The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran S2 STPM 2021 Kali Pertama

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by selvaraninadarajah, 2021-09-11 02:19:50

Pengajian Am KS

Pentaksiran S2 STPM 2021 Kali Pertama

Keywords: Kertas Soalan

Nama : …………………………………………… Kelas : ………..…….…..
No K/Pengenalan : …………………………….......

PENGAJIAN AM
900/2
JUN 2021
1 ½ Jam

KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
JALAN TIMUN 24/1

SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KEDUA 2021

PENGAJIAN AM
900/2

1 JAM 30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN

ARAHAN KEPADA CALON Untuk kegunaan pemeriksa

Sila tulis nama, no. kad pengenalan dan kelas Bahagian A
dalam ruangan yang disediakan. 1

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu 2
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3
4
Calon dikehendaki menjawab semua soalan
dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B
Bahagian B dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian C
Bahagian A pada ruang jawapan yang
disediakan.

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan JUMLAH
dalam Bahagian B dan C. Mulakan setiap
jawapan pada helaian kertas yang baharu dan
susun mengikut tertib Ikat helaian jawapan anda
bersama dengan kertas soalan ini

Disediakan oleh, Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………...… ………………………… ………………………….…
Norrosidah binti Abdul Rahim
Nik Nurulain binti Nik Mohamad Haslina bt Yusof Ketua Jabatan Sains Sosial

Guru Pengajian Am Ketua Unit Pengajian Am

1

BAHAGIAN A
[15 markah]

Jawab semua soalan.

1. Salah satu petunjuk negara maju dan sejahtera ialah tingkat kesihatan tinggi. Nyatakan

tiga ciri petunjuk tersebut? [3]

(a).......................................................................................................................................
(b)........................................................................................................................................
(c)........................................................................................................................................

2. Nyatakan empat matlamat yang negara ingin capai melalui Rukun Negara. [4]

(a).......................................................................................................................................

(b)........................................................................................................................................

(c)........................................................................................................................................

(d).......................................................................................................................................

3. Jelaskan dua strategi untuk mencapai status negara maju. [4]

(a).......................................................................................................................................

......................................................................................................... ...............................

(b).......................................................................................................................................

......................................................................................................... ...............................

4. Huraikan dua isu yang dihadapi oleh Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020. [4]
(a)......................................................................................................... ..............................
........................................................................................................................................
(b).......................................................................................................................................
........................................................................................................................................

2

Bahagian B [20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan aliran jumlah penggunaan elektrik oleh pelbagai sektor bagi tempoh yang
dinyatakan.

Dalam kepesatan pembangunan Malaysia sekarang, sumber tenaga manusia bukan
sahaja bergantung pada kuasa hidroelektrik malah juga bergantung pada petroleum dan gas
asli. Menurut data yang diperoleh, pengguna paling banyak adalah dari sektor industri. Pada
tahun 2001 sahaja penggunaan tenaga telah mencatat 4000 GWj. Angka ini terus bertambah
sebanyak 850 GWj pada tahun 2002. Pertambahan yang agak besar ini mungkin kerana pada
tahun 2000-an sudah banyak terdapat industri di Malaysia, terutamanya industri yang
ditubuhkan oleh pelabur asing. Walau bagaimanapun, peningkatan yang lebih ketara adalah
pada tahun 2003 apabila sejumlah 6000 GWj telah digunakan untuk industri sahaja.
Penggunaan tenaga pada tahun 2004 bertambah sebanyak 3 kali ganda atau 200% berbanding
jumlah pada tahun 2001. Pertambahan yang begitu memberangsangkan adalah hasil usaha
Malaysia menggalakkan sektor perindustrian, terutama industri berat dan industri ringan.

Penggunaan tenaga yang banyak juga ketara dalam sektor perdagangan apabila
sejumlah 2850 GWj telah digunakan pada tahun 2001. Angka ini masih rendah kalau
dibandingkan dengan tahun 2004 yang telah meningkat sebanyak 3150 GWj. Dalam sektor
perdagangan ini jelas bahawa tenaga banyak digunakan dalam gedung-gedung perniagaan
tidak kira di bandar atau di luar bandar. Nyata sekali terdapat penggunaan tenaga yang
banyak pada tahun 2003 apabila sejumlah 5020 GWj telah digunakan. Walau bagaimanapun,
penggunaan tenaga ini tidak banyak bezanya pada tahun 2002 dengan angkanya kurang
sebanyak 1015 GWj kalau dibandingkan dengan tahun 2003.

Yang jelas ialah bilangan isi rumah Malaysia sekarang mencapai angka juta tetapi dari
segi penggunaan tenaga, tidaklah begitu banyak kalau dibandingkan dengan sektor
perdagangan. Sebagai contohnya, hanya kira-kira 2245 GWj telah digunakan pada tahun
2001. Angka ini bagaimanapun tetap meningkat kepada 3855 GWj pada tahun 2002. Kadar
ini bagaimanapun tidaklah begitu banyak kalau dibandingkan dengan tahun 2004 yang telah
bertambah kepada 5123 GWj. Peningkatan yang begitu tinggi pada tahun 2004 disebabkan

3

oleh bertambahnya kawasan-kawasan perumahan baharu di bandar-bandar utama. Kesan
pertambahan perumahan baharu juga turut mendorong penggunaan tenaga meningkat kepada
4328 GWj pada tahun 2003.

Tidaklah keterlaluan kalau dikatakan penggunaan untuk sektor-sektor lain adalah
paling rendah daripada keseluruhan sektor. Angka ini ketara sekali apabila pada tahun 2001
hanya kira-kira 413 GWj yang digunakan termasuklah untuk kegunaan awam seperti jalan
raya. Penggunaan untuk sektor ini terus meningkat sebanyak 319 GWj pada tahun 2002.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2003 penggunaan untuk sektor ini merosot sebanyak 52
GWj dan angkanya kekal hingga tahun 2004.

Penggunaan tenaga pada masa-masa akan datang diramalkan terus meningkat berlipat
kali ganda kesan daripada penggunaan yang bertambah. Oleh itu, adalah perlu bagi kerajaan
untuk mencari sumber-sumber baharu supaya tidak bergantung pada kuasa hidroelektrik dan
petroleum semata-mata.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 2004)

4

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan keluasan sawah padi mengikut negeri terpilih
dari tahun 2013 hingga tahun 2016 di Malaysia.

Menjelang tahun 2016, pengeluaran padi negara akan ditumpukan kepada jenis
bernilai tinggi untuk kegunaan tempatan dan eksport. Pengeluaran padi telah meningkat pada
kadar purata 13.8% setahun ekoran daripada pemulihan kawasan sawah padi yang terbiar.
Pada tahun 2013, keluasan kawasan tanaman padi di negeri Kelantan ialah 1233 hektar tetapi
meningkat keluasan kepada 1330 hektar pada tahun 2014 sebelum meningkat kembali
sebanyak 430 hektar setahun kemudian. Padi dijangka akan ditanam di kawasan seluas 1440
hektar pada tahun 2016.

Negeri Kedah mempunyai kawasan tanaman yang paling luas berbanding dengan
negeri-negeri lain bagi kesemua tahun. Negeri ini mencatat keluasan tertinggi pada tahun
2013, iaitu 4287 hektar. Keluasan kawasan sawah ini berkurangan pada tahun 2014, menjadi
3610 hektar dan berkurangan lagi sebanyak 262 hektar berbanding dengan tahun sebelumnya
pada tahun 2015. Jumlah kawasan sawah padi dianggarkan meningkat semula kepada 4100
hektar pada tahun 2016.

Negeri Perak mempunyai keluasan kawasan sawah padi bagi tahun 2013, iaitu
sebanyak 1385 hektar. Walaupun keluasan kawasan sawah ini mengalami pengurangan
kepada 1181 hektar pada tahun 2014 tetapi meningkat semula kepada 1205 hektar setahun
kemudian. Galakan kerajaan supaya mengurangkan masalah tanah sawah terbiar
menyebabkan para petani beralih berusaha memulihkannya sehingga dijangka meningkatkan
keluasan kawasan sawah padi kepada 1220 hektar pada tahun 2016.

Keluasan sawah padi di Selangor sejumlah 1971 hektar pada tahun 2013. Keluasan
berkenaan meningkat kepada 2367 hektar pada tahun 2014 tetapi merosot kepada 2334
hektar pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, keluasan kawasan sawah padi berkenaan
dijangka akan mencapai paras 2560 hektar pada tahun 2016.

(dipetik dan disesuaikan dari pada Perangkaan Agromakanan 2017,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia)

5

Bahagian C [25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
7. Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang berpegang teguh kepada Rukun Negara.

Kurangnya penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara terutama dalam jiwa generasi
muda telah membawa kepada pelbagai permasalahan berlaku. Bincangkan.
8. Kos sara hidup yang tinggi semakin membebankan kehidupan rakyat. Oleh itu, kerajaan
perlu mengambil pelbagai langkah untuk menanganinya. Bincangkan.

*KERTAS SOALAN TAMAT*
6


Click to View FlipBook Version