The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN (A)
DISEDIAKAN OLEH: NUR AQILA BINTI AZIZAN (273133)
DISEDIAKAN UNTUK: DR. MAIZATUL AZURA BINTI YAHYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraqila4, 2022-05-10 09:29:40

DUNIA MISTERI

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN (A)
DISEDIAKAN OLEH: NUR AQILA BINTI AZIZAN (273133)
DISEDIAKAN UNTUK: DR. MAIZATUL AZURA BINTI YAHYA

DITULIS OLEH : NUR AQILA AZIZAN

DUNIA

MMiisstteerrii

Amir dan Yana merupakan adik beradik yang sangat nakal dan
suka bergaduh sesama sendiri. Mereka selalu tidak mendengar
kata dan nasihat ibu dan ayah mereka. Amir merupakan abang
sulung kepada adiknya iaitu Yana. Ibunya selalu menasihati Amir
supaya menjadi abang yang baik kepada Yana. Namun, Amir
tidak mahu mendengar kata-kata ibu dan ayahnya.

Pada musim cuti sekolah yang lalu, Amir dan Yana dihantar oleh ibubapa
nya ke rumah datuk mereka. Ibu bapa mereka percaya Amir dan Yana
boleh belajar untuk saling bertolak ansur dibawah jagaan datuk. Datuk
kepada Amir dan Yana, Atuk Mail merupakan seorang yang tegas dan
mempunyai hobi iaitu memancing. Rumah kediaman Atuk Mail merupakan
rumah peninggalan turun-temurun nenek moyang terdahulu yang
sudah memakan usia.

Pada suatu hari, sedang Yana bermain di dalam rumah datuknya, Yana
terhidu wagian yang berjaya menarik perhatiannya. Bau tersebut
datang dari salah satu bilik di dalam rumah Atuk Mail. Datuk pernah
berpesan kepada mereka jangan sesekali bermain di kawasan bilik yang
terletak di belakang rumah. Tanpa menghiraukan pesanan Atuk Mail,
Yana cuba menolak pintu tersebut dan berjaya memasuki bilik
tersebut. Alangkah terkejutnya Yana apabila dia menjumpai satu
ruang yang menghubungkan ke dunia lain.

??

Yana bertindak dengan memanggil abangnya. Setelah Yana
menceritakan perihal tersebut kepada Amir, Amir merasa
terkejut dan tidak mempercayai kata-kata adiknya. Amir juga
marah terhadap adiknya dan takut jika datuk mereka
mengetahui tindakan adiknya tersebut. Ketika Amir ingin
menutup pintu tersebut, dia juga terbau wangian yang
dikatakan oleh adiknya.

Akhirnya, Amir dengan berani mengajak Yana memasuki
bilik tersebut bagi menyelesaikan tanda tanya yang
bermain di fikiran mereka. Mereka memasuki dan
mendapati dunia itu dipenuhi dengan flora dan fauna
serta binatang yang comel.

Tiba-tiba, pintu yang menghubungkan ke dunia misteri hilang dari
pandangan mereka. Amir dan Yana mula cemas. Mereka mencari
pertolongan di dalam dunia tersebut. Sehinggalah, mereka terjumpa
rumah nenek sihir. Nenek sihir itu menyapa mereka dengan sangat
mesra dan baik. Amir dan Yana memberi tahu tujuan mereka berjumpa
nenek sihir adalah ingin meminta pertolongan untuk kembali ke dunia
asal mereka. Nenek sihir setuju membantu mereka. Misi mereka adalah
mencari kunci yang terletak di kaki gunung. Mereka harus mencari
kunci untuk kembali ke dunia asal dengan bantuan pari-pari.

Demi kembali ke dunia asal, mereka mengambil keputusan
untuk mengembara. Sepanjang pengembaraan tersebut,
mereka menemui pelbagai jenis kehidupan yang unik dan
macam-macam kejadian yang menarik berlaku.
Pengembaraan demi pengembaraan menjadi lebih mudah
atas bantuan pari-pari.

Pada hari pertama pengembaraan, mereka menemukan
kawasan perkampungan harmoni yang didiami oleh orang
kerdil. Perkampungan tersebut amat cantik. Sungainya dialiri
oleh air koko yang diperbuat daripada coklat yang amat
manis. Rumah-rumah dan pokok- pokok disitu diperbuat oleh
biskut dan marshmello

Salah seorang orang kerdil itu terduduk lesu sambil menangis
teresak-esak. Mereka saling tertanya-tanya akan keadaan orang
kerdil tersebut.
Yana bertanya dengan penuh kerisauan “Kenapa kamu
menangis, wahai orang kerdil? Ada sebarang kesusahan yang
kamu alami?”.
Orang kerdil itu mencari anaknya yang hilang dan menyalahkan
dirinya atas kecuaiannya.

A sentence
of your

storybook

Tanpa melengahkan masa Amir dan Yana bersama pari-pari
menghulurkan bantuan mencari anak orang kerdil itu.
Dengan bantuan mereka, anak orang kerdil itu telah
ditemukan di hujung kawasan anak sungai perkampungan
mereka. Ibu orang kerdil itu berterima kasih kepada mereka
atas bantuan yang diberikan.

A sentence
of your

storybook

Setelah itu, mereka meneruskan lagi pengembaraan itu.
Perjalanan diteruskan pada hari kedua dengan melalui satu
hutan tebal. Mereka berjalan berpandukan pari-pari.

Setelah berjalan selama 1 jam, Yana keletihan untuk berjalan.
Sebagai abang, Amir mendukung adiknya bagi meneruskan
misi mereka. Atas sifat penyayang yang ditunjukkan oleh
Amir, pari- pari tersebut mencipta kereta kuda yang
diperbuat daripada labu.

Dalam perjalanan, mereka terdengar suara seseorang
meminta tolong.
“ Tolong! Tolong!”
Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati arah suara
itu datang dari seekor arnab. Arnab itu terjatuh di dalam
lubang yang dalam. Tanpa melengahkan masa, Amir terus
mencari akar kayu untuk dijadikan sebagai tali dan masuk
kedalam lubang itu bagi menyelamatkan arnab. Setelah arnab
berjaya diselamatkan, Yana membantu arnab membersihkan
badan yang dipenuhi dengan lumpur.

Tolong!
Tolong!

“Terima kasih semua” kata arnab.

“Kamu semua hendak ke mana? Disini kawasan larangan”
tanya arnab itu dengan penuh kerisauan.

Amir menjelaskan tujuan mereka ke kaki gunung itu.
Reaksi arnab kelihatan sangat terkejut. Melihat
kegigihan mereka, lalu arnab menghulurkan bantuan
dengan membawa mereka ke destinasi yang mereka
ingin tuju.

Dengan bantuan si arnab, mereka tiba di kaki
gunung. Terdapat sebuah gua yang sangat besar.
Tanpa berfikir panjang, Amir dan Yana
memberanikan diri memasuki gua tersebut
diikuti pari-pari.

Mereka dikejutkan dengan satu gauman yang
sangat kuat. Pasti itu Naga Seri Mas, Raja dunia
misteri.

“Apakah tujuan kamu semua kesini?” tanya Naga
Seri Mas.

Amir dan Yana menggigil ketakutan menjawab
soalan Naga Seri Mas. “ kami ingin pulang ke dunia
asal kami, tetapi kami perlu mencari kunci”

Naga Seri Mas terus memberikan kunci yang mereka cari.
Dengan begitu sahaja mereka dapat kunci yang dicari.

Naga Seri Mas terus ketawa. Reaksi Amir dan Yana begitu
mencuit hatinya.

Lalu, Naga Seri Mas menunjukkan semula perjalanan
pengembaraan Amir dan Yana mencari kunci yang
mereka cari, bermula dengan berjumpa nenek sihir,
menolong ibu arnab sehinggalah menolong arnab pada
dinding dalam gua tersebut. Amir dan Yana bertambah
keliru.

Alangkah terkejutnya mereka, rupa-rupanya mereka
sedang diuji. Naga Seri Mas mahu melihat Amir dan Yana
bekerjasama antara mereka. Akhirnya, Amir dan Yana
berjaya untuk mengharungi pengembaraan ini dan
hubungan mereka semakin akrab sebagai adik beradik.
Naga Seri Mas membuka laluan ke dunia asal mereka
semula.

Amir dan Yana berjaya kembali ke dunia asal
mereka. Mereka bersorak kegembiraan. daripada
situ, mereka tahu bahawa ibu bapa mereka
membuat pilihan terbaik mengantar mereka
pulang ke kampung. Amir dan Yana saling membalas
senyuman.

PENGAJARAN:

Kita hendaklah mempunyai sikap sayang
menyayangi antara ahli keluarga.


Click to View FlipBook Version