NAMA DAN KOD KURSUS: MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAME REGISTRATION NUMBER
AIMAN NOR HAQEM BIN AZANI 33DTM22F1097
QAYYIM SYAFIQ BIN KAMAL 33DTM22F1096
MOHAMAD KHALIS IN KHATIN 33DTM22F1105
MUHAMMAD FAIRUZ NAIM BIN ABD 33DTM221F090
RASHID
TAJUK: AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMUPUK PERPADUAN RAKYAT
NAMA PENSYARAH: PUAN HAZIRAH BINTI RAHIM
Objektif Kajian
1. Mengeratkan perpaduan sesama kaum
2. Mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja
3. Memperkukuh semangat antara kaum
4. Memupuk nilai positif dalam diri kita
5. Mengeratkan hubungan silaturahim yang kukuh antara satu
sama lain
6. Menjadikan negara Malaysia bersih disebabkan sikap
bekerjasama walaupun berlainan kaum.
7. Menjadikan negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan
harmoni.
PENGENALAN
Pada alaf ini,masyarakat kita swring disajikan dengan isu aktiviti
gotong-royong.Hal ini demikian kerana,aktiviti ini dapat memberikan
banyak faedah kita diri kita dan orang lain.Kita ambil
contoh,mengeratkan amalan silaturrahim diantara penduduk.kita
dapat lihat nilai Kerjasama sama ada jiran tertangga atau rakan
sekerja dalam membersihkan suatu kawasan.Ini dapat menyebarkan
aura positif dalam diri masing-masing.Seperti pepatah yang kita tidak
asing lagi “Bagai aur dengan tebing”.Itulah pepatah yang boleh
melibatkan dengan merapatkan hubungan silaturrahim.
Tahukah anda,Gotong-Royong ini berasal dari bahasa jawa iaitu,
‘”gotong” bermakna mengangkat dan “royong” bermakna bersama-
sama.Amalan ni boleh dikaitkan dengan sebahagian adat resam
Bangsa Melayu.Tetapi pada masa kini, amalan ini juga telah
diamalkan oleh pelbagai bangsa .Amalan ini sudah menjadi kebisaan
turun temurun sejak nenek moyang kita lagi.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengetahui tentang beberapa
kepentingan Aktiviti Gotong-Royong dalam memupuk perpaduan
yang selalu menjadi persoalan dalam diri kita.
DEFINISI GOTONG-ROYONG
Gotong royong dapat diartikan sebagai sesuatu sikap
ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat
secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan
pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong
royong ini telah melekat pada diri masyarakat dan
merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang.
Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk
memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi
kesejahteraan masyarakat. Gotong royong adalah aktiviti
berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Tetapi
amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut
dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan.
Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud
gotong royong dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat
menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan.
Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana
rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah,
hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu
dengan memberi komitmen yang penuh keada identiti
kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
Tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk
masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan
bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun
rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan antara masyarakat. Gotong
royong turut merapatkan hubungan ahli masyarakat kepada nilai-
nilai murni yang suci. Gotong-royong juga mampu mewujudkan
kesan-kesan positif yang sebenarnya dapat membantu menangani
gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan
kecurian. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang berat
akan menjadi mudah jugak dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip
gotong royong.
Dengan aktiviti bergotong royong, semua tugas berat akan menjadi
lebih ringan. Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai
rakyat Malaysia, kita hidup bersama sebagai satu bangsa. Kita
sesama, bangsa punya tujuan yang sama iaitu memajukan bangsa ini.
Untuk meraih tujuan tersebut maka kita selalu siap untuk
bekerjasama dengan semangat gotong royong. Akan lebih banyak
yang dapat kita raih bila kita lakukan gotong royong dengan orang
lain.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI
GOTONG ROYONG
Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya
kerja murni bermasyarakat ini akan terus berlangsung seiring dengan
kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama
masyarakat luar agar kewujudan mereka dihargai dan dimanfaatkan
oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu
yang berfaedah demi kesejahteraan umum.
Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak
sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih
matang tentang hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi
diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau
sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha
menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan
kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan
sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang
gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut
bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.
Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan
Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI)
bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastik kaca dan
kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan
ini patut diberi pujian.
Kebaikan amalan gotong-royong
Kebaikan mengamalkan amalan goton royong atau Kerjasama ini
ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli
masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu
mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu
semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun
akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua
pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua
perkara yang dialami oleh masyarakat dapt diatasi dalam masa yang
singkat dan mudah saja. Jelaslah amalan ini memberikan satu
suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat
terutama dikawasan urbanisasi.
Aktiviti gotong royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum
amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain lain.
Contohnya dengan mengadakan gotong royong bagi menjayakan
program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat
akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung.
Kegiatan ini amat beredah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak
kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan
menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita
dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada
amalan tersebut
Kesan-kesan mengabaikan amalan bergotong-royong
1. Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang
berbilang kaum.
2. Masyarakat akan menjadi tidak selesa dan tidak tenteram jika
hidup serta bergaul dengan kaum lain
3. Lahirnya masyarakat baharu yang mementingkan diri dan tidak
bergaul antara satu sama lain.
Lampiran
Contoh aktiviti gotong-royong:
KESIMPULAN
Secara tuntas, amalan bergotong-royong sudah semestinya akan
memberikan pelbagai kelebihan kepada masyarakat yang
menyertainya dengan aktif. Amalan tradisi nenek dan moyang kita
pastinya memeberi seribu satu manfaat kepada kita secara
umumnya. Kalau tidak, mengapa mereka mengamalkan pada ketika
dahulu. Kini ia terletak kepada kesedaran setiap individu sama ada
untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti atau bersikap endah
tak endah. Kita telah simpulkan bahawa dengan aktiviti bergotong-
royong yang melibatkan setiap ahli komuniti dapat menjadi agen
penyatu antara satu sama lain di samping faedah-faedah
lain.Saranan dan galakkan daripada pihak seperti Kementerian
Wanita, Keluarga dan Masyarakat seharusnya lebih giat dan
menggunakan semua media yang menjadi saluran informasi
masyarakat masa kini. Semoga Masyarakat yang harmoni dapat
dilahirkan hasil daripada penglibatan dalam aktiviti gotong royong
dalam membantu meringankan ujian atau musibah yang melanda
negara kita. Bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama
diturun.
Rujukan
-
-
-
-
-