turut menjadi sumber ekonomi utama di Kedah
dan juga dalam kawasan daerah Kubang Pasu. Oleh itu, terdapat sekurang-
kurangnya 5 kawasan pertanian yang meliputi kebun kecil penduduk
kampong dan ladang Resda Tg, Genting BB Sintok. Antara kawasan
pertanian tersebut adalah Zon Pertanian RiSDA Tg. Genting. Memiliki
kawasan serta jenis tanah yang sesuai atau subur membolehkan daerah ini
mendapatkan hasil daripada sektor pertanian seperti pertanian komersial
getah, kelapa sawit dan juga sawah padi atau beras. Ini selaras dengan kajian
oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Mei 2018 menyatakan pertumbuhan

prestasi ekonomi di Malaysia pada tahun 2017 menunjukkan peningkatan
dari sektor pertanian getah dan kelapa Sawit.
Dalam pada itu, BB Sintok juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan
sumber ekonomi Tertier iaitu Perkhidmatan Pendidikan, pelancongan,
perbankan, perniagaan. Kereta dan motosikal merupakan medium
pengangkutan terpenting di sini. Oleh itu, kerajaan telah membina jalan raya
untuk menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar. Jalan persekutuan
yang menghubungkan BB Sintok Kedah dengan negeri lain adalah sepanjang
8685km manakala jalan negeri yang menghubungkan antara daerah dalam
negeri adalah sepanjang 829.806km. Terdapat juga jajaran Lebuh Raya
Utara Selatan (PLUS) yang menghubungkan lain-lain negeri dengan BBS.
Kemudahan jajaran perhubungan melalui pengangkutan darat ini
memudahkan daerah Kubang Pasu untuk memperluaskan kegiatan ekonomi
di kawasan kajian seperti dalam paparan rajah 1.3 di bawah.

Rajah 1.3 Jenis Kegiatan Ekonomi di BB Sintok
Melalui kaedah kajian yang telah dilaksanakan, data atau maklumat yang
telah berjaya dikumpulkan menunjukkan kegiatan ekonomi yang dijalankan
di kawasan BBsintok adalah seperti di Rajah 1.3 iaitu pelancongan,
perniagaan, pertanian, dan pendidikan.

Menurut Portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, tumpuan
utama kegiatan ekonomi bagi BBSintok adalah industri Pertanian. Ianya
meliputi 10 buah kawasan pertanian seluas 1,309 hektar. Pertanian di
Malaysia merupakan sektor primer di mana meliputi penanaman , getah dan
kelapa sawit dan hasil pertanian lain. BB sintok mempunyai sumber bahan
mentah seperti minyak kelapa sawit, susu getah, hasil hutan yang menjadi
sumber bahan mentah untuk industry makanan dan industrri kecil dan
sederhana.

Seterusnya, kegiatan ekonomi kedua yang menyumbang kepada ekonomi
daerah Kubang Pasu adalah sektor pelancongan. Negeri Kedah
sememangnya tempat pelancongan menarik bagi pengunjung dalam dan
juga luar negara sehingga berjaya disenaraikan dalam penerbitan
antarabangsa seperti Forbes dan Lonely Planet sebagai salah sebuah
Destinasi Pelancongan di Malaysia. Ini kerana nilai sejarah yang terdapat di
negeri ini menggalakkan para pelancong untuk berkunjung ke sini. Antara
tempat yang menjadi tumpuan pelancong termasuklah UUM, ABM, Bukit
Kachi, Hutan Hujan Sintok.

Selain itu, kegiatan ekonomi ketiga yang menjadi tumpuan pembangunan
ekonomi BB Sintok adalah sektor pertanian. Menurut Portal Rasmi Pejabat
Daerah Kubang Pasu tanah seluas 17,171 hektar atau 55% daripada
keseluruhan tanah di Kubang Pasu digunakan untuk pertanian komersial
getah dan kelapa sawit. Manakala 4,269 hektar adalah tanah sawah dan 413
hektar daripadanya adalah tanah terbiar. Daripada ini dapat kita lihat tiga
hasil pertanian utama daerah Kubang Pasu adalah daripada tanaman getah,
kelapa sawit dan sawah padi.

Akhir sekali, sektor pendidikan juga menjadi antara kegiatan ekonomi yang
dijalankan di BBS . Sektor pendidikan merupakan sektor perkhidmatan yang
termasuk dalam sektor tertier bagi jenis kegiatan ekonomi di Malaysia. Selain
sekolah rendah dan sekolah menengah, pendidikan peringkat pengajian
tinggi menjadi penyumbang utama kepada kegiatan ekonomi sektor ini. Di
BBSintok, terdapat Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Utara
Malaysia, Akademi Binaan Malaysia dan Institut Pertanian Malaysia.

Graf Bar Mudah Kegiatan Ekonomi di BB Sintok
Berikut adalah Graf Bar Mudah bagi kegiatan ekonomi yang dijalankan di BB
Sintok, Kedah.

Rajah 1.4 Graf Bar Mudah Kegiatan Ekonomi di BB Sintok, Kedah
Tafsiran Graf Bar Mudah Kegiatan Ekonomi di BB Sintok, Kedah
Rajah 1.4 di atas menunjukkan kegiatan ekonomi di BB Sintok. Hasil daripada
sesi soal selidik yang dijalankan, sebanyak 50 borang soal selidik telah
diedarkan dan sebanyak 40 borang telah diterima semula manakala hanya
35 borang yang boleh digunapakai kerana diisi dengan betul.
Berdasarkan graf bar mudah yang dilukis di Rajah 1.4, Kegiatan ekonomi
yang banyak dilakukan di kawasan BB Sintok didahului oleh sektor pertanian
dengan mendapat jawapan daripada 11 orang responden. Sektor
pelancongan menduduki tempat kedua sebanyak 10 responden memilih
sektor tersebut diikuti dengan 8 responden memilih sektor pendidikan. Akhir
sekali, seramai 6 responden memilih sektor perbankan sebagai kegiatan
ekonomi yang dijalankan di BB sintok.
Hasil analisis terhadap data tersebut beserta jawapan di borang soal selidik,
didapati ramai responden memilih sektor pertanian sebagai kegiatan ekonomi
di BB Sintok kerana terdapat banyak kawasan pertanian telah dibangunkan
di kawasan tersebut sehingga lebih kurang 5 kawasan pertanian menurut
sebuah sumber.

Selain itu, sektor pelancongan menjadi pilihan kedua kegiatan ekonomi di
BBSintok berikutan adanya peninggalan sejarah Kemasukan Komunis zaman
dahulu yang menarik minat ramai pelancong hadir. Bentuk muka bumi yang
sesuai serta iklim yang baik menjadikan sektor pertanian menjadi kegiatan
ekonomi ketiga dijalankan di BB Sintok.

Akhir sekali, BB Sintok juga menjadi pusat pendidikan tumpuan berikutan
kedudukan lokasinya yang strategik yang mudah dicapai dengan jaringan
lebuh raya yang menghubungkan antara daerah dan negeri serta infrastruktur
yang lengkap seperti kewujudan internet yang pantas.

Kesimpulannya, BB Sintok mempunyai beberapa kegiatan ekonomi utama
yang diusahakan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor fizikal
dan juga faktor manusia. Banyak lagi potensi kegiatan ekonomi yang boleh
dijalankan yang akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN
KAJIAN

Secara dasarnya, tedapat dua kategori bagi faktor-faktor yang
mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia iaitu faktor fizikal ataupun faktor
manusia. Faktor fizikal termasuklah bentuk muka bumi, tanih, iklim, bahan
mentah dan saliran yang terdapat di kawasan tersebut. Faktor manusia pula
adalah seperti dasar kerajaan, infrastruktur, teknologi, pasaran, modal dan
juga buruh atau tenaga kerja.

Bagi kawasan BBSintok, antara faktor utama yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi di sini adalah bentuk muka bumi. Tanah pamah merupakan jenis
bentuk muka bumi yang meliputi hampir keseluruhan kawasan negeri Kedah.
Oleh sebab itu, ianya amat bersesuaian sekali untuk menjalankan aktiviti
pertanian seperti penanaman padi, getah dan kelapa sawit.Dalam masa yang
sama, kedudukan sebahagian kawasan BB Sintok juga terletak di bentuk
muka bumi berbukit bukau dan dikelilingi Hutan Hujan Khatulistiwa Jenis
bentuk muka bumi ini mempunyai daya tarikan untuk menjalankan kegiatan
ekonomi khususnya pelancongan. Justeru itu ini mempengaruhi kawasan BB
sintok sebagai antara kawasan pelancongan utama di Kedah.

Selain itu, iklim di BB Sintok juga adalah bersesuaian untuk melaksanakan
pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Iklim Khatulistiwa dengan purata suhu

sekitar 27 darjah celcius dan jumlah hujan tahunan melebihi 2600 mm ini
membolehkan kawasan BB Sintok untuk menjalankan kegiatan ekonomi iaitu
pertanian. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun ini juga
mempengaruhi kemasukan pelancong khususnya dari negara barat yang
ingin mendapatkan pancaran matahari yang tidak dapat dimiliki di negara
mereka. Pelancongan di BB Sintok juga turut dipengaruhi oleh faktor saliran
yang baik seperti di Sg. Sintok .

Dalam pada itu, faktor manusia juga mempengaruhi kegiatan ekonomi di
kawasan BB Sintok. Antaranya ialah infrastruktur yang terdapat di sekitar
kawasan tersebut. Ianya termasuklah kewujudan jaringan pengangkutan
yang baik seperti jalan raya yang menghubungkan antara daerah dan juga
negeri. Selain itu terdapat juga sistem pengangkutan lain yang memudahkan
lagi proses logistik barangan yang dihasilkan di kilang untuk dihantar ke
serata tempat bagi tujuan pemasaran. Infrastruktur telekomunikasi negara
yang maju turut membantu menyumbang kepada kegiatan ekonomi
khususnya sektor pelancongan. Kelajuan dan capaian internet membolehkan
kawasan BBSintok untuk diketahui di seluruh dunia dan berjaya diketahui
dan diiktiraf sehingga peringkat antarabangsa.

Perkembangan teknologi yang maju dan canggih juga turut mempengaruhi
kegiatan ekonomi di BB Sintok. Ini dapat dilihat dalam sektor perindustrian di
mana mesin-mesin yang digunakan di kebanyakan kilang-kilang pengeluar
adalah moden justeru dapat meningkatkan kualiti produk dan jumlah keluaran
di samping mempercepatkan kerja dan juga menjimatkan kos. Selain itu,
faktor buruh atau tenaga kerja yang ada di BB Sintok juga menggalakkan
kegiatan ekonomi dalam sektor perindustrian dijalankan di sini. Buruh yang
murah dengan tenaga kerja yang mahir dianggap sebagai suatu kelebihan
bagi syarikat dari luar negara untuk beroperasi di sini.

Dasar pendidikan di Malaysia yang menggalakkan atau mengutamakan
pendidikan di setiap aspek dan peringkat telah menyebabkan wujudnya
beberapa buah universiti dan juga kolej di sekitar kawasan BBSintok
Infrastruktur pengangkutan yang lengkap juga memudahkan lagi para pelajar
untuk mendaftarkan diri dan seterusnya menuntut di universiti atau kolej di
kawasan ini. Begitu juga kemudahan seperti kolej kediaman yang disediakan
beserta internet menarik minat orang ramai untuk belajar di sini.

Natijahnya dapat kita lihat pelbagai faktor yang mempengaruhi berlakunya
kegiatan ekonomi di sekitar kawasan BB Sintok tidak kira dari aspek fizikalnya
mahupun aspek manusia. Semoga faktor-faktor ini dapat menyumbang
kepada pembangungan ekonomi di daerah Kubang Pasu.

CADANGAN KEGIATAN EKONOMI YANG BERPOTENSI UNTUK
DIMAJUKAN DI KAWASAN KAJIAN

Berdasarkan analisis terhadap data-data yang diperoleh daripada hasil
kajian, kajian telah mengenalpasti beberapa cadangan terhadap kegiatan
ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan BB Sintok. Cadangan-
cadangan ini telah diperolehi daripada para informan dan responden
mahupun pemerhatian sendiri terhadap kawasan ini.

Pertama sekali, antara kegiatan ekonomi yang dilihat berpotensi untuk
dimajukan di kawasan BB Sintok adalah perikanan. Ini kerana lokasi
sebahagian kawasan BB Sintok terletak di bentuk muka bumi pinggir sungai.
Lazimnya bagi kawasan yang terletak berhampiran pinggir sungai, penduduk
sekitar akan menggunakan kesempatan tersebut untuk menjalankan
kegiatan perikanan seperti menangkap ikan, mahupun menjalankan
penternakan ikan dalam sangkar. Hal ini bukan sahaja dapat memberi
sumbangan kepada ekonomi malah meningkatkan peluang pekerjaan
penduduk sekitar.

Akhir sekali, jenis kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di
kawasan Melaka Tengah adalah penternakan. Oleh kerana bentuk muka
bumi di BBSintok yang sesuai dan juga masih mempunyai kawasan hijau atau
tanaman tumbuhan semulajadi, maka aktiviti penternakan seperti lembu,
kambing, ayam dan sebagainya boleh dijalankan. Sekiranya aktiviti ini
dijalankan, akan berlakunya pengurangan import bagi jenis ternakan yang
dilakukan justeru menguntungkan penduduk sekitar.

Kesimpulannya, terdapat banyak kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk
dijalankan atau dimajukan di kawasan BBSintok. Kerajaan dan penduduk
sekitar perlulah melihat perkara ini dan membuat tindakan selanjutnya bagi
memastikan kelebihan dan keuntungan berjaya diperolehi daripada sumber
yang ada.

Rajah 1.5 Carta Pai Kegiatan Ekonomi di BB Sintok, Kedah

RUMUSAN

Hasil daripada data-data serta maklumat yang telah berjaya diperolehi
melalui kaedah-kaedah kajian yang telah dijalankan, setiap objektif kajian
yang digariskan pada awal kajian telah pun dijawab dan dicapai. Selain itu
analisis terhadap maklumat yang diperolehi juga telah dilakukan bagi
mendapatkan kesimpulan daripada dapatan kajian ini.

Antaranya yang pertama adalah kegiatan ekonomi yang dijalankan di
kawasan BBSintok. Hasil kajian mendapati terdapat empat jenis kegiatan
ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk di kawasan BBSintok.
Kegiatan ekonomi tersebut adalah pelancongan , pertanian dan juga
pendidikan. Walaupun terdapat juga kegiatan ekonomi yang lain dijalankan
oleh penduduk sekitar, empat kegiatan ini adalah yang paling ketara.

Kegiatan-kegiatan ekonomi tersebut telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor
termasuklah faktor fizikal dan juga faktor manusia. Faktor fizikal tersebut
adalah bentuk muka bumi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti
tanah pamah untuk pembinaan jalan raya dan kawasan perindustrian serta
pertanian tumbuh-tumbuhan. Selain itu iklim dan suhu yang sesuai juga
menggalakkan kemasukan pelancong bagi aktiviti pelancongan. Infrastruktur
yang maju serta tekonologi yang canggih dan moden juga meningkatkan
kegiatan ekonomi di kawasan BBSintok.

Walaupun kawasan BBSintok telah pun menjadi antara daerah termaju yang
ada di Kedah, masih terdapat kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan untuk
kepentingan masyarakat setempat dan juga negara. Antaranya termasuklah
aktiviti perikanan dan juga penternakan. Ini penting bagi memastikan sumber
semula jadi yang ada di sesebuah tempat digunakan pada tahap maksima
dan seterusnya memberi pulangan atau keuntungan kepada penduduk
tempatan mahupun negara.

Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan ini, dapatlah dilihat banyak
kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di Malaysia khususnya di
kawasan saya sendiri iaitu Kedah. Didapati kerajaan juga memainkan
peranan yang penting bagi memastikan ekonomi sesebuah tempat itu
berkembang dan membangun. Saya berharap agar kajian yang dijalankan ini
dapat memberikan sumbangan kepada penduduk setempat mahupun
kepada negara.


Click to View FlipBook Version