The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Brown and Cream Illustrative Personal Digital Notebook Cover

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sakinatushidqiyah, 2024-02-26 23:58:05

Buku Log Pandu Puteri

Brown and Cream Illustrative Personal Digital Notebook Cover

BUKU LOG PANDU PUTERI


NAMA: SAKINATUSHIDIQYAH BINTI SARIFUDIN NO.KP : 030331-10-0522 IPG : KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA ANGKA GILIRAN : 2021142340222 UNIT BERUNIFORM : PANDU PUTERI KADET NEGERI: MELAKA SEMESTER : SEMESTER II TAHUN II BIODATADIRI


Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri. Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia. Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu- lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya. Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya. Bendera dunia dan maksudnya Istiadat Pandu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah ISI KANDUNGAN


SEJ A R A H D A N P E N U B U H A N P E R S A T U A N P A N D U P U TE R I M A L A YS I A . Persatuan Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957


Fasa Penubuhan Pandu Puteri Fasa Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di methodist Girls School Kuala Lumpur pada tahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemanrd dilantik Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.


Fasa Penubuhan Pandu Puteri Fasa PERKEMBANGAN Pandu Puteri mula mendapat perhatian PIHAK kerajaan yang berkuasa pada masa TErsebut. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan PErsekutuan telah memberi pengiktirafan Secara rasmi dalam bentuk Sokongan dan KErjasama. Kerajaan juga turut memberi sumbangan Dan peruntukan sebanyak dia ribu ringgit Mulai tahun 1932.


Fasa Penubuhan Pandu Puteri Fasa HALANGAN Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala Disebabkan perubahan takhta dan Malaya Mula diperintah oleh kerajaan Jepun bermula 1942 hingga 1946. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.


KRONOLOGI PENUBUHAN 1916 Penubuhan pasukan pandu puteri pertama di sekolah perempuan methodist, kuala lumpur 1917 Persatuan pandu puteri malaysia telah didaftarkan dengan ibu pejabat pandu puteri di Calcutta, India 1957 Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur. 1958 PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958. 1960 PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dan diterima sebagai ahli Tenderfoot 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 2005 KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar AlHaj, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS 2006 Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 2007 PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang 2008 Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar,Perak 2011 Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan Persidangan Dunia Ke-34


PERLEMBAGAN PANDU PUTERI MALAYSIA


Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya PERLEMBAGAN PANDU PUTERI MALAYSIA Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006.


PERKARA 1 NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANGUNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan.


PERKARA 3 TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahil Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalm Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.: a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip- Prinsip Asas; b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


LENCANA USUL :8 Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas id tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia di dalam bulatan id sekelilingnya bawahnya . Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripad anya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia . Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang etmpoh Keah ailn tetapi tidak mempunyai hak ek atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 4


PERKARA 5 PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-lugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: - mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. - menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. - menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Mailis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada pegawai-pegawai berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas . 2 .Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3 .Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1.Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program &Latihan 3. Pesurujaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat . 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL :7 Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahil ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa PERKARA 6


6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahil Akfit perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli- Ahil Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengersikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengersi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengersikan mesyuarat tersebut.


6.4 Korum and Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undangundang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang- Undang Keil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang- kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang balk;| i. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program lathan terancang: |v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang- undang nda peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia: vi. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya


PERKARA 7 BADAN UNDANGAN PERKARA 7- BADAN UNDANGAN Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan nad penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ni boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh 1(0) wakli untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakli tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: TIga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 - 5330 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahil Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:


7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahil Aktif akan dilantik atau dipilih oelh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, aiuti pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 03 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ni harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


7.4 Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahil yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL :4 Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut , melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; .i Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; i. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isuisu penting: iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vi. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; vili. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.


PERKARA 8 KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i.kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii .derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahil individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masingmasing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL :5 Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 41 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada IJanuari hingga ke 31 Disember.


PERKARA 9 CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i.Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pualu Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. .i Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. ji. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan n.i Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan n,i Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pe gawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oelh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


PERKARA 10 PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL :6 Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu 1(4 21) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11 PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli- ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, laitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007 .


1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopansantun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI


COGAN KATA DAN LAMBANG PANDU PUTERI Cogan kata "Selalu Sedia" merupakan cogan kata Pandu Puteri.Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puterihendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarangimbuhan dan balasan. Lambang Pandu Puteri Malaysia Lambang Pandu Puteri Dunia


ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti hormat Pengakap. Semasa memberi hormat ini,tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia Maksud Hormat Pandu Puteri  Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri  Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yanglemah Penggunaan Hormat Pandu Puteri  Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri,raja-raja,pembesar-pembesarnegara dan negeri,pemimpin Pandu Puteri negara,negeri,daerahdan kumpulan  Semasa menerima hadiah dan kurniaan Semasa istiadat mengibar bendera Semasa memberi penghormatan kepada jenazah


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Berjabat tangan dengan tangan kiri ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden Powell terus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI


Pemimpin


Kadet (IPG) Klover


Guild


LAGU-LAGU PANDU PUTERI Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song.


LAGU-LAGU PANDU PUTERI Kami puji nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi hidup kami Tuhan saksi Thanks and praise for our daysNeath the sun, neath the stars, neath the sky As we go,WE know god is nigh Malam datang siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langitS emua selamat, sihat rehat Berkat tuhan Day is done gone the sunFrom the sea, from the hills, from the sky All is well, safety rest God is nigh Malam datang siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat tuhan Day is done gone the sunFrom the sea, from the hills, from the skyAll is well, safety rest God is nigh


LAGU PANDU PUTERI TUNAS ( KUMPULAN BERENAM)


BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUDNYA


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. •Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. •Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanakkanak di dunia.


BENDERA DUNIA 1.Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. 2. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. 3. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS Lagu Kumpulan Berenam


Sebelum membuat linkungan KAKAK SETIA AKAN MENENTUKAN TEMPAT MEMBUAT PERJUMPAAN LETAKKAN BENDERA PPTUNAS ( PENNANT) TENTUKAN TEMA KREATIVITI MEMBENTUK LINGKUNGAN BERI MASA AHLI BERBINCANG DALAM KUMPULAN SETIAP KUMPULAN BERENAM MASUK DENGAN CARA REKAAN MENGELILINGI PENANT /PENANDA DAN BERDIRI DISEBAHAGIAN LINGKUNGAN Ahli baharu APABILA SEMUA KUMPULAN BERENAM PPTUNAS TELAH BERADA DALAM LINGKUNGAN , AHLI BAHARU YANG BERADA DALAM KUMPULAN AKAN TERUSMASUK KE TENGAH LINGKUNGAN DAN DUDUK BERTINGGUNG DI SITU


Lagu Pandu Puteri Tunas SEMUA AHLI PEGANG TANGAN ,SKIP KE KIRI DAHULU NYANYI LAGU INI SAMPAI HABIS PUTERI TUNAS BERTUJUAN MENOLONG DAN BERKAWAN KEMUDIAN SKIP KE KANAN DAN NYANYI SEKALI LAGI . SETELAH SELESAI ,LEPAS TANGAN , MENGHADAP KE DALAM Skip Kumpulan TIAP KUMPULAN AKAN MASUK KE TENGAH UNTUK MENYANYIKAN LAGUKUMPULAN MULA-MULA MASUK BERSKIP, TANPA PEGANG TANGAN , DAN MENG’HUMMING’ LAGU KUMPULAN NA , NA , NA, NA , NA , NA…. ( Irama Lagu Kumpulan ) . SETELAH MEMBENTUK BULATAN MENGELILINGI PENANDA, SKIP KEKIRI LAGU KUMPULAN DAN SKIP SEKALI LAGI KEKANAN DAN MENYANYIKAN LAGU KUMPULAN ,SETELAH TIBA PEGANG TANGAN DAN BERSEDIA UNTUK SKIP DAN MENYANYI LAGU KUMPULAN


Semasa keluar LEPAS TANGAN DAN SKIP HUMMING LAGU KUMPULAN BALIK KE LINGKUNGAN DIDAHULUI DENGAN KETUA KUMPULAN KEMUDIAN KUMPULAN BERIKUTNYA MASUK HINGGA SELESAI KUMPULAN KEENAM Ahli Baharu SETELAH SEMUA KUMPULAN BERENAM SELESAI MASUK DALAM LINGKUNGAN ,AHLI BAHARU AKAN BANGUN , BERPEGANG TANGAN DALAM BULATAN DANSKIP KEKIRI SAMBIL MENYANYIKAN LAGU : AHLI BARU SUKA HATI, MENJADI PUTERI TUNAS KEMUDIAN SKIP KEKANAN DAN MENYANYIKAN LAGU SAMA SEKALI LAGIAKHIR SEKALI SKIP SAMBIL HUMMING BALIK KE KUMPULAN ASAL MASING-MASING . SETELAH SEMUA KUMPULAN SELESAI MENJALANKAN AKTIVITI INI , MAKA SECARA BERAMAI-RAMAI SEKALI LAGI PEGANG TANGAN ( DALAM LINGKUNGAN BESAR )SKIP KEKIRI MENYANYIKAN LAGU PPTUNAS HINGGA SELESAI , SKIP KE KANAN MENYANYIKAN LAGU PPTUNAS HINGGA SELESAI. SETELAH SELESAI SKIP DALAM LINGKUNGAN BESAR BERAMAI-RAMAISEMUA AHLI AKAN BERDIRI TEGAK , MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI DANBERKATA “ T.O.S , T.O.S , T.O.S ” KEDUDUKAN TANGAN TEGAKAHLI BAHARU TAK PERLU BERI ISYARAT HORMAT PEMIMPIN BOLEH KATA ‘TOS’ SEKALI UNTUK BERI KLU KEPADA AHLI UNTUK MEMBERI HORMAT TOS .


Setelah selesai membuat lingkungan KAKAK SETIA AKAN MEMBUAT AKTIVITI BERIKUT ( MASIH DALAM LINGKUNGAN )A. MEMERIKSA PAKAIAN AHLI TUNAS B. MENGUTIP YURAN C. MEMERIKSA KEBERSIHAN AHLI


ISTIADAT LADAM KUDA Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.


Pembentukan Ladam Kuda Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut) Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri mengambil s atu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda. Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik: Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli) 3 orang bagi Pasukan Panji-Panji 1 orang Pembaca Doa 1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer


Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia


Click to View FlipBook Version