KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
JALAN TIMUN 24/1
SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1/2022
Bahagian A [ 20 markah]
1.C 2.D 3.D 4.B 5.B
6.A 7.C 8.A 9.B 10.D
11.D 12.C 13.B 14.B 15.C
16.A 17.D 18.B 19.C 20.A
Bahagian B [40 markah]
21 Berbantukan keluk kemungkinan pengeluaran, tunjukkan
(a) masalah agihan barang [3]
(b) masalah pengangguran [3]
(c) pertumbuhan ekonomi [4]
Rajah untuk soalan (a) – (c)
1
(a) Masalah agihan barang - dapat ditunjukkan di sepanjang keluk kemungkinan
pengeluaran. Pada titik A, semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan
barang Y sahaja dan tiada barang X dikeluarkan. Pada titik D pula, semua faktor
digunakan untuk mengeluarkan barang X dan tiada pengeluaran barang Y.
(b) Masalah Pengangguran – terletak di dalam keluk kemungkinan pengeluaran.
Contohnya pada titik E. Ini merupakan pengeluaran yang tidak cekap dan berlakunya
pembaziran sumber. Ekonomi pada keadaan guna tenaga tidak penuh.
(c) Pertumbuhan Ekonomi – Berlaku di luar keluk kemungkinan pengeluaran.
Merupakan tahap yang tidak mungkin dicapai kecuali dengan berlakunya
pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan teknologi dan pertambahan sumber. Ini
ditunjukkan melalui peralihan KKP ke kanan.
22 Terangkan kesan perkara berikut terhadap harga dan kuantiti keseimbangan alat penghawa
dingin udara di Malaysia sekiranya
(a) Cuaca panas berterusan [5]
RAJAH 1M
i. Keseimbangan asal ialah pada Eo di mana harga pada Po dan kuantiti pada Qo.(1)
ii. Apabila cuaca panas berterusan, permintaan penghawa dingin meningkat. (1)
iii. Keluk permintaan akan beralih ke kanan dari Do ke D1, keseimbangan beralih ke
kanan dari Eo ke E1.(1)
iv. Kesannya harga penghawa dingin meningkat dari Po ke P1, kuantiti meningkat
dari Qo ke Q1.(1)
2
(b) Harga alat pendingin hawa import jatuh dengan banyak. [5]
RAJAH 1M
i. Keseimbangan asal ialah pada Eo di mana harga pada Po dan kuantiti pada Qo.(1)
ii. Apabila harga alat pendingin hawa import jatuh dengan banyak, permintaan
penghawa dingin di Malaysia menurun.(1)
iii. Keluk permintaan pendingin hawa di Malaysia akan beralih ke kiri dari Do ke
D1, keseimbangan beralih ke kiri dari Eo ke E1.(1)
iv. Kesannya harga penghawa dingin menurun dari Po ke P1, kuantiti berkurang dari
Qo ke Q1.(1)
23 Berbantukan gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan cukai terhadap
(a) Harga dan kuantiti keluaran [6]
RAJAH – 1M
i. Keseimbangan asal ialah pada Eo di mana harga pada Po dan kuantiti pada Qo.(1)
ii. Apabila cukai dikenakan sebanyak E1B per unit keluaran, kos pengeluaran akan
meningkat. Pengeluar akan mengurangkan penawarannya. (1)
iii. Keluk penawaran akan beralih ke kiri dari So ke S1, keseimbangan beralih ke
kiri dari Eo ke E1.(1)
iv. Kesannya harga barang meningkat dari Po ke P1, kuantiti berkurang dari Qo ke
Q1.(1)
v. Beban cukai pengguna ialah P1E1APo, beban cukai pengeluar PoABP2 dan hasil
kerajaan dari cukai ialah P1E1BP2. (1)
3
(b) Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar [4]
Lebihan pengguna sebelum cukai ialah DEoPo manakala lebihan pengguna selepas
cukai berkurang menjadi DE1P1. Lebihan pengeluar juga berkurang dari PoEoF
kepada P1E1P2. (2)
Kedua-dua lebihan pengguna dan pengeluar berkurang selepas cukai. (2)
24 Dengan menggunakan contoh, bezakan konsep-konsep berikut
(a) Kos eksplisit dan kos implisit [4]
Kos eksplisit merupakan jumlah perbelanjaan sebenar atas faktor pengeluaran bukan
milik sendiri. Contoh, bayaran tol, bayaran upah pekerja dan bayaran bunga atas
pinjaman bank. (2)
Kos implisit ialah jumlah perbelanjaan atas penggunaan faktor milik sendiri dalam
proses pengeluaran. Contoh, bangunan kilang milik pengusaha sendiri (tidak perlu
bayar sewa), dan pengusaha sendiri menjadi pengurus firma (tidak perlu bayar upah
pengurus).(2)
(b) Kos perakaunan dan kos ekonomi [4]
Kos perakaunan ialah jumlah perbelnjaan/kos yang dibayar oleh pengeluar. Ia juga
dipanggil kos eksplisit. (2)
Kos ekonomi pula ialah jumlah perbelanjaan/kos pengusaha ke atas kos eksplisit dan
kos implisit. (2)
(c) Untung perakaunan dan untung ekonomi [2]
Untung perakaunan merupakan jumlah untung firma apabila jumlah hasil ditolak
jumlah kos eksplisit.
(TR – jumlah kos eksplisit) (1)
Untung ekonomi ialah jumlah untung firma apabila jumlah hasil ditolak untung
perakaunan. (1)
25 (a) Nyatakan dua alasan mengapa firma pasaran persaingan bermonopoli melakukan
persaingan bukan harga. [2]
i. Untuk menambah hasil jualan
ii. Untuk meningkatkan keuntungan
iii. Untuk menarik minat pelanggan (mana-mana dua – 2m)
4
(b) Huraikan empat bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh firma pasaran
persaingan bermonopoli. [8]
i. Kualiti barang – barang dibezakan dari segi kualiti. Pengguna akan tertarik
untuk membeli barang yang lebih berkualiti berbanding barang lain.
ii. Pembungkusan – pembungkusan yang menarik, mudah dibawa dan lebih
praktikal juga menjadi factor yang menarik minat pengguna untuk membeli.
iii. Khidmat selepas jualan – Di antara sebab pengguna gemar membeli barang
tertentu adalah kerana adanya khidmat bantuan selepas jualan, contohnya
cara guna, khidmat nasihat penjagaan dll.
iv. Pengiklanan – Iklan yang menarik juga penting dalam mempengaruhi
pembeli.
(Mana-mana isi yang bersesuaian diterima)
26 (a) Terangkan dua sebab mengapakah upah buruh dalam sektor perindustrian lebih tinggi
daripada sektor pertanian? [4]
i. Buruh mahir
Buruh di sektor perindustrian terdiri dari buruh mahir berbanding dengan sektor
pertanian yang terdiri dari buruh kurang mahir. Oleh itu upah buruh di sektor
perindustrian adalah lebih tinggi. (2)
ii. Harga keluaran
Harga keluaran di sektor pertanian adalah lebih rendah berbanding sektor
perindustrian. Maka hasilnya kurang menguntungkan menyebabkan upah di
sektor pertanian lebih rendah berbanding sektor industri.(2)
(b) Nyatakan tiga fungsi Kesatuan Sekerja. [6]
i. Menuntut upah yang lebih tinggi dan adil
ii. Melindungi pekerja daripada tindakan majikan yang keterlaluan dan melanggar
undang-undang.
iii. Membantu meningkatkan produktiviti pekerja melalui kursus dan latihan.
iv. Bekerjasama dengan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar buruh dan
pekerjaan yang lebih baik.
(Mana-mana 3 isi & huraian – 6m)
5
Bahagian C [20 markah]
27 Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang Y adalah
Qd = 100 – 2P
Qs = 3P
dengan
P = harga barang Y (RM)
Qd = kuantiti diminta barang Y (unit)
Qs = kuantiti ditawar barang Y (unit)
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang Y. [3]
Qd = Qs (1)
100-2P = 3P
100 = 5P, P = RM20 (1) dan Q = 60 unit (1)
(b) Sediakan jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawar pada tingkat
harga RM5, RM10, RM20, RM25 dan RM30. [2]
Harga (RM) Kuantiti Kuantiti
Diminta (Unit) Ditawar (Unit)
5 90 15
10 80 30
20 60 60
25 50 75
30 40 90
(1) (1)
(c) Jika fungsi permintaan berubah menjadi Qd = 80 – 2P, hitung harga dan kuantiti
keseimbangan yang baru. [2]
Qd1 = Qs
80-2P = 3P
80 = 5P, P = RM16 dan Q = 48 unit. (2)
(d) Berdasarkan jawapan pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk permintaan,
tingkat harga dan keseimbangan. [3]
Keluk permintaan beralih ke kiri. Harga menurun dari RM20 kepada RM16 dan kuantiti
menurun dari 60 unit kepada 48 unit. (3)
6
28. Fungsi kos pengeluaran sebuah firma ialah
C = 40 + 5Q
(a) Merujuk kepada fungsi pengeluaran, apakah jenis-jenis kos yang ditanggung oleh firma?
[2]
Kos tetap dan Kos Berubah . (2)
(b) Lengkapkan jadual di bawah. [4]
Output(Unit) TVC (RM) TC (RM) AC (RM) AVC (RM)
1 5Q =5x1=5 45 45/1=45 5/1=5
2 50 5
3 10 55 25 5
4 15 60 18.33 5
5 20 65 5
6 25 70 15 5
7 30 75 13 5
8 35 80 11.67 5
9 40 85 10.71 5
10 45 90 10 5
50 9.44 (1)
(1) 9
(1) (1)
(c) Bolehkah struktur kos firma ini terus wujud dalam jangka panjang? Mengapa? [2]
Tidak. Kerana adanya kos tetap. (2)
(d) Mengapakah masa output sifar, masih wujud jumlah kos? [1]
Adanya kos tetap. (1)
(e) Berapakah kos tetap purata pada output 8 unit? [1]
AFC = TFC/Q
= 40/8 = RM5 (1)
7
29 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti suatu barang dan jumlah kos bagi sebuah firma
persaingan sempurna.
Kuantiti (unit) Jumlah kos (RM)
1 100.00
2 112.50
3 127.50
4 148.00
5 175.00
6 210.00
7 255.50
8 312.00
(a) Hitung kos purata dan kos sut. [4]
[2]
Kuantiti Jumlah kos AC (RM) MC(RM)
(unit) (RM)
100/ 1 = 100.00 -
1 100.00 56.25 112.50-100/2-1=12.50
2 112.50 42.50
37.00 15.00
3 127.50 35.00 20.50
4 148.00 35.00 27.00
5 175.00 36.50 35.00
39.00 45.50
6 210.00 56.50
7 255.50 (2)
8 312.00 (2)
(b) Jika harga di pasaran ialah RM27.00 per unit,
(i) berapakah tingkat keuntungan firma?
MR = MC pada kuantiti 5 unit,
Jumlah untung = Jumlah hasil – Jumlah kos
= (27.00X5) – 175
= 135 – 175 [Cara kira : 1m]
= - RM40 [Jawapan: 1m]
(ii) adakah firma ini berada dalam keseimbangan jangka panjang? [2]
Tidak (1) Kerana memperolehi untung kurang normal. Dalam jangka panjang PPS
hanya memperoleh untung normal sahaja.(1)
(c) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan jangka panjang bagi firma ini. [2]
Firma persaingan sempurna mengalami untung normal dalam jangka panjang
apabila P = AC minimum.
Harga keseimbangan = RM35.00…[1]
Kuantiti keseimbangan = 6 unit… [1]
8