DOKUMENTASI
DISEDIAKAN OLEH : FAIZA BINTI MAMAT
1
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN 3
2. LATAR BELAKANG
3. HURAIAN PENILAIAN TUGASAN/ AKTIVITI 3-7
4. PENCAPAIAN AKTIVITI 7 - 10
5. KEMAJUAN/ MASALAH
6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 10
7. PENUTUP 11
8. LAMPIRAN 11
9. - BUKU PROGRAM 12
10. - TEKS PENGACARA MAJLIS 13
11 - TEKS BACAAN DOA 14
12. - TEKS UCAPAN PENGETUA 15 - 18
13. - TEKS PENGERUSI MESYUARAT 19
14. - SENARAI KEHADIRAN 20 - 21
15. - SENARAI NAMA PEMENANG KUIZ 22 - 32
16.. - GALERI KENANGAN 33 - 36
17. - LINK DAN QR CODE 37
38 - 47
48
2
1.0 PENGENALAN
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) merupakan mesyuarat tahunan yang diadakan bagi
semua anggota koperasi untuk mengetahui dan menilai pengurusan dan prestasi koperasi
sejak setahun yang lalu. Tertakluk kepada Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil,
Mesyuarat Agung merupakan kuasa tertinggi dalam struktur pengurusan koperasi. Dengan ini,
MAT merupakan majlis utama untuk anggota-anggota koperasi menilai prestasi, menimbang,
memutus dan meluluskan sebarang cadangan yang berkaitan dengan perancangan masa
depan koperasi khususnya dalam tempoh satu tahun yang akan datang.
Mesyuarat ini merupakan suatu agenda penting bagi membincangkan isu-isu yang
dapat diselesaikan melalui perundingan. Diharapkan melalui perbincangan tersebut, pihak
koperasi dapat merancang aktiviti yang bersesuaian dengan kehendak Ahli Lembaga Koperasi
dan juga anggotanya demi kemajuan koperasi dan sekolah. Mesyuarat ini juga merupakan
medan untuk para ALK dan anggota berkongsi aspirasi dan masalah yang dihadapi serta
memberi pandangan untuk mencapai kata sepakat bagi menangani pelbagai permasalahan.
Selain daripada itu, para anggota juga boleh menyampaikan usul-usul untuk dibincangkan
bersama untuk kesejahteraan seluruh warga CHERASIAN.
2.0 LATAR BELAKANG
Menurut Seksyen 36 Akta, tertakluk kepada peruntukan Akta, peraturan, arahan atau
garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa undang-undang
kecil, kuasa tertinggi bagi koperasi hendaklah tertakluk kepada Mesyuarat Agung. Mesyuarat
Agung Tahunan, menurut Seksyen 39(1) Akta, hendaklah diadakan tidak lewat daripada 6
bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang
sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya. Mesyuarat Agung diadakan adalah bagi
membentangkan kewangan, laporan aktiviti tahunan, usul-usul dan lain-lain perkara yang perlu
dibincangkan bagi mendapat persetujuan anggota. Oleh kerana itu, setiap tahun Mesyuarat
Agung Koperasi perlu dijalankan untuk meluluskan usul ataupun perkara-perkara yang
dikemukakan oleh para pemegang saham.
2.1 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 8 SEPTEMBER 2021
Masa : 2.30 petang
Tempat : Di rumah masing-masing
Sasaran : Anggota koperasi SMK Cheras KL Berhad
3
2.2 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Encik Jamil bin Jamaludin
Naib Pengerusi : Puan Salehah binti Ali
Setiausaha : Puan Aziyanti binti Abu Khanipah
Naib Setiausaha : Puan Nafsah binti Mohd Shah
Bendahari : Cik Tiew Sheau Fang
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pendaftaran : Puan Nafsah binti Mohd Shah
Pengacara Majlis : Puan Laili Azuwa binti Tamrin
Bacaan Doa : Puan Normilah binti Mohd Noh
Pengerusi Mesyuarat : Puan Atirah binti Riduan
: Norhamizah Izzati binti Mohd Moin (5 Beta)
Setiausaha : Puan Aziyanti binti Abu Khanipah
: Nur Syahdina Aqilah binti Ainuddin (5 Beta)
Bendahari : Cik Tiew Sheau Fang
: Chea Yong En (5 Al Farabi)
Buku Laporan Mesyuarat : Puan Aziyanti binti Abu Khanipah
Buku Program : Puan Nurul Arina binti Asha’ari
Usul : Puan Nurul Arina binti Asha’ari
Pencadang dan Penyokong : Puan Kanagambigai a/p Ramoo
Teknikal : Puan Nafsah binti Mohd Shah
Kuiz : Puan Normilah binti Mohd Noh
Dokumentasi : Puan Faiza binti Mamat
SPESIFIKASI TUGAS TANGGUNGJAWAB
BIL TUGAS DAN NAMA AJK
1. Menyediakan link kehadiran menggunakan
1. Pendaftaran Google Form.
Puan Nafsah binti Mohd Shah
2. Pengacara Majlis 1. Menyediakan skrip yang sesuai untuk
Puan Laili Azuwa binti Tamrin pengacara majlis.
2. Melatih murid mengacara majlis dan
mengendalikan majlis agar berjalan lancar.
3. Memberikan satu salinan teks pengacara
majlis kepada AJK Dokumentasi.
4
3. Bacaan Doa 1. Menyediakan teks bacaan doa.
Pn Normilah binti Mohd Noh 2. Melatih murid membaca doa.
3. Memberikan satu salinan teks doa kepada
AJK Dokumentasi.
4. Pengerusi Mesyuarat 1. Menyediakan teks pengerusi mesyuarat
Puan Atirah binti Riduan dan melatih murid mengendalikan
*Norhamizah Izzati binti Mohd Moin Mesyuarat Agung agar berjalan lancar.
(5 Beta) 2. Memberikan satu salinan teks pengerusi
mesyuarat kepada AJK Dokumentasi.
5. Setiausaha 1. Menyediakan teks setiausaha dan melatih
Puan Aziyanti binti Abu Khanipah murid membaca teks.
*Nur Syahdina Aqilah binti
Ainuddin (5 Beta) 2. Memberikan satu salinan teks SetIausaha
dan kepada AJK Dokumentasi.
6. Bendahari 1. Menyediakan teks untuk membentang
Cik Tiew Sheau Fang kewangan dan melatih murid
* Chea Yong En mengendalikan mesyuarat untuk bahagian
(5 Al Farabi) Bendahari / kewangan koperasi.
2. Memberikan satu salinan teks bendahari
dan lain-lain bahan kepada AJK
Dokumentasi.
7. Buku Laporan Mesyuarat 1. Mengumpul maklumat dan dokumen yang
Puan Aziyanti binti Abu Khanipah diperlukan untuk menyediakan Buku
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan kali
ke-29 dalam bentuk flip.
2. Memberikan 1 salinan Buku Laporan
kepada AJK Dokumentasi.
8. Buku Program 1. Menyediakan Buku Program untuk
Puan Nurul Arina binti Asha’ari Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali
ke-29 dalam bentuk flip.
2. Menghantar link Buku Program kepada
hadirin sebelum dan semasa Mesyuarat
Agung.
3. Menyerahkan 1 Buku Program kepada AJK
Dokumentasi untuk didokumentasikan.
9. Usul 1. Menyediakan Borang Usul dan menghantar
Puan Nurul Arina binti Asha’ari kepada semua warga SMKC (WhatsApp /
Telegram)
2. Mengutip semula Borang Usul sebelum
mesyuarat AJK kali ke-2 untuk
dibincangkan.
5
10. Pencadang dan Penyokong 1. Menyediakan teks untuk pencadang dan
Pn Kanagambigai a/p Ramoo penyokong.
11. Teknikal 2. Menyerahkan teks yang ditulis kepada
Puan Nafsah binti Mohd Shah pencadang dan penyokong sebelum
mesyuarat.
12. Kuiz
Pn Normilah binti Mohd Noh 3. Memberi taklimat kepada murid bagaimana
untuk mecadang dan menyokong semasa
13. Dokumentasi hari mesyuarat.
Puan Faiza binti Mamat
1. Menyediakan link program.
2. Menguruskan teknikal sepanjang
mesyuarat berlangsung.
3. Memastikan teknikal berada dalam
keadaan baik supaya mesyuarat berjalan
dengan lancar.
4. Lain-lain difikirkan perlu.
1. Menyediakan 15-20 soalan yang berkaitan
dengan koperasi / Mesyuarat Agung.
2. Mengendalikan acara kuiz.
1. Mengumpul semua maklumat yang
berkaitan dengan Mesyuarat Agung
Tahunan untuk didokumentasikan.
2. Mendokumentasikan maklumat yang
diterima.
3. Menyediakan link Borang Penilaian dan
menghantar link tersebut ke ruangan chat
setelah Mesyuarat Agung selesai.
4. Menyerahkan salinan dokumentasi kepada
:
i) PK Kokurikulum - 1 set
ii) AJK Dokumentasi Sekolah - 1 set
iii) SU Koperasi - 2 set
2.3 OBJEKTIF
1. Membentang laporan pengurusan dan laporan kewangan kepada semua
anggota.
2. Mmbincangkan masalah dan usul-usul yang dibangkitkan.
3. Memberi peluang kepada anggota untuk memberi pandangan.
2.4 KAEDAH PELAKSANAAN
Mesyuarat diadakan dalam talian secara Google Meet.
6
2.5 BAHAN-BAHAN ATAU PERALATAN YANG DIGUNAKAN
2.5.1 Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Cheras KL
Berhad kali ke-29 dalam bentuk flip dan QR Code.
2.5.2 Buku Laporan Tahunan Koperasi SMK Cheras KL Berhad kali ke-29
dalam bentuk flip dan QR Code.
2.5.3 Buku Penyata Kewangan Koperasi SMK Cheras KL Berhad bagi tahun
berakhir 31 Ogos 2020 dalam bentuk flip dan QR Code.
2.5.4 Slaid sepanjang program dalam bentuk ‘Power Point’.
2.5.5 Memberi baucar menghadiri mesyuarat sebanyak RM5 kepada semua
anggota yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Cheras
KL Berhad kali ke-29.
2.5.6 Memberi hadiah dalam bentuk baucar sebanyak RM15/ seorang kepada
semua 20 orang pemenang kuiz “Kenali Koperasi”.
3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN/ AKTIVITI
3.1 PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI
2.30 petang - Majlis bermula
- Pendaftaran berjalan lancar
- Nyanyian
▪ Lagu Negaraku
- Diputarkan agak lambat kerana masalah teknikal
▪ Lagu Sekolah
- Tidak dapat diputarkan kerana masalah teknikal
- Bacaan Doa
- murid yang membaca doa digantikan pada saat akhir
Ucapan Pengetua
▪ Pengerusi Koperasi SMK Cheras KL Berhad
-Berjalan lancar
- Ucapan Perasmian
▪ Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia
-Berjalan lancar
Tayangan Multimedia
- Berjalan lancar
- Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Cheras KL Berhad
- Berjalan lancar
7
4.07 petang - Kuiz
- Murid tidak mendaftar menggunakan nama penuh dan tidak
menyatakan nama kelas
- Sesi Fotografi
- Tidak semua anggota yang hadir membuka kamera
- Lagu ‘Sepakat Membina’
- Dapat diputarkan dengan baik
- Bersurai
3.2 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
1. Pencatat Minit Mesyuarat dan Pengerusi Mesyuarat Agung.
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-28.
3. Membentangkan Laporan Tahunan Lembaga dan Jawatankuasa Audit
Dalaman bagi Tahun Kewangan 2018/19 dan 2019/20.
4. Menimbang dan meluluskan akaun beraudit berakhir 31 Ogos 2019 dan akaun
beraudit berakhir 31 Ogos 2020 beserta Laporan Lembaga. Laporan Juruaudit
dan Pengagihan Keuntungan untung bersih (Honororarium, Dividen, Kwap,
Kumpulan Wang Rizab Statutori dan Tabung).
5. Pengguguran dan Pelantikan Anggota Lembaga Koperasi (ALK).
6. Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Pendapatan dan
Perbelanjaan 2020/21.
7. Meluluskan pelantikan Juruaudit Luar, sekurang-kurangnya dua (2) syarikat yang
dinamakan dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
8. Menentukan jumlah had pelaburan dan wang lebihan koperasi.
9. Menentukan jumlah had maksimum keterhutangan koperasi.
10. Melantik seramai enam (6) orang dari kalangan anggota dan empat (4) orang
Lembaga sebagai Penentusah kepada Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
11. Menerima dan membahaskan usul-usul bertulis yang diterima sekurang-
kurangnya tujuh (7) hari sebelum Tarikh Mesyuarat Agung. (Jika ada)
12. Ucapan penangguhan.
8
PENILAIAN PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD
Anggota koperasi yang membuat penilaian :
BIL PERKARA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
8 10
1 Anggota di kalangan guru 2 9 13
- 1
2 Anggota di kalangan murid 4
3 Pegawai SKM 1
9
BIL PERKARA CEMERLANG BAIK MEMUASKAN
1 Pengurusan Pendaftaran Mesyuarat 12 12 -
Koperasi
10 13 1
2. Pembentangan Laporan Tadbir Koperasi 9 15 -
3 Pembentangan Laporan Kewangan 10 13 1
Koperasi
13 11 -
4 Penyampaian pembentang jelas dan 11 13 -
difahami 11 12 1
5 Perjalanan Mesyuarat Agung Koperasi 12 11 1
6 Aktiviti kuiz yang dijalankan
7 Kesesuaian masa Mesyuarat Agung
Koperasi
8 Kesesuian platform Mesyuarat Agung
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI
AJK Murid dapat mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi secara maya
melalui Google Meet dengan jayanya. Encik Husain bin Ahmad, Pegawai dari
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang
dilaksanakan oleh murid. Laporan dari segi kewangan dan pentadbiran telah
dibentangkan dan telah mendapat persetujuan semua anggota.
10
5.0 KEMAJUAN / MASALAH
5.1 KEMAJUAN
1. Pertama kali mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang dikendalikan oleh
murid dengan tunjuk ajar daripada guru-guru mengikut jawatankuasa secara
maya.
2. Semua AJK dan anggota yang hadir memberikan kerjasama yang baik.
3. Perjalanan program berlangsung dengan lancar.
4. Semua murid yang dipilih sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari, pengacara
majlis, pembaca doa, pencadang dan penyokong dapat memberikan kerjasama
dan komitmen yang bagus.
5. Ramai anggota koperasi memberi maklum balas penilaian program dengan
memilih ‘Cemerlang’ dan ‘Baik’ untuk setiap aktiviti Mesyuarat Agung. Sedikit
sahaja yang memilih ‘Memuaskan ‘.
5.2 MASALAH
1. Terdapat sedikit masalah teknikal di mana ‘Lagu Sekolah’ tidak dapat diputarkan.
2. Sedikit kesilapan sebutan ketika majlis berjalan
3. Bahagian penilaian progam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kurang
mendapat maklum balas daripada anggota.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Melatih AJK murid dengan lebih kerap dalam pengacaraan majlis koperasi. Ini
bertujuan supaya murid lebih berkeyakinan dan bersedia.
2. Menyediakan bahan dokumen lebih awal supaya murid lebih bersedia.
3. Mengingatkan anggota supaya membuat penilaian dengan mengisi link yang
disediakan di akhir mesyuarat.
4. Guru yang mengendalikan acara kuiz perlu memastikan murid terlibat
meletakkan nama penuh beserta kelas agar maklumat pemenang tidak berlaku
pertindihan nama dan dapat direkod dengan baik.
11
7.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program dan
seterusnya menggalakkan amalan bermesyuarat dalam menyelesaikan masalah.
Disediakan oleh, Tarikh :
( FAIZA BINTI MAMAT ) Tarikh :
Disahkan oleh,
( JAMIL BIN JAMALUDIN A.M.P )
12
____________________________________________________________________________
LAMPIRAN
13
BUKU PROGRAM
( BUKU PROGRAM PENUH BOLEH DILIHAT MELALUI LINK ATAU QR CODE YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN BELAKANG )
14
TEKS PENGACARA MAJLIS
1) Kata-kata aluan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang
Kompang bergema Pusaka bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira
BIsmillahirrahmanirrahim…
Yang Dihormati
Encik Husain Bin Ahmad, pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Yang Berusaha
En Jamil Bin Jamaludin
Pengetua SMK Cheras
Pn Salehah Binti Ali
Penolong Kanan Kokurikulum
Pn Marhaniza Binti Mahmood
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Barisan Guru Kanan mata pelajaran, ahli lembaga koperasi, Guru-guru SMK Cheras dan pelajar yang dikasihi
sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya, pada petang ini dapatlah kita bersama-
sama berkumpul bagi menyertai Mesyuarat Agung Koperasi SMK Cheras Kuala Lumpur Berhad kali ke 29.
1) Nyanyian Lagu Negaraku
15
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. Hadirin diminta berdiri tegak.
2) Doa
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang
akan diketuai oleh Aiman Irfan Bin Khairul Hisham.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
(Bacaan doa tamat)
Terima kasih diucapkan kepada Aiman Irfan atas bacaan doa itu tadi.
3) Ucapan Pengetua
Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan daripada Pengetua SMK Cheras. Dengan itu,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Encik Jamil Bin Jamaludin, Pengerusi SMK Cheras Kuala Lumpur Berhad
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan..
(ucapan tamat)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan
sebentar tadi.
4) Ucapan Perasmian
Seterusnya majlis menjemput wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Husain Bin Ahmad
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi SMK
Cheras Kuala Lumpur Berhad. Dengan segala hormatnya dipersilakan
(ucapan tamat)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesudian En Husain
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
16
5) Tayangan Multimedia
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia dari Koperasi SMK Cheras Kuala Lumpur
Berhad. Mohon semua pelajar untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada tayangan ini
kerana kuiz akan dijalankan pada akhir majlis nanti.
6) Mesyuarat
Seterusnya, majlis diserahkan kepada Norhamizah Izzati Binti Mohd Moin untuk memulakan
mesyuarat agung Koperasi SMK Cheras Kuala Lumpur Berhad kali ke 29. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
(mesyuarat tamat)
7) Kuiz
Majlis akan diteruskan dengan aktiviti kuiz melalui platform Quizizz. Pelajar diminta merujuk
ruangan chat untuk mendapatkan link kuiz.
Pelajar diberi masa selama 5 minit untuk menyertai kuiz Jom Kenali Koperasi. Pastikan pelajar
menulis nama dan kelas yang betul. 20 orang pemenang dengan markah tertinggi dan paling
pantas akan menerima hadiah berupa voucher pembelian di koperasi bernilai RM 15.
(kuiz tamat : Ajk kuiz tunjukkan senarai nama pemenang)
Tahniah diucapkan kepada 20 orang pemenang kuiz Jom Kenali Koperasi. Mendahului senarai
adalah
1.
2.
3.
4.
5.
(Baca pada skrin)
Semua pemenang kuiz perlu menghubungi Ustazah Normilah untuk maklumat berkaitan
hadiah.
8) Sesi Fotografi
17
Seterusnya, dijemput semua hadirin membuka kamera untuk sesi fotografi sebagai tanda
kenangan.
9) Nyanyian Lagu Sepakat Membina
Sebelum kita akhiri majlis pada hari ni, majlis menjemput semua hadirin untuk bersama-sama
menyanyikan lagu Sepakat Membina. Dipersilakan
10) Penutup
Maka dengan ini, berakhirlah sudah Mesyuarat Agung Koperasi SMK Cheras Kuala Lumpur
Berhad kali ke 29. Salam kemaafan di setiap kesilapan dari tutur kata mahupun laku cara.
Jumpa lagi di lain masa. Sekian terima kasih.
18
TEKS BACAAN DOA
19
TEKS UCAPAN PENGETUA
Teks Ucapan Pengetua (Pengerusi)
Mesyuarat Agung Koperasi SMK Cheras KL Berhad Kali ke-29
Tarikh : 8.9.2021
Kaedah : Google Meet
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera
Terima kasih pengerusi majlis,
Yang dihormati Puan Norfaizah binti Manjah
Pegawai Ehwal Ekonomi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Yang dihormati Pn Salehah binti Ali, Penolong Kanan Kokurikulum (merangkap Timbalan
Pengerusi SMK Cheras KL Berhad),
Pn Marhaniza bint Mahmud, Penolong Kanan HEM,
Guru-Guru Kanan Matapelajaran, Kaunselor, Guru-guru dan anak-anak SMK Cheras
yang disayangi semua.
1. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya
kita dapat bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK
Cheras KL Berhad Kali Ke-29 pada petang ini secara dalam talian melalui google meet.
2. Kali pertama Koperasi SMK Cheras KL Bhd. mengadakan Mesyuarat Agung secara
dalam talian melalui google meet. Ini merupakan pengurusan tadbir urus secara norma
baharu dalam pandemik covid-19. Semoga perjalanan mesyuarat agung koperasi kali ke-
29 ini dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah disusun.
3. Koperasi SMK Cheras KL Bhd merupakan salah satu koperasi sekolah yang sangat aktif
melaksanakan aktiviti jualan yang mana hasil jualan melebihi RM300,000.00 setiap tahun.
Bagaimana koperasi ini boleh mencapai hasil jualan begitu? Peranan ini hasil kerjasama
dan kreativiti yang dimainkan oleh ALK (Ahli Lembaga Koperasi) yang dilantik telah
20
bertungkus lumus memastikan koperasi ini dapat beroperasi dengan baik dan cemerlang.
Saya ucapkan tahniah kepada ALK guru dan murid telah menjalankan tanggungjawab
dengan cemerlang.
4. Apabila koperasi ini mendapat jualan dan keuntungan yang banyak, maka keuntungan
tersebut akan disumbangkan semula kepada sekolah untuk melaksanakan pembangunan
dalam bentuk pembangunan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid, kebajikan,
infrastruktur dan lain keperluan untuk warga SMK Cheras.
5. Oleh sebab itu, ALK yang dilantik perlu betul-betul yang dapat menjalankan tugas yang
diamanahkan ini dengan cemerlang.
6. Koperasi sekolah ini memberi peluang kepada anak-anak SMK Cheras mengembangkan
bakat keusahawan dengan dibimbing oleh guru-guru yang dilantik. Koperasi sekolah
sentiasa menerima cadangan daripada semua ahli koperasi untuk menambah baik tadbir
urus koperasi yang cemerlang.
7. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada En Hussin,
Pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia kerana sudi hadir dan merasmikan
Mesyuarat Agung Koperasi SMK Cheras KL Berhad pada hari ini.
8. Akhir kata, Kepada Jawatankuasa kerja hari ini saya mengucapkan ribuan terima kasih
kerana menguruskan mesyuarat ini dengan baik dan terancang.
9. Sekian, terima kasih
21
TEKS PENGERUSI MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-29
KOPERASI SMK CHERAS KUALA LUMPUR BERHAD
Terima kasih pengerusi majlis.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang dihormati, Puan Norfaizah binti Manjah, Pegawai Ehwal Ekonomi, Suruhanjaya Koperasi
Malaysia, Yang Berusaha, Encik Jamil Bin Jamaludin, Pengetua SMK Cheras, Guru-guru
Kanan, Guru-guru Koperasi, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah kita mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan kali ke-29 pada hari ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada hadirin
sekalian kerana dapat bersama-sama dalam mesyuarat pada kali ini. Diharapkan semua
hadirin dapat memberi perhatian dan kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung.
Seperti yang kita sedia maklum, matlamat koperasi sekolah adalah untuk memberi pengalaman
secara langsung kepada murid tentang selok belok jualan, pemasaran dan pelaburan. Pihak
koperasi sekolah juga menggalakkan para guru dan murid menjadi anggota koperasi dengan
melaburkan saham agar dapat membantu menjana usahasama perniagaan di koperasi. Oleh
itu, di koperasi, AJK dilatih menguruskan jualan dengan mengamalkan nilai-nilai murni iaitu
sadiq, amanah dan telus dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.
Melalui mesyuarat ini, laporan pentadbiran dan kewangan akan dibentangkan supaya semua
anggota jelas tentang perjalanan kewangan dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak
koperasi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua
guru koperasi dan AJK Koperasi kerana telah bekerja keras bagi memastikan koperasi sekolah
kita sentiasa berada pada tahap yang membanggakan.
Hadirin sekalian,
Tanpa membuang masa, marilah kita teruskan kepada agenda hari ini iaitu AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
CHERAS KALI KE-29.
22
Sebelum itu, saya berharap agar semua hadirin memberi perhatian kepada perjalanan
mesyuarat. Saya juga berharap agar pencadang dan penyokong boleh tampil untuk
memperkenalkan diri bagi menyatakan cadangan dan sokongan anda kepada setiap agenda
mesyuarat yang akan dibentangkan nanti.
Agenda pertama adalah Melantik Pencatat Minit Mesyuarat dan Pengerusi Mesyuarat.
Baiklah, sebelum memulakan mesyuarat, kita memerlukan seorang pengerusi untuk
mempengerusikan mesyuarat serta seorang wakil untuk menjadi pencatat minit mesyuarat.
Oleh itu, saya membuka peluang kepada mana-mana hadirin untuk mencadangkan pelantikan
pencatat minit mesyuarat serta Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan supaya dapat
mempengerusikan mesyuarat pada kali ini. Dipersilakan seorang pencadang tampil dan
membuka mikrofon anda serta membuka kamera anda untuk memperkenalkan diri dan
seterusnya memberi cadangan. Silakan.
…..(pencadang buka kamera dan mikrofon, memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Baiklah, diminta seorang penyokong untuk tampil dan membuka mikrofon serta kamera anda
untuk memperkenalkan diri dan seterusnya menyokong cadangan yang diberi.
…..(penyokong buka kamera dan mikrofon, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong. Memandangkan semua ahli mesyuarat
agung telah bersetuju melantik saya sebagai pengerusi mesyuarat, maka saya akan terus
mengemudi mesyuarat ini sehingga agenda terakhir.
Kita teruskan dengan agenda kedua iaitu Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
Kali Ke-28.
Hadirin boleh merujuk Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang saya paparkan di skrin.
…..(Semua merujuk Buku Laporan).
Tunggu sebentar supaya hadirin dapat membuka dan membaca minit mesyuarat agung
tersebut seketika.
Baiklah, saya memerlukan pencadang dan penyokong bagi mengesahkan minit mesyuarat
tersebut. Diminta pencadang dan penyokong untuk pengesahan.
23
Dipersilakan seorang pencadang tampil dan membuka mikrofon serta menampakkan wajah
anda untuk memperkenalkan diri dan seterusnya memberikan cadangan.
…..(pencadang tampil dan memberi cadangan).
Baiklah, ada sesiapa yang menyokong? Sila buka mikrofon serta kamera anda untuk
memperkenalkan diri dan nyatakan sokongan.
…..(penyokong tampil dan memberi sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong bagi agenda 2.
Hadirin sekalian,
Kita teruskan lagi dengan agenda ketiga iaitu Membentangkan Laporan Tahunan Lembaga
dan Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Tahun Kewangan 2018/19 dan 2019/20.
Oleh itu, saya mempersilakan saudari Nur Syahdina Aqilah binti Ainuddin, Setiausaha Murid
Koperasi SMK Cheras KL Berhad untuk menyampaikan laporan. Dipersilakan.
…..( tayangan laporan).
Terima kasih kepada saudari Nur Syahdina Aqilah atas laporan yang telah dibacakan tadi.
Baiklah, diminta cadangan agar laporan yang dibacakan tadi diterima dan seterusnya disokong.
Dipersilakan seorang pencadang tampil memperkenalkan diri dan memberi cadangan agar
laporan tadi disahkan. Sila buka mikrofon serta kamera anda untuk memperkenalkan diri.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Penyokong??? Sila tampil dan buka mikrofon serta kamera anda untuk memperkenalkan diri
dan nyatakan sokongan anda.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
24
Seterusnya, agenda keempat pada hari ini adalah Menimbang dan Meluluskan Akaun
Beraudit Berakhir 31 Ogos 2019 dan Akaun Beraudit Berakhir 31 Ogos 2020 berserta
Laporan Lembaga, Laporan Juruaudit dan pengagihan Keuntungan untung bersih
(Honorarium, Dividen, Kwap, Kumpulan Wang Rizab Statutori dan Tabung)
Bagi meneruskan agenda ini, dipersilakan Bendahari Murid, saudari Chea Yong Enn untuk
membentangkan laporan tersebut.
…..( bendahari membaca laporan pentadbiran).
Terima kasih kepada saudari Chea Yong Enn atas laporan yang telah dibacakan tadi.
Baiklah, diminta cadangan agar laporan yang dibacakan tadi diterima dan seterusnya disokong.
Dipersilakan seorang pencadang tampil memperkenalkan diri dan memberi cadangan agar
laporan tadi disahkan. Sila buka mikrofon serta kamera anda untuk memperkenalkan diri.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Penyokong??? Sila tampil dan buka mikrofon serta kamera anda untuk memperkenalkan diri
dan nyatakan sokongan anda.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
Hadirin sekalian,
Kita teruskan lagi mesyuarat dengan pembentangan agenda kelima iaitu Pengguguran dan
Pelantikan Anggota Lembaga Koperasi.
Marilah sama-sama kita saksikan agenda kelima berdasarkan tayangan skrin berikut.
Pengguguran dan pelantikan anggota lembaga koperasi yang dimaksudkan ialah …..
Pengguguran :
i) Cik Noraini binti Jamaluddin – Naib Setiausaha
ii) Erica Emelin Tang binti Riduan Tang – Pengerusi (Murid)
iii) Nur Izzah Faiqah binti Romzee – Naib Pengerusi (Murid)
25
iv) Muhammad Azman Aiman bin Mohd Azmi – Setiausaha (Murid)
v) Loke Kah Lei – Bendahari (Murid)
Pelantikan baharu :
i) Puan Nafsah binti Mohd Shah – Naib Setiausaha
ii) Norhamizah Izzati binti Moh Moin – Pengerusi (Murid)
iii) Nur Syahdina Aqilah binti Ainuddin – Setiausaha (Murid)
iv) Chea Yong Enn – Bendahari (Murid)
…..(tayangan skrin).
Berdasarkan lantikan baharu sebentar tadi, diminta cadangan agar lantikan tersebut diterima
dan seterusnya disokong.
Dipersilakan seorang pencadang tampil memperkenalkan diri dan memberi cadangan agar
lantikan tadi disahkan. Sila buka mikrofon serta kamera anda untuk memperkenalkan diri.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Seterusnya dipersilakan mana-mana ahli mesyuarat membuka mikrofon serta kamera anda
untuk menyokong. Sila perkenalkan diri terlebih dahulu dan nyatakan sokongan anda.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
Agenda mesyuarat hari ini diteruskan dengan agenda yang keenam iaitu Menimbang dan
meluluskan Belanjawan Pendapatan dan Perbelanjaan 2020/21
Oleh itu, saya mempersilakan sekali lagi saudari Chea Yong Enn untuk mengendali agenda
tersebut.
…..(Bendahari membentangkan laporan kewangan).
Terima kasih saudari Chea Yong Enn.
Seperti biasa, saya memerlukan pencadang dan penyokong agar laporan tadi disahkan.
26
Dipersilakan seorang pencadang tampil membuka kamera dan mikrofon memberi cadangan
agar laporan kewangan dan pembahagian keuntungan disahkan. Sila perkenalkan diri anda
terlebih dahulu. Dipersilakan.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Baiklah, penyokong??? Sila tampil ke hadapan, memperkenalkan diri dan menyokong
cadangan tersebut.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih.
Seterusnya, Agenda ke-7, Meluluskan pelantikan Juruaudit Luar, sekurang-kurangnya dua
(2) syarikat yang dinamakan dengan Kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Baiklah, dimaklumkan bahawa, pihak koperasi bercadang untuk melantik Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) dan Mohd Yasin & Accosiate sebagai Juruaudit Luar untuk
mengaudit akaun koperasi.
Namun, jika kedua-dua juruaudit tersebut tidak dapat mengaudit akaun koperasi, pihak
koperasi boleh memilih mana-mana juruaudit bertauliah yang lain untuk mengaudit
akaun-akaun koperasi.
Jadi, mesyuarat memerlukan pencadang agar menerima cadangan pihak koperasi untuk
meluluskan pelantikan Juruaudit tersebut.
Dipersilakan seorang pencadang tampil membuka kamera dan mikrofon. Sila perkenalkan diri
anda terlebih dahulu.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Baiklah, penyokong??? Sila tampil dan memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum anda
menyokong cadangan tersebut.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
27
Hadirin sekalian,
Kita beralih pula kepada agenda ke-8, Menentukan Jumlah Had Pelaburan daripada Wang
Lebihan Koperasi.
Dipersilakan saudari Chea Yong Enn untuk membentangkan skop dan had pelaburan yang
dibiayai oleh wang berlebihan koperasi.
….(Bendahari membentangkan laporan).
Terima kasih saudari Chea Yong Enn atas pembentangan sebentar tadi.
Baiklah, kita perlukan cadangan agar laporan yang dibentangkan tadi diluluskan.
Diminta pencadang untuk agenda 8 tampil, buka mikrofon serta kamera anda dan seterusnya
memperkenalkan diri sebelum mencadangkan agenda 8 diluluskan.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Penyokong ???
Sila tampil dan memperkenalkan diri serta meyokong cadangan tersebut.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
Baiklah, mesyuarat diteruskan kepada agenda ke-9, Menentukan had maksimum
keterhutangan koperasi.
Dipersilakan saudari Chea Yong Enn sekali lagi untuk membentangkan had keterhutangan
koperasi.
….(Bendahari membentangkan laporan).
Terima kasih saudari bendahari atas penerangan laporan sebentar tadi.
Baiklah, kita perlukan cadangan agar laporan yang dibentangkan tadi diluluskan.
Diminta pencadang untuk agenda 9 tampil, buka mikrofon serta kamera anda dan seterusnya
memperkenalkan diri sebelum mencadangkan agenda 9 diluluskan.
28
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Penyokong ???
Sila tampil dan memperkenalkan diri serta meyokong cadangan tersebut.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
Agenda ke-10 pada hari ini akan diteruskan dengan Melantik seramai enam (6) orang dalam
kalangan anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga sebagai penentusah minit
Mesyuarat Agung Tahunan.
Berikut merupakan senarai tersebut :
6 orang daripada kalangan anggota yang dilantik ialah :
i) Khairul Akhmar binti Omar
ii) Maizatul Akma binti Mamat
iii) Lie Kiet Wei
iv) Asilah Alliyane bt Kasim
v) Lim Shu Wen
vi) Nur Sabrina binti Mohd Ariffin
4 orang Ahli Lembaga yang dilantik ialah :
i) Kanagambigai A/P Ramoo
ii) Nurul Arina binti Asha’ari
iii) Faiza binti Mamat
iv) Normilah binti Mohd Noh
Diminta pencadang membuka mikrofon dan kamera untuk mencadangkan agar pelantikan 6
orang anggota dan 4 orang ALK untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan
pada kali ini disahkan.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Terima kasih kepada pencadang.
29
Seterusnya, penyokong sila tampil memperkenalkan diri dan seterusnya menyokong cadangan
tersebut.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
Baiklah, Agenda ke-11 yang akan dibentangkan adalah berkaitan dengan Menerima dan
Membahaskan Usul-usul bertulis yang diterima sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung (jika ada)
* Bacakan usul satu persatu.
* Setiap usul perlu ada pencadang dan penyokong untuk disahkan.
Usul yang pertama ialah daripada Ahli Lembaga Koperasi.
Usul tersebut ialah memberi elaun kepada semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang
menjalankan tugas koperasi iaitu setahun 3 kali bayaran dengan kadar RM100 sekali bayaran
kepada seramai 15 orang ALK (Guru dan Murid).
Diminta pencadang buka mikrofon serta kamera anda dan seterusnya memperkenalkan diri
sebelum mencadangkan usul ini diluluskan.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Baiklah, penyokong??? Sila tampil dan memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum anda
menyokong cadangan tersebut.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
Seterusnya, usul ke-2 ialah Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) Sekolah Bawah KPM. Untuk
Makluman semua, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengambil maklum hasrat
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk menyeragamkan UUK
koperasi sekolah bagi memudahkan urusan pematauan. Penyeragaman ini telah dicapai
Bersama diantara KPM, ANGKASA dan SKM.
Jadi, Koperasi SMK Cheras KL Berhad juga mengambil peluang ini untuk membuat Pindaan
UUK tersebut. Berikut adalah beberapa perkara yang akan dipinda :
30
Bagi Bahagian Tajuk dan mula berkuat kuasa di dalam UUK Koperasi, nama koperasi
sekolah diringkaskan daripada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Kuala
Lumpur Berhad kepada Koperasi SMK Cheras KL Berhad.
Begitu juga yang kedua. Pengetua sebagai Pengerusi koperasi sekolah. Nama sekolah
diringkaskan kepada SMK Cheras KL sahaja.
Yang ke-3, wujudkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum atau GPKK ertinya Guru Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Cheras KL yang berperanan sebagai penolong kanan yang menyelia
semua aktiviti kokurikulum termasuk koperasi.
Seterusnya, Fungsi koperasi. Pihak SKM telah menyenaraikan aktiviti yang boleh
dilaksanakan oleh koperasi sekolah mengikut perkembangan pembangunan koperasi pada
masa kini dan juga untuk jangka masa panjang bagi meningkatkan perolehan koperasi. Oleh
itu, koperasi tidak perlu membuat pindaan setiap kali melaksanakan aktiviti/ perniagaan baharu.
Kemudian, Bahagian Menarik Diri, anggota boleh menarik diri daripada koperasi dengan
memberi notis bertulis satu minggu berbanding UUK Asal notis bertulis perlu diberi enam bulan
terlebih dahulu.
Seterusnya, Bahagian Lembaga Koperasi, pindaan dibuat pada :
(a) Pengetua sekolah sebagai Pengerusi Koperasi,
(b) Penolong Kanan Kokurikulum sebagai Timbalan Pengerusi,
(c) Tujuh (7) orang terdiri daripada guru atau kakitangan; dan
(d) Enam (6) orang terdiri daripada pelajar
Notis Mesyuarat Lembaga dipinda kepada tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari
sebelum mesyuarat diadakan berbanding sebelum ini, tempohnya lima belas hari.
Bahagian Jawatankuasa Audit Dalaman, pindaan dibuat pada :
(a) dua orang guru atau kakitangan; dan
(b) tiga orang pelajar
Bertujuan mengurangkan bebanan guru dan melatih murid dalam menjalankan tanggungkawab
sebagai Jawatankuasa Audit Dalaman.
31
Pada Bahagian Dividen dan Potongan Langganan, potongan langganan boleh diberi hanya
jika langganan seseorang anggota murid tidak kurang RM500 dan RM1000 bagi guru dan
kakitangan dalam tahun kewangan yang berkenaan. Ini adalah bagi menggalakkan pembelian
dan langganan di koperasi disamping meningkatkan perolehan koperasi.
Pada Bahagian Tahun Kewangan, Tahun Kewangan Koperasi dipinda daripada UUK Asal iaitu
pada 1 September dan berakhir 31 Ogos setiap tahun kepada 1 Januari dan berakhir 31
Disember setiap tahun.
Dan yang terakhir, cadangan daripada ALK iaitu pada Bahagian Modal Syer, Ahli Lembaga
mencadangkan agar membuat pindaan syer minimum murid RM10 manakala, RM20 bagi guru
dan kakitangan.
Baiklah, dengan itu, diminta pencadang buka mikrofon serta kamera anda dan seterusnya
memperkenalkan diri sebelum mencadangkan usul pagi pindaan UUK ini diluluskan.
…..(pencadang bangun dan memperkenalkan diri dan memberi cadangan).
Baiklah, penyokong??? Sila tampil dan memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum anda
menyokong cadangan tersebut.
…..(penyokong bangun, memperkenalkan diri dan menyatakan sokongan).
Terima kasih kepada pencadang dan penyokong.
Alhamdulillah, semua agenda telah pun dibentangkan sebentar tadi. Saya megucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini kerana telah memberi kerjasama bagi
menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada
guru-guru koperasi kerana memberi kepercayaan kepada kami, ALK dan AJK Koperasi
mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29. Saya berharap agar rakan-rakan dapat
memberi sokongan kepada koperasi sekolah agar koperasi akan lebih maju pada masa
hadapan. Dalam kesempatan ini juga, saya memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap
sepanjang kami mengendalikan mesyuarat ini. Sehingga bertemu lagi dalam mesyuarat agung
yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Saya serahkan semula majlis kepada pengerusi majlis. Dipersilakan.
32
SENARAI KEHADIRAN
SENARAI KEHADIRAN ANGGOTA (GURU)
BIL NAMA NO KAD JANTINA BANGSA
1 KHAIRUL AKHMAR BINTI OMAR PENGENALAN PEREMPUAN MELAYU
2 JAMIL BIN JAMALUDIN 780303087044 MELAYU
3 SALEHAH BINTI ALI 630316075663 LELAKI LAIN-LAIN
4 MURNI BINTI MAT JALI 721223135122 PEREMPUAN MELAYU
5 NORMILAH MOHD NOH 890227035898 PEREMPUAN MELAYU
6 KAVITHA A/P CHELLIAH 680104025846 PEREMPUAN
7 SUHAIBAH BT MAT 760321075532 PEREMPUAN INDIA
8 AISYATUL NAZLIAH BT ABDUL RANI 861201296384 PEREMPUAN MELAYU
9 OOI BEE KHUAN 870318115318 PEREMPUAN MELAYU
10 RITA INDRAIANI SURIP 690921025220 PEREMPUAN
11 EN CHAN YOONG KEONG 861024235838 PEREMPUAN CINA
12 MAS ATIKAH BINTI ZAKARIA 660809106525 MELAYU
13 NARINDER KAUR A/P PEARA SINGH 880903035510 LELAKI
14 AHMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD YA 691112075054 PEREMPUAN CINA
15 KAMARUDIN BIN ZULKAFLI 910415035831 PEREMPUAN MELAYU
16 SALINA BT MOHD ISA 730421085845
17 HAMIZAH BINTI MD ARIS 720826065042 LELAKI INDIA
18 FAIZA BINTI MAMAT 900408105230 LELAKI MELAYU
19 KANAGAMBIGAI A/P RAMOO 640602115020 PEREMPUAN MELAYU
20 ROZINANI BT AWANG 690904085280 PEREMPUAN MELAYU
21 HAZMER BIN MAMAT 780523035684 PEREMPUAN MELAYU
22 HASHIDA BINTI MD ISA 900723035033 PEREMPUAN MELAYU
23 HUFAIDAH BINTI ZAKARIA 841110145750 PEREMPUAN
24 ATIRAH BINTI MOHD RIDUAN 820111035868 LELAKI INDIA
25 NOOR ALAMIYAH BT ZAKARIA 910122035870 PEREMPUAN MELAYU
26 NORLAILI BINTI ANI 741010026094 PEREMPUAN MELAYU
27 MOHD IKHWAN BIN CHE MUDA 620109045008 PEREMPUAN MELAYU
28 YAHYA MAT YASIN 910813115247 PEREMPUAN MELAYU
29 NURUL SAADAH BINTI ISMAIL 911118115477 PEREMPUAN MELAYU
30 HASLINA BINTI HASHIM 670405016186 LELAKI MELAYU
31 NORSHAHIZAN BT BAHARUM 750214145356 LELAKI MELAYU
32 NORHAYA BINTI MANSOR 841022055384 PEREMPUAN MELAYU
33 NURUL HAMIZA 711009035148 PEREMPUAN MELAYU
JAMALIAH AZMIRAKARIMAH MOHD 871118035350 PEREMPUAN MELAYU
34 ALI PEREMPUAN MELAYU
35 MAIZATUL AKMA BINTI MAMAT 771117115350 PEREMPUAN MELAYU
36 TIEW SHEAU FANG 841224035488 MELAYU
37 AZIYANTI BINTI ABU KHANIPAH 850423016292 MELAYU
38 LAILI AZUWA BINTI TAMRIN 801012085022
850530086480 PEREMPUAN MELAYU
39 NURDALILA BINTI YAHYA PEREMPUAN MELAYU
PEREMPUAN
PEREMPUAN CINA
PEREMPUAN MELAYU
PEREMPUAN MELAYU
MELAYU
33
SENARAI KEHADIRAN
SENARAI KEHADIRAN ANGGOTA (MURID)
BIL NAMA NO. KAD JANTINA BANGSA KELAS
PENGENALAN
1 MUHAMMAD FARIS DANIEL BIN LELAKI MELAYU 1 BESTARI
MOHD SAFARIN 081202140245 2 SAPELELE
PEREMPUAN MELAYU 2 BESTARI
2 NORHANNAH ZAHIDA BINTI NOR 071207140210 PEREMPUAN MELAYU
AZIDI 070201140258 MELAYU 2 JUJUR
070604140025 LELAKI 2 GIGIH
3 NUR AININA BALQIS BINTI MAZLAN MELAYU 2 BESTARI
4 MUHAMMAD HAZIQ BIN RAHIM 070416141039 LELAKI MELAYU 2 BESTARI
5 KHAIRUL NAZMI ABYAZ BIN 070426140195 LELAKI MELAYU 2 BESTARI
071011100946 PEREMPUAN MELAYU
KHAIRULNIZAM 070522140208 PEREMPUAN 2 IMTIAZ
6 MUHAMMAD DANIAL BIN ISHAK MELAYU
7 NOR SYALIANA BINTI ABDULLAH 070930140258 PEREMPUAN 2 JUJUR
8 NUR ALIYA MAISARAH BINTI RAZALI MELAYU 2 JUJUR
9 ILANY SYAFWANA ALYAA BINTI 070425140388 PEREMPUAN MELAYU
070106140057 LELAKI 2 IMTIAZ
MOHD IZUWAN MELAYU 2 IMTIAZ
10 NUR NAFISAH BINTI MOHAMAD 071117140786 PEREMPUAN MELAYU
071015100740 PEREMPUAN 2 BESTARI
NORLIZAM MELAYU
11 AMIR AIMAN BIN AMIRUL HISHAM 070407140712 PEREMPUAN 2 IMTIAZ
12 NOOR AISYAH HUMAIRAH BINTI MELAYU 2 SAPELELE
071025140746 PEREMPUAN CINA
AHMAD HILMY 070319140560 PEREMPUAN 2 IMTIAZ
13 DAMIA BINTI MOHD IZHAM MELAYU
14 NURUL HIDAYAH BINTI MUHD 070806140621 LELAKI 2 IMTIAZ
MELAYU
FADZIL 070222140521 LELAKI 2 IMTIAZ
15 NUR IZZAH INSYIRAH BINTI NOR MELAYU 2 IMTIYAZ
070123140382 PEREMPUAN MELAYU
AZLI 070112140010 PEREMPUAN 2 MAKMUR
16 KOH YOU MIN MELAYU 2 MAKMUR
17 MUHAMMAD FARIS MIRZA BIN 070313140093 PEREMPUAN MELAYU
071017011514 PEREMPUAN MELAYU 2 IMTIAZ
SHAHARUDIN 070416140992 PEREMPUAN
18 MUHD MIKAIL BIN MOHD IZZUDDIN MELAYU 2 IMTIAZ
070317100442 PEREMPUAN
GUOY MELAYU 2 MAKMUR
19 KHADEEJA ADANI BINTI NORLI @ 070810140878 PEREMPUAN MELAYU 2 JUJUR
070820140898 PEREMPUAN
AHMAD MELAYU 2 IMTIAZ
20 AINA NAJIHAH BINTI MOHD NAJIB 070131101586 PEREMPUAN MELAYU 2 IMTIAZ
21 NUR AIN NATASYHA BINTI 070206140548 PEREMPUAN
MELAYU 2 MAKMUR
KHAIRUDDIN 071012100083 LELAKI
22 HAZREEN NUR NAJWA BINTI RAZALI MELAYU 2 IMTIAZ
23 ALYA UZMA BINTI NORSHAREN 070529140040 PEREMPUAN
24 WAN NUR ALIA SHAKIRAH BINTI MELAYU 2 IMTIAZ
070608140399 LELAKI MELAYU 2 JUJUR
WAN AZIARIS 070928110260 PEREMPUAN MELAYU 2 SAPELELE
25 SUFFIAH HAZIRA BINTI AHMAD 070829140536 PEREMPUAN
MELAYU 2 MAKMUR
SAUFI 0704231400966 PEREMPUAN MELAYU 2 MAKMUR
26 HANA ILYANI 070615140469 LELAKI
27 SARA SYAZREEN BALQISH BT MELAYU 2 MAKMUR
071115140395 LELAKI
MOHAMMAD SYUHAIZAL 34
28 NURUL IZZATI BINTI MOHD NOR
29 MOHAMMAD AIDIL ASYRAF BIN
MOHAMMAD ASRIY
30 NUR SYASYA FARHANAH BINTI
SHAHRIL
31 MUHAMMAD AIMAN YUSUFF BIN
ROSDI
32 AIN DAMIA FAQIHA BT MOHD ZAMRI
33 ALYA HASINAH BT AHMAD FARID
34 NUR AINA FATIHAH BINTI YULY
MUHCSIN
35 ADIB FAIZEEN BIN AJME
36 MUHAMMAD ARFAN BIN MOHD
SULHAN
37 MOHD FIRDAUS BIN ZAINUDIN 060330011875 LELAKI MELAYU 3 IMTIAZ
38 TUAN MUHAMMAD ASHMAN AKIF MELAYU 3 IMTIYAZ
MELAYU 3 IMTIYAZ
BIN TUAN MOHD SUKRI 060201140283 LELAKI
MELAYU 3 LUHUR
39 NURFARZANA BINTI SHARANI 060522140292 PEREMPUAN
MELAYU 3 IMTIYAZ
40 MUHAMMAD ADIB IMRAN BIN MOHD INDIA 3 LUHUR
NOOR HISHAM 061219140999 LELAKI MELAYU 3 IMTIAZ
MELAYU 3 IMTIYAZ
41 MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD MELAYU 3 GAMELAN
MELAYU 3 IMTIYAZ
ROSNIZI 060130140461 LELAKI MELAYU 3 IMTIYAZ
MELAYU 4 AL FARABI
42 NANTINI A/P PALANIVELU 061013141216 PEREMPUAN
MELAYU 4 ALPHA
43 KHAIRUNNADI BINTI MOHD MELAYU 4 ALPHA
MELAYU 4 ALPHA
KASMIZAN 060717140284 PEREMPUAN
MELAYU 4
44 AISYAH HUSNINA BT ABDUL RASHID 060709100354 PEREMPUAN MELAYU ALKHAWARIZ
MELAYU
45 FARIDAH BINTI MOHAMAD 0631011107016 PEREMPUAN MI
MELAYU 4 ALPHA
46 AIRIN SYAZZANA BT HAIRULFATTA 060612140472 PEREMPUAN CINA 4 ALPHA
47 FATHIN AFRINNA BT HAIRUFAZI 060223140946 PEREMPUAN MELAYU 4 AL-
KHAWARIZMI
48 NUR SABRINA BINTI MOHD ARIFFIN 050328140388 PEREMPUAN MELAYU A AL FARABI
49 LAILATUL HUDA BINTI MOHD MELAYU 4 AL KHNIDI
SARIFF 050323100774 PEREMPUAN MELAYU 4 IBNU SINA
MELAYU 4 AL-
50 NUR LIYANA SAFIYAA BT FIRDAUS 050510140608 PEREMPUAN
MELAYU KHAWARIZMI
51 QHALILA BINTI MAHATHIR 051222140368 PEREMPUAN INDIA
4 ALPHA
52 MELAYU 4 AL KHINDI
NURUL HIDAYAH BT MOHAMAD MELAYU 5 AL-KHINDI
MELAYU 5 AL-KHINDI
KASIM 051006140232 PEREMPUAN
MELAYU 5 ARRAZI
53 NURLYANA NORFADZLY 051227140500 PEREMPUAN
MELAYU 5 BETA
54 NUR LIYANA SAFIYAA BT FIRDAUS 050510140608 PEREMPUAN 5 ALPHA
MELAYU
55 NUR FAQIHAH INARAH BT MOHD 5 BETA
MELAYU
FAUZI 050724140056 PEREMPUAN MELAYU 5 AR-RAZI
56 LIEW SIAO TUNG 051028141578 PEREMPUAN CINA 5 AR RAZI
MELAYU
57 NURAIN NATASYA BINTI MOHD 5 ALPHA
MELAYU 5 ARRAZI
SAFARIN 050403140186 PEREMPUAN 5 AL-FARABI
MELAYU 5 ALPHA
58 MUHAMMAD HAFIQ BIN MUHAMAD MELAYU
5 AL
FAIRUZ 050605140563 LELAKI CINA KHAWARIZMI
59 MELAYU 5 AL-
KHAWARIZMI
NUR SABRINA BT MOHD MUKHTAR 051001140196 PEREMPUAN MELAYU
MELAYU 5 ALPHA
60 NUR ALYA NATASYA BINTI 5 ALPHA
MOHAMAD HAIRUL AZHAR 050128140332 PEREMPUAN 5 ALPHA
5 AL-
61 SITI HAJAR BT FAISIR ANUAR 050822141458 PEREMPUAN
KHAWARIZMI
62 NURUL BALQIS SOFEA BINTI 5 AL-KHINDI
JEFREY 041221102272 PEREMPUAN 35
63 KASTURI A/P SARAVANAN 040522140868 PEREMPUAN
64 ANNISA BINTI AHMAD ROMLI 040913140822 PEREMPUAN
65 NUR SYAHDINA AQILAH BINTI
AINUDDIN 040428140992 PEREMPUAN
66 AFRINA HANI BINTI KHAIRUL NIZAM 040225140132 PEREMPUAN
67 NORHAMIZAH IZZATI BINTI MOHD
MOIN 040806140616 PEREMPUAN
68 MUHAMMAD RAZIQ BIN MUHAMAD
ANUAR 040705140131 LELAKI
69 MUHAMMAD IRSYAD ILHAM BIN
RODZAINI 040816141057 LELAKI
70 MUHAMMAD ZARIF BIN MOHD
NAZIR 040822140667 LELAKI
71 ANNISA BINTI AHMAD ROMLI 040913140822 PEREMPUAN
72 CHEA YONG EN 040121141018 PEREMPUAN
73 AIMAN IRFAN BIN KHAIRUL HISHAM 040718140165 LELAKI
74
SITI SARA BINTI AMIR HAMZAH 041215140424 PEREMPUAN
75 NUR HANIS SYAKIRAH BINTI MOHD
NOR 040804140452 PEREMPUAN
76 NUR BILQIS BINTI MUHAMMAD FAIZ 041216140282 PEREMPUAN
77 CHEN KAI MING 041118140887 LELAKI
78 YUSYAKIRIN AMELIN BINTI
YUSRIZAL 041106140038 PEREMPUAN
79
HAIRANIA AIN BINTI ABDULLAH 040612050356 PEREMPUAN
80 PUTERI NURHIDAYAH BINTI 041217141340 PEREMPUAN
ABDULLAH 040603100446 PEREMPUAN MELAYU 5 AL-
81 0404807050276 PEREMPUAN MELAYU KHAWARIZMI
5 AL FARABI
NUR AZALIA BINTI SHAMSUL 040411141112 PEREMPUAN MELAYU
82 NUR AIN FARHANA BINTI MUSASHI 5 AL-
83 040307140259 LELAKI MELAYU KHAWARIZMI
ANISAH BASYIRAH BINTI RAMLI 040501030280 PEREMPUAN MELAYU 5 AL-KHINDI
84 MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN 041105120334 PEREMPUAN CINA
5 ALPHA
MOHAMMAD NIZAM 5 AL FARABI
85 NUR NATASHA NADIAH BINTI
AZMAN
86 CHONG YONG HIE
36
SENARAI NAMA PEMENANG
KUIZ ONLINE ‘KENALI KOPERASI’
SEMUA PEMENANG AKAN MENERIMA HADIAH BERNILAI RM 15
BERUPA BAUCAR PEMBELIAN DI KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD
BIL NAMA PEMENANG TINGKATAN
1 NORHAMIZAH IZZATI BINTI MOHD MOIN TINGKATAN 5
2 BILQIS BT MUHAMMAD FAIZ TINGKATAN 5
3 AINA NAJIHAH BINTI MOHD NAJIB TINGKATAN 2
4 NUR NAFISAH BINTI MOHD NORLIZAM TINGKATAN 2
5 NUR AININA BALQIS BINTI MAZLAN TINGKATAN 2
6 AIRIN SYAZZANA BINTI HAIRULFATTA TINGKATAN 3
7 NUR ALYA NATASYA BINTI MOHD KHAIRUL AZHAR TINGKATAN 4
8 NATASHA
9 FIRDAUS ZACK TINGKATAN 3
10 NUR SYAHDINA AQILAH BT ZAINUDDIN TINGKATAN 5
11 AIMAN IRFAN BIN KHAIRIL HISHAM TINGKATAN 5
12 MUHAMMAD FARIS DANIEL BIN MOHD SAFARIN TINGKATAN 1
13 NURSABRINA BINTI MOHD MOKHTAR TINGKATAN 4
14 AFIQ SYABIL
15 NURSABRINA BINTI MOHD ARIFFIN TINGKATAN 4
16 MUHAMMAD HANIQ
17 KHADEJA ADANI BINTI NORLI @ AHMAD TINGKATAN 2
18 IILANY SAFWANA ALYAA BINTI MUD IZUAN TINGKATAN 2
19 NOOR AISHAH HUMAIRAH BINTI AHMAD HILMY TINGKATAN 3
20 MUHAMMAD SYAHRIN
37
GALERI KENANGAN
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD
KALI PERTAMA
PADA 11 OGOS 2021
38
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD
KALI KE-2
PADA 1 SEPTEMBER 2021
39
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD
KALI KE-29
PADA 8 SEPTEMBER 2021
40
LAMPIRAN AKTIVITI
SEPANJANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD
KALI KE-29
PADA 8 SEPTEMBER 2021
41
42
43
44
45
46
PERTANDINGAN KUIZ ONLINE KOPERASI
47
LINK DAN QR CODE
BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD KALI KE-29.
https://anyflip.com/zqlky/jujn
BUKU LAPORAN TAHUNAN
KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD KALI KE-29
https://anyflip.com/trdyp/piqc/
BUKU LAPORAN PENYATA KEWANGAN
KOPERASI SMK CHERAS KL BERHAD
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2020
https://anyflip.com/dyaro/wsnz/
48