The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN SEBENAR TANAH KAMPUNG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by basran66, 2021-10-16 17:54:08

sejarah kampung numbak

PERATURAN SEBENAR TANAH KAMPUNG

PEMBENTUKAN JAWATAN KUASA DAN PERATURAN – PERATURAN KECIL
TANAH RIZAB UNTUK TAPAK KEDIAMAN ANAK NEGERI
KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL,
DAERAH KOTA KINABALU.

Ahli Jawatankuasa Pembentukan Pearturan – Peraturan kecil Bersama
Ketua Kampung Numbak, Pengerusi JKKK Kampung Numbak serta wakil-
wakil penduduk Kampung Numbak telah mengadakan satu mesyuarat
Khas bagi membincangkan dan mengesahkan Pembentukan Peraturan
berkenaan dan telah bersetuju bahawa Peraturan-Paeraturan berikut
untuk di wartakan dan termaktub sebagai peraturan yang diguna pakai di
Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Numbak, Daerah Kota Kinabalu.

Ahli Jawatankuasa ini telah dibentuk pada 14. Ogos 2017 dengan
dipersetujui oleh Ketua Kampung Numbak, Pengerusi JKKK Kampung
Numbak, DAN semua Ahli Jawatankuasa yang hadir. Ahli Jawatankuasa ini
diberi kuasa penuh atau mandat untuk membentuk peraturan berkenaan
dan perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk sebelum dibentangkan
pada penduduk Kampung Numbak.

Tujuan utama pembentukan peraturan ini adalah untuk menjaga
kepentingan semua pihak serta bagi memelihara keharmonian,
kesejahteraan Agama dan budaya kehidupan Anak Negeri Kampung
Numbak. MAKA peraturan ini perlu ada sebagai panduan Bersama. Oleh
itu adalah menjdai tanggungjawab kita bersama memperkukuh dan
mempertahankan peraturan ini bagi mengekalkan hak kita agar
terpelihara dan tidak dicemari oleh perkara yang tidak diingini.

Bagi Pihak Anak Negeri Kampung Numbak, amat terhutang budi kepada
insan-insan yang banyak memperjuangkan Tanah Rizab ini khususnya
kepada Cikgu Nawawi Bin Ideris, KK. Saini Bin Ajam, En. Yusri Bin Lamyah, Pn.
Jamaliah Binti Lamyah serta semua yang telah berjuang dari dulu hingga
sekarang.
Kepada insan-insan yang telah kembali kerahmatullah yang
memperjuangkan tanah ini, kita doakan semoga Allah memberi ganjaran
pahala yang berlipat ganda.

Hasil perjuangan mereka inilah maka Tanah ini di kenali sebagai “ Tanah
Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Numbak, Kota Kinabalu “ yang
berkeluasan 26.912 hektar ( 66.5 ekar )

1

PERATURAN-PERATURAN KECIL
TANAH RIZAB UNTUK TAPAK KEDIAMAN
ANAK NEGERI KAMPUNG NUMBAK,MANGGATAL

DAERAH KOTA KINABALU.
_______________________________________________________________
PERATURAN 1:
NAMA DAN ALAMAT.

1.1.

Nama Asal kampung ini adalah Kampung Numbak,Manggatal Daerah
Kota Kinabalu dan sekarang disebut sebagai Tanah Rizab Tapak
Kediaman Anak Negeri Kampung Numbak,Manggatal.
1.2. Tanah Rizab ini BERALAMAT DI kampung Numbak, Manggatal,
88450 Kota Kinabalu,Sabah.

PERATURAN 2.

SYARAT PEMILIKAN TANAH RIZAB.

2.1.

Tanah Rizab ini adalah kegunaan sepenuhnya bagi setiap Anak Negeri
Kampung Numbak yang digelar sebagai Penduduk Asal untuk mendirikan
tempat tinggal atau rumah atau bangunan yang difikirkan perlu dan tidak
melanggar mana-mana peraturan.

2.2.

Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana Anak Negeri Kampung
Numbak untuk terus berusaha memajukan tapak kediaman yang telah
diwartakan kepada mereka. Maka dengan itu, Anak Negeri digalakkan
atau dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti memelihara binatang
ternakan dan bercucuk tanam atau sebagainya. Namun begitu setiap
aktiviti ini hendak dipantau dengan baik agar tidak mengganggu
ketenteraman dan keselasaan masyarakat setempat.

2

PERATURAN 3.

PENDUDUK ASAL YANG TIDAK MENETAP DI KAMPUNG NUMBAK.

Bagi penduduk asal yang tersebut di atas yang telah meninggalkan
kampung ini dan tidak pernah kembali lagi ke Kampung Numbak, maka
mereka ada kelayakan memohon untuk memiliki mana-mana tapak
kediaman yang terkandung dalam tanah rizab ini berdasarkan syarat-
syarat berikuit;

3.1

Setiap individu ( Penduduk asal kampung Numbak) layak memohon
bergantung kepada tapak kediaman yang masih ada. Setiap individu
hendaklah memohon dengan mengisi borang berkaitan berikut;

3.2.

Bagi kategori A merujuk kepada penduduk penduduk asal yang masih
menetap di kampung Numbak hendaklah mengisi borang A.

3.3.

Bagi individu Kategori B merujuk kepada penduduk asal yang telah
berpindah dan masih mengikuti perkembangan kampung Numbak
hendaklah mengisi borang B.

3.4.

Bagi individu Kategori C BUKAN ASAL tetapi menetap di kampung
Numbak hendaklah mengisi borang C.

3.5.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukan atau dihantar
dalam tempoh 14 hari dari Tarikh permohonan dibuka. Pemohon yang
lewat dari Tarikh yang ditetapkan tidak akan diproses oleh jawatankuasa
Khas Penilai.

3.6.

Keputusan bagi setiap pemohon adalah tertakluk kepada keputusan
pihak Pemegang Amanah Tanah Rizab dan Ahli Jawatankuasa
Pembentukan Peraturan Kecil.Keputusan yang dicapai adalah
MUKTAMAD.

3

PERATURAN 4.

HAK PENDUDUK ASAL.

4.1.

Merujuk kepada hak penduduk asal adalah mana-mana penduduk asal
yang telah berpindah dan menetap di Perumahan Ko-Nelayan tetap
layak menduduki Tanah Rizab ini dan hak mereka tidak boleh disangkal
oleh mana-mana pihak.

PERATURAN 5:

KELUASAN LOT.

5.1.

Keluasan Pemilikan bagi setiap lot bagi penduduk kampung Numbak yang
layak adalah bergantung kepada jumlah penduduk dan keluasan tanah
Rizab yang telah diwartakan iaitu 66.5 ekar. Kelayakan pemilikan lot yang
diputuskan adalah 70 X 80 iaitu keluasan dalam ukuran kaki. Ukuran ini
masih merujuk kepada jadual asal berikut;

5.2. Perihal / Lot Ukur Bil : 01200990
5.3. Bil. Pelan : 901200004
5.4. LuasKawasan Lebih Kurang : 26.912 hektar bersamaan 66.5 ekar.

PERATURAN 6 :

PENAMA PEMILIK TANAH RIZAB.

6.1.

Bagi penama-penama yang telah disebutkan dalam pemilikan Tanah
Rizab ini adalah TIDAK DIBENARKAN menukar kepada mana-mana
penama lain. Ini bermakna penama asal adalah kekal sebagai pemiliknya.

PERATURAN 7:

PINDAH MILIK RUMAH.

7.1 :

Rumah yang telah didirikan oleh pemilik tanah yang telah diwartakan
TIDAK DIBENARKAN dipindah milik atau dijual kepada mana-mana individu
sama ada penduduk atau bukan penduduk kampung yang menetap di
kampung Numbak

4

PERATURAN 8:

PENYEWAAN TAPAK KEDIAMAN.

Mengikut Dasar amnya, tanah ini tidak boleh disewa atau dijual beli.
Namun begitu telah berlaku penyewaan rumah atau premis di dalam
Kawasan tapak kediaman sendiri sebelum Tanah ini bergelar dan lulus
sebagai Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Numbak. Maka Hal yang
tersebut hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat berikut;

8.1:

Pemilik adalah bertanggungjawab penuh di atas risiko yang dilakukan
oleh penyewa.

8.2:

Pemilik dan penyewa hendaklah mengisi borang khas dan borang
pengakuan antara Jawatankuasa Pemegang Amanah dan
Jawatankuasa Pembentuk Peraturan Kecil Tanah Rezab.

8.3:

Tempoh penyewaan hanya selama 3 tahun sahaja.. Selepas tempoh
tersebut pemilik dan penyewa hendaklah memperbaharui perjanjian yang
telah dibuat bergantung kepada rekod/reputasi individu yang menyewa.

8.4:

Penyewa sedia ada hendaklah memiliki KAD PENGENALAN. Sekiranya
penyewa tidak memiliki kad pengenalan atau dokumen yang berkaitan
dan sah mengikut ketetapan dalam negara Malaysia, maka permohonan
tersebut tidak akan dipertimbangkan dan tidak di LULUSKAN.

8.5 :

Sekiranya penyewa melakukan perkara-perkara yang melanggar
peraturan seperti melakukan jenayah, melanggar adat resam dan
budaya penduduk kampung atau apa-apa juga perkara yang difikirkan
bertentangan dan menjejaskan keselamatn kampung masyarakat, maka
dengan serta merta perjanjian yang dibuat adalah BATAL. Pihak
Pemegang Amanah berhak mengambil tindakan undang-undang yang
berkaitan seperti melaporkan kepada pihak berwajib.

5

8.6:

Bagi pihak penyewa pula adalah dilarang sama sekali menambah
keluasan rumah dan membina rumah lain. Penyewa juga wajib mengikut
apa jua program kemasyarakatan kampung.

PERATURAN 9 :

TEMPOH MEMBINA RUMAH.

9.1:

Penduduk atau individu yang layak menduduki Tanah Rizab ini diberi
tempoh selama 5 tahun untuk mendirikan rumah di tapak yang telah
diluluskan mengikut pembahagian tapak masing-masing. Namun begitu
dalam tempoh yang saya individu tersebut hendaklah mengusahakan
cara lain sebelum mendirikan rumah seperti memagar dan sebagainya.
Sekiranya gagal berbuat demikian, individu berkenaan hendaklah merujuk
kepada Pemegang Amanah dan Jawatankuasa Pembentukan Peraturan
kecil untuk memaklumkan bagi memudahkan tindakan selanjutnya.

PERATURAN 10:

PENAMBAHAN PEMBINAAH RUMAH.

10.1:

Penambahan atau membesarkan rumah hendaklah tertakluk kepada
keluasan tapak yang telah dipersetujui. Ini bermakna setiap pemilik Tanah
Rizab ini tidak dibenarkan membina rumah melebihi had keluasan yang
telah ditetapkan.

PERATURAN 11:

KOS PENYUKATAN.

11.1:

SEKIRANYA pemilikan Tanah Rizab ini memerlukan KOS tertentu bagi tujuan
penyukatan atau pengukuran tapak dan lain-lain yang berkaitan, maka
kos tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh individu berkenaan
mengikut ketetapan yang akan dibuat.

6

PERATURAN 12:

ISTILAH PENDUDUK ASAL.

12.1.

Bagi menjelaskan syarat bergelar penduduk asal hendaklah merujuk
kepada anak jati yang lahir dan sejak awal kampung Numbak dibuka.

12.2.

Sekiranya penduduk yang menetap di kampung Numbak dan bukan
penduduk asal tetapi memegang kad Pengenalan beralamat di kampung
Numbak, dengan sendirinya penduduk tersebut bukan Anak Negeri asal
kampung Numbak. Perkara ini hendak lah dirujuk kepada Ahli
Jawatankuasa Penegang Amanah. Keputusan yang dibuat adalah
MUKTAMAD.

PERATURAN 13:

SYARAT PEMILIKAN REMAJA DAN BERKAHWIN.

13.1.

Kelayakan bagi remaja / dewasa ( penduduk asal sahaja) untuk memiliki
tapak Tanah Rizab ini hendaklah berumur 18 tahun keatas. Namun begitu
pembahagian tapak tanah rizab ini akan dimasukkan dalam senarai ketua
rumah mengikut bilangan keluarga. Ini bermakna setiap anak dalam
keluarga tersebut berhak memiliki satu lot tapak tanah tersebut.Bagi anak
yang telah berkahwin maka tertakluk pada syarat pemilikan yang sedia
ada.

13.2.

SEKIRANYA penduduk asal kampung Numbak berkahwin dengan individu
yang bukan penduduk asal kampung Numbak, maka tapak Tanah Rizab
tersebut adalah atas penama Anak Negeri Kampung Numbak.

13.3.

Bagi penduduk asal yang berkahwin lebih dari satu, maka setiap anak
tersebut berhak memilik tapak tanah rizab ini.

7

13.4.

Suami atau Isteri penduduk asal kampung Numbak sekiranya meninggal
dunia dan mempunyai anak, maka tapak tanah tersebut akan diberi atas
penama anak sulungnya. Sekiranya mereka tidak mempunyai anak maka
suami atau isteri dibenarkan tinggal di tapak tersebut.

PERATURAN 14:

TAPAK KHAS.

14.1.

Tapak tanah khas ini adalah merujuk kepada semua Jawatankuasa yang
terlibat dalam menguruskan Tanah Rizab sejak awal hingga selesai. Dalam
hal ini Ahli Jawatan kuasa yang dimaksudkan berhak memilih mana-mana
tapak yang ada dengan keluasan yang akan diputuskan kelak oleh
Pemegang Amanah Tanah Rizab ini sebagai tanda penghargaan di atas
usaha mereka selama ini.

PERATURAN 15:

KOS PENGURUSAN BERKAITAN.

15.1.

Jawatankuasa Pemegang Amanah Tanah Rizab telah memutuskan dalam
mesyuarat bilangan 4, di mana setiap penduduk yang tinggal di kampung
Numbak sama ada Penduduk asal atau bukan penduduk asal juga
termasuk penyewa( Sekiranya ada) hendaklah menyumbang wang tunai
sebanyak RM300.00( Tiga Ratus Ringgit ) bagi setiap ketua rumah.
Sumbangan ini akan digunakan sebagai pengurusan sepanjang urusan
Tanah Rizab ini. Bagi memudahkan semua pihak, sumbangan ini boleh
dibayar secara ansuran dalam tempoh 6 bulan.

PERATURAN 16:

PEMASTAUTIN.

16.1.

Berdasarkan Peraturan di bawah seksyen 78, setiap pemastautin yang
ingin mendirikan rumah atau bangunan tidak dibenarkan melainkan
kebenaran bertulis dari Pemegang Amanah Tanah Rizab Kampung
Numbak.

8

PERATURAN 17 :

PINDAAN PERATURAN DAN MENCETAK SEMULA.

17.1.

Mana-mana peraturan yang telah termaktub dalan Peraturan Kecil ini
tidak boleh DIUBAH atau DIPINDAH oleh mana-mana pihak kecuali
persetujuan Penegang Amanah.

17.2.

Peraturan-peraturan Kecil di atas SEKIRANYA perlu diubah, MAKA
perubahan itu mestilah melalui satu mesyuarat khas yang meilibatkan
Pemegang Amanah Tanah Rizab dan juga Ahli Jawatankuasa
Pembentukan Peraturan-Peraturan Kecil Pemilikan Tanah Rizab atau
Tanah Kediaman Anak Negeri Kampung Numbak.

17.3.

Mencetak semula semua peraturan Kecil ini adalah menjadi satu
kesalahan bagi mana-mana individu tanpa kebenaran bertulis dari Pihak
Jawatankuasa Pemegang Amanah Tanah Rizab ini. Percetakan semula
hanya dibenarkan kepada semua Ahli Jawatankuasa berkenaan dengan
kebenaran bertulis pihak Jawatnkuasa Pemegang Amanah Tanah Rizab
dengan tujuan yang tertentu. Pencetakan semula dalam bentuk apa
sekalipun adalah tidak dibenarkan bagi menjamin keselamatan setiap
Peraturan Kecil ini.

PERATURAN 18 :

KEMASUKAN PEMBINAAN DALAM TANAH RIZAB.

18.1

Mana-mana projek atau apa jua pembinaan yang hendak dibuat di
dalam Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Numbak ini oleh mana-mana
Badan atau Agensi HENDAKLAH dimaklumkan terlebih dahulu kepada
JawatanKuasa Pemegang Amanah dan Ketua Kampung serta MPKK.

9

TINDAKAN PERLANGGARAN PERATURAN.

Adalah menjadi kewajipan bagi semua penduduk Kampung
Numbak,Manggatal untuk sama sama menjaga dan memelihara
keharmonian Kampung dengan mematuhi semua peraturan yang telah
disebutkan.Maka harus difahami bahawa setiap peraturan itu bukan lah
menyusahkan mana-mana pihak tetapi peraturan ini adalah sebagai satu
panduan memudahkan semua pihak. Namun demikian, jika berlaku juga
perlanggaran terhadap mana-mana peraturan yang termaktub seperti;

1. Menjual
1. Memindah milik
2. Menyewakan tanah tanpa kebenaran
3. Mencetak semula serta apa jua bentuk perlanggaran berkaitan.

MAKA Tindakan berikut akan diambil;

TINDAKAN 1.
Mana-mana individu yang disabitkan dengan perlanggaran Peraturan ini
akan diangkat atau dirujuk kepada JKKK Kampung/MPKK dan
JawatanKuasa Pemegang Amanah untuk diputuskan melalui mesyuarat
khas.

TINDAKAN 2.
Perlanggaran Peraturan tetap akan diambil tindakan berdasarkan
kesalahan perlanggaran Peraturan Kecil atas syor Jawatankuasa Khas dan
dipersetrujui oleh semua ahli mesyuarat.

TINDAKAN 3.
Sekiranya berlaku apa-apa keraguan dan kekeliruan dalam aspek
Peraturan Kecil ini, maka hendaklah dirujuk terus kepada Ahli
JawatanKuasa dan Pemegang Amanah Tanah Rizab ini untuk tindakan
selanjutnya.

TINDAKAN 4.
Mengemukakan mana-mana dokumen yang tidak sah adalah menjadi
satu kesalahan yang dianggap serius untuk tujuan berkaitan. Pihak Ahli
Jawatankuasa akan membawa perkara ini kepada pihak berwajib untuk
tindakan selanjutnya.

10

PERATURAN BAGI STATUS PENEROKA PERUMAHAN KO-
NELAYAN KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL.

Oleh Kerana Perumahan Skim Penempatan Ko-Nelayan Kampung
Numbak terletak di dalam Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Numbak,
maka setiap peneroka perlu memahami sebenar-benarnya perjanjian asal
sebagaimana yang telah di persetujui dan di tandatangani antara
peneroka dan Pihak Pengurusan Ko-Nelayan yang mana menyebutkan
bahawa;

1. Pemohon yang tinggal di Skim Penempatan Ko-Nelayan ini adalah
bersifat sementara berdasarkan perkara 04 (4.5) yang telah dipersetujui.

2. Pemohon hendaklah membayar sewa rumah dengan kadar yang telah
ditetapkan sebanyak RM39.65 sebulan.

3. Hanya pemohon dan keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan
tinggal di rumah berkenaan.

4. Semua kerosakkan adalah tanggungjawab pemohon.

5. Pemohon tidak dibenarkan menyewakan atau menukar hak milik
termasulah mengubahsuai tanpa kebenaran bertulis dari pihak
pengurusan Ko-Nelayan.

6. Pemohon yang ingin mengosongkan rumah tersebut hendaklah
memberikan notis bertulis 30 hari untuk dipertimbangkan.

7. Pihak Ko-Nelayan berhak memeriksa rumah berkenaan pada bila-bila
masa dan pemohon hendaklah memberi kerjasama seadanya.

8. Pemohon dengan apa jua cara sekalipun hendaklah mematuhi syarat
yang dinyatakan ataupun sebarang perubahan syarat yang
dinyatakan oleh Pengurusan Ko-Nelayan. Sekiranya pemohon gagal
berbuat demikian maka pihak Ko-Nelayan berhak untuk mengusir
keluar si pemohon tanpa sebarang syarat ataupun ganti rugi.
_____________________________________________________________________

9. Sekiranya Tapak Tanah Rizab yang melibatkan penempatan penduduk
di perumahan Ko-Nelayan dibangunkan semula oleh mana-mana
agensi dan juga Badan-Badan yang lain, MAKA pihak Pemegang

11

Amanah Tanah Rizab Kampung Numbak tidak akan
bertanggungjawab untuk menyediakan tapak atau lot tanah yang
baru. Perkara ini adalah tanggungjawab individu itu sendiri.
10. Pihak Pemegang Amanah akan sentiasa bekerjasama dengan semua
pihak demi menjaga kesejahteraan Penduduk Kampung ini dan
pernyataan syarat-syarat perjanjian pihak Ko-Nelayan amat
bertepatan dan sejajar dengan syarat Peraturan-Peraturan Kecil Tanah
Rizab Anak negeri Kampung Numbak,Manggatal.

12

KONKLUSI.

Sebagai penutup, pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih sekali
lagi kepada semua pihak yang telah sama-sama memperjuangkan Tanah
Rizab ini sehingga berjaya.Pihak kami juga berharap agar setiap inci
peraturan ini dapat dipatuhi.

Mana-mana tindakan atau peraturan yang tidak tercatat buat masa ini di
dalam Peraturan ini, maka adalah dibenarkan kepada pihak
JawatanKuasa untuk membentuk peraturan dan tindakan yang
bersesuaian berdasarkan keadaan semasa melalui satu mesyuarat khas
dan dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa.

Oleh itu menjadi satu kewajipan kepada semua penduduk yang menetap
di Kampung Numbak,Manggatal untuk mematuhi dan memelihara setiap
peraturan yang tertulis demi menjaga keharmonian kampung ini.

Semua penduduk adalah diseru mengamalkan tatacara hidup yang sihat,
saling menghormati dan menyayangi antara satu dengan yang lain dalam
erti kata persaudaraan sebenar.

Setiap Anak Negeri Kampung Numbak,Manggatal juga perlu memahami
dan mendalami sepenuhnya setiap kandungan peraturan ini kerana
melalui peraturan ini lah kita mampu mempertahankan hak kita dari
diperlekehkan oleh mana-mana pihak luar.Peraturan bukan untuk
menghukum tetapi peraturan adalah penunjuk cara bagi memudahkan
semua pihak.

Sekian.

13

PERATURAN INI TELAH DIBENTANG DAN DILULUSKAN PADA:

TARIKH : DISEMBER 2019

DISEDIAKAN OLEH,

Jawatankuasa,
Pembentukan Peraturan Kecil
Pemegang Amanah Tanah Rizab Anak Negeri
Kampung Numbak,Mangatal,

Kota Kinabalu.

EDITOR,

BASRAN BIN SAIN

Setiausaha,
Pembentukan Peraturan Kecil
Pemegang Amanah Tanah Rizab Anak Negeri
Kampung Numbak,Mangatal,

Kota Kinabalu.

Tarikh : Disember 2019

DISEMAK OLEH,

MATLI BIN HAJI MANDAUT,

Pengerusi,
Pembentukan Peraturan Kecil
Pemegang Amanah Tanah Rizab Anak Negeri
Kampung Numbak,Mangatal,

Kota Kinabalu.

Tarikh : Disember 2019

DISAHKAN OLEH,

ALIATAB BIN HAJI SAIN Cop Rasmi

Ketua Kampung,
Kampung Numbak,Manggatal,

Kota Kinabalu.

Tarikh : Disember 2019

14

Salinan kepada,
1. ADUN N.12. KARAMBUNAI.
2. Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur, Negeri Sabah.
3. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
4. Pengurus Ko Nelayan,Kota Kinabalu.
5. Ketua Daerah Kota Kinabalu.
6. Ketua Anak Negeri, Kota Kinabalu
7. UPPM, Karambunai.
8. Fail

15


Click to View FlipBook Version