KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
SKEMA JAWAPAN
PENGAJIAN PERNIAGAAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 STPM 2022
1) a) Berikan maksud keuntungan. [1]
b) Nyatakan empat kepentingan untung kepada perniagaan. [4]
Maksud keuntungan: Jumlah hasil melebihi jumlah kos. [1]
Tiga kepentingan untung kepada perniagaan adalah:
1. untuk mengembangkan perniagaan atau untuk perniagaan membuka cawangan baru,
2. Sebagai ganjaran kepada pengusaha perniagaan atau usahawan
3. Keperluan kepada penakatan perniagaan/ memastikan perniagaan boleh terus beroperasi
4. menarik minat pelabur
5. Perniagaan boleh menjalankan tanggungjawab sosia
6. meningkatkan imej perniagaan.
[M-1, 4Kx1m = 4m]
2) Nyatakan empat tahap perniagaan. [4]
Empat tahap perniagaan ialah:
• Tahap primer [4 yang pertama x 1m = 4m]
• Tahap sekunder
• Tahap tertier
• Tahap Huluan
• Tahap Hiliran
• Tahap Domestik
• Tahap Antarabangsa
3) Jelaskan jenis susun atur proses pengeluaran di bawah:-
a) Susun atur secara proses [3]
H1: Pengumpulan semua peralatan yang mempunyai fungsi yang serupa dalam jabatan tertentu.
H2: Sesuai bagi pengeluaran produk yang tidak seragam dan berbeza mengikut kuantiti
keluaran.pengeluaran adalah dalam kumpulan atau kelompok kecil.
H3: Pelanggan adalah berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini.
H4: Berlaku perkongsian sumber iaitu semua sumber akan digunakan secara bersama oleh pekerja
yang berbeza.
Contoh: susun atur perkhidmatan di hospital, perkhidmatan bank
1
(b) Susun atur secara produk [3]
H1: Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah dan peralatan disusun
khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk
H2: Pengeluaran melibatkan penghasilan produk yang seragam dan dalam kuantiti yang banyak
H3: Susun atur melibatkan penyusunan stesen-stesen kerja dalam satu barisan seperti barisan
pemasangan di kilang pengeluaran.
H4: Mesin dan peralatan disusun dalam satu barisan untuk memasang produk dan pekerja akan
mengkhusus dalam sesuatu tugasan tersebut
Contohnya, dalam pengeluaran kereta, terdapat beberapa stesen pemasangan komponen seperti
enjin, tempat duduk dsb. Pengeluaran bermula dengan satu aktiviti (pemasangan badan kereta)
diikuti dengan proses lain sehinggalah kereta siap dipasang. [2H+1C, 2x3m=6m]
4) Nyatakan lima kepentingan kawalan inventori. [5]
Lim kepentingan Kawalan Inventori adalah:-
1. Memastikan inventori sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang masa.
2. Memastikan tiada pembaziran kos pemegangan inventori dalam suatu tempoh tertentu.
3. Memastikan proses menyediakan produk dalam proses pengeluaran dilakukan secara berterusan.
4. Memastikan risiko kecurian dan kerosakan pada inventori dapat dikurangkan.
5. Memastikan semua keperluan dalam pasaran dapat dipenuhi apabila diperlukan.
[5Fx1m = 5m]
5) Huraikan dua perbezaan sasaran pasaran dengan peletakan pasaran dari aspek liputan dan penetapan
strategi. [4]
Dua perbezaan sasaran pasaran dengan peletakan pasaran ialah:-
Dimensi Sasaran pasaran Peletakan pasaran
Liputan Proses menilai daya tarikan sesuatu Usaha menempatkan dan meletakkan
kumpulan pengguna yang produk dalam pasaran. Ia berkait dengan
disasarkan dan memilih satu atau imej positif, ciri-ciri dan kualiti tersendiri
lebih segmen untuk dimasuki bagi membezakan dengan produk pesaing.
Penetapan Pemasaran tidak dibezakan, Atribut produk, manafaat, kekerapan
strategi dibezakan, dibezakan tertumpu dan penggunaan, pengguna dan klasifikasi
mikro [1m] produk, [1m]
[4Hx1m=4m] 2
2
6) Berikan empat peringkat dalam kitaran hayat produk. [4]
Empat peringkat dalam kitaran hayat produk ialah:-
1. Peringkat pengenalan
2. Peringkat pertumbuhan
3. Peringkat matang/kematangan
4. Peringkat kemerosotan [4Fx1m=4m]
7) Huraikan tiga jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek. [6]
Tiga jenis sumber dana jangka pendek adalah:-
1. Overdraf
• Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa yang
membenarkannya mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaun semasa
setakat had yang ditetapkan.
2. Pemfaktoran
• Kemudahan pembelian invois atau akaun penghutang perniagaan kepada syarikat
pemfaktoran daripada pelanggannya.
• Akaun penghutang perniagaan akan dijual pada nilai kurang daripada nilai muka apabila tunai
diperlukan dengan segera.
3. Penerimaan jurubank
• Merupakan bil dagangan yang dikeluarkan oleh pengimport atau pengeksport dan diterima
atau disahkan oleh bank.
• Apabila menerima bil tersebut, bank mempunyai komitmen untuk membayar jumlah yang
dinyatakan pada satu tarikh masa depan.
• Kaedah pembiayaan jangka pendek yang disediakan oleh bank kepada pelanggan yang
melakukan kegiatan eksport dan import.
4. Resit Amanah
• Satu bentuk kemudahan jangka pendek yang diperoleh daripada pihak bank oleh pengimport
bagi membiayai inventori yang diimport.
• Pengimport akan memberikan Resit Amanah kepada bank dan bank akan menjelaskan
bayaran terlebih dahulu bagi pihak pengimport.
3
5. Kredit dagangan
• Kemudahan kredit yang diberikan oleh penjual kepada pembeli bertujuan melariskan jualan.
• Pembeli boleh membeli secara hutang dan membayar pada masa akan datang biasanya dalam
tempoh 30 hingga 60 hari.
6. Pinjaman berjangka
• Peniaga kecil menggunakan wang daripada pinjaman berjangka untuk membeli aset bukan
semasa bagi keperluan perniagaan.
• Pinjaman adalah dalam tempoh murang daripada setahun dan bayaran balik adalah secara
ansuran beserta kadar faedah. [3F+3H =6m]
8) (a) Berikan tiga jenis penyata kewangan. [3]
Tiga jenis penyata kewangan ialah:-
1. Penyata Pendapatan
2. Kunci kira-kira
3. Penyata Aliran Tunai [3F x 1m =3m]
(b) Huraikan kegunaan setiap jenis penyata kewangan tersebut. [3]
Kegunaan setiap jenis penyata kewangan ialah:-
1. Penyata Pendapatan
• untuk mengetahui untung, hasil dan belanja dalam sesuatu tempoh kewangan
2. Kunci kira-kira
• mengetahui kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan dalam sesuatu tempoh
kewangan
3. Penyata Aliran Tunai
• mengetahui penerimaan dan pembayaran tunai dalam sesuatu tempoh kewangan
[3H x 1m = 3m]
9) Senaraikan empat faedah yang berbentuk bukan wang. [4]
1 percutian 6 Hebahan pekerja cemerlang
2 insurans 7 tempat penjagaan anak-anak
3 kemudahan kesihatan 8 kemudahan pengangkutan
4 sijil kepujian/ penghargaan 9 latihan dan peningkatan kerjaya
5 asrama /tempat tinggal/kuarters
Empat fakta yang pertama x 1m = 4m]
4
10) Huraikan tiga skim kemudahan penamatan perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. [6]
Tiga skim kemudahan penamatan perkhidmatan dalam sesebuah organisasi ialah:-
1. Secara wajib
• pekerja yang tamat kontrak dilepaskan oleh organisasi tanpa sebarang syarat
• Mengikut Akta Pekerjaan 1955, syarat umur bersara wajib dalam sektor swasta ialah 55 tahun
manakala sektor awam ialah 60 tahun
2. Secara sukarela
• Pekerja berhenti atas pilihan sendiri/ disebabkan sebab-sebab peribadi
• Penjawat awam yang sepatutnya bersara wajib pada umur 60 tahun tetapi memilih untuk
bersara lebih awal pada umur 56 tahun
3. Secara diberhentikan
• Pekerja ditamatkan perkhidmatan bukan kerana penamatan secara wajib atau sukarela.
• berlaku pelanggaran syarat kontrak perkhidmatan antara pekerja dan majikan.
• Berlaku kegawatan ekonomi yang menyebabkan organisasi tidak mampu membayar gaji
pekerja. [3F+3H = 6m]
Soalan 11
a) Terangkan campuran promosi yang dilaksanakan oleh GINTELL untuk mempromosikan produknya. [18]
Fakta Huraian Kaitan Kes
Perhubungan Langkah syarikat menjalin K1: GINTELL memperkenalkan duta terbarunya iaitu
awam hubungan baik dengan pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat
masyarakat umum termasuk
Atau pihak berkepentingan K2: Ayda yang memegang watak utama drama
'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak Sangat Nakal'
Publisiti Komunikasi yang disampaikan
melalui cerita dan berita K3: Ayda memaklumkan moto 'Health Love Life'
berkait dengan produk memang serasi dengan dirinya yang mengutamakan
syarikat kesihatan, ikatan kasih sayang keluarganya dan
dirinya.
K4: Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk
menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam
kehidupan.
K5: Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta juga dilihat
mampu membantu memperkenalkan rangkaian sofa
urutan GINTELL De'Vano S yang lebih bercita rasa
muda.
5
Promosi Jualan Memberi insentif kepada K6: GINTELL menawarkan kombo pakej terhebat bagi
pengguna dan mendorong kedua-dua GINTELL De'Vano S dan mesin urut kaki G-
membuat keputusan Beetle Plus dengan hanya RM3,988.
pembelian dalam jangka masa
pendek
Jualan Satu promosi yang melibatkan K7:Ayda membuat penampilan khas di AEON Mall
Bersemuka hubungan peribadi antara Bandaraya Melaka,
pembeli dengan penjual untuk K8: Sesi temu salam dengan peminat dan pelanggan
melakukan jualan dan GINTELL semasa Program SIHAT bersama GINTELL
membentuk hubungan 2017.
K9: Ayda berpeluang untuk membuat persembahan
nyanyian dan beramah mesra dengan orang ramai
K10: Sekali gus mengeratkan lagi hubungan dengan
peminat dan pelanggan GINTELL 7
K11: GINTELL turut membuka kiosk yang dikendalikan
oleh pakar kesihatan agar pelanggan dapat
menjalankan pemeriksaan sendisendi dan urat di
badan mereka
K12:mendapat khidmat nasihat tentang produk yang
paling sesuai untuk mereka.
[3F+3H+12KK = 18m]
b) Jelaskan atribut produk GINTELL De'Vano S. yang dikeluarkan oleh syarikat GINTELL. [12]
Fakta Huraian (1m) Kaitan Kes (11m)
Atribut Produk Keputusan utama yang perlu K1: Ayda dapat menghilangkan tekanan dan
(tiada markah dibuat dalam pembangunan kepenatan kerja pada bilabila masa sahaja
untuk fakta) sesebuah produk yang K2: Trek V yang berukuran 105cm panjang dalam reka
melibatkan faedah dari segi bentuk sofa.
kualiti, ciri, gaya dan K3: Trek V dapat melegakan tekanan dengan urutan
rekabentuk yang selesa pada bahagian leher dan pelvic
K4: dapat menenangkan diri dan berehat dengan
sepenuhnya
K5: ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini yang
terdapat pada GINTELL De'Vano S
6
K6: dapat membentuk dan membetulkan pinggul dan
paha, agar terus tampil anggun dan segar
K7: rupa bentuk sofa urutan ini yang bergaya moden
dan ergonomik
K8: serta diperkemas dengan fabrik yang berwarna
ceria dan cerah.
K9: Sofa urutan itu mempunyai 4 sistem kawalan
mudah dan mesra pengguna.
K10: GINTELL De'Vano S FUNtastic Sofa yang ringan
dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan
sempurna untuk kediaman dan juga pejabat
K11: sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana
sahaja
[1H+11KK = 12m]
Soalan 12
Terangkan lima aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran. [20]
Aktiviti perniagaan yang berasaskan pengeluaran ialah:-
1. Ekstraktif
H1: Aktiviti mendapatkan bahan mentah
H2: Bahan mentah diperoleh dari sumber alam semula jadi
C: Bijih timah, petroleum, perlombongan, perikanan dll
2. Barangan pengguna/consumer
H1: produk yang boleh digunakan oleh pengguna akhir
H2: terdiri daripada barangan siap dan dijual dalam pasaran
C: Kereta, motor, kek
3. Barangan Industri
H1: bahan yang digunakan oleh pengguna industri
H2: bahan untuk diproses dan dijual semula
C: Komponen kereta dijual kepada kilang pemasangan kereta
7
4. Pembuatan
H1: Memproses bahan mentah untuk dijadikan barangan siap/ separuh siap
H2: tujuannya untuk dipasarkan kepada pengguna industri dan pengguna akhir
C: Getah dijadi penebat dalam sistem aliran elektirk / tenaga Besi / logam diproses membuat rangka
dan enjin kereta
5. Pemasangan
H1: Aktiviti memasang komponen untuk menghasilkan produk siap
H2: inputnya/ bahan terdiri daripada barangan separuh siap
C: pemasangan komponen kereta seperti pintu, tayar dll
[1F+2H+1C, 5 x 4m = 20m]
Soalan 13
Jelaskan empat prinsip takaful. [20]
Empat prinsip takaful ialah:
1) Kepatuhan syariah
H1: Undang-undang yang mematuhi perundangan Islam
H2: gharar iaitu ketidakjelasan dalam perjanjian urus niaga
H3: maisir iaitu tiada unsur perjudian, spekulasi dan pertaruhan
H4: riba iaitu tiada unsur faedah dalam urusniaga
H5: akad iaitu adanya unsur persetujuan antara pembeli dengan syarikat takaful
H6: Jual beli iaitu urusniaga antara syarikat insurans dengan pembeli insurans
CH: Pulangan perniagaan dilarang sesuatu urusniaga yang tidak dapat dikenalpasti.
2) Menanggung risiko bersama
H1: Berteraskan konsep kerjasama/ tolong menolong/bermuafakat
H2: Peserta lain bersetuju untuk membantu peserta yang mengalami kerugian
H3: Kerugian dibayar melalui wang tabungan khas peserta/pencarum
CH3: pencarum lain akan membantu peserta yang mengalami kerugian disebabkan kecurian
8
3) Tabarru
H1: Tabung khas bagi membantu peserta yang mengalami bencana/ kemalangan/ risiko
H2: Peserta lain bersetuju menyumbang dalam tabung
H3: Wang tabung akan digunakan untuk membantu peserta lain yang mengalami kerugian
CH: Takaful menyediakan 5% caruman peserta untuk disimpan dalam tabung khas
4) Simpanan/ pelaburan
H1: Simpanan ialah deposit yang diterima daripada pencarum
H2: Pelaburan ialah modal yang dicarum oleh peserta
H3: Peserta akan dapat pulangan dalam bentuk dividen daripada keuntungan urusniaga syarikat
takaful
CH: Peserta mendapat pulangan dividen sebanyak 15% pada tahun 2020
[1F+3H+1C, 4x5m = 20m]
9