KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
JALAN TIMUN 24/1
SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 2
2021
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2
946/2
SKEMA PERMARKAHAN
BAHAGIAN A
1. Maksud pengurusan ialah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber
manusia dan sumber bukan manusia bagi mencapai matlamat organisasi.( 2 M)
Tiga kepentingan pengurusan ialah (3 M)
• Membantu mencapai matlamat organisasi
• Mengelakkan berlakunya pembaziran dengan menggunakan sumber secara optimum
• Memotivasi dan mendorong modal insan untuk mencapai matlamat organisasi
• Mewujudkan satu struktur organisasi yang cekap melalui system arahan dan pelapuran yang jelas
• Membantu organisasi menggunakan sumber secara optimum untuk meminimumkan kos operasi.
2. Penyusunan barangan atau susunatur barangan di rak-rak dan pelabelan dapat menarik ramai
pelanggan dan meningkatkan keuntugan syarikat serta mencapai objektif syarikat. (contoh- contoh
lain yang sesuai)
Keberkesanan iaitu sesuatu tugas yang dilaksanakan mampu membantu kepada pencapaian objektif
organisasi
Membuat kerja yang betul/do the right things
Contoh: capai jumlah jualan rm 5000 sehari seperti yg dirancang
Kecekapan ialah sesuatu tugas yang dilakukan dengan usaha atau penggunaan sumber yang
minimum
Mengurangkan pembaziran
Membuat kerja dengan betui/ do the things right.
Contoh: capai jumlah jualan rm 6000 sehari melebihi matlamat.
Contoh 2m dan Huraian 4m
3. Empat kepentingan kemahiran teknikal dalam pengurusan peringkat bawahan bagi sesebuah
perniagaan ialah (4 M)
• Di perlukan bagi tujuan mengoperasi mesin dan peralatan serta penggunaan prosedur dan kaedah
untuk melakukan kerja dalam organisasi
• Memberi tunjuk ajar dan melatih subordinat tentang perkara teknikal dalam semua aktiviti dan
operasi
• Membuat penyeliaan yang berkesan berkaitan dengan aspek teknikal semasa proses pengeluaran
• Dapat mengendalikan semua perkakasan dan peralatan yang memerlukan kemahiran teknikal
yang tinggi dengan baik.
• Dapat memastikan pekerja bawahan melakukan kerja dengan betul
• Mengambil tindakan segera ke atas segala masalah teknikal yang berlaku.
4. Perbezaan antara perancangan strategik dan perancangan taktikal
Asas/ Dimensi Strategik Taktikal
Jangkamasa Jangkamasa panjang iaitu lebih Jangkamasa sederhana iaitu
dari 5 tahun kurang dari 5tahun
Kegunaan Mencapai objektif menyeluruh Mengagih sumber kepada
syarikat iaitu visi dan misi kegiatan/aktiviti tertentu
Peringkat/penggubal/ syarikat
penyediaan Pengurusan pertengahan/
Pengurusan atasan/pengurus pengurus peringkat
peringkat atasan pertengahan
Fungsian
Skop/liputan/ Menyeluruh
kandungan
2 perbezaan - 4m
5. a) Penugasan autoriti (3 M)
• Pemberian hak kepada pekerja bawahan untuk membuat keputusan dan bertindak dalam tugas
atau bidang tertentu
• Proses penyerahan tanggungjawab dan autoriti kepada subordinat untuk melaksanakan tugas
tertentu
• Untuk mengelakkan mana mana individu dalam organisasi memikul tanggungjawab yang terlalu
berat.
b) Empowermen (3 M)
• Pemberian kuasa, autoriti dan tanggungjawab kepada pekerja untuk memikirkan, bergelagat,
bertindak dan membuat keputusan secara bebas dalam melaksanakan tugas.
• Delegasi tanggungjawab untuk membuat keputusan serta penurunan kuasa yang terkawal
• Bertujuan melebarkan pihak yang membuat keputusan, memberi motivasi kpd pekerja,
mewujudkan inovasi dan mengukuhkan kerjasama dalam pasukan.
6. Ciri-ciri gaya kepimpinan laissez-faire ialah (3 M)
• Pekerja diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan
• Pekerja membuat keputusan berlandaskan garis panduan yang diberikan akan dapat
meningkatkan kepuasan kerja.
• Subordinat membuat keputusan sendiri berdasarkan kepada lingkungan had had tertentu yang
dibenarkan oleh pihak pengurusan untuk mencapai matlamat kerja.
• Subordinat mempunyai kepakaran, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi
menyelesaikan masalah dalam bidang kepakarannya.
Gaya ini sesuai dan berkesan kepada pekerja yang bercirikan teori Y kerana ( 3M)
**pekerja diandaikan suka bekerja, bertanggungjawab, mempunyai komitmen terhadap
kerja,bermotivasi tinggi dan bijak.
**pekerja yang berkemahiran tinggi, pengurus tidak perlu mengawal dan memberi banyak arahan
kerana mereka telah faham kerja yang akan dibuat.
**sesuai diamalkan kepada pekerja professional seperti peguam,akauntan, pensyarah dll.
7. Tiga jenis kuasa yang perlu ada kepada seorang pemimpin dalam organisasi ialah:
1. Kuasa Sah
- kuasa yang diperolehi oleh seseorang disebabkan oleh jawatan yang sah disandangnya
- kedudukan yang formal dalam organisasi
2. Kuasa Ganjaran
- keupayaan seseorang pemimpin atau pengurus menawarkan sesuatu yang bernilai kepada
pengikut/pekerja
- mempengaruhi mereka untuk melakukan tugas bagi meningkatkan produktiviti
- ganjaran dalam bentuk wang/ bukan wang
3. Kuasa Desakan
- kuasa untuk mengenakan tindakan yang negatif kepada pekerja yang tidak mematuhi
kehendak organisasi.
- tindakan negatif seperti penurunan pangkat, pemecatan, potong gaji dll bagi merangsang
pekerja mematuhi arahan organisasi
4. Kuasa Rujukan
- kebolehan seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pekerja melalui ciri-ciri peribadi,
perlakuan/karisma yg ada pdnya yang boleh dicontohi oleh pekerja
5. Kuasa Kepakaran
- diperolehi kerana pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu yang dimilikinya
- mempunyai kemahiran teknikal,pengurusan, pencarian sumber dan lain-lain contohnya
seperti akauntan kanan, jurutera dll.
3F-3m, 3H- 3M
8. Pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dengan cara yang berikut:
i. membantu pemimpin formal menyelesaikan masalah/konflik antara pekerja dengan pekerja
atau pekerja dengan majikan
ii. menjadi wakil kepada pekerja
iii. memberi nasihat dan bimbingan kepada pekerja-pekerja lain
iv. membantu meningkatkan semangat kerjasama antara pekerja/ahli kumpulan kerjanya
v. sumber maklumat/rujukan kepada pekerja dan majikan
vi. meningkatkan produktiviti melalui motivasi pekerja
4H- 4M
9. Tiga kesan stres kepada syarikat pengeluar roti ialah (6 M)
• Moral dan motivasi pekerja berkurangan
- tidak dapat menumpukan perhatian tehadap tugas mereka
- tidak dapat memberi sumbangan sepenuhnya dalam melakukan pekerjaan
• Bertambahnya kadar lantikhenti
- pekerja berhenti kerja
- kehilangan pekerja yang berkemahiran dan cekap
- keluarkan kos untuk mencari pekerja baharu.
• Hubungan harmoni terjejas
- gangguan kepada hubungan antara pekerja dgn majikan dan pekerja dgn pekerja
- proses kerjasama dlm syarikat terjejas
- suasana di kilang tidak menyenangkan
• Peningkatan kemalangan kerja
- kelalaian menyebabkan berlakunya kemalangan
- kadar keganasan pekerja meningkat menyebabkan kerosakan harta syarikat
- meningkatkan kos syarikat- membaikpulih mesin dan peralatan
- tampung kos yang tinggi untuk perubatan, insuran kesihatan dan program latihan.
• Prestasi pekerja menurun
- produktiviti pekerja menurun kerana banyak kerja tertangguh
- meningkatkan kos pengeluaran dan syarikat mengalami kerugian
- menjejaskan imej syarikat
• Betambahnya kadar ponteng kerja
- ketidakhadiran menyebabkan jadual kerja terjejas
- pekerja menggelakkan diri daripada mengambil tanggungjawab
- meningkatkan kes disiplin pekerja kilang
CONTOH IKUT KESESUAIAN F 1M, H1M ,C1M
10. Lima fungsi penggunaan carta gantt sebagai alat kawalan dalam pembinaan lebuh raya ialah
i. memantau kemajuan sesuatu projek dari mula hingga tamat
ii. memastikan aktiviti-aktiviti disiapkan mengikut tempoh yang telah dirancang
iii. mengawal penggunaan masa dan aktiviti dalam proses pembinaan supaya sumber digunakan
dengan cekap
iv. memastikan setiap aktiviti dalam dalam pembinaan lebuh raya dilakukan mengikut urutan supaya
tidak menjejaskan perjalanan aktiviti yang lain
v. memantau aktiviti yang perlu dijalankan secara serentak untuk mengelakkan pembaziran masa dan
tenaga
vi. mengesan aktiviti yang menyebabkan kelewatan dan tindakan pembetulan dapat diambil dengan
segera.
5 H- 5M
BAHAGIAN B: KAJIAN KES
11. (i) Jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Datuk Dr. Maznah sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Securiforce ialah:
1. Transformasional
- membuat perubahan yang drastik dalam sesebuah organisasi
- memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk mengatasi kepentingan diri sendiri demi
kepentingan organisasi.
- berkebolehan memberi kesan yang mendalam dan luar biasa kepada
- pengikutnya.
- suatu proses yang membenarkan wawasan pemimpin dikembangkan dengan segera ke seluruh
organisasi.
- proses seseorang pemimpin mempengaruhi para pekerjanya melakukan sesuatu perubahan di
dalam sesebuah organisasi.
Kaitan dengan kes;
- Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi
sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia
- Berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
- Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetui lebih 6000 kakitangan dan dikelilingi
dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru
- Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar,
maka akhirnya kita akan mendapat lebih daripada apa yang kita kerjakan’
- Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya serta
membolehkan beliau berada di tahap sekarang
- Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan
oleh Securiforce sendiri.
2. Berwawasan (visionary)
- kebolehan pemimpin menyatakan satu wawasan yang realistik, munasabah dan menarik bagi
masa depan organisasi.
- mempunyai kemahiran mengenal pasti wawasan dan menerangkan wawasan kpd org lain.
- menyampaikan wawasan melalui pertuturan dan perilaku serta menyalurkan wawasan kepada
konteks kepimpinan yg berlainan
- keupayaan membentuk strategi yang sesuai dan berkesan ke arah pencapaian matlamat
Kaitan dengan kes;
- Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi
rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.
- Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.
- Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan
MMC (Maznah Motivational Centre) yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan
pembangunan insan
- Ketahanan, ‘guts feeling’, kekebalan,’persistency dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki
merupakan aset utama diri beliau
3. Karismatik
- ciri-ciri peribadi yang menjadi ikutan
- pemimpin yang mempunyai kelebihan tersendiri dalam mendorong, mengarah, dan
mempengaruhi pekerjanya supaya melakukan tugas.
- sumber inspirasi pekerja, setia dan patuh kepada arahannya
- mempunyai sifat kendiri dan kualiti peribadi yang mampu menjadi contoh yang baik
Kaitan dengan kes;
- Kejayaan beliau dikagumi oleh pelbagai pihak. Prinsip kejayaan beliau ialah ‘modal perniagaan
sebenarnya adalah dirinya sendiri’.
- Ketahanan, ‘guts feeling’, kekebalan,’persistency dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki
merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui
seminar ZERO TO HERO
- AWAKEN THE SPIRIT OF ENTREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP. Melalui
seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapakan semangat keusahawanan ke dalam
diri setiap insan.
- Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani
menanggung risiko.
- Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar,
maka akhirnya kita akan mendapat lebih daripada apa yang kita kerjakan’.
- Beliau juga merupakan seorang pendidik dan fasilitator keusahawanan serta aktivis
kemasyarakatan yang dikenali di dalam dan di luar negara
- situlah beliau menjadi kaunselor motivasi yang berjaya di mana kita sering mendengar suaranya
di radio dan melihat wajahnya di kaca TV.
- Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV 3 dan ASTRO serta pelbagai bentuk media
yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani
3F +3H+6KK =12
Mana-mana 8 kaitan kes dalam setiap fakta= 8
(ii) Ciri-ciri pemimpin yang efektif yang diamalkan oleh Datuk Dr. Maznah Hamid ialah:
1. Bercita-cita, Keinginan dan Semangat untuk memimpin
- sentiasa ingin memajukan diri dan mempunyai matlamat untuk dicapai melalui usaha dan
perancangan yang teliti dan sentiasa mengambil kira ksedah terbaik dalam menguruskan
organisasi
Kaitan dengan kes:
- Ketahanan, ‘guts feeling’, kekebalan,’persistency dan ‘sustaining power’ yang beliau
miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang
ramai melalui seminar ZERO TO HERO dan AWAKEN THE SPIRIT OF
ENTREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP
- Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk MOTIVASI MEMBURU
KEJAYAAN (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri 3K iaitu Kejayaan,
Kebahagiaan dan Kekayaan.
2. Keyakinan Diri
- mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah, membuat perancangan dan
sentiasa bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat
Kaitan dengan kes:
- Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan
berani menanggung risiko.
- Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang
dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih daripada apa yang kita kerjakan’
3. Berpengetahuan, berkemahiran dan berkebolehan dalam kerjaya
- sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan meneroka sesuatu yang baru dalam
kerjaya serta sentiasa berkembang dan maju ke hadapan
Kaitan dengan kes:
- Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan
dihasilkan oleh Securiforce sendiri.
- Beliau juga merupakan seorang pendidik dan fasilitator keusahawanan serta aktivis
kemasyarakatan yang dikenali di dalam dan di luar negara.
- Beliau memiliki Phd. Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang
Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State
University of New York
- Presiden Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS).
- Datuk Maznah juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan
dan memegang berbagai jawatan.
4. Kebijaksanaan dalam memimpin
- bijak, kemampuan kognitif, berupaya membuat pertimbangan dalam membuat keputusan
berkaitan kemahiran kemanusiaan,mempunyai daya kepimpinan yang tinggi atau
berkeinginan menjadi pemimpin.
Kaitan dengan kes:
- Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetui lebih 6000 kakitangan.
- Beliau juga merupakan pakar motivasi pembangunan insan dan keusahawanan serta
merupakan kaunselor di institusi-institusi pengajian tinggi.
3F +3H+3KK =9
Mana-mana 1 kaitan kes dalam setiap fakta=1
12. Teori Motivasi :
Teori Motivasi Maslow (1M)
Keperluan dalam Teori Motivasi Maslow ialah:
1. Keperluan fisiologi
• keperluan asas manusia seperti makanan, pakaian, dan tempat yang harus dipenuhi
• supaya manusia dapat terus hidup.
Contoh: memberikan ganjaran dan upah yang mencukupi supaya keperluan asas dapat dipenuhi
(lain lain contoh yang sesuai)
2. Keperluan keselamatan
• keperluan untuk melindungi diri
• daripada kecederaan atau kehilangan nyawa, keamanan persekitaran kestabilan keluarga
serta jaminan pekerjaan dan masa hadapan.
Contoh: memastikan pekerja diberikan perlindungan insuran
(lain lain contoh yang sesuai)
3. Keperluan social
• Keinginan individu untuk diterima oleh masyarakat dan mendapatkan persahabatan serta
kasih sayang dari interaksi sosial.
Contoh: menganjurkan program-program sosial seperti hari keluarga.
(lain lain contoh yang sesuai)
4. Keperluan Penghargaan
• Keperluan untuk dihargai,dihormati dan diberi kedudukan atau status bagi usaha yang
dilaksanakan.
• pekerja yang bermotivasi dan bekerja kuat mudah mencapai peringkat ini.
Contoh: mewujudkan skim atau peluang kenaikkan pangkat
(lain lain contoh yang sesuai)
5. Keperluan pencapaian hasrat diri
• keperluan untuk maju dan memperoleh kejayaan dengan menggunakan segala bakat,
kreativiti, kebebasan mencipta dan potensi yang ada padanya.
Contoh: menyediakan peluang sambung belajar untuk pekerja meningkatkan tahap
pengetahuan dan kemahirannya.
(lain lain contoh yang sesuai)
F- 1M, H- 2M, C-1M
Max 20M
13. Proses pengorganisasian perniagaan peruncitan yang menjual barang keperluan[20]
1. Penentuan Objektif
• mengenal pasti objektif setiap unit atau bahagian dalam organisasi
• objektif ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kebolehan organisasi, bahagian atau unit
Contoh: objektif perniagaan peruncitan yang menjual barang keperluan ialah memuaskan hati
pelanggan, meningkatkan jualan dan mengamalkan proses penghantaran barang yang cepat.
2. Pengenalpastian aktiviti
• mengenalpasti secara khusus aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam usaha mencapai objektif
yang ditetapkan
• membahagikan aktiviti kepada aktiviti utama dan aktiviti sampingan
Contoh: memesan barang keperluan dalam kuatiti yg banyak, memecah pukal, membungkus
barang,melayan pelanggan, memeriksa stok, merekod jualan dan sebagainya.
3. Pengelasan aktiviti
• merujuk kepada kerja menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja
boleh meningkatkan prestasi pekerja
Contoh: melaksanakan kerja menghantar barang, pekerja perlu ada lesen memandu, merekod
jualan dan belanja harian , pekerja yang mempunyai pengetahuan dalam bidang perakaunan.
4. Pengelompokan aktiviti
• mengumpulkan aktiviti yang berkaitan dalam kategori atau kumpulan tertentu
• mewujudkan pengkhususan kerja
Contoh: aktiviti boleh dikelompokan kepada 3 kumpulan:
Kumpulan 1: membeli barang, memeriksa dan menyediakan invois
Kumpulan 2: melayan pelanggan,beri khidmat nasihat, beri maklumat
Kumpulan 3: membungkus dan menghantar brg ke rumah pelanggan
5. Pengagihan tugas, autoriti dan tanggung jawab
• mengagihkan tugas kepada pekerja mengikut kemahiran yang dimiliki setiap pekerja
• autoriti ialah pemberian hak membuat keputusan kepada pekerja yang menerima sesuatu
tugas
• tanggungjawab merupakan satu amanah/kewajipan yang dipikul oleh pekerja dalam
melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan.
Contoh: jurujual- melayan pelanggan, khidmat nasihat, menyampai maklumat,.
Autoriti- memberikan diskaun mengikut garispanduan
Tanggungjawab- melayan pelanggan dengan sopan dan memberikan maklumat dengan
jelas.
F- 1M, H- 2M, C-1M