SULIT*
PENGAJIAN PERNIAGAAN 946/2
KERTAS 2
JUN 2021
1 JAM 45 MINIT
KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
JALAN TIMUN 24/1
SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 2
PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 2
MASA 1 JAM 45 MINIT
Arahan kepada calon
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN
Jawab semua soalan dalam Bahagian A.
Jawab soalan 11 dalam Bahagian B.
Jawab soalan 12 atau soalan 13 dalam Bahagian B.
Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu soalan 12 atau soalan 13 tetapi satu jawapan
pertama yang akan diperiksa.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
………………………. ………………………. ……………………….
Ketua Jabatan Sains Sosial PK Unit Pengajian Perniagaan Penolong Kanan
Norrosidah Abdul Rahim Ruhaida Binti Ramli Shirin Ahmad Sapiuddin
Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak dan 1 halaman kosong
1
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 2 2021 -946/2
[ Lihat sebelah ]
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*
Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan.
1. Huraikan maksud pengurusan dan berikan tiga kepentingan pengurusan dalam organisasi
perniagaan. [5]
2. Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan konsep keberkesanan dan kecekapan
dalam pengurusan sesebuah pasaraya. [6]
3. Terangkan secara ringkas empat kepentingan kemahiran teknikal dalam pengurusan peringkat
bawahan bagi sesebuah organisasi perniagaan. [4]
4. Huraikan perbezaan antara Perancangan Strategik dan Perancangan Taktikal [4]
5. Terangkan konsep pengorganisasian yang berikut:- [4]
a) Penugasan autoriti.
b) Empowermen.
6. Nyatakan empat ciri gaya kepimpinan laissez-faire dan terangkan kesesuaian gaya [6]
kepimpinan ini terhadap pekerja yang bercirikan teori Y (teori motivasi McGregor).
7. Huraikan tiga jenis kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam sebuah [6]
organisasi.
8. Terangkan bagaimana pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan [4]
organisasi.
9. Jelaskan tiga kesan stres kepada Syarikat Pengeluar Roti. [6]
10. Senaraikan lima fungsi penggunaan carta gantt sebagai alat kawalan dalam pembinaan
lebuh raya. [5]
2
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 2 2021 -946/2
[ Lihat sebelah ]
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*
Bahagian B [50 Markah]
Jawab semua soalan
SECURIFORCE BHD
Datuk Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau
telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah
syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah
syarikat lain seumpamanya. Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetui lebih
6,000 kakitangan dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa
yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh
Securiforce sendiri.
Hasil daripada kegigihan beliau dan pasukan kerja yang meneraju syarikat, kini
Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju dalam
pelbagai sektor perniagaan. Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif
dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur
Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki
dan Jerman. Apa yang menarik mengenai cerita kejayaan Datuk Dr. Maznah ialah kesemua
anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan
daripada bank. Kejayaan beliau dikagumi oleh pelbagai pihak. Prinsip kejayaan beliau ialah
‘modal perniagaan sebenarnya adalah dirinya sendiri’.
Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal
dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja
lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih daripada apa yang
kita kerjakan’. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan
perniagaannya serta membolehkan beliau berada di tahap sekarang. Beliau juga merupakan
seorang pendidik dan fasilitator keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali di
dalam dan di luar negara. Beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi
di TV3.
Di situlah beliau menjadi kaunselor motivasi yang berjaya di mana kita sering mendengar
suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1,
TV2, TV3 dan ASTRO serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau
sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Beliau juga merupakan pakar motivasi
pembangunan insan dan keusahawanan serta merupakan kaunselor di institusi-institusi
pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah
menubuhkan MMC (Maznah Motivational Centre) yang mengelolakan seminar-seminar
keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ‘guts feeling’, kekebalan,’persistency dan
‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba
diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ZERO TO HERO dan AWAKEN THE
SPIRIT OF ENTREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP. Melalui seminar ini, beliau
3
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 2 2021 -946/2
[ Lihat sebelah ]
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*
ingin membangkitkan dan menyerapakan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN (versi
Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri 3K iaitu Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan.
Beliau memiliki Phd. Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang
Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New
York dan juga Presiden Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS).Datuk
Maznah juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang
berbagai jawatan.
Diubahsuai:https://esims.moha.gov.my/opendata/securiforce
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan yang berikut:
i) Jelaskan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Datuk Dr. Maznah sebagai Pengerusi
Eksekutif Kumpulan Securiforce. [20]
ii) Jelaskan ciri-ciri pemimpin yang efektif yang diamalkan oleh Datuk Dr Maznah. [10]
Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau 13.
12. Motivasi dan semangat pekerja kepada keperluan yang telah dipenuhi. Peralihan kepada
peringkat yang lebih tinggi akan menjadi pendorong kepada seseorang pekerja untuk
menjalankan sesuatu tugas.
Nyatakan Pelopor dan Teori Motivasi di atas dan terangkan keperluan yang
dimaksudkan. [20]
ATAU
13. Jelaskan proses pengorganisasian bagi perniagaan peruncitan yang menjual barang
keperluan pengguna. [20]
4
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 2 2021 -946/2
[ Lihat sebelah ]
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*