The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penggal 1 Perakaunan kewangan Bab 1 Persamaan Perakaunan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yongsh74, 2021-10-23 01:49:19

Penggal 1 Perakaunan kewangan Bab 1 Persamaan Perakaunan

Penggal 1 Perakaunan kewangan Bab 1 Persamaan Perakaunan

Sistem Catatan Bergu
- Mengatakan setiap urus niaga sekurang-kurangnya mempunyai satu catatan debit dan satu catatan kredit.

Jumlah Debit = Jumlah Kredit

Persamaan Perakaunan
(i) Persamaan Perakaunan tanpa Hasil dan Belanja

Aset(Dt) = Labiliti(Kt) + Ekuiti Pemilik(Kt)

Aset Bertambah - Dt Berkurang - Kt
Liabiliti Bertambah - Kt Berkurang - Dt
Ekuiti Pemilik Bertambah - Kt Berkurang - Dt

(ii)Persamaan Perakaunan melibatkan Hasil dan Belanja

Aset (Dt) = Liabiliti (Kt) +( Modal awal + Hasil – Belanja – Ambilan)

Aset Bertambah - Dt Berkurang - Kt

Liabiliti Bertambah - Kt Berkurang - Dt

Ekuiti Pemilik Hasil (kt)> Belanja(dt) – Hasil < Belanja – Rugi (dt)

Untung(kt) E. P. Berkurang – Dt

E.P.Bertambah - Kt Ambilan bertambah
E. P. Berkurang - Dt

Urus niaga Persamaan Perakaunan Catatan Bergu

1.Modal permulaan dalam Aset = Liabiliti + E.P. Dt Tunai
bentuk tunai RM20000 Modal Kt Modal
2. Beli kenderaan berkos Tunai 0 +20000 Dt Kenderaan
RM30000 secara tunai Kt Tunai
+ 20000 0
3. Jual Perabot pada Dt Bank
RM2000 secara cek dan Kenderaan 0 Modal/Untung Kt Perabot
nilai bukunya ialah + 500 Kt Untung atas
RM1500 + 30000 Pelupusan Perabot

Tunai

-30000

Perabot 0

-1500

Bank

+2000

4. Belian barang niaga Stok Ak Belum Dt Belian
RM1000 secara kredit +1000 Bayar Kt Ak Belum Bayar
+1000
5. Jualan barang niaga Stok Modal/Untung 1.Dt Ak Belum Terima
secara kredit RM3000 dan -2500 0 +500 Kt Jualan
kosnya RM2500 Ak Belum 2. Dt Ak
Terima 0 Perdagangan/kos barang
+3000 dijual
Kt Stok
6. Mengeluarkan tuani Tunai 0
RM500 di bank untuk +500 0 Dt Tunai
kegunaan pejabat Bank 0 Kt Bank
-500
7. Mengambil barang niaga Stok Modal Dt Ambilan
RM300 untuk kegunaan -300 -300 Kt Belian/Stok
peribadi
8. Terima sewa RM450 Tunai Modal/Untung Dt Tunai
secara tunai +450
+450 Kt Sewa

21

9. Bayar komisen jurujual Bank 0 Modal/Untung Dt Komisen Jurujual
RM2000 secara cek - 2000
-2000 Kt Bank
10. Terima cek daripada Ak Belum
penghutang untuk Terima 0 Modal/Untung Dt Bank
menjelaskan hutangnya RM -1020
1020 dan diskaun diberi Bank -20 Dt Diskaun diberi
/diskaun jualan RM20 +1000
Kt Ak Belum Terima

11. Bayar cek kepada Bank - Modal/Untung Dt Ak Belum Bayar
pemiutang untuk -2000 +50 Kt Bank
menjelaskan hutang RM Pemiutang
2050 dan diskaun Bank -2050 Kt Diskaun diterima
diterima/diskaun belian -1000
RM50 Ak Belum 0 0 Dt Ak Belum Terima
12. Cek tak layan RM1000 Terima Kt Bank
daripada penghutang +1000
Ak Belum 0 Modal/Untung Dt Hutang Lapuk
13. Hutang sebanyak Terima -300 Kt Ak Belum Terima
RM300 telah dihapuskira -300 Pinjaman
sebagai hutang lapuk Bank Bank 0 Dt Bank
14. Pinjam RM40000 +40000 +40000 Kt Pinjaman Bank
daripada Bank Simpanan 0
Nasional Stok Modal/Untung Dt Pulangan Jualan
15. Pulangan jualan RM500 +400 Kadar -100 Kt ABT
pada kos RM400 ABT-500 bayaran
terakru
16. Belanja belum bayar: Modal/Untung Dt Belanja Kadar
Kadar bayaran/utiliti +500 -500 bayaran/Utiliti
terakru RM500 Kt Kadar bayaran
terakru/utiliti belum
17. Belanja Sewa bayar
terdahulu/prabayar: terdahulu
Sewa terdahulu RM300 +300 Dt Sewa terdahulu
Bank/ Kt Bank /Tunai
18. Hasil belum terima: Tunai -300
Hasil faedah belum terima Modal/Untung Dt Faedah belum terima
RM200 Faedah
belum +200 Kt Hasil faedah
19. Hasil belum terperoleh/ terima
diterima terdahulu: +200 Hasil Dt Bank/tunai
Hasil komisen belum komisen Kt Hasil komisen belum
terperoleh RM200 Bank/tunai belum terperoleh
+200 terperoleh

+200

22

Latihan:
Sediakan jadual persamaan perakaunan dan draf semula Penyata Kedudukan Kewangan bagi soalan 1-3.

1. Berikut ialah Penyata Kedudukan Kewangan(Kunci Kira-kira) Perniagaan Liza pada 31 Mac 2013.

Perniagaan Liza

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2013

Aset RM Ekuiti Pemilik RM
Perabot 9 600 Modal Awal 36 500
Penghutang 12 400 (+) Untung Bersih 5 360
Stok 7 600 41 860
Bank 13 200 Liabiliti
Tunai Pemiutang 1 440
500

43 300 43 300

Urus niaga yang berikut telah berlaku pada bulan April 2013

2013

April 1 Sebuah almari yang bernilai RM220 dijual dengan harga RM190

Cek yang diterima dibankkan.

5 Penghutang telah membayar cek RM3 300 dan diskaun tunai RM120 diberi

8 Liza telah mendapat pinjaman RM5 000 daripada syarikat kewangan. Dia telah

membeli sebuah computer dengan harga RM4 200 dan baki wang dibankkan.

10 Jualan tunai RM550 dibankkan. Kos Barang dijual ialah RM505.

14 Membeli barang RM780 secara kredit

18 Membayar cek RM820 kepada pemiutang dan menerima diskaun tunai RM25

21 Membayar belanja runcit RM75 dengan tunai

28 Liza mengeluarkan cek RM255 untuk kegunaan sendiri.

2. Penyata Kedudukan Kewangan Adrian Enterprise pada 30 Jun 2013 ditunjukkan seperti yang berikut:

Andrian Enterprise

Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2013

Aset RM Ekuiti Pemilik RM
Perabot 4 600 Modal Awal 20 000
Penghutang 8 700
Stok 3 080 Liabiliti 3 510
Bank 7 130 Pemiutang 23 510

23 510

Urus niaga Andrian Enterprise dalam bulan Julai 2013 adalah seperti yang berikut:

a Belian kredit barang niaga bernilai RM460
b Menjual barang niaga secara kredit dengan harga RM780. Kos barang tersebut RM540.
c Pemilik perniagaan membeli sebuah rak pameran bernilai RM760 dengan wang

peribadinya.
d Cek bernilai RM440 yang diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank.
e Pulangan jualan RM80
f Bayar sewa RM880 dengan cek
g Terima RM1 660 daripada penghutang. RM1 400 daripada wang itu dibayar terus kepada

pemiutang dan bakinya dibankkan.
23

3. Penyata Kedudukan Kewangan Impian Jadi Enterprise pada 30 November 2012 adalah seperti yang

berikut.

Impian Jadi Enterprise

Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 November 2012

Aset RM Ekuiti Pemilik RM

Alatan Pejabat 8 700 Modal Awal 20 000

Stok 4 900

Penghutang 8 100 Liabiliti

Bank 7 010 Pemiutang 9 360

tunai 650

29 360 29 360

Urus niaga Impian Jadi Enterprise dalam bulan Disember 2012 adalah seperti yang berikut:

a Membeli barang niaga RM500 secara kredit
b Pemilik membawa masuk computer peribadinya bernilai RM3 600 untuk kegunaan

pejabat.
c Menjual barang niaga berkos RM460 secara kredit pada harga RM520
d Cek bernilai RM320 yang diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank.
e Menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang yang dipulangkan bernilai

RM120.
f Bayar kadar bayaran dengan tunai RM280.
g Penghutang membayar hutangnya sebanyak RM3 800 dengan tunai. Daripada wang itu

RM3 000 digunakan untuk menjelaskan hutang kepada pemiutang dan bakinya
digunakan untuk membayar sewa rumah kediamannya.

4. Berikut ialah urus niaga Syarikat Mun Ling yang memulakan perniagaan pada bulan Mei 2013.

Mei 1 Memulakan perniagaan dengan RM50000 dalam bank.

4 Membeli perabot pejabat bernilai RM500 daripada David secara kredit.

7 Membeli sebuah van berharga RM45000 melalui pinjaman bank sebanyak RM30000. Bakinya

diselesaikan dengan cek.

9 Mendapat pinjaman RM3500 dari Syarikat Kewangan ABC.

16 Membeli barang niaga RM3000 secara kredit daripada Laili.

20 Menjual barang niaga RM4000 kepada Ah Chong secara kredit dan kos asal barang yang dijual

ialah RM3000.

23 Menambah modal RM20000 secara cek.

25 Menerima hasil sewa RM 1000 secara tunai.

26 Membayar RM450 untuk gaji pekerja secara cek.

30 Menerima bayaran hutang secara cek RM1000 daripada Ah Chong dan diskaun diberi RM100.

Dikehendaki: Merekod semua urus niaga di atas dengan menggunakan format persamaan perakaunan di

bawah:

Aset Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Tarikh Bank Perabot Van Stok Tunai ABT ABB Pinjaman Untung Modal
bersih

Mei 1 +50000 +50000

24

5. Berikut ialah urus niaga Syarikat XIXI yang memulakan perniagaan pada bulan Jun 2013.

Jun 1 Memulakan perniagaan dengan RM20000 dalam bank dan peralatan RM35000.

4 Membeli kelengkapan pejabat bernilai RM1500 secara cek.

7 Membeli barang niaga berharga RM4500 secara kredit daripada Loo

9 Menjual barang niaga secara tunai RM3500 dan kosnya RM2500 kepada Syarikat VC.

16 Membeli barang niaga RM4000 secara kredit daripada Bee.

21 Menjual barang niaga RM2000 kepada Amie secara kredit dan kos asal barang yang dijual ialah

RM1500.

23 Mengambil stok RM450 untuk kegunaan keluarga.

24 Menerima dividen RM 1000 secara tunai.

27 Gaji pekerja bulan Jun RM650 masih terakru.

30 Mem bayar hutang secara cek RM1000 kepada Loo dan diskaun diterima RM50.

Dikehendaki: Merekod semua urus niaga di atas dengan menggunakan format persamaan perakaunan .

6. Berikut ialah urus niaga Syarikat MIami yang memulakan perniagaan pada bulan Julai 2013.

Julai 1 Memulakan perniagaan dengan RM30000 dalam bank dan premis RM350000.

4 Membeli kelengkapan pejabat bernilai RM1250 secara cek.

8 Membeli barang niaga berharga RM5200 secara kredit daripada Zi Min.

9 Menjual barang niaga secara cek RM5550 dan kosnya RM4500 kepada Syarikat KPJ.

16 Membeli barang niaga RM4000 secara kredit daripada Stanley.

21 Memulangkan barang niaga RM150 kepada Zi Min.

23 Membayar alat tulis RM450 secara cek.

24 Menerima hasil komisen bagi bulan depan RM 2000 secara cek.

27 Membayar RM450 untuk kadar bayaran secara cek.

30 Menjelaskan semua hutang Zi Min secara cek dan diskaun diterima RM50.

31 Membayar cek RM2000 kepada Stanley tanpa diskaun.

Dikehendaki: Merekod semua urus niaga di atas dengan menggunakan format persamaan perakaunan .

7. Berikut ialah urus niaga Syarikat ACS yang memulakan perniagaan pada bulan April 2014.

April 1 Memulakan perniagaan dengan RM50000 dalam bank dan kenderaan

RM65000.

4 Membeli bekalan pejabat bernilai RM500 secara cek.

7 Membeli barang niaga berharga RM13500 secara akaun (kredit) daripada Foo.

9 Menjual barang niaga secara tunai RM5500 dan kosnya RM4400 kepada Syarikat KC.

15 Membayar bil elektrik dan air RM500 secara tunai.

23 Menjual barang niaga RM3000 kepada Amie secara akaun dan kos asal barang yang dijual

ialah RM2400.

23 Mengambil stok RM450 untuk kegunaan peribadi.

24 Membawa masuk perabot keluarga yang bernilai RM5000 untuk kegunaan pejabat.

27 Membayar RM550 untuk gaji pejabat dan sewa RM200 secara cek.

30 Mem bayar hutang secara cek RM1000 kepada Foo dan diskaun diterima RM50.

30 Masih terdapat RM150 belanja am belum bayar.

25

Dikehendaki: Merekod kesan semua urus niaga di atas terhadap aset, liabiliti dan ekuiti pemilik dengan
menggunakan format persamaan perakaunan .

8. Berikut ialah urus niaga Syarikat Ahmad Din yang memulakan perniagaan pada bulan Mac 2015.

Mac 1 Memulakan perniagaan dengan RM80000 dalam bank dan bangunan

RM200000.

6 Membeli lekapan pejabat bernilai RM1500 daripada David secara akaun.

5 Membeli sebuah kenderaan berharga RM65000 melalui pinjaman bank sebanyak RM50000.

Bakinya diselesaikan dengan cek.

10 Mendapat pinjaman RM35000 dari Syarikat Kewangan EFG dalam bentuk nota belum bayar.

16 Membeli barang niaga RM3000 secara kredit daripada Kelvin.

21 Menjual barang niaga RM4000 kepada Ah Ping secara kredit dan kos asal barang yang dijual

ialah RM2800.

23 Menambah modal RM30000 secara cek.

25 Menerima dividen pelapuran RM 1000 secara cek.

28 Upah pekerja bulan Mac, RM1000 masih belum bayar.

31 Menerima bayaran hutang secara cek RM1000 daripada Ah Ping dan diskaun jualan RM100.

Dikehendaki: Merekod kesan semua urus niaga di atas terhadap aset, liabiliti dan ekuiti pemilik dengan

menggunakan format persamaan perakaunan.

9. Berikut ialah urus niaga Syarikat Juvita yang menjalankan perniagaan kain dan memulakan perniagaan pada

bulan November 2014.

Nov 1 Memulakan perniagaan dengan RM50000 dalam bank dan premis RM145300.

3 Menabung RM20000 dalam simpanan tetap BSN.

7 Membeli sebuah van berharga RM75000 melalui pinjaman sewa beli sebanyak RM60000.

Bakinya diselesaikan dengan cek.

9 Membeli kain sutera daripada Syarikat SUTERI RM4500 secara akaun.

15 Membeli kain kapas RM4400 secara kredit daripada Taili.

20 Menjual kain sutera RM2000 kepada Ah Chong secara kredit dan kos asal barang yang dijual

ialah RM1000.

23 Menjual kenderaan sendiri RM20000 secara cek dan melabur dalam perniagaan RM15000

dalam bentuk tunai dan bakinya untuk kegunaan sendiri.

25 Menerima hasil sewa RM 1800 secara tunai untuk 3 bulan yang akan datang.

26 Membayar RM450 untuk gaji pekerja secara tunai.

30 Belanja utiliti RM250 masih terakru.

Dikehendaki: Merekod kesan semua urus niaga di atas terhadap aset, liabiliti dan ekuiti pemilik dengan

menggunakan format persamaan perakaunan dan wujudkan akaun belum bayar dan akaun belum terima

bagi penghutang dan pemiutang niaga bagi bulan semasa.

26

10. Berikut ialah urus niaga Syarikat Swee Ling yang berlaku sepanjang bulan Mei 2014.

Mei 1 Baki aset dan liabiliti seperti berikut:

Kenderaan RM50000

Bank RM30000

Akaun Belum Terima RM3500

Inventori RM5200

Perabot RM1000

Akaun Belum Bayar RM2500

Modal ?

3 Membeli perabot pejabat bernilai RM500 secara akaun.

16 Membeli barang niaga RM2450 secara akaun daripada Syarikat Chong.

25 Menjual barang niaga secara akaun RM5000 dan kos barang dijual RM4000 kepada Suzy.

27 Kadar bayaran RM500 masih belum bayar untuk bulan semasa.

29 Mengambil cek RM350 dan inventori RM100 untuk kegunaan keluarga.

31 Membayar hutang secara cek RM1000 kepada pemiutang dan diskaun belian RM150.

Dikehendaki: Merekod kesan semua urus niaga di atas terhadap aset, liabiliti dan ekuiti pemilik dengan
menggunakan format persamaan perakaunan( rekodkan semua pemiutang dan penghutang dalam akaun
belum bayar dan akaun belum terima.)

11. Berikut ialah urus niaga Syarikat KAMITA yang memulakan perniagaan untuk 2 minggu pertama Januari

2015.

Januari 1 Baki aset dan liabiliti seperti berikut:

Kenderaan RM70000

Bank RM90000

Akaun Belum Terima RM4500

Akaun Belum Bayar RM2500

Modal ?

4 Membeli barang niaga bernilai RM500 daripada JJ secara kredit.

7 Membeli sebuah van berharga RM50000 melalui pinjaman bank sebanyak RM30000.

Bakinya diselesaikan dengan cek.

10 Membeli sebuah alatan pejabat berkos RM10000 melalui pembiayaan nota belum bayar.

11 Polisi insurans setahun RM3600 bermula pada 1 Februari 2015 telah dibayar secara

cek.

14 Menjual barang niaga RM500 kepada Syarikat ABC dan kos barang dijual RM100

secara tunai.

Dikehendaki:

Merekod semua urus niaga di atas dengan menyediakan jadual persamaan perakaunan.

27


Click to View FlipBook Version