Cerita Cinta Kami
Nur Atiqah Binti Mohammed
0:58 -2:32
JODOH
KELUARGA
Pengenalan Diri
Abah
Nama diberi Mohammed Bin Dollah. Dilahirkan
pada tahun 1962 dan merupakan anak keempat
dari tujuh orang adik-beradik serta merupakan
anak lelaki kedua dalam keluarga. Abah
merupakan seorang anggota PDRM.
Ma
Nama diberi Zaliha Binti Ismail. Dilahirkan pada
tahun 1968. Ma merupakan anak sulung dari
sepuluh orang adik-beradik. Ma merupakan suri
rumah tangga sepenuh masa.
Pengenalan
Abah merupakan pegawai polis dan bertugas Balai Polis Subang
Jaya di Selangor manakala Ma pula hanyalah gadis yang tinggal
Bersama ibu bapanya. Oleh kerana Ma merupakan anak sulung
maka banyak tugas yang digalas Ma. Ma merupakan gadis yang
berdikari. Sejak kecil Ma sudah diajar untuk melakukan kerja-kerja
rumah. Walaupun Ma merupakan gadis yang dibesarkan di
kampung namun ayah(Tok Ayah) kepada Ma bekerja di Singapura.
Sebelum Abah dijodohkan dengan Ma, Abah merupakan lelaki yang
diminati ramai. Abah pernah dilamar oleh 5 orang gadis namun
kerana peribadi abah yang sangat menjaga batas maka tiada satu
gadis yang mampu memikat Abah. Berbeza dengan Ma yang
periang dan berkawan dengan semua orang. Ma pernah
mempunyai rakan lelaki tetapi rakan lelaki Ma seorang yang
lembut. Dari situ dapat diambil pengajaran jika kita menjaga diri
untuk jodoh yang Allah sudah tetapkan maka pasangan yang hadir
juga adalah cerminan dari diri kita. Ma dan Abah tidak pernah
bercinta dan cinta mereka bermula selepas nikah.
Jodoh Keluarga
Percintaan Ma dan Abah bermula dengan aturan
keluarga. Pada ketika itu, Ma berusia 18 tahun. Ini di
mana Ma baru selesai menduduki SPM manakala Abah
pula sedang bertugas di Selangor. Sebelum keluarga
Abah datang merisik Ma, mereka pernah datang ke
rumah Ma hanya untuk melawat Mok dan Tok Ayah(mak
dan ayah kepada Ma). Namun begitu, siapa sangka
kehadiran yang pada mulanya untuk melawat sedara
mara menjadi pertemuan penyatuan keluarga. Ma
pernah bercerita yang mak dan ayah kepada Abah mula
bertanya tentang Ma selepas Ma menghidangkan air
kepada mereka. Ma mendengar perbualan mereka dari
dapur tetapi pada masa tersebut Ma hanya fikir yang
keluarga Abah hanya ingin mengenali Ma.
Pada usia tersebut, Ma sedang cuba untuk
menyambung pelajaran tetapi kerana pada zaman
dahulu terdapat masalah kewangan maka Ma terpaksa
melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran.
Ma menolong Mok di rumah serta menjaga adik-adiknya
yang masih kecil. Manakala Abah pula sedang bekerja di
Selangor. Abah dan adik-beradik lelaki Abah yang lain
semua bekerja jauh dari keluarga untuk membantu
keluarganya. Abah anak yang sangat mentaati ibu
bapanya. Segala kemahuan dan pesanan ibu bapanya
akan Abah cuba turuti dan ingat.
Selepas keluarga Abah pergi ke rumah, seminggu
selepas itu Abah pulang ke kampung kerana disuruh oleh
Ibu kepada Abah. Ibu bapa Abah berbincang dengan
Abah untuk satukan Abah dengan Ma. Pada mulanya
Abah terkejut kerana sebab Abah disuruh pulang adalah
untuk berbincang tentang perjodohannya. Namun
kerana Ibu kepada Abah sangat berkenan dengan Ma
maka Abah hanya turuti kehendak ibu bapanya. Abah
bersetuju dengan pilihan ibu bapanya.
Ma pula selepas Mok dan Tok Ayah memberitahu
tentang perkara tersebut Ma terkejut dan meminta masa
selama sebulan. Walaupun sebenarnya Ma ingin
menolak lamaran tersebut tetapi kerana ini kehendak
keluarga maka Ma perlukan masa. Ma berniat untuk
belajar dan tidak mahu memikirkan tentang
perkahwinan buat masa terdekat ini. Mok dan Tok Ayah
bersetuju untuk memberikan Ma masa untuk berfikir.
Selama masa yang diminta, Ma berfikir untuk
menerima atau tidak. Ma dan Abah tidak pernah kenal
atau berjumpa. Mok dan Tok Ayah juga tidak kenal Abah
kerana Abah bekerja di Selangor. Mok dan Tok Ayah
berkenan dengan Abah kerana ibu bapa kepada Abah
yang menceritakan sikap atau tingkah laku Abah kepada
mereka. Genap sebulan, Ma memberitahu kepada Mok
dan Tok Ayah bahawa Ma menerima lamaran tersebut.
1986
Pada tahun yang sama iaitu 1986, selepas Ma memberikan jawapan maka kedua-
dua belah pihak merancang Tarikh pertunangan. Pada waktu tersebut Abah
menyerahkan segala-galanya kepada Ibu dan kakak-kakak Abah iaitu Ma long dan
Mok Teh. Abah hanya memberikan wang yang diperlukan untuk barang-barang
pertunangan.
Pada 12/07/1986, Ma sudah menjadi tunang kepada Abah. Majlis pertunangan
hanya dihadiri keluarga terdekat iaitu adik-beradik dan saudara-mara. Ini kerana,
majlis pertunangan tidak perlu dihebohkan. Pada hari pertunangan, Ma dan Abah
masih tidak bertemu, mereka hanya mengenali pasangan melalui gambar yang
diberikan oleh ibu bapa. Kesibukkan abah serta sukar mendapat cuti
menyebabkan Abah tidak dapat hadir ke majlis pertunangannya sendiri. Namun
begitu, Abah percaya dengan pilihan orang tuanya. Bagi Abah, pilihan orang tua
adalah yang terbaik.
Ketika majlis berlangsung, Ma hanya duduk di dalam bilik dan hanya
menunggu waktu sarung cincin. Ma mendengar segala perbualan di antara kedua
belah pihak. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan
pada tahun depan iaitu pada 07/08/1987 pada hari Jumaat.
Pertemuan Pertama
Beberapa bulan sebelum berlangsung majlis perkahwinan Ma dan Abah, Abah
pulang ke kampung untuk persiapan majlis perkahwinan. Ini merupakan kali
pertama Ma dan Abah bakal bertemu buat pertama kali secara bersemuka.
Abah pergi ke rumah Ma ditemani oleh kakak dan abang ipar Abah. Abah
membawa motosikalnya sendiri begitu juga kakak abah. Abah sedikit gementar
kerana ini pertama kali Abah akan pergi untuk menjemput Ma. Abah kata Abah tak
pernah membawa mana-mana perempuan kecuali ibu dan kakak-kakak Abah.
Sampai sahaja di depan rumah Ma, Abah disambut oleh Tok Ayah. Tok Ayah
menyuruh Abah serta kakak dan abang ipar Abah untuk masuk dahulu. Pada waktu
itu, Ma sedang bersiap-siap. Abah sedikit gementar untuk melihat bakal isterinya
buat pertama kali di rumah. Setelah beberapa minit, Ma terus pergi ke ruang tamu
untuk menjumpai bakal suaminya.
Ma Long dan Mok Teh iaitu kakak kepada
Abah menyuruh Ma bonceng Bersama Abah.
Ma dan Abah bonceng Bersama sambal beg
Ma diletakkan di antara Abah dan Ma supaya
ada jarak diantara mereka. Abah
memberitahu ketika membawa Ma,
motorsikalnya mati banyak kali kerana
gementar membawa Wanita bukan mahram.
Abah dan Ma membeli barang di sempadan
Kelantan iaitu Golok. Kata Ma pada waktu itu,
barang di sana lebih murah. Jadi segala
persiapan dan barang hantaran di beli di
sana. Abah hanya menuruti segala yang
dipilih Ma serta kakak-kakak Abah. Selesai
membeli segala barang hantaran, Abah terus
menghantar Ma pulang dan seperti biasa
kejadian motorsikal mati secara tiba-tiba
berlaku lagi. Walaupun seharian masa Abah
Bersama Ma tetapi gementar Abah masih
sama berbeza dengan Ma yang tenang.
Hari Bahagia
Setelah setahun pertunangan Ma dan Abah, maka hari bahagia bakal tiba. Tepat
pada pukul 10.00 pagi dan bertarikh 07/08/1987 Ma sudah sah bergelar isteri
kepada Encik Mohammed Bin Dollah. Pengantin perempuan hanya duduk di bilik
dan hanya mendengar akad dari bilik sahaja. Ma yang ditemani Mok serta adik-
beradiknya yang lain mendengar akad yang dilafazkan.
Selesai sahaja majlis akad nikah, majlis persandingan pada waktu tengah hari.
Tetamu-tetamu mula hadir untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan Ma dan
Abah. Ma kata pada hari Ma bergelar isteri Ma sudah bersiap untuk menjadi isteri
yang baik dan membahagiakan Abah. Ma juga berkata Ma bersedia menyayangi ibu
bapa serta adik-beradik Abah seperti keluarga Ma sendiri. Ini kerana, syurga Ma
sudah di bawah telapak kaki Abah dan syurga Abah di bawah telapak kaki ibu Abah.
Jadi Ma akan cuba membahagiakan Ibu kepada Abah kerana itu merupakan syurga
Abah.
Ma dan Abah bersanding di atas pelamin. Oleh
kerana, Ma merupakan anak sulung perempuan maka
majlis perkahwinan dibuat sedikit berada kata Abah.
Pakaian Ma dan Abah yang serba putih menunjukkan
yang Ma dan Abah adalah raja dan ratu sehari.
Kehadiran tetamu yang ramai termasuk rakan-rakan
Abah serta Ma memeriahkan lagi majlis. Perkahwinan
Ma dan Abah diadakan secara besar-besaran untuk
memberitahu bahawa mereka sudah menjadi suami
isteri. Ini kerana tiada yang tahu bahawa Ma dan Abah
sudang bertunang kecuali ahli keluarga terdekat
sahaja.
Selesai sahaja majlis, Ma dan Abah membasuh
periuk Bersama-sama. Perkara ini sudah menjadi adat
bagi keluarga Ma di mana pengantin baharu perlu
membasuh periuk dan kuali selepas majlis selesai.
Abah kata pada mulanya sedikt janggal dan masih tidak
biasa dengan keadaan ini. Selepas solat Isyak, Abah
duduk Bersama Tok Ayah dan saudara mara belah Ma
yang lain. Pada waktu tersebut saat Abah mengenali
keluarga Ma dengan lebih dekat. Oleh kerana Abah
seorang yang mudah bergaul maka senang untuk Abah
bersembang dengan ahli keluarga Ma. Abah mula
mengenali Ma sedikit demi sedikit selepas majlis
perkahwinan mereka.
Keluarga Bahagia
Kini perkahwinan Ma dan Abah genap 35 tahun
bersama 6 orang anak yang sihat. Ma dan Abah
dikurniakan 4 orang lelaki dan 2 perempuan.
Kata Abah, setiap anak-anak Abah memberikan
rezeki yang berbeza daripada Allah SWT. Abah
selalu berkata rezeki yang dia ada sekarang
kerana doa anak-anak dan ibu bapanya. Ini
kerana selepas Ma dan Abah berkahwin, Ma
dan Abah terpaksa hidup tidak seperti suami
isteri yang lain. Ma dan Abah menjalani
pehubungan jarak jauh(PJJ) yang sangat lama.
Abah perlu pulang untuk bertugas dan pada
waktu tersebut Abah masih tidak mendapat
rumah kerajaan dan untuk menyewa Abah
masih tidak mampu. Namun itu buka
penghalang kerana Ma menerima segala
kelemahan yang ada pada Abah. Ma selalu kata
susah senang Bersama itulah kebahagiaan
dalam rumah tangga.
Abah akan cuba pulang setiap bulan ke
kampung. Setelah beberapa bulan
perkahwinan Ma dan Abah, Ma disahkan
mengandung anak pertama tetapi Abah masih
tidak dapat menemai waktu-waktu kehamilan
Ma sehingga waktu bersalin. Ma bersalin
ditemani ibu kepada Abah dan Mok
disampingnya. Kekangan wang serta kerja yang
padat menyebabkan Abah tidak dapat pulang.
Ma berkata setelah Along berusia 2 bulan baru
Abah dapat pulang dan lihat anak pertama
mereka atau dalam keluarga kami dikenali
Along. Abah kata rezeki anak pertama Abah
mampu membeli sebuah motorsikal.
Abah dan Ma duduk berjauhan selama beberapa tahun dan Ma dan Abah sudah
mempunyai 2 orang anak lelaki. Selepas anak kedua lahir iaitu Angah, Abah sudah boleh
membawa Ma serta anak-anaknya tinggal Bersama di Selangor. Pada waktu itu, Abah dan
Ma hanya tinggal di rumah setinggan. Walaupun rumah setinggan tapi kehidupan Ma dan
Abah penuh kebahagiaan. Setelah tinggal di rumah setinggan selama setahun, Ma
mengandung anak yang ketiga iaitu Acik. Selepas kelahiran anak ketiga, Abah dan Ma sudah
berpindah ke rumah kerajaan iaitu rumah khas bagi Polis. Abah juga kata Abah sudah
mampu membeli rumah walaupun berhutang dengan bank.
Pada 1995, lahirlah seorang lagi anak lelaki iaitu Uda. Pada waktu ini, Abah sudah
mampu membeli sebuah kereta iaitu Proton Saga Merah. Sejak mempunyai kereta, mudah
untuk anak-anak Abah berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung walaupun
hanya setahun sekali. Ma bercerita saat paling Abah gembira adalah pada kelahiran anak
perempuan pertama dia. Abah jerit sekuat hati di hospital sehingga ditegur doktor. Setelah
13 tahun perkahwinan, Ma dan Abah dikurniakan anak perempuan yang lama mereka
tunggu. Kata Abah, anak perempuan yang sihat itu adalah rezeki buatnya. Ramai yang
menyayangi anak perempuannya termasuk abang-abangnya. Pada 2005, lahirkan anak
perempuan kedua. Anak perempuan kedua memberikan Abah mampu menukar kereta
proton kepada Van. Walaupun hanya Van namun ini melengkapkan kami kerana Van
memberikan keselesaan ketika pulang ke kampung.
MA & ABAH
Kesimpulan
Perkahwinan dari jodoh keluarga membuktikan yang cinta selepas nikah
menjamin kebahagiaan. Ini dapat dibuktikan dari kisah percintaan Ma dan Abah.
Walaupun sudah 35 tahun perkahwinan Ma dan Abah tetapi Abah tidak pernah
berhenti untuk membahagiakan Ma dan memenuhi segala kehendak Ma.
Kesabaran Abah dan Ma membuktikan kini Abah mampu memenuhi keperluan dan
kehendak keluarganya di mana yang dulu Ma dan Abah yang hidup serba
kekurangan serta Abah perlu ikat perut untuk memberikan makanan yang cukup
untuk anak-anaknya kini mampu memberikan apa yang anak-anak mereka
inginkan. Ma dan Abah yang dulu tinggal di rumah setinggan kini mereka bakal
tinggal di rumah yang bakal siap di atas tanah sendiri. Dulu Abah yang hanya
mampu memakai Van, kini mempunyai kereta Proton Exora. Percintaan Ma dan
Abah membuktikan jika cinta itu dimulakan dengan baik maka perjalanan cinta itu
juga akan baik.
Abah pernah berpesan yang ”Cinta itu Suci” jadi jaga cinta itu dan jangan kotorkan
cinta dengan perkara yang sia-sia. Jika kita jaga cinta kita kepada Allah maka Allah
hadirkan cinta yang baik. Pasangan kita adalah cerminan kita. Manakala Ma pula
berpesan, cinta sahaja tidak cukup tanpa redha ibu bapa. Jika ibu bapa lelaki tidak
suka maka undurkan diri kerana syurga seorang lelaki sentiasa di bawah telapak
kaki ibu dan doa ibu tiada hijabnya.
Kini Ma dan Abah hidup bahagia bersama 6 orang anak dan 3 orang menantu dan 6
orang cucu. Keluarga Ma dan Abah bertambah besar dan mungkin akan bertambah
lagi ahli keluarga dalam keluarga ini. Keluarga yang penuh keceriaan menyerikan
keluarga Ma dan Abah.
Pengajaran kisah percintaan Ma dan Abah adalah jodoh itu datang tanpa kita tahu
serta jangan terlalu fikirkan jodoh kita dengan sesiapa kerana aturan pertemuan
jodoh berbeza. Tidak semestinya cinta tanpa kenal tidak kekal kerana cinta selepas
nikah itu lebih indah. Selain itu, hidup berumah tangga akan penuh cabaran, tetapi
jika cinta itu ikhlas, segala halangan mampu ditempuhi bersama yang penting
sabar dan tenang kerana akan ada ganjaran yang Allah telah sediakan.
Disediakan oleh
Nur Atiqah Binti Mohammed
(285356)
Keluarga Besar
Ma & Abah