Jawab semua soalan. 1
1
Bahagian A [20 markah]
Istilah
Pernyataan
I Mo-lo-yue
P Merujuk kepada beberapa gunung di
II Maleu-kolon Semenanjung Tanah Melayu
III K’un-lun
Q Merujuk kepada bahasa Melayu kuno yang
IV Malaya dvipa digunakan oleh penduduk di Nusantara
R Merujuk kepada sebuah tempat di Tanjung
Kuantan
S Merujuk kepada dua buah kerajaan Melayu yang
dilawati I-Tsing pada sekitar 675 Masihi
Yang manakah padanan yang betul antara istilah tentang definisi awal bahasa Melayu
dengan pernyataannya?
I II III IV
A S PRQ
B R QPS
C S RQP
D R SPQ
2
AUSTRONESIA
Melanesia Mikronesia P Q
Contoh:
di Tonga,
di Tahiti
Pernyataan yang manakah yang benar tentang Q?
A Dikenali juga sebagai bahasa Pasifik
B Digunakan di Kepulauan Mariana, Marshall, dan Karolina
C Merupakan kelompok bahasa induk yang menurunkan rumpun bahasa
D Merupakan kelompok bahasa yang berusia kurang daripada 2500 tahun
3 Terdapat beberapa aspek bahasa dalam bahasa Melayu kuno berubah dalam bahasa
Melayu moden, antaranya
I konsonan w dalam bahasa Melayu kuno menjadi b dalam bahasa Melayu moden
II konsonan n dalam bahasa Melayu kuno menjadi m dalam bahasa Melayu moden
III awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno menjadi ber- dalam bahasa Melayu moden
IV awalan maka- dalam bahasa Melayu kuno menjadi meN- dalam bahasa Melayu moden
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT
2
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
4 Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan sistem ejaan Jawi pengaruh
Melayu tahap yang kedua?
A Dikenali sebagai tulisan Arab gondol
B Huruf saksi diletakkan pada kedua-dua suku kata
C Terdapat banyak penggunaan tanda baris atau diakritik
D Terdapat penggunaan huruf saksi pada suku kata pertama sahaja
Maka titah suaminya, “Adalah hamba ini mendengar khabar, bahawa saudara hamba
itu memanggil segala menteri-menteri, hulubalang, dan orang besar-besar diajaknya
muafakat melanggar kakanda ini, kerana ia hendak menjadi raja di dalam negeri ini.”
5 Pernyataan yang manakah yang benar tentang petikan di atas?
I Menggunakan partikel
Ii Menggunakan ayat majmuk
Iii Menggunakan ayat songsang
Iv Menggunakan kosa kata bahasa Arab
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
6
Buku Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Tatabahasa Dewan
• Daftar Kata Bahasa Melayu
• Glosari Industri Fizik Bergambar
• Canggihnya Bahasa Melayu, Sistem Tanda
Baca
Dalam perancangan bahasa, penerbitan buku-buku di atas oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka adalah untuk
A menilai kesan pelaksanaan bahasa Melayu
B menyeragam dan memodenkan bahasa Melayu
C menyusun strategi dalam perancangan bahasa Melayu
D mengumpulkan data sebelum memutuskan sesuatu dasar bahasa
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT
3
7 Hasil karya
Tokoh bahasa
I Zainal Abidin bin Ahmad P Liku-Liku Bahasa
II Mejar Dato’ Haji Mohd Q Ensiklopedia Bahasa Melayu
Said R Jalan Bahasa Melayu
S Ilmu Mengarang Melayu
III Dr Asmah Haji Omar
IV Dr Nik Safiah karim
Yang manakah padanan yang betul antara tokoh bahasa dengan hasil karyanya?
I II III IV
A S RQP
BRPQS
C S P RQ
DRS PQ
8 Yang manakah ayat yang mengandungi kata berimbuhan yang kata dasarnya terdiri
daripada pinjaman bahasa Arab?
A Harum semerbak bunga melur yang ditanam isterinya.
B Syarikat fabrik sutera di kawasan perindustrian itu terbakar kelmarin.
C Keikhlasannya membantu anak-anak yatim ini telah menyentuh kalbuku.
D Sayur lobak dan tauhu goreng merupakan lauk kesukaan keluarga Pak Ali.
9 Padanan yang manakah yang betul tentang fonem dan alofon?
Fonem Alofon
I Fitur yang terkecil yang membezakan Mempunyai ciri dan lambang asas
makna yang sama
II Unit penggalan terkecil yang secara Kelainan bunyi bagi sesuatu fonem
sendiri tidak mempunyai makna
III Penghasilan bunyi bahasa melalui Kelainan bunyi disebabkan kehadiran
gelombang bunyi fonem
IV Bunyi yang membezakan makna Kumpulan unit bunyi yang membentuk
sesuatu perkataan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT
4
10 selerak
Padanan yang manakah yang betul bagi nama vokal yang terdapat dalam ketiga-tiga
suku kata pada perkataan di atas?
Suku kata 1 Suku kata 2 Suku kata 3
A Vokal tengah Vokal depan separuh Vokal depan separuh luas
luas
B Vokal tengah Vokal depan luas
Vokal depan separuh
C Vokal depan sempit Vokal depas luas
separuh luas
Vokal depan separuh Vokal depan separuh luas
D Vokal depan sempit
separuh sempit
Vokal depan sempit
Hujunbg lidah dinaikkan pada gusi di sebelah atas bagi menyekat laluan
udara
Sekatan dilepaskan dengan serta-merta dan lelangit lembut dinaikkan
Pita suara bergetar
11 Pasangan perkataan yang manakah yang mengandungi konsonan yang dihasilkan
dengan cara di atas?
A biduk, taring
B sekitar, leluhur
C dimensi, ladang
D keturunan, radiasi
12 I Bunyi akhir suku kata ketiga terdiri daripada geseran gusi tak
bersuara
II Bunyi awal suku kata kedua terdiri daripada letusan lelangit keras
bersuara
Perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi dalam pernyataan I dan II di
atas?
I II
A perjelas kecaman
B bersauh pujian
C susulan bicara
D berulas jejambat
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT
5
13 kepompong - serombong
Pernyataan yang manakah yang menerangkan cara menghasilkan bunyi vokal pada
suku kata akhir bagi perkataan di atas?
A Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut, hujung lidah diundurkan dari gigi
bawah, lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung, dan bibir
berkeadaan bundar
B Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, hujung lidah menghampiri gusi,
lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga, dan udara keluar
dari rongga mulut
C Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, dan hujung lidah diundurkan dari
gigi bawah, lelangit lembut diangkat untuk menutupi rongga hidung, dan bibir
berkeadaan neutral
D Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut, kemudian hujung lidah
diundurkan dari gigi bawah, lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung,
dan bibir hampir bundar
14
Sengauan
Gusi Dua bibir I Lelangit
keras
Pasangan perkataan yang manakah yang mengandungi konsonan sengauan yang
ditandai I dalam rajah di atas?
A Ternyata, bayangan
B Nyalaan, bergabung
C Bertanding, mengecaj
D Menggamit, serumpun
15 Yang manakah kata pinjaman yang mengandungi konsonan geseran lelangit lembut
tak bersuara?
I Ikhtisas III Syafakat
II Musykil IV Khalayak
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
16 Pasangan perkataan yang berikut mengandungi diftong, kecuali
A Laungan, ghaib
B Gurauan, kailan
C Ampaian, dodoi
D Berbaloi, relau
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT
6
17 Pola suku kata bagi perkataan kardiologi ialah
A KVKKVV+ KVK
B KVK + KVV + KVKV
C KVK + KVV + KV +KV
D KVK+ KV + V + KV + KV
18 Perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi struktur suku kata asli
bahasa Melayu?
I Nyilu, alim III Klik, eksport
II Skrin, bank IV Khusyuk, murung
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
19 Perkataan pinjaman yang manakah yang ejaannya menepati pola keselarasan vokal
bahasa Melayu?
I Solar III Trampil
II Korum IV Daeng
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
20 Padanan yang manakah yang betul antara ayat dengan tanda baca yang sepatutnya
digunakan dalam ayat tersebut?
Ayat Tanda baca
I Datuknya berasal dari Kelantan __ neneknya, Johor. X Noktah bertindih
(:)
II Prinsip hidup saya, senang sahaja __ Tekun dan
amanah. Y Koma bernoktah
(;)
III Katanya __ “Besok kita ke sana.”
Z Koma (,)
I II III
AX YZ
BX ZY
CY XZ
DY ZX
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT
7
Bahagian B [30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.
Industri produk kecantikan di negara ini semakin berkembang dengan pesat dalam
beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun industri ini mendepani cabaran yang hebat
daripada pelbagai produk jenama antarabangsa, namun produk tempatan telah
menunjukkan perkembangan yang positif, sekali gus telah membanggakan kita. Sejak
tahun 2020, banyak jenama produk kecantikan tempatan mendapat sambutan di
pasaran. Pengguna lebih memilih produk kecantikan tempatan kerana terdapat
peningkatan kualiti, di samping harga yang agak berpatutan.
Dalam mendepani perkembangan ini, sokongan daripada pasaran digital, termasuk
penggunaan media sosial merupakan antara faktor yang telah menyokong
perkembangan industri kecantikan tempatan. Syarikat pemasaran dalam talian terlibat
secara lebih aktif untuk memperkembangkan produk tempatan, khususnya produk
kecantikan agar jenama tempatan mampu bersaing dengan jenama berskala
antarabangsa. Kesedaran dan kecenderungan pelanggan untuk memilih produk
kecantikan tempatan pada masa ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengeluar yang
bersifat cepat kaki ringan tangan. Pengeluar produk mempromosikan jenama produk
dengan lebih kreatif, sama ada secara tradisional atau melalui platform maya, seperti
Facebook, Instagram, dan pelbagai medium media sosial yang lain.
Pengisian maklumat yang menarik tentang sesuatu produk dititikberatkan oleh
pengeluar untuk menarik hati masyarakat. Reka cipta corak pembungkusan yang kreatif
dan menarik pada sesetengah produk kecantikan tempatan memikat hati masyarakat.
Pengeluar produk kecantikan tempatan menampilkan keistimewaan produk dengan
penuh rasa bangga supaya produknya dapat menyaingi produk jenama lain yang sudah
sekian lama sohor di pasaran. Untuk meningkatkan pasaran sesuatu produk ke tahap
yang lebih tinggi, kajian perlulah dijalankan agar pihak pengeluar mengetahui arah aliran
semasa tentang pilihan pengguna. Jika kita tinjau trend promosi produk kecantikan
tempatan, jelaslah bahawa pihak pengeluar produk kecantikan tempatan telah
menggunakan corak komunikasi yang matang dan tepat kepada sasaran dalam usaha
untuk memperluas pemasaran produk kecantikan masing-masing kepada masyarakat.
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT
8
Sebelum melangkah lebih jauh, pengeluar seharusnya membuat perancangan dan
menetapkan program untuk memperhebat promosi produk bagi memancing hati
masyarakat kerana kadang kala dada manusia tidak dapat diselam. Dengan jenama yang
berprestij, pengguna bersedia untuk membayar harga yang tinggi untuk produk kecantikan
tempatan. Namun demikian, ketaksuban pengguna menggunakan sesuatu produk
kecantikan perlu dihindari agar tidak meninggalkan pelbagai kesan yang tidak diingini.
(Disesuaikan daripada Kosmo, 7 Julai 2021)
21 Berdasarkan petikan tersebut, berikan maksud frasa yang berikut: [1]
(a) … cepat kaki ringan tangan… [1]
(b) … dada manusia tidak dapat diselam
22 Nyatakan empat pemangkin yang telah meningkatkan industri produk [4]
kecantikan tempatan.
23 Apakah mesej penulis dalam petikan tersebut? [4]
…ketaksuban pengguna menggunakan sesuatu produk kecantikan perlu
dihindari agar tidak meninggalkan pelbagai kesan yang tidak diingini.
24 Jelaskan kesan buruk yang timbul daripada ketaksuban pengguna [20]
menggunakan sesuatu produk kecantikan.
Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan.
Bahagian C [50 markah]
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan
berdasarkan satu daripada tajuk di bawah.
25 Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyat
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Pada pendapat
anda, mengapakah kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam?
26 Krisis ekonomi yang melanda negara kita kini telah meninggalkan pelbagai kesan,
termasuklah masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah rakyat. Jelaskan
usaha yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk menangani masalah kewangan
dalam menjamin kesejahteraan hidup sesebuah keluarga.
27 Penggunaan media teknologi moden telah memberikan pelbagai manfaat
terhadap pembelajaran pelajar dalam era digital kini. Bincangkan manfaat yang
dimaksudkan.
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT
9
@mutiara suria ilmu Soalan ini SULIT hingga 28 Februari 2022 SULIT