The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Semester 2 STPM 2021 Kali Kedua

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by selvaraninadarajah, 2021-09-20 03:53:00

Perakaunan KS2

Pentaksiran Semester 2 STPM 2021 Kali Kedua

Keywords: Kertas Soalan

1

KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
Jalan Timun 24/1 Seksyen 24, Shah Alam Selangor

PENTAKSIRAN SEMESTER 2 STPM 2021
(PERCUBAAN)

PERAKAUNAN 948/2
(Dua jam)

Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN
Jawab empat soalan sahaja. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi, hanya
empat jawapan yang pertama akan diperiksa.

2

1. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan kos? [1]

(ii) Huraikan pengelasan kos berasaskan kelakuan. [3]

(b) Perniagaan Burger Bakar Rangup membuat dan menjual burger bersaiz besar. Setiap burger
dijual dengan harga RM5.00. Dalam bulan Julai 2018, Perniagaan Burger Bakar Rangup telah dapat
menjual 10.000 biji burger. Peniagaan Burger Bakar Rangup mempunyai tukang masak dan tukang
cuci yang bertugas di bahagian dapur. Seorang pelayan bertugas mengambil pesanan dan menerima
bayaran daripada pelanggan. Semua pesanan secara pandu lalu.

Pemilik yang juga pengurus perniagaan bertanggung jawab menyediakan jadual kerja, membuka dan
menutup kedai, mengira tunai, mengiklan, mengambil, dan memberhentikan pekerja.

Kos dan belanja yang dilihatkan dalam bulan Julai 2018 adalah seperti yang berikut:

Butiran RM
Daging burger 3.200

Salad 400

Tomato 500

Roti bun 600

Bahan mentah tak langsung 40

Jpah tukang masak 5.100

Gaji pelayan 6,064

Gaji tukang cuci 240

Gaji pengurus 8,000

Kos utiliti (100% untuk kos operasi) 1,000

Susut nilai peralatan memasak 400

Susut nilai mesin daftar tunai 200

Pengiklanan 500

Bekalan cucian 880

Sewa bangunan (100% untuk kos operasi) 2,500

Dikehendaki:

3

(i) Hitung kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung, kos overhed perkilangan, dan belanja

jualan dan pentadbiran. [9]

(ii) Hitung margin kasar dan pendapatan bersih bagi bulan berakhir 31 Julai 2018. [5]

(ii) Andaikan Perniagaan Burger Bakar Rangup juga mengeluarkan produk ayam panggang dan sosej.

Perihalkan dua asas yang boleh digunakan untuk mengagihkan kos susut nilai peralatan memasak

kepada setiap jenis produk. [2]

2.(a) Nyatakan dua ciri pengekosan tempahan kerja Berikan dua contoh perniagaan yang [3]
menggunakan pengekosan tempahan kerja.

(b) Syarikat Rawa Bina Sdn. Bhd. menggunakan sistem pengekosan normal untuk merekod aktiviti
pengekosan tempahan kerja. Syarikat itu mempunya dua jabatan, iaitu Jabatan A dan Jabatan B.
Maklumat yang dibelanjawankan dan maklumat sebenar hagi tahun 2017 adalah seperti yang berikut

Jabatan A Jabatan B

Overhed belanjawan RM198.000 RM792,000
Overhed sebenar RM165,000 RM600,000
Jam buruh langsung dijangkakan 66,000 jam 13,000 jam
Jam mesin dijangkakan 14,000 jam 99,000 jam
Jam buruh langsung sebenar 70,000 jam 10,000 jam
Jam mesin sebenar 15,000 jam 80,000 jam

Beberapa tempahan kerja telah disiapkan dalam tahun 2017 Maklumat berkaitan No Kerja M107
adalah seperti yang berikut:

Bahan mentah langsung RM34,500
Kos buruh langsung:
Jabatan A (6,000 jam pada kadar RM7.00 sejam) RM42,000
Jabatan B (1,500 jam pada kadar RM7.00 sejam) RM10.500

Jam mesin digunakan: 200 jam
Jabatan A 1,500 jam
Jabatan B RM35,000
20,000 uni
Overhed sebenar
Unit dikeluarkan

4

Syarikat menggunakan kadar overhod pratentu di setiap jabatan untuk mengagihkan overhed kepada
setiap tempahan kerja. Jam buruh langsung digunakan di Jabatan A dan jam mesin digunakan di
Jabatan B.

Dikehendaki:

Hitung,

(i) kadar overhed pratentu bagi Jabatan A dan kadar overhed pratentu bagi Jabatan B. [3]

(ii) jumlah kos dan kos seunit bagi No. Kerja M107, [4]

(iii) overhed terkurang atau terlebih serap bagi No. Kerja M107 dan sediakan catatan jurnal

pelarasan bagi No. Kerja M107. [3]

(iv) overhed terkurang atau terlebih serap bagi Jabatan A dan overhed terkurang atau terlebih

serap bagi Jabatan B serta sediakan catatan jurnal pelarasan bagi setiap jabatan. [7]

5

3. Syarikat Habil dan Qabil Sdn. Bhd. Mengeluarkan sejenis barangan sukan. Pendapatan bersih
operasi yang dijangkakan bagi tahun hadapan adalah seperti berikut:

RM

Jualan (91,000 unit @ RM7.75 seunit) 705,250

Tolak : Kos berubah 423,150

Margin sumbangan 282,100

Tolak: Kos tetap 250,000

Pendapatan bersih operasi 32,100

Dikehendaki :

(a) Hitung

(i) margin sumbangan seunit dan nisbah margin sumbangan bagi barangan sukan

tersebut. [2]

(ii) titik pulang modal, dalam unit dan RM. [3]

(iii) margin keselamatan dalam unit. [1]

(b) pengurus pengeluaran mencadangkan agar bahan mentah yang lebih berkualiti digunakan

untuk membuat barangan tersebut.ini akan menyebabkan kos bahan mentah meningkat sebanyak

RM1.50 seunit. Justeru itu, harga jualan akan dinaikkan kepada RM10.00 seunit. Jika cadangan ini

diterima, hitung pendapatan bersih yang baru. [4]

(c) Pengurus jualan pula memberikan cadangan yang lain, iaitu mengadakan promosi dengan

harga jualan promosi ialah RM6.50 seunit. Langkah ini akan melibatkan pertambahan kos iklan

sebanyak RM15,000 dan unit jualan dijangka akan meningkat sebanyak 20%. Jika cadangan ini

diterima, hitung pendapatan bersih yang akan diperolehi. [5]

(d) Cadangan yang manakah antara (b) dengan (c) di atas yang wajar diterima ? Nyatakan alasan

anda. [1]

(e) Nyatakan empat andaian titik pulang modal. [ 4]

6

4. (a) Syarikat Kicap Lazat Sdn. Bhd. telah memberikan dua situasi yang berikut:

Situasi 1 : Bagi tujuan membuat kicap pekat dan kicap cair, syarikat telah membeli beberapa
ratus kilogram kacang soya dan garam sebagai bahan mentah utama kicap.

Situasi 2 : Syarikat ingin menambahkan lagi kapasiti pengeluaran untuk memenuhi
Permintaan yang meningkat. Bagi mencapai tujuan ini, pengurus besar bercadang
untuk membeli sebuah mesin pengisar kacang soya yang baharu.

Bagi kedua-dua situasi di atas, tentukan sama ada kos bahan mentah dan kos mesin itu

termasuk dalam kos relevan atau kos tidak relevan untuk membuat keputusan. Mengapakah

anda berpendapat demikian? [3]

(b) Syarikat Topedo Berhad sedang mempertimbangkan untuk memilih satu daripada dua projek,
iaitu Projek X dan Projek Y. Setiap alternatif memerlukan pelaburan tunai sebanyak RM140,000
dengan usia ekonomi tujuh tahun. Kos modal bagi kedua-dua projek ialah 14%.

Aliran tunai masuk bagi projek X dan projek Y adalah seperti yang berikut:

Tahun Projek X Projek Y
(RM) (RM)
1 54,500 20,000
2 57,500 36,000
3 32,000 55,000
4 16,000 40,000
5 14,000 (16,000)
6 12,000 40,000
7 10,000 60,000
Jumlah 206,000 235,000

Dikehendaki:

(i) hitung nilai kini bersih dan tempoh bayar balik untuk projek X dan projek Y.

[14]

(ii) Berdasarkan kaedah nilai kini bersih dan kaedah tempoh bayar balik, projek manakah

yang patut dipilih oleh Syarikat Toledo Berhad? Jelaskan [3]

7

5. (a) Syarikat Juara Sdn Bhd. menggunakan analisis varians untuk menilai prestasi pengurus
kilangnya. Bagi tempoh April hingga Jun 2021, syarikat menghadapi varians kecekapan buruh

Dikehendaki:

(i) Berikan tiga sebab berlakunya varians kecekapan buruh langsung yang tidak
memuaskan dan tiga sebab berlakunya penggunaan bahan mentah langsung yang tidak memuaskan.

[3]

(ii) Nyatakan tiga cara untuk mengatasi masalah bagi setiap varians yang dinyatakan di

(i) agar tidak berulang lagi di masa hadapan. [3]

(b) Syarikat Frama Sdn Bhd. mengeluar dan menjual bingkai kayu. Kos piawai seunit bagi setiap
unit bingkai kayu bagi tahun 2021 adalah seperti yang berikut:

Item Kuantiti piawai Kos piawai seunit (RM)
Bahan mentah langsung 3 meter 24
Buruh langsung 2 jam 20
Overhed berubah 2 jam 10
Overhed tetap 2 jam 10

Dalam tahun 2021, syarikat bercadang untuk mengeluarkan 22, 500 unit bingkai dengan jumlah jam
buruh 45,000 jam.

Aktiviti sebenar dalam tahun 2021 adalah seperti berikut:

(1) Belian bahan mentah langsung ialah 65,000 meter kayu pada kos RM507,000.
(2) Bahan mentah langsung yang digunakan 63,500 meter kayu.
(3) Kos buruh langsung ialah RM424,125 untuk 43,500 jam buruh langsung.
(4) Tiada jumlah varians kos overhed
(5) Jumlah unit keluaran ialah 22,000
(6) Jumlah overhed perkilangan ialah RM450,00

Dikehendaki:

8

Hitung

(i) varians harga bahan mentah langsung dan varians kuantiti bahan mentah

langsung. [5]

(ii) varians kadar buruh langsung dan varians kecekapan buruh langsung

[5]

(iii) varians perbelanjaan overhed berubah dan varians kecekapan overhed

berubah. [4]

9


Click to View FlipBook Version