The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Semester 2 STPM 2021 Kali Kedua

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by selvaraninadarajah, 2021-09-11 02:25:37

Pengajian Am KS2

Pentaksiran Semester 2 STPM 2021 Kali Kedua

Keywords: Kertas Soalan

Nama : …………………………………………… Kelas : ………..…….…..
No My Kad : ……………………………..............

PENGAJIAN AM
900/2
OGOS 2021
1 ½ Jam

KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER DUA 2021

PENGAJIAN AM
900/2

1 JAM 30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN

ARAHAN KEPADA CALON Untuk kegunaan pemeriksa
Bahagian A
Sila tulis nama, no. kad pengenalan dan kelas
dalam ruangan yang disediakan. 1
2
Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu 3
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4

Calon dikehendaki menjawab semua soalan Bahagian B
dalam Bahagian A dan satu soalan dalam
Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian C

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam JUMLAH
Bahagian A pada ruang jawapan yang
disediakan.

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan
dalam Bahagian B dan C. Mulakan setiap
jawapan pada helaian kertas yang baharu dan
susun mengikut tertib Ikat helaian jawapan anda

Disediakan oleh, Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………...… ………………………… ………………………….…
Pn Norrosidah binti Abdul
Cik Chin Kim Har Pn Haslina binti Yusof Rahim
Ketua Jabatan Sains Sosial
Guru Pengajian Am Ketua Unit Pengajian Am

1

BAHAGIAN A
[15 markah]

Jawab semua soalan.

1. Senaraikan tiga petunjuk kerajaan berjaya mengatasi masalah ekologi dalam usaha

membina negara maju dan sejahtera. [3]

(a).......................................................................................................................................

(b)........................................................................................................................................

(c)........................................................................................................................................

2. Nyatakan empat dasar yang digubal oleh kerajaan dalam usaha membina negara

Malaysia yang bersatu padu. [4]

(a).......................................................................................................................................

(b)........................................................................................................................................

(c)........................................................................................................................................

(d).......................................................................................................................................

3. Jelaskan dua bidang keutamaan serta strategi Pelan Antirasuah Nasional 2019-

2023(NACP) [4]

(a).......................................................................................................................................

........................................................................................................................................

(b).......................................................................................................................................

........................................................................................................................................

4. Huraikan dua objektif Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. [4]

(a).......................................................................................................................................

........................................................................................................................................

(b).......................................................................................................................................

........................................................................................................................................

2

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan bilangan penuntut di institusi pengajian tinggi awam terpilih mengikut jenis
institusi dan jantina pada tahun 2018 dan tahun 2019.

Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan penuntut ke institusi pengajian tinggi
(IPTA) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah
akademik dan 10% markah kokurikulum. Bagi kebanyakan IPTA yang terlibat, didapati
pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan IPTA berbanding pelajar lelaki. Mereka
terdiri daripada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM), matrikulasi dan Asasi.

Sebagai universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya terus menjadi pilihan penuntut
untuk meneruskan pengajian mereka. Pada tahun 2018, sejumlah 26,341 orang penuntut
belajar di sini. Daripada jumlah itu, penuntut lelaki seramai 10,957 orang dan selebihnya
terdiri daripada penuntut perempuan. Pada tahun 2019, bilangan penuntut lelaki seramai
10,542 orang iaitu kurang sebanyak 4,828 orang daripada penuntut perempuan. Bagi
Universiti Sains Malaysia pula, bilangan penuntut lelaki pada tahun 2018 adalah seramai
11,648 orang, manakala penuntut perempuan pula berjumlah 16,629 orang. Pada tahun
berikutnya, bilangan penuntut lelaki berkurang sebanyak 641 orang berbanding tahun 2018
tetapi penuntut bilangan perempuan meningkat kepada 16,894 orang.

Jumlah penuntut perempuan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra
Malaysia didapati mengatasi penuntut lelaki melebihi 70%. Pada tahun 2018 dan 2019,
jumlah penuntut perempuan di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah 29,596 orang,
manakala penuntut lelaki pula berjumlah 17,286 orang. Daripada jumlah tersebut, bilangan
penuntut perempuan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 adalah seramai
15,647 orang, manakala bilangan penuntut lelaki pula seramai 9,346 orang. Universiti Putra
Malaysia yang mempunyai jumlah penuntut kedua banyak memperlihatkan peningkatan
bagi kedua-dua jantina pada tahun 2019. Bilangan penuntut lelaki pada tahun 2019 adalah
11,706 orang iaitu peningkatan sebanyak 244 orang berbanding tahun 2018 yang berjumlah
11,462 orang. Bilangan penuntut perempuan pula adalah seramai 20,306 orang pada tahun
2019 iaitu lebih sebanyak 588 orang daripada tahun 2018.

Trend bilangan penuntut di Universiti Teknologi Malaysia berbeza daripada universiti
lain di Malaysia. Jumlah penuntut lelaki di universiti yang berteraskan ‘kejuruteraan’ ini
lebih ramai berbanding dengan perempuan dengan nisbah 40:60. Jika dibandingkan dengan

3

universiti lain, Universiti Teknologi Malaysia memiliki jumlah penuntut teramai bagi
kedua-dua tahun yag terlibat. Pada tahun 2018, bilangan penuntut lelaki adalah seramai
19,153 orang dan meningkat kepada 19,539 orang setahun kemudian. Bilangan penuntut
perempuan pada tahun 2018 pula adalah 15,465 orang tetapi berkurang sebanyak 101 orang
kepada 15,364 orang pada tahun 2019.

(Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019)

4

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan penduduk Malaysia mengikut kaum termasuk bukan
warganegara bagi tahun 2010 dan anggaran tahun 2020.

Dalam tempoh 10 tahun penduduk Malaysia akan meningkat lebih daripada 20 peratus.
Pertambahan ini bukan sahaja melibatkan warganegara Malaysia, malah bukan warganegara
juga.

Pada tahun 2010, penduduk Malaysia berjumlah 23,274,690 orang termasuk bukan
warganegara dan dianggarkan akan meningkat kepada 28,334,135 orang pada tahun 2020.
Peningkatan taraf pendidikan dan kesihatan menjadikan kadar kematian semakin berkurangan.
Kaum Bumiputera merupakan kumpulan tertinggi dengan jumlah 14,248,179 orang dan
dijangka meningkat kepada 17,523,508 orang pada tahun 2020.

Kaum Cina pada tahun 2010 berjumlah 5,691,908 orang dan meningkat sebanyak 700,728
orang pada tahun 2020. Manakala kaum India meningkat sebanyak 227,695 orang menjadikan
bilangan pada tahun 2020 seramai 1,907,827orang.

Untuk kaum-kaum lain, bilangan semakin berkurangan dalam tempoh berkenaan, iaitu
seramai 269,697 orang pada tahun 2010 menjadi 189,385 orang pada tahun 2020. Pengurangan
ini berlaku kemungkinan kerana penghijrahan keluar golongan ini ke negara lain.

Manakala penduduk bukan warganegara juga mempunyai bilangan yang ramai, iaitu
1,384,774 orang yang mewakili hampir 5.94 peratus penduduk Malaysia pada tahun 2010.
Keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor menyebabkan bilangan mereka dijangka
bertambah lagi sebanyak 936,005 orang pada tahun 2020. Kehadiran warga asing di negara ini
mendatangkan pelbagai kesan yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan dengan bijaksana.

(Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

5

Bahagian C [25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
7. Sektor pertanian mempunyai peranan penting dalam memajukan negara, namun sektor ini

turut menghadapi cabaran tertentu. Bincangkan.
8. Perpaduan dan intergrasi adalah asas yang penting kepada pembinaan negara bangsa dan

pelbagai kesan akan berlaku sekiranya perpaduan dan intergrasi nasional tidak menjadi
amalan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Bincangkan.

*KERTAS SOALAN TAMAT*

6


Click to View FlipBook Version