The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Semester 2 STPM 2021 Kali Kedua

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by selvaraninadarajah, 2021-09-13 16:58:33

Sejarah SP2

Pentaksiran Semester 2 STPM 2021 Kali Kedua

Keywords: Skema Pemarkahan

CADANGAN JAWAPAN PEPERIKSAAN
PERCUBAAN SEM 2

SOALAN 1

SEJAUHMANAKAH AGAMA WATHANI MENDOMINASI AGAMA MASYARAKAT ARAB

JAHILIAH.

AGAMA SAHAJA JANGAN ADA SENTUH KEPERCAYAAN SEBAB DALAM

SOALAN SEBUT AGAMA SHJ.

Pendahuluan

● Zaman jahiliah ialah zaman sebelum kedatangan Islam dan pada masa itu
manusia berada dalam kesesatan kerana tidak mempunyai nabi dan rasul serta
kitab sebagai panduan.

● Namun begitu, masyarakat Arab jahiliah masih mempunyai kepercayaan yang
tersendiri dan kepercayaan dan agama yang dianuti mereka mengikut tinggalan
nenek moyang.

● Pada masa itu, masyarakat Arab menganuti dua jenis agama iaitu agama samawi
(agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi dan mempunyai kitab dan
agama ardhi (ciptaan) yang direka oleh manusia.

● Agama wathani (menyembah berhala) merupakan agama ardhi dan dianuti oleh
majoriti masyarakat Arab yang tinggal di Semenanjung Tanah Arab pada masa itu.

Isi- isi utama

1. Agama wathani merupakan agama utama yang dianuti oleh masyarakat Arab
Jahiliah

● Agama ini merupakan agama yang dominan dan diperkenalkan oleh Umar bin
Luhai yang telah sembuh daripada penyakit selepas mandi di sungai Syam yang
penduduknya menyembah berhala. Penduduk Makkah menyembah berhala untuk
mendapat restu seperti yang diterima oleh penduduk Syam.

● Berhala-berhala tersebut diperbuat daripada kayu, batu, gangsa, perak, emas,
gandum dan juga buah tamar.

● Berhala diukir dengan pelbagai rupa seperti singa, lembu jantan, kuda, burung
helang yang melambangkan kekuatan, keberanian, ketangkasan dan ketajaman
penglihatan. Ada juga berhala yang menyerupai lelaki dan prempuan.

● Mereka percaya berhala-berhala tersebut memberi manfaat kepada mereka dan
setiap suku menempatkan satu berhala di keliling Kaabah bagi mewakili sukunya.
Terdapat lebih daripada 360 berhala di sekeliling Kaabah yang disembah oleh

1

orang Arab Jahiliah.

● Terdapat beberapa berhala yang mendapat penghormatan tertinggi dan dipuja dan
menjadi ketua kepada berhala-berhala yang lain seperti al-Uzza, al-Manat dan
al-Lata.

● Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa agama wathani merupakan
agama yang paling ramai pengikutnya di Tanah Arab walaupun ada dalam
kalangan mereka menyedari bahawa berhala yang disembah tidak mendatangkan
apa-apa manfaat.

2. Walaupun agama Wathani merupakan agama utama yang dianuti oleh
masyarakat Arab, masih terdapat agama lain yang turut dianuti oleh mereka
seperti agama Majusi

● Agama Majusi berasal dari Parsi yang diasaskaan oleh Zarathusra.
● Agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan

oleh Allah SWT sebaliknya mempercayai nabi-nabi palsu.
● Agama ini mempunyai tiga mazhab iaitu Zarwaniyah, Kayumarthiah dan Zaradushtiah.
● Penganut agama ini menyembah cahaya dan kuasa yang mengeluarkan cahaya

seperti api, bulan, bintang dan juga matahari. Cahaya amat penting dalam
kehidupan seharian penganut agama ini kerana dianggap memberi rahmat kepada
mereka.
● Mereka percaya bahawa terdapat dua Tuhan, iaitu Tuhan Kebaikan (Cahaya) dan
Tuhan Kejahatan (Kegelapan)
● Api dinyalakan di setiap rumah untuk memastikan kebaikan sentiasa mendampingi
mereka.
● Para pendeta Majusi akan menyembah matahari empat kali sehari.
● Agama ini juga banyak mengandungi cerita khayalan dan turut menghalalkan
perkahwinan antara ibu dengan anak serta adik-beradik.
● Tegasnya, masyarakat jahiliah masih tetap menganuti agama Majusi ini walaupun
tiada nabi dan kitab suci sebagai panduan.
3. Selain itu, agama Nasrani juga turut dianuti oleh masyarakat Arab jahiliah
pada masa itu.
● Agama ini mula bertapak di kota Makkah pada abad ke-4 Masihi apabila kerajaan
Rom meluaskan pengaruh dan kuasanya di Yaman.
● Antara penganut terawal agama ini ialah penduduk di selatan Tanah Arab , iaitu
kaum Taghlih, Ghassan dan Qudhah yang merupakan penduduk Yaman.
● Penganut agama ini terdiri daripada kaum Bani Israel dan agama ini mempunyai
kitab suci iaitu kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s sebagai panduan.
● Penganut agama ini masih mempercayai kewujudan dan kebesaran Allah.

2

● Namun, kitab Injil ini telah diubah isi kandungannya oleh segelintir penganutnya
atas tujuan peribadi sehingga menyebabkan agama Kristian ini telah terpesong
daripada konsep asalnya.

● Mereka yang masih mengamalkan ajaran asal agama ini digelar Ahl al Kitab.
● Sesungguhnya, agama Kristian yang dianuti oleh masyarakar jahiliah tidak begitu

sesat jika dibandingkan dengan agama Wathani kerana mereka masih
mempercayai kewujudan dan kebesaran Allah SWT.
4. Agama Hanif juga antara agama yang dianuti oleh masyarakat jahiliah selain
agama Wathani.
● Agama ini diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan penganutnya digelar Hunafa.
Agama ini tidak mempunyai kitab dan mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang
Esa.
● Penganut agama ini terdiri daripada sebahagian kecil masyarakat Arab jahiliah
yang gagal mencari hakikat sebenar tentang ketuhanan.
● Penganut agama ini tidak mengamalkan mana-mana agama dan kepercayaan
yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah yang lain dan juga amalan nenek moyang
mereka sejak turun temurun.
● Mereka juga meninggalkan amalan tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi,
makan bangkai dan sebagainya
● Antara tokoh yang menganuti agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammas
s.a.w sendiri.

● Jelaslah bahawa penganut agama ini menentang segala agama dan kepercayaan
yang menjadi amalan masyarakat jahiliah sebelum Islam.

5. Selain itu, ada juga dalam kalangan masyrakat Arab Jahiliah yang menganut
agama Yahudi.

● Penganut asal agama ini ialah Bani Israel yang tinggal di bahagian utara tanah Arab
● Penganut agama ini mempunyai kitab suci iaitu Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa

a.s. Namun isi kandungan asal kitab ini telah diubah oleh orang Yahudi untuk
memenuhi kepentingan mereka.

● Agama Yahudi yang berasal dari Palestin ini mula bertapak di Madinah apabila
masyarakat Palestin memasuki dan mendiami Hijaj dan Yaman.

● Kekayaan yang berjaya dimiliki oleh mereka telah menarik minat orang Arab untuk
menganut agama Yahudi.

● Di Madinah, agama Yahudi ini dianuti oleh bani Nadhir, Qunaiqa’ dan Quraizah
● Sememangnya agama Yahudi ini telah terpesong daripada ajaran asalnya demi

memenuhi kepentingan penganutnya.

3

Kesimpulan
● Kesimpulannya, agama Wathani merupakan agama yang dianuti oleh sebahagian

besar masyarakat Arab jahiliah.

● Namun begitu, masih terdapat agama-agama lain yang dianuti oleh masarakat
Arab pada masa itu walaupun jumlah penganutnya tidak ramai,

● Islam telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliah
terutamanya dari segi agama dan kepercayaan mereka.

SOALAN 2
HURAIKAN ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW
KENA BAGI ETIKA DAN STRATEGI -1 ETIKA 3 STRATEGI/ 2 ETIKA 2 STRATEGI ATAU
SEBALIKNYA
Pendahuluan
​ Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan adalah pilihan terakhir

dan terpaksa diharungi demi mempertahankan kesucian agama, maruah diri dan
negara, menegakkan hukum Allah, menjamin kesejaahteraan umat manusia
sejagat dan memberikan pengajaran kepada seteru-seteru Islam.
​ Strategi peperangan bukanlah perkara yang objektif, malah merupakan satu
perkara subjektif dan relatif kerana ia banyak ditentukan oleh keadaan
persekitaran, latar belakang musuh yang berkaitan dengan kekuatan, persenjataan
dan taktik musuh itu sendiri. Dalam erti kata lain, strategi peperangan banyak
bergantung kepada keadaan muka bumi dan musuh yang dihadapi.
​ Pada zaman Nabi Muhammad saw, peperangan dibahagikan kepada dua iaitu
sariyah (tindakan menyekat rombongan dagang kafir atau musuh- musuh Islam)
dan ghazwah (peperangan secara besar-besaran)

● Nabi Muhammad saw telah menyumbangkan banyak strategi peperangan yang
mana ia merupakan sebahagian dari ketamadunan Islam.

​ Antara peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw adalah
Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq.

​ Terdapat pelbagai etika dan strategi peperangan yang dipraktikkan sepanjang era
pemerintahan Nabi Muhammad saw.

Isi-isi utama
A. Etika peperangan
​ Tawaran kepada pihak musuh sebelum berperang
​ Tentera Islam dikehendaki menawarkan kepada pihak musuh sama ada memeluk

Islam atau membayar jizyah sebagai simbol kepatuhan terhadap pemerintahan
kerajaan Islam.

4

​ Peperangan akan berlaku seandainya pihak musuh masih berkeras dan
memulakan serangan ke atas umat Islam.

​ Larangan memerangi golongan lemah
​ Tentera Islam dilarang bertindak atau memerangi golongan kafir yang lemah,

antaranya wanita, kanak-kanak, orang tua, paderi dan pendeta.
​ Namun, seandainya golongan ini memainkan peranan penting seperti penggerak

atau pencetus perang, tindakan keras sewajarnya boleh dilakukan.
​ Larangan merosakkan harta benda awam
​ Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda penduduk dan kemudahan awam

kecuali dalam keadaan darurat.
​ Perbuatan memusnahkan harta benda musuh termasuk membakar rumah

penduduk, rumah ibadat dan kebun-kebun tidak dibenarkan kerana ia bukan
sahaja melibatkan kepentingan awam, malah menyebabkan berlakunya
pembaziran, menjejaskan matlamat peperangan dan sebagainya.
​ Keadaan ini membuktikan bahawa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.
​ Mengutamakan perdamaian dan mematuhi perjanjian damai
​ Peperangan hendaklah dihentikan seandainya pihak musuh memohon
perdamaian, contohnya ketika Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam berhasrat
melancarkan serangan ke atas kota Makkah, pihak musuh telah memohon
perdamaian sehingga termeterainya Perjanjian Hudaibiah.
​ Malahan, tentera Islam diwajibkan mematuhi segala perjanjian damai yang telah
dipersetujui.

​ Tentera Islam juga tidak boleh lari atau meninggalkan medan perang melainkan
dengan keizinan ketua.

​ Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud berpunca daripada
kesilapan tentera pemanah Islam yang tidak mematuhi arahan Nabi Muhammad
SAW.

Akur dan patuh kepada arahan ketua

∙ Tentera Islam diwajibkan akur dengan arahan ketua demi mengelakkan berlakunya
sesuatu yang tidak dijangkakan.

● Layanan baik terhadap tawanan perang
​ Tentera Islam dikehendaki melayan dengan baik musuh yang ditawan. Tentera

Islam dilarang menyeksa atau membunuh tawanan perang sewenang-wenangnya.
​ Islam menetapkan etika peperangan iaitu tidak boleh memerangi orang yang

sudah menyerah, kafir zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai
serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Tindakan ini merupakan salah

5

satu kaedah berdakwah yang diajar oleh nabi.
​ Umpamanya, tindakan Nabi Muhammad SAW yang memberikan pengampunan

kepada tawanan ketika peristiwa pembukaan kota Makkah dan layanan adil
terhadap tawanan Perang Badar tahun 2H.
​ Tentera Islam juga dilarang melakukan perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
seperti mencincang mayat.
B. Strategi peperangan
1. Memilih dan menguasai tempat strategik
​ Sebelum berlaku peperangan, Nabi Muhammad SAW mengkaji keadaan di mana
peperangan akan berlaku.
​ Biasanya peperangan di zaman nabi akan memakan masa yang berhari-hari. Oleh
kerana itu, nabi lebih mementingkan sumber air. Dengan ini nabi memilih wadi
yang berair sebagai tempat perkhemahan sebelum berlakunya peperangan.
​ Dalam Perang Badar tahun 2H, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Quraisy
Makkah kerana kebijaksanaan mereka menguasai tempat strategik. Tentera Islam
menguasai punca air yang menyebabkan tentera musuh terputus bekalan air
sehingga memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam yang berakhir
dengan kekalahan mereka.
​ Dalam Perang Uhud, nabi menempatkan tentera pemanah di atas Bukit Uhud
untuk menghujani panah bagi mengucar-ngacirkan pihak musuh.
​ Bukit yang berada di situ mestilah terlebih dahulu dikuasai dan diduduki oleh
pasukan pemanah untuk memberi perlindungan yang berkesan kepada tentera
pejalan kaki dan berkuda yang bertempur di lereng bukit.
2. Taktik menunggu
​ Tentera Islam akan menunggu kehadiran pihak musuh di medan peperangan dan
apabila musuh datang, mereka akan bertindak menyerang secara spontan.
​ Nabi Muhammad SAW menggunakan taktik ini dalam Perang Badar.
3. Taktik bertahan
​ Tentera Islam menggunakan taktik bertahan dengan membina benteng pertahanan
seperti menggali parit untuk mematahkan serangan musuh. Contohnya, dalam
Perang Khandak (Perang Ahzab) tahun 5H, tentera Islam telah menggali parit
besar di sepanjang kawasan kota Madinah yang difikirkan mudah ditembusi pihak
musuh.
​ Taktik ini digunakan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi
bagi menangani tentera musuh yang berusaha menyerang kota Madinah.
​ Parit yang digali telah menghalang tentera musuh daripada memasuki kota
Madinah manakala tentera Islam pula bertahan di dalam kota.

6

​ Strategi ini telah mengelirukan pihak musuh dan memaksa mereka berundur dari
medan pertempuran.

​ Nabi Muhammad SAW telah menampilkan ciri kepimpinan Islam apabila bersedia
menerima pendapat tentera biasa yang difikirkan bernas.

4. Taktik mengepung
​ Nabi Muhammad SAW menggunakan taktik mengepung sehingga berjaya

memutuskan bekalan makanan dan seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi
sehingga tentera musuh tidak sempat bersedia menyerang balas.
​ Taktik ini dipraktikkan dalam Perang Taif di mana nabi menggunakan pelbagai jenis
senjata untuk memecahkan kubu pertahanan musuh.
5. Taktik risikan untuk memperdayakan musuh
​ Tentera Islam menggunakan taktik memperdayakan musuh bagi melemahkan
semangat perjuangan musuh. Nabi Muhammad SAW mengutuskan seseorang
untuk menyamar atau merisik bagi mendapatkan sesuatu maklumat daripada
musuh.
​ Contohnya, peranan Nairn bin Mas'ud memecah belahkan perpaduan di kalangan
pakatan golongan Quraisy dan Yahudi yang mengepung kota Madinah dalam
Perang Khandak.
6 Strategi al-Saf dan gerak serentak

​ Menentang tentera berkuda musuh dan barisan kedua untuk memberi
perlindungan kepada tentera pejalan kaki dan membuat serangan.

​ Tentera berkuda dijadikan tentera sokongan untuk menguatkan jentera serangan
dan memantapkan benteng pertahanan.

​ Pergerakan secara serentak di dalam sesuatu pasukan tentera adalah strategi
peperangan yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa menghadapi
tentera musuh.

​ Perbarisan adalah strategi terbaik untuk menyatukan segala kekuatan tentera yang
ada untuk menghancurkan pasukan musuh. Sedangkan pihak kafir Makkah datang
menyerang Madinah dalam keadaan agak tidak teratur dan berselerak.

​ Sebab itulah hampir keseluruhan peperangan, umat Islam sentiasa berada di
pihak yang menang dan musuh sering kecundang.

7. Taktik tidak mengejar musuh
​ Tindakan atau larangan tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka.
​ Contohnya dalam Perang Tabuk, antara tentera Islam dan tentera Rom yang

berlangsung pada tahun 9H.
​ Tindakan ini terpaksa dilakukan oleh nabi demi keselamatan tentera yang

berkemungkinan terperangkap dengan strategi musuh serta menggambarkan

7

sikap tentera Islam yang tidak agresif semata-mata untuk mendapatkan
kemenangan.
8. Mengadakan pakatan strategik
​ Nabi Muhammad SAW biasanya mengkaji keadaan persekitaran di mana
pertempuran akan berlaku. Di situlah Nabi Muhammad SAW akan membuat
perjanjian persahabatan dengan puak tempatan seandainya ada di antara kedua
pihak menerima pencerobohan musuh.
​ Misalnya, nabi telah membuat perjanjian persahabatan dengan Bani Zomrah di
Waddan sebelum berlakunya Perang Badar. Kedua pihak berjanji akan setia
menolong jika salah satu pihak diserang musuh.
​ Dengan adanya pakatan sedemikian telah menggerunkan musuh Quraisy Makkah
dan akhirnya berjaya mengalahkan mereka yang datang menyerang Madinah.
9. Strategi penyamaran dan tipu helah
​ Penyamaran adalah satu taktik yang amat berfaedah di dalam setiap pertempuran.
la merupakan satu kaedah yang dibenarkan oleh Islam untuk memperoleh
kemenangan.
​ Nabi Muhammad SAW telah menggunakan penyamaran diri. Contohnya,
musuh-musuh Islam bercita-cita untuk membunuh nabi. Oleh itu, penyamaran
untuk mengelirukan musuh supaya sukar mengenali nabi telah dilaksanakan oleh
nabi dengan memakai pakaian seragam yang sama dengan beberapa orang
sahabat.
​ Penyamaran ini amat berjaya di mana dalam Peperangan Uhud, seorang tentera
kafir telah membunuh Mas'ab bin Umair. Sesudah itu, beliau memberitahu kepada
pasukannya bahawa nabi telah berjaya dibunuh. Itu hanya pada sangkaannya
sahaja kerana nabi memakai pakaian dan tutup muka sama dengan yang dipakai
oleh Mas'ab bin Umair.
​ Dalam Perang Khandaq. Nabi Muhammad SAW telah mengutuskan Na'im bin
Mas'ud untuk bertindak menyamar sebagai musuh Islam dan memecah belahkan
pakatan Musyrikin Makkah dan Yahudi Madinah.
10. Merahsiakan jumlah tentera musuh
​ Nabi Muhammad SAW menggunakan strategi merahsiakan jumlah anggota tentera
musuh yang akan dihadapi di dalam pertempuran.Strategi ini digunakan untuk
menguji keimanan umat Islam. Contohnya, dalam Perang Badar, nabi tidak
langsung membayangkan jumlah orang kafir Makkah yang melebihi 1000 orang
itu.
​ Tentera Islam hanya mengetahui apabila mereka berada di medan pertempuran.
​ Setelah seruan ke medan Perang Badar diisytiharkan oleh Nabi Muhammad SAW,
keseluruhan umat Islam yang berjumlah 313 orang telah melafazkan taat setia dan

8

kesanggupan berjihad.
11. Menggunakan kemahiran untuk mengetahui jumlah musuh
​ Mengetahui jumlah musuh merupakan aspek penting dalam peperangan agar

persediaan sewajarnya dapat disiapkan bagi mengatasi kekuatan musuh.
​ Jumlah musuh amat sukar diketahui dengan tepat walaupun telah dilihat dengan

mata kepala sendiri. Namun, nabi mempunyai strategi tersendiri dalam hal ini.
Contohnya, di dalam risikan nabi terhadap seorang kanak-kanak yang menyertai
tentera kafir Makkah di dalam Perang Badar, nabi tidak terus bertanyakan jumlah
tentera kafir kerana nabi tahu soalan begitu akan diberi jawapan yang palsu. Oleh
itu, nabi bertanyakan berapa ekor untakah yang disembelih setiap hari untuk
memberi makan kepada tentera kafir. Jawapan yang diberi adalah antara 9 hingga
10 ekor setiap hari. Dengan jawapan ini, nabi dapat membuat perhitungan bahawa
jumlah mereka antara 900 hingga 1000 orang. Anggaran ini paling hampir kepada
ketepatan.
12. Merahsiakan tujuan persiapan perang
​ Di dalam sesuatu operasi tertentu, ketua tentera boleh merahsiakan ke mana dan
apakah tujuan perintah bersiap sedia serta pihak manakah yang hendak diperangi.
​ Perkara ini ada kaitannya dengan kepentingan strategi untuk merahsiakan
pergerakan itu dari diketahui oleh musuh.
​ Nabi Muhammad SAW pernah berbuat demikian ketika mengarahkan tentera Islam
yang jumlahnya melebihi 10,000 orang bersiap sedia. Matlamat nabi itu
sebenarnya adalah untuk membuka kota Makkah secara aman pada tahun 8H.
​ Untuk mengelirukan lagi musuh, nabi telah mengarahkan sepasukan tentera Islam
untuk menuju satu tempat yang berlainan iaitu ke Najd di sebelah timur Madinah.
Pergerakan tentera Islam ini telah ditafsirkan oleh kafir Makkah sebagai
pergerakan yang bukan untuk menggugat keselamatan Makkah. Dengan ini
mereka tidak bersedia menghadapi peperangan.
​ Sebelum memasuki kota Makkah, teritera Islam bermalam di satu tempat
berhampiran
kota Makkah. Di waktu malam, nabi memerintahkan tenterariya supaya menyalakan
api beberapa longgok di sekeliling khemah masing-masing. Kebetulan perisik kafir
Makkah datang untuk meninjau kekuatan tentera Islam, antaranya Abu Sufyan.
Mereka amat terkejut dengan keadaan perkhemahan tentera Islam yang terang
benderang yang dianggarkan oleh mereka berpuluh-puluh ribu orang tentera.

​ Berita kekuatan angkatan tentera Islam telah disampaikan kepada kafir Makkah.
Mereka kebanyakkannya menggeletar ketakutan. Akibat daripada ketakutan itu, ada
di antara mereka datang ke perkhemahan nabi pada malam itu juga untuk memeluk
Islam seperti Abu Sufyan sendiri dan lain-lainnya. Kekuatan tentera Islam itu

9

kemudiannya diperbesar- besarkan oleh Abu Sufyan kepada penduduk Makkah
hingga menghancur luluhkan semangat keperwiraan yang pernah berkobar-kobar di
hati sanubari mereka.
​ Oleh itu, keesokkan harinya, kebanyakkan orang kafir Makkah menutup rumah
masing- masing kerana ketakutan. Apabila nabi dan tentera Islam memasuki Makkah,
mereka tidak sedikitpun menghadapi sebarang tentangan daripada kafir Makkah.
Kesimpulan

​ Kepimpinan dan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam mengatur strategi
tempur merupakan kunci utama kejayaan tentera Islam dalam medan peperangan.

​ Dengan menggunakan strategi dan taktik yang berkesan, tentera Islam berjaya
mengalahkan kaum Quraisy dan golongan Yahudi dalam beberapa siri peperangan.

​ Strategi yang digunakan pada zaman nabi diwarisi oleh pemerintah Islam pada
zaman Khulafa al- Rasyidin bagi mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi.

SOALAN 3
BINCANGKAN KEPAKARAN IBNU MAJID DALAM MENGUASAI BIDANG KELAUTAN.
A.Pendahuluan

Nama sebenar Ibnu Majid ialah Shihab al-Din bin Majid Al-Najdi. - Beliau merupakan
seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke 15/9 H. - Beliau digelar “singa laut
dan telah menghasilkan 40 buah karya sama ada berbentuk prosa atau puisi yang
merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, dan ombak. - Oleh itu, terdapat
beberapa sumbangan Ibnu Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

B. Isi-isi penting

● Antara sumbangan beliau dalam bidang kelautan ialah penerangan yang jelas
berkaitan ilmu kelautan.

10

Ibn Majid menghasilkan karya berbentuk prosa yang bertajuk al-Fawaid fi usul ilmi al- Baha
wa al-Qawaid (kaedah dan faedah ilmu laut) pada tahun 1490 M dan mengandungi 12 bab. -
Buku ini mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut
Merah,dan Lautan China. Beliau telah menulis maklumat tentang kedalaman laut, kawasan
pantai, batu karang, pulau pelabuhan, angin,dan semua data yang diperlukan oleh pemandu
kapal. - Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memperbaiki dan memperbetulkan
kesilapan catatan-catatan yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya

Contohnya, dalam karya tersebut menceritakan tentang permulaan pelayaran, jarum magnet
bintang, bulan, kompas, laluan di lautan Hindi, 10 buah pulau yang paling terkenal, monsun
yang sesuai bagi pelayaran beserta tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan tentang
Laut Merah.

-Kesannya, beliau telah membantu pelayar dalam menjalankan ekspedisi pelayaran mereka.

● Seterusnya, sumbangan Ibn Majid adalah menghasilkan kitab “Hawiyat al-Ikhtisar fi
Usul ‘Ilm al-Bihar” pada tahun 866H.

Jelas menunjukkan dalam karya tersebut telah menceritakan mengenai tarikh, bahasa,
bintang serta ilmu berkaitan laut. Juga tentang laut di pantai Arab, China, Teluk Parsi, Hidi,
Hijaz, Syam dan Afrika serta pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi. - Misalnya, kitab
beliau masih lagi membincangkan tentang ilmu laut.

-Kesannya, beliau dapat memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada pelayar
tentang ilmu berkaitan bahasa, tarikh, dan bintang serta laut.

● Selain itu, sumbangan ibnu Majid adalah karya Qadimah Makkiyah.
Hal ini dapat dilihat melalui karya beliau yang telah menceritakan tentang laut merah dari
Jedah ke Tanjung Fartak. dengan lebih terperinci. - Umpamanya, beliau menceritakan
tentang selatan Semenanjung Tanah Arab

-Kesannya, pelayar dapat mengetahui laluan perjalanan dengan lebih jelas dan tepat.

● Sumbangan Ibnu Majid ialah menjadi penunjuk arah kepada pelayar barat
Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah membantu seorang pelayar barat sehingga beliau
digelar “Malemo Canaqua” oleh Portugis

Contohnya, beliau telah membantu Vasco Da Gama dari pantai timur Afrika ke Calicut.

11

-Kesannya, beliau dihormati oleh pelayar barat dan dikenali oleh seluruh lapisan
masyarakat.

● Teknologi perkapalan
Menurut Ibn Majid, kapal terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya al Aikar yang

digunakan bagi perjalanan dekat dan al Sunbuk yang digunakan bagi perjalanan jarak jauh.
Kapal yang digunakan untuk aktiviti pelayaran sewajarnya kayu yang kukuh buatannya,
disyorkan di sini kayu yang paling sesuai untuk membina kapal adalah kayu jati.

Kekukuhan dan ketahanan kapal adalah faktor terpenting sebelum memula dan
memastikan kelancaran ekspedisi, hal ini kerana struktur dan bagaimana kapal itu dibina
amat mempengaruhi jarak perjalanan, kapasiti muatan, dan ketahanan untuk tempoh masa
tertentu.

Segala keterangan atau penjelasan Ibn Majid ini dinyatakan dalam karyanya berjudul
Urjuzah Nadirah al Ibdal. Ibn Majid juga pernah mengemukakan pandangan kayu yang
sesuai digunakan untuk pembinaan kapal ialah kayu yang diimport dari Perancis.

Majid membahagikan kapal kepada 32 bahagian sebagaimana terdapat 32 mata arah
angin, namun aspek yang penting ialah kepanjangan dan keluasan sesebuah kapal. Ibn
Majid mengingatkan apabila angin ribut menaikkan air laut, saranannya menggunakan rantai
besi untuk mengukuhkannya dengan sauh.

● Penggunaan kompas
Buslah merupakan sebatang kompas yang diletakkan dalam sebuah kotak kecil. Ibn

Majid menjelaskan penggunaan al Buslah bagi menentukan cara-cara menentukan kiblat
dari arah yang berbeza.

Ibnu Majid mendakwa beliaulah yang bertanggungjawab mencipta alatan ini. Bagi
membantu aktiviti pelayaran, magnet telah dicipta dan dilengkapi dengan teknologi dan
kemahiran tinggi; diletakkan dalam kotak yang sesuai bagi membolehkan ia digunakan
dengan lebih mudah.

Manfaat Al Buslah ini sering dinyatakan dalam karyanya Hawiyah Al Ikhtisar dan
ianya diakui akan kepentingan alatan ini oleh Sulayman Al Mahri.

Kehebatan Ibnu Majid dalam perhitungan pelayaran mencapai kemuncaknya apabila
beliau berjaya menghasilkan kompas dengan 32 arah mata angina yang jauh buatannya
lebih baik daripada kompas yang dibuat oleh orang-orang Mesir dan Morocco. )

12

Peta laluannya

• Ibn Majid telah peta laluan dengan membetulkan kesalahan yang dilakarkan oleh
Claudius Ptolemy bagi memudahkan dan memberi inspirasi kepada para pelaut pada
zamannya melakukan penjelajahan.

• Berani mengharungi wilayah yang lebih jauh dari kawasan Laut Merah, Pantai
TimurAfrika hingga Pantai Tenggara Afrika atau Sofala, wilayah berhampiran Madagascar.

• Ibn Majid mengakui pembetulan peta yang dilakarkan olehalBiruni berdasarkan
pengalamannya menjelajahi lautan. Menurut Ibn Majid, di selatan Sofala terdapat selat yang
menghubungkan Laut Hindi dan Laut Pasifik, ini dibuktikan dengan keupayaannya
mengelilingi benua Afrika bermula dari Laut Merah ke arah selatan lalu ke barat hingga
Morocco dan Laut Tengah.

Astrolab

Ibn Majid telah menggunakan alatan ini lebih awal berbanding dengan pelayar Barat,
ini dibuktikan dengan reaksinya terhadap hujah Vasco da Gamma yang mendakwa
menggunakan alatan tersebut bagi melakukan pelayaran.

Bagi Ibn Majid dan pelayar berbangsa Arab mereka menggunakan Rub'u al Da'irah
sebagai alatan penyelaras untuk mengukur jarak matahari dan bintang. Penggunaan alatan
ini penting memandangkan kesukaran mengukur jarak sebenar disebabkan pergerakan
ombak dan angin.

● Kesimpulan
Kesimpulannya, sumbangan Ibnu Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah
merangsang pelayar tokoh-tokoh Islam yang lain serta gambaran kepada masyarakat
sejagat. Tinggalan dan timbunan ilmu dapat diwarisi oleh kita pada hari ini dan menunjukkan
bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang seni nautika dan
pelayaran sehingga abad ke 15 M.

SOALAN 4
JELASKANKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA ABAD KE-13 MASIHI
Pendahuluan
Abad ke-13 Masihi menyaksikan kemunculan Kerajaan Nasriyyah atau Bani al- Ahmar.
Kerajaan ini merupakan kerajaan terakhir yang wujud di Andalus.

Kerajaan Nasriyyah terkenal dengan sumbangannya yang membanggakan
khususnya berkaitan dengan pembinaan dan perkembangan seni bina. Kemajuan seni bina

13

dan seni ukir bukan sahaja berkembang di Granada, malah turut berkembang di
kawasan-kawasan lain yang diduduki oleh orang Islam di Andalus.

Kerajaan ini telah meninggalkan satu seni bina agung iaitu Alhambra yang masih tetap
menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain.. Seni bina Islam di Andalusia merangkumi
beberapa ciri yang unik

Antara ciri seni bina Islam di Andalus ialah kategori seni bina.

Hal ini kerana hasil seni bina yang terdapat di Andalus pada tempoh masa ini terbahagi
kepada dua jenis iaitu kesenian yang lahir di Granada dikenali sebagai “kesenian Granada”,
manakala kesenian di luar Granada dipanggil “kesenian Mudejar”. Kesenian di luar Granada
telah dilahirkan bersama-sama oleh orang- orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13
dan ke-14 Masihi.

Contohnya, Alcazar di Seville dan Gereja Toledo.Namun begitu,bangunan-bangunan yang
dibina tetap mempunyai ciri-ciri yang sama menepati ciri-ciri senibina Islam seperti dihiasi
kaligrafi Arab khususnya ayat-ayat Al Quran,selesa dan mempunyai ruang peredaran yang
selesa.

Kesannya, bangunan bersejarah yang didirikan tetap mempunyai ciri-ciri seni bina Islam.

Ruang-ruang khas

Selain itu, kebiasaannya bangunan-bangunan yang didirikan mempunyai ruangan khas
yang mempunyai fungsi tersendiri.

Hal ini disebabkan, di istana terdapat ruang duta, ruang persalinan permaisuri, ruang
persiraman diraja dan lain-lain yang menjanjikan kelebihan dan keterasingan yang tersendiri
dari segi keindahannya.

Misalnya, istana Alhambra mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana,
dua buah dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan
taman.

Tegasnya, hal ini dapat menjamin keselesaan kepada raja dan kerabat diraja yang
mendiami istana berkenaan.

Seterusnya, bangunan di Granada, Andalus mempunyai nilai keindahan/estetika

Hal ini jelas dapat dilihat dengan terukirnya tulisan-tulisan atau kaligrafi yang mengandungi
ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah (amir) dan sebagainya. Begitu juga
terdapatnya sebuah syair yang menyentuh kemurnian agama Islam.

14

Umpamanya, di pintu Masjid al-Mulk, tertera sepotong tulisan Arab (Azza Maulana
al-Sultan-Abdillah), manakala bahagian dinding masjid dihiasi ukiran berselang- seli dengan
ayat-ayat tulisan Arab. Mihrab masjid pula dipenuhi hiasan yang berwarna emas termasuk
struktur mihrab itu sendiri yang bertatahkan permata zamrud.

Jelaslah bahawa seni bina Islam terkenal dengan keindahannya yang tersendiri.

Di samping itu, salah satu ciri seni bina Islam ialah pembinaan menara.

Pembinaan menara yang tinggi adalah bertujuan memudahkan muazzin melaungkan azan
untuk memanggil orang ramai menunaikan solat berjemaah di masjid.

Selain itu,terdapat juga dua buah menara yang tinggi dan berkilau telah dibina di atas
banjaran Sierra Nevada. Pembinaan menara ini bertujuan untuk melihat keindahan Granada
dengan taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang subur menghijau.

Implikasinya, pembinaan menara bukan sahaja untuk memudahkan tugas muazzin dan
melihat keindahan taman-taman, sebaliknya turut dapat memantau sebarang pergerakan
mencurigakan sebagai langkah keselamatan.

Seni bina Islam amat mementingkan teknik pencahayaan.

Hal ini kerana teknik pencahayaan yang baik akan menyebabkan bahagian dalam bangunan
lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik. Teknik ini membolehkan bangunan
yang dibina kelihatan cerah, hening dan tenang. Tempat terbuka atau taman dalam
bangunan pula diwujudkan agar dapat membekalkan oksigen yang segar dan menapis
udara kotor serta dapat memberi ketenangan jiwa.

Sebagai contoh, istana Alhambra telah dibina dan dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut.

Tuntasnya, teknik pencahayaan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan
binaan yang mengagumkan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, keupayaan orang Islam menghasilkan pelbagai bangunan yang indah dan
mempunyai nilai estetika bermula dengan rumah kediaman diikuti dengan istana serta
masjid.

Hal ini menggambarkan bahawa pemerintahan kerajaan Nasriyyah pada tempoh masa
tersebut tidak mengabaikan bidang kesenian.

15

Perkembangan seni bina Islam pada ketika ini menunjukkan bahawa berlakunya
perkembangan dalam tamadun Islam dan membuktikan kejayaan umat Islam pada masa
lampau.

SOALAN 5:
ANALISISKAN FAKTOR PELUASAN KUASA BARAT TERHADAP WILAYAH UTHMANIYAH
DARI ABAD KE-18 HINGGA 20 MASIHI
Pendahuluan
Kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan oleh Uthman Ertuhgrul pada tahun 1289 merupakan
empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir abad ke-17 Masihi kerajaan
Uthmaniyah berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan
pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi dan pemberontakan.
Pada abad ke-19 Masihi, empayar Uthmaniyah mula memasuki fasa kemerosotan apabila terpaksa
menghadapi pencaturan politik kuasa-kuasa Barat.
Akhir abad ke-20M, seluruh dunia Islam berada dalam kekuasaan dan pengaruh Barat termasuk
wilayah-wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah.
Gerakan peluasan kuasa Barat ini bagi memenuhi kepentingan politik, ekonomi dan social mereka
berdasarkan semangat god, gold and glory.

Isi- isi utama
Faktor politik
Persaingan kuasa-kuasa barat
Dasar imperialisme mencetuskan persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Rusia
dan sebagainya untuk meluaskan tanah jajahan khasnya di wilayah-wilayah Islam. Mereka juga
sanggup mengadakan pakatan bagi merealisasikan misi menguasai dunia Islam. Persaingan ini
mempercepatkan kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas wilayah-wilayah yang berada di dalam
empayar Uthmaniyah.
Kuasa-kuasa Barat bercita-cita meluaskan empayar masing-masing bagi meningkatkan imej
sebagai kuasa utama dunia. Kejayaan menguasai kerajaan Uthmaniyah yang dianggap kuasa Islam
terkuat ketika itu akan menyerlah imej dan kehebatan kuasa barat.
Perubahan dasar perhubungan antarabangsa
Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa barat iaitu dari dasar persahabatan dan dasar
perlindungan kepada dasar campur tangan ekoran pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah.
Sebelum ini pihak Barat mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi menjaga
kepentingan perdagangan mereka. Situasi politik yang tidak stabil akibat pemberontakan member

16

alasan kepada kuasa Barat mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan
Uthmaniyah.

Kelemahan pemerintah Uthmaniyah
Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran menyumbang kepada kemerosotan dan kehancuran
kerajaan Uthmaniyah.
Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan seorang sultan dalam mengendalikan
pemerintahan menjadikan institusi politik ini tidak memenuhi tuntutan semasa. Ini juga membuka
peluang dan ruang kepada golongan elit politik untuk kepentingan peribadi.
Kelemahan kepimpinan ini juga menyebabkan kerajaan dikuasai oleh isteri atau ibu sultan (harem)
atau kelompok tertentu dalam istana
Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan kerajaan
Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat. Kelemahan kerajaan semakin nyata
apabila terpaksa tunduk kepada tekanan
Dasar pecah dan perintah
Polisi luar terpenting yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menguasai wilayah Uthmaniyah
ialah dasar pecah dan perintah. Impaknya, bangsa-bangsa Islam yang berada dalam empayar
Uthmaniyah seperti Turki, Arab, Mesir, Armenia, Kurdis dan lain-lain mula membina jenama
kebangsaan mereka sendiri.
Kuasa-kuasa Barat menjalankan konspirasi memusnahkan empayar Turki dengan menggunakan
fahaman nasionalisme dan berpuak-puak sehingga mereka berjaya menggugat kestabilan politik
empayar Uthmaniyah. Dasar ini akhirnya melemahkan kesatuan ummah yang sejak sekian lama
dinaungi oleh khalifah Uthmaniyah dan memudahkan kuasa Barat menghancurkan kekuatan
empayar Uthmaniyah yang dianggap ancaman utama kepada pengaruh Kristian Eropah.
Konflik sempadan Uthmaniyah dan Rusia
Konflik sempadan antara Rusia, Austria-Hungary dengan wilayah Uthmnaiyah merupakan faktor
peluasasn kuasa Barat berkenaan ke atas empayar Islam Uthmaniyah.
Peluasan kuasa Rusia terhadap kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1877-1878 berpunca daripada
keazaman Rusia untuk mendapatkan semua wilayah- wilayahnya yang terlepas dalam Perang
Crimea.
Kejayaan Rusia dalam perang seterusnya menyebabkan Uthmaniyah kehilangan banyak
wilayahnya termasuk Serbia, Montenegro dan Caucasus.

kuasa barat seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk
pentadbiran dan social.

17

Wilayah kekuasaan yang sangat luas merangkumi wilayah di Asia, Afrika dan Eropah merumitkan
lagi keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan yang lemah dan tidak teratur. Wilayah yang
luas ini didiami oleh pelbagai bangsa dan kerajaan memerlukan kecekapan pentadbiran.
Faktor ekonomi
Revolusi perindustrian
Kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting gerakan peluasan kuasa-kuasa Barat ke
atas wilayah Islam Uthmaniyah
Perkembangan revolusi industry di Eropah pada abad ke-18M meningkatkan lagi tekanan terhadap
keperluan memiliki tanah jajahan yang mempunyai kekayaan hasil buminya. Para pelabur Eropah
turut menyokong gerakan peluasan kuasa ini bagi memenuhi keperluan kilang-kilang.
Memiliki tanah jajahan juga dapat meluaskan pasaran produk industry kuasa- kuasa Barat.
Keperluan bahan mentah
Menjelang abad ke-18M, kuasa Barat memerlukan bahan mentah. Britain memerlukan arang batu
untuk menggerakkan enjin, lokomotif dan kapal laut berkuasa wap.
Para pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah-wilayah Uthmaniyah termasuk di Afrika
Utara dengan membuka ladang, lombong, mengimport buruh dan sebagainya. Pemodal Perancis
pula berjaya menguasai Algeria, wilayah Uthmaniyah yang kaya-raya dengan sumber bumi.
Penemuan minyak mentah di wilayah Uthmaniyah, khasnya di Iraq dan Iran menambahkan lagi
minat kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan tanah jajahan. Mereka menggunakan pelbagai helah
untuk mendapatkan konsesi cari gali minyak. Kepentingan minyak dalam revolusi perindustrian
mencetuskan konflik antara negara-negara Eropah dalam usaha menguasai wilayah Turki
Uthmaniyah.
Tindakan Jerman memasuki era perlumbaan merebut harta kekayaan kerajaan Turki Uthmaniyah
membimbangkan kuasa-kuasa Barat lain. Awal abad ke-20M, persaingan menguasai sumber
minyak semakin ketara apabila banyak kawasan petroleum ditemui di Arab Saudi, Kuwait dan
Bahrain.

Kepentingam Terusan Suez
Kepentingan Terusan Suez menyebabkan kuasa-kuasa Barat menggiatkan usaha untuk menguasai
wilayah Uthmaniyah, khasnya Mesir.
Menguasai Terusan Suez bermakna menguasai jalan perdagangan dua hala terpenting dunia dan
secara langsung dapat menambahkan kekayaan negara. Terusan Suez menjadi pilihan para
pedagang Asia dan Barat kerana ia menjimatkan masa dan kos perdagangan tanpa perlu
mengelilingi benua Afrika.
British amat berminat menguasai Terusan Suez kerana sebilangan besar kapalnya melalui terusan
ini, khasnya menuju ke India. Justeru, British telah membeli saham kompeni Terusan Suez.

18

Mengembangkan sistem ekonomi kapitalis
Gerakan imperialisme Barat ke atas wilayah Uthmaniyah merupakan percubaan bangsa Eropah
untuk menerapkan sistem ekonomi kapitalis yang akhirnya menjadikan kebergantungan ekonomi
umat Islam kekal berada dalam cengkaman mereka.
Buktinya, krisis kewangan dan ekonomi Mesir yang berpunca daripada usaha pembangunan
Terusan Suez, Empangan Aswan dan industry gula menyebabkan kerajaan Uthmaniyah mengalami
konflik hutang yang meruncing. British mengambil kesempatan dengan menawarkan pinjaman yang
akhirnya berjaya menguasai ekonomi Mesir.
Faktor sosial
Agama
Sentimen keagamaan memainkan peranan utama dalam gerakan peluasan kuasa Barat ke atas
wilayah Uthmaniyah.
Buktinya, peranan dan restu pihak gereja dan tokoh-tokoh agama Kristian di sebalik misi
penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat.
Mereka menganggap misi peluasan kuasa ke atas tanah jajahan merupakan suatu tugas suci dan
agung dalam usaha menjayakan gerakan kristianisasi. Matlamat agama ini menyebabkan golongan
gereja sanggup mengenepikan kekejaman, penindasan dan kezaliman dalam misi penjajahan yang
dilakukan Permasalahan Timur dan modenisasi
Kuasa-kuasa barat menggunakan alasan ‘Permasalahan Barat’ (The Eastern Question) dan konsep
modenisasi untuk menghalalkan campur tangan mereka dalam hal ehwal politik dan sosial
antarabangsa.
British dan Belanda menggunakan slogan beban orang putih dan takdir tuhan manakala Perancis
menggunakan slogan ‘tugas menyebarkan tamadun’.
Kuasa-kuasa Eropah ini mendakwa mereka lebih maju dan berkewajipan untuk mentamadunkan
penduduk dunia, khasnya di wilayah-wilayah Islam. Mereka memburukkan Islam sebagai agama
yang menghalang kemajuan.
Kegagalan tanzimat dan isu Balkan
Dasar tanzimat yang dilakukan oleh pemerintah Uthmaniyah membuktikan kuasa- kuasa barat
berjaya memainkan isu-isu penindasan terhadap penganut Kristian di wilayah-wilayah Balkan untuk
menghalalkan campur tangan mereka dalam bidang sosio-politik.
Kegagalan Tanzimat dan isu Balkan melemahkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan akhirnya
memudahkan perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyyah.
Gerakan sekularisasi
Dasar imperialisme merupakan sebahagian perancangan kuasa Barat untuk menjajah minda dan
pemikiran umat Islam Uthmaniyah dengan penerapan dasar- dasar sekular dalam bidang
pendidikan dan komunikasi.

19

Mereka menyebarkan nilai-nilai Barat ke dalam masyarakat pribumi, khasnya golongan elit
tempatan. Kuasa-kuasa Barat memuji golongan berpengaruh yang menerima konsep hidup moden
khasnya tokoh-tokoh sekular Turki Uthmaniyah seperti Mustafa Kamal Attaturk, Midhat Pasha, Zia
Gokalp dan sebagainya.
Pihak Barat Berjaya memasukkan jarum-jarum pemikiran secara halus dan perlahan-lahan atas
nama tamadun, kemajuan, modenisasi dan seumpamanya sehingga tanpa disedari rakyat pribumi
terpengaruh dengan cara hidup asing dan melupakan identitinya sendiri.
Kesimpulan
Perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki berlaku melalui pelbagai cara seperti peperangan dan
perjanjian, meghasut wilayah Turki supaya membebaskan diri daripada naungan Turki Uthmaniyyah
dan sebagainya.
Kemunck kepada perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyyah ialah apabila Kerajaan
Turki Uthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 menyebabkan kuasa-kuasa Barat membahagikan
wilayah Uthmaniyah sesama mereka.
Kelemahan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada perluasan kuasa barat dan
akhirnya membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki yang menamatkan sistem
pemerintahan khalifah Islamiah.
Kejatuhan empayer Turki Uthmaniyyah menamatkan system pemerintahan khalifah yang diasaskan
sejak zaman khulafa al-rasyidin.

SOALAN 6

SEJAUH MANAKAH KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME DI SYRIA BERPUNCA
DARIPADA PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL PADA ABAD KE-20 MASIHI.

Pendahuluan
Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam.
Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah.
Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut.
Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka telah
menjajah negara tersebut selama tujuh tahun.
Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok
Nasional.
Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh.
Isi Peranan Golongan Intelektual

20

● Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari Syria yang mengembangakan gagasan modenisme
Islam yanag awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.


● Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan dengan masyarakat

kolonial Barat.

● Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada
prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam mengahadapi kehidupan moden.

 Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan umat Islam
ketika itu termasuk di Syria.

● Beliau berhijrah dari Syria ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.

● Abdul Rahman Al Kawakibi yang sealiran dengan Rasyid Rida memperjuangkan Pan Islamisme
Arab yang bermatlamat membina kembali kekuatan umat Islam yang kian longgar disebabkan
tekanan imperialis dan bercita-cita membentuk pemerintahan khilafah baharu di bawah pimpinan
bangsa Arab.

● Sementara Jamaludin Al Qasimi pula merupakan nasionalis yang aktif menulis.Gesaannya umat
Islam kembali kepada Al Quran dan sunnah,mengenepikan perbezaan mazhab kerana dipercayai
punca perpecahan.Sebagai reformis dan memperjuangkan modenisme dalam kalangan umat
Islam,idea-idea yang tidak menolak teknologi menyebabkan timbul rasa kurang senang golongan
ulama ortodoks.

Pengaruh Agama

Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan bangsa Arab
sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria.

Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk
Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin.

 Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin jelas
kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad
wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi.

● Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang penjajah.

Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

● Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan
kepentingan golongan minoriti.

 Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti.

 Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria.

 Antara kesan ketara dasar berkenaan termasuklah perjuangan bahasa sukuan oleh golongan
minoriti.

 Bangsa Kurdi, menginginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang
didiami oleh puak Kurdish.

● Di Alexandretta, perkara yang sama turut berlaku apabila penduduk kawasan tersebut yang
majoritinya berbangsa Turki diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa Turki.

21

Pengaruh Kewartawanan

● Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme pembaharuan dan tajdid di
Kaherah.
● Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilajirkan di Syria.
 Majalah ini mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea pembaharuan yang
dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh dalam al-‘Urwa al-Wuthqa.

 Fokusnya ke arah pembaharuan dan dakwah Islamiah.

 Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu.

 Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme, dan islah, menerangkan
dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum,
membincangkan fahaman modenisme, sekularisme, nasionalisme, dan mempelopori dialog dan
pertukaran idea antara budaya, dan meneropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama
dan budaya, serta menangani isu-isu sosial dan peradaban.

● Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang memuatkan
lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir, disamping artikel utama yang ditulis oleh ketua editor,
iaitu Rasyid Rida sendiri


Peranan Pendidikan

 Sebuah akademi telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpul ahli linguistik dari seluruh pelusuk
Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.

 Tumpuan akademi Bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing dengan keadaan
masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya.

 Walaupun secara poltiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu
bahasa Arab.

Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab merdeka di Syria
termasuklah Abu Khaldun Sati al-Husri.

 Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan
Turki Uthmaniyah.

 Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perdebatan golongan
terpelajar tempatan.

Pengaruh Luar

 Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah.

 Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar ini telah
menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat.

 Shakib Arslan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah kerajaan Turki
Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu penduduk Syria menentang penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah.

● Shaik Arslan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela
22

menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1916.
Kesimpulan

● Beberapa faktor tersebut telah menyumbang kepada kemunculan semangat nasionaslisme
 masyarakat tempatan di Syria pada abad ke-20.
Penindasan dilakukan oleh penjajah ke atas masyarakat tempatan di Syria telah menyedarkan
golongan nasionalis untuk bangkit menentang ketidakadilan penjajah PerancisKemunck kepada
perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyyah ialah apabila Kerajaan Turki Uthmaniyah
terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 menyebabkan kuasa-kuasa Barat membahagikan
wilayah Uthmaniyah sesama mereka.

Kelemahan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada perluasan kuasa barat dan
akhirnya membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki yang menamatkan sistem
pemerintahan khalifah Islamiah.

Kejatuhan empayer Turki Uthmaniyyah menamatkan system pemerintahan khalifah yang diasaskan
sejak zaman khulafa al-rasyidin.

*************************************************SKEMA TAMAT****************************************************

23

24

.
25

26














Click to View FlipBook Version