Bahagian A [20 markah]
Jawab semua soalan.
1 Manakah antara pemboleh ubah berikut dianggap sebagai petunjuk penting dalam
menentukan prestasi ekonomi sesebuah negara dalam kajian makroekonomi?
A Jumlah barang makanan yang diimport
B Bilangan rakyat tempatan yang melabur di luar negara
C Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara
D Jumlah saham yang dijual beli oleh rakyat tempatan di pasaran luar negara
2 Yang membezakan antara harga barang-barang akhir yang telah dan belum dipasarkan di
dalam negara ialah
A dasar harga firma
B dasar diskriminasi harga firma
C dasar kewangan kerajaan
D cukai eksais dan subsidi
3 Pendapatan negara mengikut harga semasa akan melebihi pendapatan negara
mengikut harga tetap jika
A deflasi telah berlaku
B inflasi telah berlaku
C eksport melebihi import
D pengangguran tidak berlaku
4 Jadual berikut menunjukkan KNK pada harga semasa dan indeks harga pengguna bagi negara
X.
Butiran 2016 2017
KNK pada harga semasa (RM juta) 20 000 23 000
Indeks harga pengguna (2000 = 100) 110 120
Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2017?
A 4.35%
B 5.42%
C 9.09%
D 15.00%
5 Pada tahun 2016, pendapatan negara bagi negara MY ialah RM 150 000 juta dan
jumlah penduduknya sebanyak 15 juta orang. Pada tahun 2017, pendapatan per
kapita negara MY bertambah sebanyak RM 200 dan jumlah penduduknya bertambah
kepada 15.1 juta orang. Berapakah pendapatan negara bagi MY pada tahun 2017?
A RM150 200 juta
B RM152 000 juta
C RM153 000 juta
D RM154 020 juta
6 Dalam ekonomi 3 sektor, manakah daripada yang berikut akan menggagalkan usaha
untuk menambahkan pendapatan negara melalui pertambahan dalam perbelanjaan
kerajaan?
A Kenaikan dalam nilai pengganda
B Kenaikan dalam pelaburan swasta
C Kenaikan dalam aktiviti pencukaian
D Pengurangan dalam tabungan
7 Gambar rajah berikut menunjukkan fungsi tabungan (S) dan cukai (T), serta fungsi pelaburan
(I) dan perbelanjaan kerajaan (G) bagi sebuah ekonomi. Fungsi tabungan ialah S = - 50 + 0.4Y
tanpa cukai dikenakan, keseimbangan pendapatan negara RM 1 000 juta.
S+T
I+G
Berapakah nilai suntikan dalam keseimbangan?
A RM 50 juta
B RM 200 juta
C RM 350 juta
D RM 400 juta
8 Campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi semasa berlaku lompang inflasi
ialah:
A Meningkatkan projek pembangunan negara
B Meningkatkan pelaburan dalam dan dari luar negara
C Meningkatkan cukai pendapatan individu dan syarikat
D Meningkatkan kegiatan pembelian surat jaminan kerajaan oleh bank pusat
9 Dalam gambar rajah di bawah, menunjukkan keseimbangan pendapatan negara pada
beberapa tingkat guna tenaga
Yang manakah antara pernyataan berikut benar?
A Sekiranya AE1 merupakan tingkat guna tenaga penuh, maka berlakunya lompang
deflasi sebanyak WY.
B Sekiranya AE2 merupakan tingkat guna tenaga penuh, maka berlakunya lompang
inflasi sebanyak XV.
C Sekiranya AE2 merupakan tingkat guna tenaga penuh, maka berlakunya lompang
inflasi sebanyak WR.
D Sekiranya AE3 merupakan tingkat guna tenaga penuh, maka berlakunya lompang
deflasi sebanyak RS.
10 Apabila perbelanjaan agregat sesebuah ekonomi meningkat, maka
A pendapatan penawaran agregat negara itu meningkat
B penawaran agregat negara lain meningkat
C permintaan agregat negara itu meningkat
D permintaan agregat negara lain meningkat
11 Andaikan dalam sebuah ekonomi,
Halaju wang( V ) = 8
Jumlah urusniaga( T ) = 800 juta unit
MenurutTeori Kuantiti Wang ,pengurangan harga daripada RM4.50 kepada RM 4.00
adalah disebabkan penawaran wang berkurang kepada
A RM 30 juta B RM 350 juta C RM 400 juta D RM 450 juta
12 Yang berikut merupakan hasil bagi kerajaan Persekutuan kecuali
A Duti import B Duti eksport C Untung syarikat D Hasil bukan cukai
13 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira – kira sebuah bank perdagangan selepas seorang
peniaga mendepositkan cek bernilai RM30,000.00
Aset ( RM ) 9 000 Liabiliti ( RM ) 30 000
Rizab 21 000 Deposit semasa 30 000
Pinjaman 30 000
Jumlah Jumlah
Jika nisbah rizab berkanun berubah kepada 20% ,berapakah baki lebihan rizab yang belum
dipinjamkan ?
A RM 3 000 B RM 6 000 C RM 9 000 D RM 12 000
14 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna sebuah negara .
Tahun Indeks harga pengguna
2015 100
2016 125
Nilai wang pada tahun 2016 telah
A Meningkat sebanyak 25%
B Menurun sebanyak 25%
C Meningkat sebanyak 20%
D Menurun sebanyak 20%
15 Bekalan wang dalam sebuah ekonomi dapat dikurangkan dengan
A Merendahkan kadar diskaun
B Merendahkan nisbah rizab berkanun
C Merendahkan nisbah mudah tunai minimum
D Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman
16 Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara menikmati faedah yang
berikut, kecuali
A Mempelbagaikan pilihan barangan
B Mencapai tingkat guna tenaga penuh
C Memperoleh faedah daripada pengkhususan
D Meluaskan pasaran barangan tempatan di pasaran antarabangsa
17 Jadual dibawah ini menunjukkan tingkat output bagi dua jenis barang, iaitu getah dan
beras bagi seunit faktor pengeluaran.
Negara A B
Barang
Getah ( unit ) 50 10
Beras ( unit ) 60 20
Jika perdagangan antarabangsa dijalankan, maka
A Negara A akan mengkhusus dalam pengeluaran beras
B Negara B akan mengkhusus dalam pengeluaran getah
C Negara B akan mengkhusus dalam pengeluaran beras
D Negara A akan mengkhusus dalam pengeluaran kedua – dua barang.
18 Dasar devaluasi terhadap matawang tempatan menyebabkan
A Import merosot , eksport meningkat dan memperbaiki imbangan pembayaran
B Import merosot , eksport meningkat dan memburukkan imbangan pembayaran
C Import meningkat , eksport merosot dan memperbaiki imbangan pembayaran
D Import meningkat, eksport merosot dan memburukkan imbangan pembayaran
19 Jadual di bawah menunjukkan data akaun semasa dalam imbangan pembayaran
sesebuah negara .
Butiran RM juta
Eksport 696 614
Import 548 543
Pengangkutan -25 792
Perjalanan 27 033
Urusniaga kerajaan
Perkhidmatan lain -526
Pendapatan -8 728
Pindahan semasa -21 971
-20 979
Imbangan akaun semasa mengalami C Lebihan sebanyak RM 645 651 juta
A Lebihan sebanyak RM 97 108 juta D Kurangan sebanyak RM148071 juta
B Kurangan sebanyak RM 97 108 juta
20 Apabila berlaku perubahan kadar pertukaran asing daripada RM1.00 = US$0.25 kepada
RM1.00 = US$0.30, maka hal ini menyebabkan
A Kadar pertukaran asing Malaysia meningkat
B nilai RM telah menurun
C nilai US$ telah meningkat
D berlaku kurangan permintaan terhadap matawang asing
Bahagian B [40 markah]
Jawab empat soalan sahaja.
21.Terangkan petunjuk makroekonomi yang berikut : [3]
(a) Kadar inflasi [3]
(b) Kadar pengangguran [4]
(c) Kadar pertumbuhan ekonomi
22 (a) Terangkan kegunaan data pendapatan negara. [6]
(b) Terangkan dua masalah dalam pengiraan pendapatan negara [4]
23 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS),
huraikan kesan perkara berikut ke atas keseimbangan pendapatan nagara dan tingkat harga:
(a) Kenaikan harga sumber pengeluaran [5]
(b) Kadar cukai pendapatan diturunkan [5]
24 (a)Jelaskan komposisi bekalan wang M1. [2]
(b)Andaikan Encik Khalid mendepositkan sebanyak RM10 000 ke dalam akaun
semasa di Bank Intan dan nisbah cadangan yang ditetapkan oleh bank pusat ialah 20%.
(i) Terangkan bagaimana proses penciptaan kredit berlaku di tiga buah bank. [6]
(ii) Apakah kesan proses penciptaan kredit dalam sistem bank ke atas bekalan wang?
[2]
25 (a) Terangkan tiga tujuan masyarakat meminta wang menurut Keynes. [6]
(b) Apakah keluk permintaan wang? Jelaskan cirinya. [4]
26 Huraikan lima alat kawalan import yang dapat membaiki defisit imbangan pembayaran.
[10]
Bahagian C [20 markah]
Jawab dua soalan sahaja.
27.
Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara
Kasar (KNK) Malaysia bagi tahun 2014 hingga 2016.
Butiran (RM juta) 2014 2015 2016
KDNK pada harga semasa 362 012 395 170 450 152
KDNK pada harga tetap 2010 220 422 232 496 249 314
KNK pada harga semasa 336 951 372 633 425 603
KNK pada harga tetap 2010 203 169 217 292 233 433
(a) Hitung kadar pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 2015 dan 2016. [3]
(b) (i) Hitung pendapatan faktor bersih luar negeri pada harga tetap bagi tahun 2014,
2015 2016. [4]
(ii.)Berdasarkan jawapan dalam (c)(i), apakah kesan nilai tersebut kepada ekonomi
negara? [1]
(c) Jika jumlah penduduk sebanyak 25.58 juta orang pada tahun 2016, hitung KNK per
kapita pada harga semasa. [2]
28.
Jadual berikut menunjukkan data pendapatan sebuah negara pada tahun 2015.
Butiran RM juta
Keluaran Dalam Negara Kasar harga 8 550
pasaran(KDNKhp) 9 025
Keluaran Negara Kasar harga pasaran(KNKhp) 650
Penerimaan factor bersih dari luar Negara
Cukai tak langsung 80
Subsidi 50
Susut nilai 205
Indeks harga pengguna 106
a) Apakah yang dimaksudkan dengan:
(i) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) [1]
(ii) Keluaran Negara Kasar harga pasaran(KNKhp) [1]
b) Hitung:
(i) Pendapatan faktor bersih dari luar negara [1]
(ii) Keluaran Negara Kasar pada kos faktor(KNKkf) [2]
(iii) Pendapatan Negara [1]
(iv) Hitung Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar bagi tahun 2015
mengikut indeks harga pengguna tahun 2010 = 100 [2]
c) Diberi jumlah penduduk Negara tersebut adalah 12 juta, hitung jumlah
pendapatan perkapita benar Negara tersebut pada tahun 2015. [2]
29.
Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran pakaian dan makanan oleh seunit buruh di
negara X dan negara Y.
Barang Pakaian (unit) Makanan (unit)
Negara
30 18
X 40 20
Y
(a) (i) Negara manakah yang mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian
dan faedah berbanding dalam pengeluaran makanan? Jelaskan jawapan anda. [3]
(ii) Nyatakan negara yang akan mengkhusus dalam pengeluaran pakaian dan negara
yang akan mengeluarkan makana [2]
(b) (i) Sekiranya setiap negara mempunyai 500 unit buruh, bina jadual pengeluaran
apabila pengkhususan dijalankan. [2]
(ii) Andaikan negara X dan negara Y bersetuju untuk berdagang pada kadar pertukaran:
1 unit makanan bersamaan 1.8 unit pakaian, dan negara X memerlukan 3 600 unit
pakaian. Bina jadual penggunaan di negara X dan di negara Y apabila perdagangan
dijalankan. [2]
(iii) Berapakah jumlah eksport dan import negara X? [1]