1 L A P O R A N T A H U N A N MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KUALA LUMPUR BERHAD KALI KE10 November 2023 │11.00 pagi│Dewan Kris Mas, SMK Cheras 30
2 SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Visi, Misi Dan Matlamat Pendidikan SMK Cheras 3 2. Surat Panggilan Mesyuarat 5 3. Ahli Jawatankuasa Pengelola 7 - 10 4. Atur Cara Majlis 12 5. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-30 14 6. Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29 16 - 22 7. Laporan Tahunan Lembaga 24 - 27 8. Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman 29 9. Pengguguran dan Pelantikan ALK 31 10. Pelantikan Juruaudit Luar Koperasi 33 11 Pelantikan Penentusah Minit Mesyuarat 35 12. Usul 37 13. Laporan Penyata Kewangan 39 - 45 14. Lampiran 47 - 49
3 VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA MATLAMAT PENDIDIKAN SMK CHERAS KE ARAH MELAHIRKAN INSAN YANG BAIK DAN SEMPURNA DENGAN MEMILIKI SERTA MENGHAYATI CIRICIRI BERIKUT : PERCAYA DAN PATUH KEPADA TUHAN BERILMU PENGETAHUAN BERAKHLAK MULIA BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI, MASYARAKAT, AGAMA DAN NEGARA MEMILIKI SAHSIAH YANG SEIMBANG DAN SEPADU
4 SURAT PANGGILAN MESYUARAT
5 KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KUALA LUMPUR BERHAD D/A SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS JALAN YAACOB LATIF BANDAR TUN RAZAK Telefon : 03-91318517 56000 KUALA LUMPUR E-mail : [email protected] __________________________________________________________________________________ Rujukan Kami : Rujukan Tuan : Tarikh : Semua Anggota Koperasi SMK Cheras KL Berhad ( Nama seperti Lampiran A ) Tuan/Puan/ Saudara/Saudari, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-30 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-30 akan diadakan seperti butiran berikut :- Tarikh : 10 NOVEMBER 2023 ( JUMAAT ) Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Kris Mas, SMK Cheras Agenda : Seperti dalam Lampiran 1 3. Sehubungan dengan itu, semua anggota koperasi dijemput hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Cheras kali ke-30 mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan sangat dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (AZIYANTI BINTI ABU KHANIPAH) Setiausaha, b/p Pengerusi, Koperasi SMK Cheras KL Berhad s.k Pengerusi, Koperasi SMK Cheras KL Berhad SMKC.200-4/2/5(47) 06 Oktober 2023
6 AJK PENGELOLA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-30
7 A H L I J A W A T A N K U A S A MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KUALA LUMPUR BERHAD KALI KEPengerusi : - Naib Pengerusi : Puan Sabariah binti Yusoff Setiausaha : Puan Aziyanti binti Abu Khanipah Naib Setiausaha : Puan Nafsah binti Mohd Shah Bendahari 1 : Cik Tiew Sheau Fang Bendahari 2 : Puan Norhidayah binti Mohd Daud AHLI JAWATANKUASA KERJA Pendaftaran : Wakil AJK Koperasi : Puteri Syifa Nurhidayah binti Sahrilhapiz (2 Makmur) Siaraya : Wakil Pengawas Pengacara Majlis : Puan Nurfatin Anera binti Alias : Ta Nurul Ain Nabila binti Muhd Hafizan (2 Makmur) Bacaan Doa & Disiplin : Puan Normilah binti Mohd Noh Pengerusi Mesyuarat : Puan Aziyanti binti Abu Khanipah : Theng Kai Ling (5 Khindi) Setiausaha : Puan Aziyanti binti Abu Khanipah : Hasyimah Batrisyia binti Ramli (5 Khindi) Bendahari : Cik Tiew Sheau Fang : Ong Yue Qian (5 Khindi) Pencatat Minit : Puan Aziyanti binti Abu Khanipah : Alieya Adrieanna Amirul Hisham (2 Makmur) Buku Program & Fotografi : Puan Laili Azuwa binti Tamrin Usul & Persiapan Tempat : Puan Norhidayah binti Mohd Daud Pencadang & Penyokong : Puan Nurul Arina binti Asha’ari Hadiah Cabutan Bertuah : Cik Wong Lee Keong Teknikal & Dokumentasi : Puan Nafsah binti Mohd Shah 30
8 SPESIFIKASI TUGAS BIL TUGAS DAN NAMA AJK TANGGUNGJAWAB 1. Pendaftaran Wakil AJK Koperasi *Puteri Syifa Nurhidayah binti Sahrilhapiz (2 Makmur) 1. Menyediakan Borang Kehadiran Mesyuarat. 2. Memastikan anggota yang hadir mengisi nama dalam Borang Kehadiran sebelum Mesyuarat Agung bermula. 3. Menyerahkan Borang Kehadiran yang telah lengkap kepada AJK Dokumentasi. 2. Siaraya Wakil Pengawas 1. Memastikan peralatan siaraya berfungsi semasa majlis. 2. Menyediakan mikrofon untuk Pengacara Majlis, ALK Tertinggi dan ahli mesyuarat (Pencadang dan Penyokong). 3. Memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. 3. Pengacara Majlis Puan Nurfatin Anera binti Alias *Ta Nurul Ain Nabila binti Muhd Hafizan (2 Makmur) 1. Menyediakan skrip yang sesuai untuk pengacara majlis. 2. Melatih murid mengacara majlis dan mengendalikan majlis agar berjalan lancar. 3. Memberikan satu salinan teks Pengacara Majlis kepada AJK Dokumentasi. 4. Bacaan Doa & Disiplin Puan Normilah binti Mohd Noh 1. Menyediakan teks bacaan doa. 2. Melatih murid membaca doa. 3. Memberikan satu salinan teks doa kepada AJK Dokumentasi. 4. Memastikan disiplin murid terkawal semasa mesyuarat sedang berlangsung. 5. Pengerusi Mesyuarat Puan Aziyanti binti Abu Khanipah * Theng Kai Ling (5 Khindi) 1. Menyediakan teks pengerusi mesyuarat dan melatih murid mengendalikan Mesyuarat Agung agar berjalan lancar. 2. Memberikan satu salinan teks pengerusi mesyuarat kepada AJK Dokumentasi. 6. Setiausaha Puan Aziyanti binti Abu Khanipah * Hasyimah Batrisyia binti Ramli (5 Khindi) 1. Menyediakan teks Setiausaha dan melatih murid membaca teks. 2. Memberikan satu salinan teks Setiausaha kepada AJK Dokumentasi.
9 7. Bendahari Cik Tiew Sheau Fang * Ong Yue Qian (5 Khindi) 1. Menyediakan teks untuk membentang kewangan dan melatih murid mengendalikan mesyuarat untuk bahagian kewangan koperasi. 2. Memberikan satu salinan teks Bendahari dan lain-lain bahan kepada AJK Dokumentasi. 8. Pencatat Minit Mesyuarat Puan Aziyanti binti Abu Khanipah *Alieya Adrieanna Amirul Hisham (2 Makmur) 1. Mencatat minit mesyuarat yang dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-30. 2. Memberikan catatan minit kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya. 8. Buku Program dan Fotografi Puan Laili Azuwa binti Tamrin 1. Menyediakan buku program untuk Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke-30. 2. Menyebarkan buku program ke Telegram Rasmi sekolah dalam bentuk anyflip. 3. Menyerahkan 1 buku program kepada AJK Dokumentasi untuk didokumentasi. 4. Mengambil gambar semasa mesyuarat agung sedang berlangsung. 5. Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi untuk didokumentasi. 9. Usul dan Persiapan Tempat Puan Norhidayah binti Mohd Daud 1. Menyediakan Borang Usul dan menghantar kepada semua warga SMKC (WhatsApp / Telegram) 2. Mengutip semula Borang Usul sebelum mesyuarat untuk dibincangkan. 3. Menyediakan meja mesyuarat dan kerusi untuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. 4. Menyediakan kerusi yang mencukupi untuk ahli mesyuarat. 5. Menyediakan rostrom untuk Pengacara Majlis. 10. Pencadang dan Penyokong Puan Nurul Arina binti Asha’ari 1. Menyediakan teks untuk pencadang dan penyokong. 2. Menyerahkan teks yang ditulis kepada pencadang dan penyokong sebelum mesyuarat. 3. Memberi taklimat kepada murid bagaimana untuk mecadang dan menyokong semasa mesyuarat berlangsung. 11. Hadiah Cabutan Bertuah Cik Wong Lee Keong 1. Menyediakan nombor dan balang untuk cabutan bertuah 2. Menyediakan 15 hadiah cabutan bertuah.
10 3. Menyediakan dulang untuk penyampaian hadiah dan memulangkan semula dulang yang dipinjam. 4. Mengendalikan acara penyampaian hadiah cabutan bertuah. 5. Menyediakan baucar kehadiran mesyuarat untuk semua ahli mesyuarat dan pemegang saham. 12. Teknikal & Dokumentasi Puan Nafsah binti Mohd Shah 1. Menguruskan bahagian teknikal sepanjang mesyuarat berlangsung supaya mesyuarat berjalan dengan lancar. 2. Mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan Mesyuarat Agung untuk didokumentasi. 3. Membukukan maklumat yang diterima. 4. Menyediakan Borang Penilaian untuk diisi oleh anggota yang hadir. 5. Menyerahkan salinan dokumentasi kepada : 6. PK Kokurikulum - 1 set 7. AJK Dokumentasi Sekolah - 1 set 8. SU Koperasi - 2 set
11 ATUR CARA MAJLIS
12 A T U R C A R A MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KUALA LUMPUR BERHAD KALI KE11.00 pagi - Pendaftaran 11.20 pagi - Nyanyian ▪ Lagu Negaraku ▪ Lagu Wilayah ▪ Lagu Sekolah - Bacaan Doa - Ucapan Perasmian ▪ Puan Rohazlina, Pemangku Pengetua - Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Cheras KL Berhad - - - Cabutan Bertuah Lagu Koperasi - ‘Sepakat Membina’ Sesi Fotografi 12.30 petang - Bersurai 30
13 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-30
14 A G E N D A MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KUALA LUMPUR BERHAD KALI KE1. Melantik Pencatat Minit Mesyuarat dan Pengerusi Mesyuarat Agung. 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29. 3. Membentangkan Laporan Tahunan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Tahun kewangan 2020/21 dan 2021/2022. 4. Menimbang dan meluluskan akaun beraudit berakhir 31 Ogos 2021 dan akaun beraudit berakhir 31 Ogos 2022 beserta Laporan Lembaga, Laporan Juruaudit dan pengagihan keuntungan untung bersih (Honorariun, Dividen, Kwap, Kumpulan Wang Rizab Statutori dan Tabung). 5. Pengguguran dan Pelantikan Anggota Lembaga Koperasi (ALK). 6. Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Pendapatan dan Perbelanjaan 2022/23. 7. Meluluskan pelantikan Juruaudit Luar, sekurang-kurangnya dua (2) syarikat yang dinamakan dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 8. Menentukan jumlah had pelaburan dari wang lebihan koperasi. 9. Menentukan jumlah had maksimum keterhutangan koperasi. 10. Melantik seramai enam (6) orang dari kalangan anggota dan empat (4) orang Lembaga sebagai penentusah kepada Minit Mesyuarat Agung Tahunan. 11. Menerima dan membahaskan usul-usul bertulis yang diterima sekurangkurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung. (Jika Ada) 12. Ucapan penangguhan. 30
15 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-29
16 KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KL BERHAD MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-29 TARIKH : 08 SEPTEMBER 2021 ( RABU ) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING KEHADIRAN : 155 ORANG ( RUJUK LAMPIRAN 1 ) TURUT HADIR : ENCIK HUSAIN BIN AHMAD SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN WPKL AGENDA MESYUARAT 1.0 BACAAN DOA Disempurnakan oleh Saudara Aiman Irfan bin Khairul Hisham. 2.0 UCAPAN PENGERUSI KOPERASI Pengetua merangkap Pengerusi Koperasi SMK Cheras KL Berhad, Encik Jamil bin Jamaludin merakamkan kesyukuran dan ucapan terima kasih di atas kehadiran semua anggota dan kesudian Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Husain bin Ahmad yang turut hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke-29. Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini merupakan pengurusan tadbir urus secara norma baharu dalam pendamik Covid-19 dimana mesyuarat diadakan secara dalam talian melalui Google Meet. Beliau berharap agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah disusun. Pengerusi juga memaklumkan bahawa Koperasi SMK Cheras KL Bhd merupakan salah satu koperasi sekolah yang sangat aktif melaksanakan aktiviti jualan yang mencapai keuntungan lebih RM300,000.00 setiap tahun. Pengerusi koperasi mengucapkan tahniah kepada ALK guru dan murid yang telah bertungkus lumus memastikan koperasi ini beroperasi dengan baik dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Pengerusi juga menyatakan bahawa apabila koperasi mendapat jualan dan keuntungan yang banyak, keuntungan tersebut akan disumbangkan semula kepada sekolah untuk melaksanakan pembangunan dalam bentuk pembangunan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid, kebajikan, infrastruktur dan lain-lain keperluan untuk warga SMK Cheras. Selain itu, koperasi sekolah juga memberi peluang kepada anak-anak SMK Cheras mengembangkan bakat keusahawan dengan dibimbing oleh guru-guru yang dilantik. Koperasi sekolah sentiasa menerima cadangan daripada semua ahli koperasi untuk menambah baik tadbir urus koperasi agar lebih cemerlang.
17 Pengerusi mengambil kesempatan ini, mengucapkan terima kasih kepada En Hussin, Pegawai dari SKM kerana sudi hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Cheras KL Berhad pada hari ini. Akhir kata, Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung kali ini kerana dapat menguruskan mesyuarat dengan baik dan terancang. 3.0 UCAPAN PERASMIAN Encik Husain bin Ahmad mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, Koperasi SMK Cheras KL Berhad telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29 yang mana pada setiap tahun adalah wajib bagi koperasi mengadakan mesyuarat agung mengikut Akta Koperasi 1993, Seksyen 39. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat agung terakhir Koperasi SMK Cheras KL Berhad ialah pada tahun 2019. Manakala, tahun 2020 diakui kerana pendamik, banyak koperasi tidak dapat mengadakan mesyuarat agung. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sentiasa memantau perjalanan koperasi terutamanya koperasi sekolah. Melalui pemerhatian SKM, Koperasi SMK Cheras KL Berhad adalah koperasi yang aktif dan berdaya maju. Encik Husain juga memaklumkan, mesyuarat agung pada hari ini adalah penting kepada semua anggota kerana melalui mesyuarat ini, semua agenda yang dibentangkan akan diluluskan dan disokong. Mesyuarat ini menjadi titik permulaan kepada koperasi untuk bertindak bagi penambahbaikan pengurusan dan perniagaan koperasi. Perkara ini juga menjadi rujukan kepada pihak SKM serta rekod bahawa Koperasi SMK Cheras KL Berhad telah patuh kepada Akta Koperasi 1993. SKM menyeru kepada pihak ALK, jika mempunyai pendapat, pertanyaan dan pandangan bolehlah berhubung dengan pihak SKM WPKL. En Husain memaklumkan bahawa lantikan pada hari ini juga amat penting dimana pelantikan ALK adalah tunggak utama kepada perjalanan pengurusan koperasi. En Husain juga berharap agar pihak ALK dapat memberi kerjasama dengan pihak SKM dari segi kursus, mesyuarat, Klink Akaun dan lain-lain program untuk pengurusan dan penambahbaikan koperasi yang diusahakan oleh pihak SKM kepada koperasi. Pihak SKM amat menggalakkan ALK menyertai Kursus Wajib 1, 2, 3 dan Kursus JAD pada masa akan datang kerana ianya adalah kursus wajib. Akhir kata, Encik Husain mengharapkan mesyuarat agung pada kali ini dapat berjalan dengan baik dan seterusnya dengan lafaz beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-29, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Kuala Lumpur Berhad. Sekian, terima kasih.
18 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AGENDA 1 4.0 MELANTIK PENCATAT MINIT DAN PENGERUSI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-29 4.1 Mesyuarat telah memilih Puan Aziyanti binti Abu Khanipah sebagai Pencatat Minit dan Saudari Norhamizah Izzati binti Mohd Moin sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29. Dicadang oleh : Afrina Hani binti Khairul Nizam Disokong Oleh : Aiman Irfan bin Khairul Hisham AGENDA 2 5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-28 5.1 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke28. Mohon semak dan baca untuk dicadang dan disahkan. Dicadang oleh : Mohd Raziq bin Muhd Anuar Disokong oleh : Chen Kai Meng AGENDA 3 6.0 MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2018/19 HINGGA 2019/2020. 6.1 Setiausaha (Murid), Nur Syahdina Aqilah binti Ainuddin membentangkan Laporan Lembaga. 6.2 Beliau melaporkan senarai ALK yang telah dilantik, aktiviti yang dijalankan oleh koperasi serta sumbangan yang diberikan kepada anggota dan sekolah. Dicadang oleh : Mohd Zarif bin Mohd Nazir Disokong oleh : Annisa binti Ahmad Romli AGENDA 4 7.0 MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN BERAUDIT BERAKHIR 31 OGOS 2019 DAN AKAUN BERAUDIT BERAKHIR 31 OGOS 2020 BESERTA LAPORAN LEMBAGA, LAPORAN JURUAUDIT DAN PENGAGIHAN KEUNTUNGAN BERSIH (HONORARIUM, DIVIDEN, KWAP, KUMPULAN WANG RIZAB STATUTORI DAN TABUNG) – JIKA ADA
19 7.1 Chea Yong En selaku Bendahari (Murid), Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Kuala Lumpur Berhad membentangkan Laporan tersebut dari muka surat 23 hingga muka surat 39. Dicadang oleh : Nur Sabrina binti Mohd Ariffin Disokong oleh : Nurain Natasya binti Mohd Safarin AGENDA 5 8.0 PENGUGURAN DAN PERLANTIKAN 4 ORANG ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (1/3) GUGUR. 8.1 Pengerusi Mesyuarat mengumumkan Anggota Lembaga Koperasi yang gugur mengikut giliran bagi sessi 2018/2019 adalah seperti disenaraikan. BIL NAMA JAWATAN 1. Cik Noraini binti Jamaluddin Naib Setiausaha 2. Erica Emelin Tang binti Riduan Tang Pengerusi (Murid) 3. Nur Izah Faiqah binti Romzee Naib Pengerusi (Murid) 4. Muhammad Azman Aiman bin Mohd Azmi Setiausaha (Murid) 5. Loke Kah Lei Bendahari (Murid) 8.2 Pengerusi Mesyuarat mengumumkan pelantikan Anggota Lembaga Koperasi yang bagi sesi 2019/2020 BIL NAMA JAWATAN 1. Puan Nafsah binti Mohd Shah Naib Setiausaha 2. Cik NurFatin Anera binti Alias Pengurus Stok 3. Norhamizah Izzati binti Moh Moin Pengerusi (Murid) 4. Nur Syahdina Aqilah binti Ainuddin Setiausaha (Murid) 5. Chea Yong Enn Bendahari (Murid) Dicadang oleh : Nur Liyana Safiyaa binti Firdaus Disokong oleh : Siti Hajar bt Faisir Anuar AGENDA 6 9.0 MENIMBANG DAN MELULUSKAN ANGGARAN BELANJAWAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2020/ 2021 9.1 Chea Yong En, Bendahari (Murid), Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Kuala Lumpur Berhad membentangkan anggaran belanjawan pendapatan dan perbelanjaan tahun 2020 dan tahun 2021. Dicadang oleh : Nurlyana binti Norfadzly Disokong oleh : Liew Siao Tung
20 AGENDA 7 10.0 MELULUSKAN PERLANTIKAN JURUAUDIT LUAR SEKURANG-KURANGNYA DUA (2) SYARIKAT YANG DINAMAKAN DENGAN KELULUSAN SKM 10.1 ALK mencadangkan sama ada Juruaudit SKM atau Mohd Yasin Associate yang dipilih untuk mengaudit akaun koperasi. Namun, jika kedua-dua juruaudit tersebut tidak dapat mengaudit akaun koperasi, pihak koperasi boleh memilih mana-mana juruaudit bertauliah yang lain untuk mengaudit akaun-akaun koperasi. Dicadang oleh : Nur Alya Natasha bt Mohamad Hairul Azhar Disokong oleh : Lailatul Huda bt Mohd Sariff AGENDA 8 11.0 MENENTUKAN JUMLAH HAD PELABURAN DARI WANG LEBIHAN KOPERASI 11.1 ALK menetapkan jumlah had pelaburan dari wang lebihan koperasi adalah sebanyak RM 40,000.00 bagi tahun kewangan 2018/2019 dan sebanyak RM 50,000.00 bagi tahun kewangan 2019/2020. 11.2 Keputusan tersebut telah diterima dengan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Dicadang oleh : Qalila bt Mahathir Disokong oleh : Afrina Hani bt Khairul Nizam AGENDA 9 12.0 MENENTUKAN JUMLAH HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI 12.1 ALK telah menetapkan had maksimun keberhutangan koperasi adalah sebanyak RM 40,000.00 bagi tahun kewangan 2018/2019 dan sebanyak RM 30,000.00 bagi tahun kewangan 2019/2020. 12.2 Semua ahli koperasi bersetuju dengan cadangan tersebut. Dicadang oleh : Aiman Irfan bin Khairul Hisham Disokong oleh : Mohd Zarif bin Mohd Nazir AGENDA 10 13.0 MELANTIK SERAMAI ENAM (6) ORANG DARI KALANGAN ANGGOTA DAN EMPAT (4) ORANG ANGGOTA LEMBAGA SEBAGAI PENENTUSAH MINIT MESYUARAT AGUNG
21 13.1 ALK mencadangkan nama-nama ini sebagai Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29 adalah seperti berikut : a) ENAM (6) ORANG DALI KALANGAN ANGGOTA 1. Khairul Akhmar binti Omar 2. Maizatul Akma binti Mamat 3. Lie Kiet Wei 4. Asilah Alliyane binti Kasim 5. Lim Shu Wen 6. Nur Sabrina binti Mohd Ariffin b) 4 ORANG DARIPADA ANGGOTA LEMBAGA 1. Kanagambigai a/p Ramoo 2. Nurul Arina binti Asha’ari 3. Faiza binti Mamat 4. Nur Syahdina Aqilah binti Ainuddin Dicadang oleh : Chen Kai Meng Disokong oleh : Mohd Raziq bin Muhd Anuar AGENDA 11 14.0 MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL BERTULIS YANG DITERIMA SEKURANG-KURANGNYA TUJUH (7) HARI SEBELUM TARIKH MESYUARAT AGUNG (JIKA ADA) USUL 1 : DARIPADA AHLI LEMBAGA KOPERASI 14.1 Memberi elaun kepada semua ALK yang menjalankan tugas di koperasi iaitu setahun 3 kali bayaran dengan kadar RM100 sekali bayaran kepada 15 ALK (guru dan murid) 14.2 Keputusan tersebut telah diterima dengan sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Dicadang oleh : Annisa bt Ahmad Romly Disokong oleh : Nur Liyana Safiyaa bt Firdaus USUL 2 : DARIPADA AHLI LEMBAGA KOPERASI 14.3 Membuat pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). 14.4 Keputusan tersebut telah diterima dengan sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Dicadang oleh : Nur Alya Natasha bt Mohamad Hairul Azhar Disokong oleh : Qalila bt Mahathir
22 AGENDA 12 15.0 UCAPAN PENANGGUHAN Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana telah memberi kerjasama bagi menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru koperasi kerana memberi kepercayaan kepada ALK dan AJK Koperasi mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29. Pengerusi Mesyuarat juga berharap agar warga CHERASIAN dapat memberi sokongan kepada koperasi sekolah agar koperasi akan lebih maju pada masa hadapan. Dalam kesempatan ini juga, pengerusi mesyuarat mewakili semua ALK dan AJK Koperasi memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang mengendalikan mesyuarat. Sehingga bertemu lagi dalam mesyuarat agung yang akan datang. Disediakan oleh : Disahkan oleh : ....................................................... ................................................ ( AZIYANTI BINTI ABU KHANIPAH ) ( JAMIL BIN JAMALUDIN A.M.P ) Setiausaha, Pengerusi, Koperasi SMK Cheras KL Berhad Koperasi SMK Cheras KL Berhad
23 LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2022
24 LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KUALA LUMPUR BERHAD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2022 AHLI LEMBAGA KOPERASI (GURU) Ahli Lembaga Koperasi (Guru) yang telah dilantik bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Ogos 2022 adalah seperti berikut : Pengerusi : Encik Jamil bin Jamaludin Naib Pengerusi : Puan Rohazlina binti Othman Setiausaha : Puan Aziyanti binti Abu Khanipah Naib Setiausaha : Puan Nafsah binti Mohd Shah Bendahari : Cik Tiew Sheau Fang Pengurus Belian : Puan Normilah binti Mohd Noh Pengurus Jualan : Puan Nurul Arina binti Asha’ari Pengurus Jualan : Puan Norhidayah binti Mohd Daud Pengurus Stok : Puan Nurfatin Anera binti Alias Pengurus Stok : Cik Wong Lee Keong Pengurus Saham : Puan Faiza binti Mamat Pengurus Saham : Puan Laili Azuwa binti Tamrin AHLI LEMBAGA KOPERASI (MURID) Ahli Lembaga Koperasi Murid yang telah dilantik bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2022 adalah seperti berikut : Pengerusi : Nur Sabrina Binti Mohd Mukhtar Setiausaha : Mariyah Natasya Binti Zakaria Bendahari : Siti Nor Amira Binti Shamri JURUAUDIT DALAMAN Juruaudit Dalaman : Puan Hashidah binti Md Isa
25 AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI A. SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH Merujuk kepada penyata kewangan, pihak Juruaudit dari Mohd Yasin & Associate telah menetapkan sumbangan sebanyak 10% daripada keuntungan jualan diberikan kepada sekolah bagi tujuan tersebut. Sumbangan ini diletakkan dalam Kumpulan Wang SMK Cheras bagi memudahkan pengurusan akaun kewangan koperasi. Sumbangan ini dipecahkan kepada 3 bahagian penting iaitu Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid, dimana wang ini digunakan untuk menjalankan aktiviti bagi kemenjadian murid. B. URUSAN JUAL BELI Aktiviti jual beli yang dijalankan di koperasi adalah seperti berikut : i) Menjual keperluan buku sekolah seperti buku latihan, buku Kokurikulum, Buku Disiplin, Buku Kerja, Modul dan banyak lagi. ii) Menjual pelbagai jenis alat tulis. iii) Menjual pakaian sukan seperti kemeja-T sekolah, baju rumah sukan dan seluar trek sekolah. iv) Menjual kelengkapan pakaian seperti tali leher, lencana dan logo. v) Perkhidmatan fotostat, liminating dan binding. vi) Perkhidmatan membuat tanda nama murid. vii) Perkhidmatan membuat ‘button badge’. viii) Menjual pelbagai makanan dan minuman. ix) Menjual barangan dapur. x) Perkhidmatan menyediakan hadiah seperti hamper, plak dan trofi. xi) Dan juga lain-lain barangan mengikut permintaan anggota. C. KEBAJIKAN i) Koperasi telah mewujudkan beberapa kumpulan wang iaitu Kumpulan Wang Kebajikan Am, Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Keceriaan, Kumpulan Wang Derma, Kumpulan Wang Bantuan Khas dan Kumpulan Wang Wakaf Ilmu yang mana ianya disalurkan mengikut tujuan yang tertentu. ii) Memberikan elaun kepada semua ALK dan AJK murid yang bertugas di koperasi.
26 iii) Memberi pelbagai sumbangan kepada pihak sekolah, Kelab Guru dan juga kepada murid yang memerlukan dengan menggunakan wang daripada kumpulan wang sedia ada. D. PENGURUSAN DAN PENDIDIKAN i) Melatih AJK Koperasi baru dan sedia ada supaya lebih cekap dalam menguruskan aktiviti di koperasi. ii) Mengadakan kursus kepimpinan bersama Lembaga Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling. iii) Mengadakan Majlis Penghargaan dan Pelantikan AJK Koperasi. iv) Mengadakan mesyuarat bersama AJK murid. v) Mengadakan mesyuarat ALK. vi) Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. PENGHARGAAN Ahli Lembaga Koperasi SMK Cheras KL Berhad ingin merakamkan penghargaan kepada semua berikut : i) Ketua Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia ii) Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan iii) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) iv) Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, v) Semua ALK dan AJK Koperasi, guru-guru, staf sekolah, murid-murid dan sesiapa sahaja yang telah memberi sokongan moral dan material, idea dan tenaga demi pembangunan koperasi sekolah. PENUTUP Memegang amanah terutamanya dalam soal pengurusan kewangan dan pentadbiran bukanlah suatu perkara yang mudah apatah lagi pada masa sekarang terdapat pelbagai cabaran kehidupan seharian. Sesuatu amanah itu perlu sentiasa dipikul dengan sebaikbaiknya tidak kira oleh individu atau koperasi dengan penuh rasa tanggungjawab. Oleh itu, koperasi sekolah sentiasa memerlukan sokongan padu daripada semua pihak bagi mencapai matlamat tersebut. Komitmen daripada semua ALK dan AJK yang menjadi nadi penggerak koperasi amatlah dihargai.
27 Pihak koperasi berharap kami akan terus dapat memberi sumbangan kepada SMK Cheras samaada untuk kebajikan warganya dan juga keceriaan sekolah. Koperasi juga akan meneruskan perkhidmatan yang berkualiti serta mengekalkan nilai-nilai kerjasama, jujur, disiplin dan amanah dalam menjalankan aktiviti koperasi bagi kemajuan bersama. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, AZIYANTI BINTI ABU KHANIPAH Setiausaha, Koperasi SMK Cheras KL Berhad
28 LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
29 LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KL BERHAD BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2022 Kepada ALK dan semua anggota Koperasi SMK CHERAS KL Berhad, 1. Audit telah dilaksanakan 2 kali sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2022. Sepanjang kerja-kerja audit dijalankan, Pengurusan Koperasi memberi kerjasama sepenuhnya kepada JAD. 2. Pihak ALK telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi saranan dan pandangan JAD seperti membuat pembetulan, pelarasan dan sebagainya. 3. Semua fail yang mengandungi Baucer Bayaran, Buku Tunai, Ringkasan BT, Resit rasmi, Penyata Bank, Invois telah dilengkapkan dan mematuhi Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi. 4. Semua perbelanjaan dan penerimaan adalah munasabah dan mengikut prosedur yang berkenaan. 5. Pengurusan aset diuruskan dengan baik. 6. Pengurusan pentadbiran dan aktiviti boleh diperkemaskan lagi. Minit-minit mesyuarat hendaklah dikemukakan kepada pihak SKM mengikut ketetapan. Semua laporan aktiviti hendaklah disimpan oleh Setiausaha. 7. Pengurusan keanggotaan juga boleh dipertingkatkan. Rekod-rekod keluar masuk anggota perlu diperkemaskan bagi memastikan akaun yang tepat dan munasabah. 8. Secara keseluruhannya, pengurusan adalah baik dan mematuhi Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh : ( HASHIDAH BINTI MOHD ISA) Jawatankuasa Audit Dalaman, Koperasi SMK Cheras KL Berhad
30 PENGGUGURAN DAN PELANTIKAN ALK
31 PENGGUGURAN DAN PELANTIKAN AHLI LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KL BERHAD TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 OGOS 2022 Pengguguran : i) Nur Sabrina Binti Mohd Mukhtar – Pengerusi (Murid) ii) Mariyah Natasya Binti Zakaria – Setiausaha (Murid) iii) Siti Nor Amira Binti Shamri – Bendahari (Murid) Pelantikan baharu : i) Theng Kai Ling, Pengerusi Murid ii) Hasyimah Batrisyia Binti Ramli, Setiausaha Murid iii) Ong Yue Qian, Bendahari Murid
32 PELANTIKAN JURUAUDIT LUAR
33 PELANTIKAN JURUAUDIT LUAR KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KL BERHAD Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Kuala Lumpur Berhad bercadang melantik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Mohd Yasin & Associate sebagai Juruaudit Luar untuk mengaudit akaun koperasi. Namun, jika kedua-dua juru audit tersebut tidak dapat mengaudit akaun koperasi, pihak koperasi boleh memilih mana-mana juruaudit bertauliah yang lain untuk mengaudit akaun-akaun koperasi.
34 PELANTIKAN PENENTUSAH MINIT
35 PELANTIKAN PENENTUSAH MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KL BERHAD KALI KE-30 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Kuala Lumpur Berhad melantik Penentusah Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-30 adalah seperti berikut : 6 orang dari kalangan anggota yang dilantik adalah : i) Nor Diyana binti Zainol ii) Noor Syaheerah binti Hamdan iii) Mursyid bin Baharom iv) Puteri Syifa Nurhidayah binti Sahrilhapiz v) Siti Fatimah binti Warsino vi) Muhammad Saifullah bin Baharom 4 orang Ahli Lembaga yang dilantik adalah : i) Normilah binti Mohd Noh ii) Nurfatin Anera binti Alias iii) Wong Lee Keong iv) Ong Yue Qian
36 USUL
37 USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KL BERHAD KALI KE-30 1. Daripada : Muhammad Hazim bin Kamarul Hafizie (3 Makmur) Usul : Mesin komputer kaunter perlu ditukar kerana rosak Jawapan : Pihak koperasi baru membeli sistem POS tersebut kerana sistem POS yang lama telah rosak. Sistem POS yang sekarang menghadapi masalah rangkaian. Pihak koperasi telah memanggil juru teknik untuk mengenalpasti masalah rangkaian di koperasi beberapa bulan yang lalu. Tetapi, masih menghadapi masalah. Pihak koperasi akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. 2. Daripada : Muhammad Riehan bin Nordin (3 Sapelele) Usul : Pihak koperasi boleh menaik taraf sistem pembayaran dan rekaan dalaman di dalam koperasi. Jawapan : Sistem bayaran di koperasi dibuat dengan cara bayaran tunai dan pindahan wang sahaja. Bayaran menggunakan QR Code dan Touch & Go eWallet dari murid tidak boleh dilaksanakan kerana murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Bagi soalan mengenai rekaan dalaman koperasi pula, kami akan menaiktaraf hiasan dalaman koperasi dari masa ke masa pada masa akan datang. Untuk hiasaan dalaman ini kami bercadang akan menggunakan Kumpulan Wang Keceriaan. 3. Daripada : Muhammad Adeeb bin Mohd Azizi (2 Jujur) Usul : Menyediakan mesin penapis air secara percuma bagi kegunaan pelajar mengisi air berulang kali. Jawapan : Untuk maklman semua, pihak sekolah ada menyediakan penapis air di Blok B untuk semua warga CHERASIAN. Air tersebut disediakan oleh pihak PIBG. Pihak koperasi juga ada menyediakan penapis air iaitu di dalam kedai koperasi. Murid-murid juga boleh mengambil air tersebut secara percuma. Tetapi murid perlu meminta daripada Pembantu Koperasi, Cik Azwa atau AJK Koperasi yang bertugas. Murid dilarang masuk ke dalam kedai koperasi untuk mengambil air tersebut.
38 LAPORAN PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2022
39
40
41
42
43
44
45
46 LAMPIRAN
47
48
49