The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihajar1514, 2020-02-26 23:26:49

Penyata Persidangan PIBG Sesi 2019/2020

JBA 1085
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK SERI KOTA PUTERI

Penyata PERSIDANGAN PIBG
SESI 2019/2020

Dibentangkan di:

Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-22

Dirasmikan Oleh:

SUNIL KUMAR SINGH
CEO IFFCO

1 MAC 2020 (AHAD)
8:00 PAGI

DEWAN SERI PUTERI, SKSKP

SEKAPUR SIREH DARIPADA GURU BESAR

SK SERI KOTA PUTERI

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, saya panjangkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan izin
dan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk
kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22. Selain itu juga, kita
dapat menyaksikan anak-anak yang telah mengharumkan nama sekolah sepanjang
tahun 2019. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar
ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap
sekolah ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan
prestasi sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik
dari segi akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini hasil dari kesepaduan
muafakat bersama. Sesungguhnya sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini
merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan
prasarana sekolah.

Pihak sekolah juga sentiasa menerima sokongan, bimbingan dan dorongan
serta kerjasama daripada pihak JPN, PPD, PIBG dan masyarakat setempat untuk
meningkatkan lagi sekolah ini ketahap yang lebih membanggakan. Mesyuarat Agung
PIBG merupakan satu elemen yang penting di dalam pembangunan sesebuah
sekolah dan ia merupakan medan untuk ibu bapa dan guru untuk berkongsi idea
serta pendapat bagi mencari satu titik penentu kejayaan dan kegemilangan sekolah
ini. Oleh yang demikian, kita perlu berganding bahu dan bersatu untuk membolehkan
kita membina satu lorong kejayaan bagi membentuk modal insan yang gemilang dan
sekolah yang terbilang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam
menjayakan majlis ini. Semoga pertemuan singkat pada hari ini membawa
keberkatan dan seribu makna kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

…………………………………………………………

(MOHD TAHIR BIN SUPIAN)
Guru Besar
SK Seri Kota Puteri.

2

SEKILAS UCAPAN
YANG DIPERTUA PIBG
SK SERI KOTA PUTERI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah pada hari ini dapat sekali lagi kita bersama-sama berada dalam
majlis Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Cemerlang SK Seri Kota Puteri.
Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan tahniah kepada yang
diraikan.

Pada tahun 2018, pihak PIBG telah dapat menjalankan beberapa aktiviti
dalam membantu program yang telah dirancang oleh pihak sekolah. PIBG tidak
dapat menjalankan aktiviti tersebut tanpa disokong dan kerjasama daripada semua
pihak. Begitu juga dengan kejayaan anak-anak kita, dapat dicapai dengan sokongan
dan kerjasama daripada semua pihak selain usaha murid itu sendiri. Walaupun
bilangan murid yang mendapat bilangan A dalam UPSR kebiasaannya menjadi kayu
ukur sesebuah sekolah, namun pihak PIBG tidak pernah meminggirkan program
kokurikulum, displin, kebajikan dan keceriaan sekolah ini.

Kepada murid-murid SK Seri Kota Puteri, berusahalah bukan sahaja untuk
menerima pengiktirafan di Hari Anugerah Cemerlang tetapi untuk masa depan diri
dan keluarga sendiri. Kegigihan dan kecemerlangan bermula dari peringkat rendah
memudahkan untuk mencapai kegemilangan seterusnya.

Akhir kata, semoga pada hari ini barisan AJK dan semua warga sekolah
meneruskan gandingan bahu untuk sama-sama mencapai kegemilangan dan
kecemerlangan prestasi sekolah. Sumbangan daripada semua pihak baik secara
langsung atau tidak langsung dalam apa jua bentuk samada kewangan, tenaga dan
juga pendapat sepanjang sesi 2018/2019 amatlah dihargai. Berkat pengorbanan
tuan/puan akan terbalas pada anak tuan/puan juga akhirnya.

Akhir kata, “Muafakat Membawa Berkat”.

Sekian, terima kasih.

……………………………….

(JABIDIN BIN SURADI)
Yang Dipertua PIBG
SK Seri Kota Puteri

3

Atur cara

MASA ATUR CARA

7.30 am Pendaftaran Ibubapa
8.00 am (Edaran penyata kewangan dan buku program)
8.15 am Ketibaan Para Pentadbir, YDP, NYDP dan AJK PIBG
Bacaan Doa
8.45 am Ucapan Guru Besar SKSKP
Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
10:00 am Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 dimulakan
Pembubaran AJK PIBG SK Seri Kota Puteri 2018/2019
10:15 am Pemilihan Jawatankuasa PIBG SK Seri Kota Puteri 2020/2021
10.45 am Mesyuarat Agung ditangguhkan
10:55 am Penyampaian Cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2018/2019
Sesi Bergambar AJK PIBG bersama pentadbir
11.10 am REHAT
Ketibaan YB Sunil Kumar Singh (CEO IFFCO)
12.45 pm Persembahan 1
1.00 pm Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Seri Kota Puteri
Ucapan Perasmian oleh CEO IFFCO
Persembahan 2
Majlis Anugerah Cemerlang dimulakan
Penyampaian Hadiah Sesi 1
Persembahan 3
Penyampaian adiah Sesi 2
Cabutan Bertuah
Penyampaian Hadiah Sesi 3
Cabutan Bertuah
Bersurai

4

AGENDA PERSIDANGAN PIBG KALI KE-22
SK SERI KOTA PUTERI SESI 2019/2020

1) Ucapan Alu-aluan Yang Di-Pertua PIBG
2) Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21
3) Perkara- perkara Berbangkit
4) Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG 2018/2019

Berakhir pada 31 Disember 2019

5) Membentangkan Penyata Tahunan PIBG Sesi 2019/2020
6) Membentang dan Membahaskan Usul
7) Hal- hal lain
8) Pembubaran Jawatankuasa PIBG SK Seri Kota Puteri Sesi 2018/2019
9) Pelantikan Pengerusi Sementara
10) Pemilihan Jawatankuasa PIBG SK Seri Kota Puteri Sesi 2020/2021
11) Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG
12) Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2018/2019
13) Sesi Bergambar

5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Tel/Faks : 07-3881720/07-3881720
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI, Email : [email protected]
JALAN BAYAN, BANDAR BARU KOTA PUTERI,
81750 MASAI, JOHOR

Rujukan kami : JBA1085/100-9/2/2( )

Tarikh : Februari 2020

Ibu Bapa / Penjaga Murid / Guru-guru
Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri,
81750 Masai, JOHOR

Tuan / Puan,

MESYUARAT AGUNG PIBG SKSKP KALI KE-22

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini akan mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-22 sesi 2019/2020 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Mac 2020
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Puteri, Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri.

3. Bersama-sama surat ini, disertakan sekali borang usul bagi Mesyuarat Agung PIBG SKSKP Kali ke-22.
Usul yang dihantar kepada pihak PIBG dan sekolah akan dipertimbangkan oleh Yang Dipertua PIBG dan pihak
pentadbir sekolah sebelum dibentangkan. Usul ini mesti dikembalikan kepada Setiausaha PIBG, Puan Siti Hajar
binti Azeman selewat-lewatnya pada 20 Februari 2020 (Khamis). Sebarang kelewatan usul tidak akan diterima.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,
………………………………….
(JABIDIN BIN SURADI)
YDP PIBG
SK Seri Kota Puteri.

Sk 1. Fail Induk PIBG
2. Fail Setiausaha

6

Kepada: Tarikh: _________________
Setiausaha PIBG,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
SK Seri Kota Puteri.

USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 (SKSKP)

1) ____________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

2) ____________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

3) ____________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

4) ____________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Yang Benar,
…………………………………………..
()

7

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 21 (2019)

Tarikh : 21 April 2019

Masa : 7.30 pagi – 10.00 pagi

Tempat : Dewan Seri Puteri, SK Seri Kota Puteri

Pengerusi : Encik Jabidin bin Suradi (YDP PIBG SK Seri Kota Puteri)

Kehadiran(Bilangan) : 214 orang/ 447 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Encik Jabidin bin Suradi menyatakan bahawa pada tahun ini tiada pemilihan AJK
baharu.

1.2 Pengerusi turut memaklumkan ahli mesyuarat dan ibu bapa bahawa penyata
persidangan boleh dimuat turun melalui aplikasi imbas ‘QR code’.

2 UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

2.1 Yang Dipertua PIBG, Encik Jabidin bin Suradi mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ibu bapa yang hadir pada mesyuarat PIBG kali ke 21 bagi sesi

2018/2019.

2.2 En. Jabidin meminta semua hadirin merujuk pada halaman 5 iaitu Agenda
Persidangan PIBG Kali Ke 21 bagi sesi 2018/2019.

2.3 Pada halaman 6, tarikh mesyuarat PIBG yang dijadualkan berlangsung pada 17
Mac 2019 telah dipinda ke 21 April 2019 kerana cuti bencana yang telah berlaku
di daerah Pasir Gudang.

2.4 Encik Jabidin memaklumkan bahawa beberapa program telah dijalankan pada
tahun lepas (2018) iaitu:

8

2.4.1 Jadual Aktiviti / Program PIBG Sesi 2018/2019

BIL AKTIVITI/PROGRAM TARIKH

DILAKSANAKAN

1 Program Guru Penyayang 1 Januari 2018
2 Kejohanan “Road Run” 13 Januari 2018

3 Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru 14 Januari 2018
Tahun 6

4 Kejohanan Balapan Dan Padang kali Ke-18 11 Februari 2018

5 Sambutan Maulidur Rasul 21 Februari 2018

6 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 11 Mac 2018

7 Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah 16 Mei 2018

8 Iftar Jamaie 4 Jun 2018

9 Sambutan Ihyaa Ramadhan 7 Jun 2018

10 Perkhemahan Unit Beruniform Jun 2018

11 Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 12 Julai 2018

12 Majlis Mohon Restu UPSR Tahun 6 2018 21 September 2018

13 Program Solat Hajat Perdana & Program 21 September 2018
Bina Insan

14 Program” Sarapanlah Sayang” semasa 24-27 September 2018
UPSR 2018

15 Gotong Royong Perdana 6 Oktober 2018

16 Lawatan Penanda Aras Dari Unit 8 Oktober 2018
Prasekolah JPN Sarawak

17 Lawatan Penanda Aras ke SK Laksamana, 27 Oktober 2018
Kota Tinggi

18 Sambutan Hari Kanak-kanak 13 November 2018

9

19 Majlis Graduasi Tahun 6 15 November 2018
20 Majlis Graduasi Pra Sekolah 17 November 2018
21 Hari Keusahawanan 18 November 2018

3 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dibentang oleh Puan Siti Hajar binti Azeman
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Mimi Aisyah binti Zakaria
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Nancy

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
Makluman: Semua AJK

5 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN YANG LEPAS
5.1 Bendahari PIBG, Puan Rohaida binti Ibrahim @ Ismail telah membentangkan
laporan kewangan dengan baki akhir sebanyak RM 7, 242.47 sahaja.
5.2 Cadangan laporan kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2017 disahkan dan
diterima tanpa bantahan:
Dicadang untuk disahkan oleh Encik Bansa anak Uwek
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Azlina binti Hj Bakhtiar

6 PEMBAHASAN USUL
6.1 Tuan Guru besar memaklumkan hanya terdapat dua usul yang diterima setakat
Ini. Usul pertama oleh Pn Mazidah binti Muhd Zaman mencadangkan agar
menaik taraf tapak perhimpunan dan parkir guru.
10

6.2 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa isu ini akan dipanjangkan kepada Yang
Berhormat Dato’. Tujuan surat tersebut adalah untuk memohon dana bagi
pembinaan laluan kedua keluar masuk bagi kenderaan guru dan staff.

6.3 Buat sementara waktu murid- murid akan berkumpul di dewan pada sebelah pagi
sebelum masuk ke kelas- kelas.

6.4 YDP PIBG, Encik Jabidin memaklumkan bahawa pada temasya Sukan awal
tahun ini, mantan Guru Besar iaitu Encik Mohd Senin telah membawa YB untuk
melihat tapak laluan baharu di padang sekolah tetapi sehingga sekarang masih
belum mendapat maklum balas daripada beliau.

6.5 Usul kedua oleh Encik Hazimi bin Zainudin mencadangkan agar mewujudkan
kelas tambahan untuk murid- murid UPSR dan menjemput penceramah motivasi
bagi calon UPSR.
Tindakan: Pihak Sekolah

7 HAL- HAL LAIN

7.1 Wakil ibu bapa iaitu Encik Bansa anak Uwek mencadangkan agar guru-guru
memberi kerja rumah kepada murid pada setiap hari. Hal ini dikemukakan kerana
mengikut pengalaman beliau anaknya sentiasa menyatakan tiada kerja rumah
diberikan apabila disoal mengenai kerja rumah.
Makluman: Semua guru

7.2 Tuan Guru Besar memberi maklum balas bahawa kualiti adalah lebih penting dari
kuantiti kerja rumah yang diberi oleh guru-guru. Ibu bapa perlu sentiasa peka
dengan kerja rumah anak- anak pada setiap hari. Hal ini juga akan dibincangkan
dengan GPK Pentadbiran untuk penambahbaikan.
Makluman: semua ibu bapa dan guru

7.3 Wakil ibu bapa iaitu Encik Mohd Nizam bin Ali mengutarakan tentang perihal beg
berat anak. Beliau memberitahu bahawa beg anaknya penuh dengan buku
seberat 4kg-5kg. Anaknya juga mengadu sakit di belakang badan akibat bebanan
beg yang dipikul setiap hari.
Makluman: semua guru

11

7.4 Guru besar memberi maklum balas mengenai hal di atas dan menyatakan
bahawa guru kelas telah menyediakan jadual waktu di dalam kelas masing-
masing. Sekolah juga tiada kemudahan loker buku untuk murid- murid. Oleh itu,
murid- murid perlu membawa buku teks pada setiap hari mengikut jadual yang
ditetapkan. Hal tersebut juga akan dibincangkan bersama Guru Penolong Kanan
Pentadbiran.
Makluman: Semua ibu bapa dan guru

7.5 Guru Penolong Kanan, Encik Roslan menjawab isu beg berat ini telah lama
wujud. Menurut beliau, setiap subjek mempunyai beberapa pecahan buku. Tetapi
bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas beliau,murid- murid tidak perlu
membawa buku teks kerana beliau telah menyediakan bahan untuk murid- murid.
Tambahan pula, mata pelajaran baru bakal diwujudkn pada tahun hadapan iaitu
mata pelajaran ‘Sivik’. Beliau berharap agar ibu bapa dapat menasihati anak-
anak agar terus bersabar demi masa depan mereka yang lebih baik.

7.6 Bagi isu kerja rumah pula, Encik Roslan selaku GPK Kurikulum menegaskan
bahawa kualiti lebih penting dari kuantiti. Kerja rumah yang banyak daripada
guru- guru tidak bermakna jika murid- murid tidak tumpukan perhatian di dalam
kelas.
Makluman: Semua ibu bapa dan guru

7.7 Guru Besar menambah bahawa kuantiti latihan diberikan berdasarkan tahap
murid, sedikit memadai seandainya mereka telah faham. Sekiranya ada masalah
berkenaan akademik,boleh berhubung terus dengan pihak sekolah.
Makluman: Semua ibu bapa dan guru

7.8 Encik Roslan mencadangkan bahawa untuk jangka masa panjang bagi tujuan
mendapatkan dana PIBG, YDP PIBG boleh mewujudkan Jawatankuasa untuk
prasarana sekolah.
Makluman: Semua AJK

12

8 PENUTUP
8.1 Pengerusi mengharapkan agar jalinan baik antara guru-guru dan ibu bapa akan
terus terjalin dan mengharapkan agar ibu bapa akan terus memberikan komitmen
dan kerjasama dalam program- program yang dijalankan. Kemaafan juga dipohon
sekiranya berlaku kesilapan sepanjang mempengerusikan mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9:52 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................................... ............................................
(SITI HAJAR BINTI AZEMAN) (JABIDIN BIN SURADI)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Seri Kota Puteri SK Seri Kota Puteri

Tarikh: 2 Mei 2019 Tarikh:

13

PENYATA TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK SERI KOTA PUTERI, SESI 2018/2019

1. SENARAI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SK SERI KOTA PUTERI SESI 2018/2019

Ex-Officio Encik Mohd Tahir Bin Sufian
(Guru Besar SKSKP)

Yang Di-Pertua PIBG Encik Jabidin Bin Suradi

Naib Yang Di-Pertua PIBG Encik Hanizul Iskandar Bin Husin

Setiausaha PIBG Puan Siti Hajar Binti Azeman

Naib Setiausaha PIBG Puan Nur Asiah Binti Awang Hamat

Bendahari Puan Rohaida Binti Ibrahim@Ismail

Pemegang Amanah 1. Puan Nazimah Binti Nordin
Pemeriksa Kira-Kira 2. Encik Wan Muhammad Mujahid Asy-Syahid
Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa
Bin W. Mohd Muhaidin
Ahli Jawatankuasa Guru 1. Dr. Azianti Binti Ismail
2. Puan Rafidah Binti Suriman
1. Puan Sarinah Binti Kamis
2. Puan Ekatyra Hasibuan
3. Puan Eryyna Tiong Anak Ubong
4. Encik Ramin Gintou
5. Encik Fairuz Rizal Bin Hashim
1. Puan Latipah Binti Musa
2. Cik Valarmathy Periang
14

2. SENARAI MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA & GURU SESI 2019/2020

BIL TARIKH TEMPAT MASA
8.00 – 10.00 malam
1. 24 Februari 2019 Kantin 2:00 - 4:00 petang
SK Seri Kota Puteri 8:00- 10:00 malam
2:00- 4:00 petang
2. 10 Mac 2019 Bilik Mesyuarat
SK Seri Kota Puteri

3. 4 Februari 2020 Kantin
SK Seri Kota Puteri

4. 26 Februari 2020 Kantin
SK Seri Kota Puteri

15

3. SENARAI PROGRAM / AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA &
GURU SESI 2019/2020

BIL AKTIVITI/PROGRAM TARIKH
DILAKSANAKAN

1. Program Guru Penyayang 1 Januari 2019
2. Kejohanan “Road Run” 12 Januari 2019

3. Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru 13 Januari 2019
Tahun 6

4. Kejohanan Balapan Dan Padang kali Ke-18 14 Februari 2019

5. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 21 April 2019

6. Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah 29 April 2019

7. Majlis Perpisahan Guru Besar Mohd Senin 29 April 2019

8. Program Solat Hajat Siri 1 28 April 2019

9. Iftar Jamaie 16 Mei 2019

10. Sambutan Ihyaa Ramadhan 23 Mei 2019

11. Perkhemahan Unit Beruniform 2- 4 Mei 2019

12. Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 20 Jun 2019

13. Majlis Mohon Restu UPSR Tahun 6 2018 25 Ogos 2019

14. Program Solat Hajat Siri 2 25 Ogos 2019

15. Program” Sarapanlah Sayang” semasa UPSR 3-11 September 2019
2019

16. Gotong- royong (Pencemaran Sungai Kim- 29 Mac 2019

kim)

17. Sambutan Hari Kanak-kanak 12 November 2019

18. Majlis Persaraan Sir Roslan (GPK 19 November 2019
Pentadbiran)

19. Majlis Graduasi Tahun 6 15 November 2019
20. Sambutan Maulidur Rasul 10 November 2019

16


Click to View FlipBook Version