The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HEMAdasar dasar kerajaan ke arah perpaduan (1)(1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yashviniy07, 2022-05-29 09:37:09

HEMAdasar dasar kerajaan ke arah perpaduan (1)(1)

HEMAdasar dasar kerajaan ke arah perpaduan (1)(1)

HEEMA THARSHINI A/P SURESH DARSHIKA A/P SUNDARAM AMIRUL HAKIMI BIN ROSLI
15DAT21F2011 15DAT21F2013 15DAT21F2015

NO ISI KANDUNGAN
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN
3 OBJEKTIF
4 STRATEGI JPNIN MELALUI PELAN TINDAKAN PERPADUAN DAN INTERGRASI

NASIOANAL [ PENDIDIKAN ]
5 STRATEGI JPNIN MELALUI PELAN TINDAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI

6 DASAR – DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN
7 DASAR SOSIAL NEGARA
8 KEMPEN MENYEMERAKAN SEMANGAT PATRIOTIK
9 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
10 DASAR EKONOMI BARU
11 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
12 DASAR WAWASAN NEGARA
13 KESIMPULAN
15 RUJUKAN

PENGHARGAAN

SYUKUR ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH S.W.T KERANA DENGAN BERKAT DAN KEIZINAN DARI- NYA , MAKA
KAMI TELAH DAPAT MENYIAPKAN TUGASAN KERJA E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DENGAN
JAYANYA.INSYAALLAH, TUGASAN KERJA KURSUS INI AKAN MEMBERIKAN BANYAK MANFAAT KEPADA KITA DARI

SEGI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN SEMASA MEMBUAT KAJIAN DAN PADA MASA HADAPAN.
SAYA INGIN MENGUCAPKAN BERBANYAK - BANYAK TERIMA KASIH DAN SETINGGI – TINGGI PENGHARGAAN

KEPADA PENSYARAH SAYA IAITU DR. SALWA AMIRAH BINTI AWANG KERANA TUNJUK AJAR CARA – CARA
MEMBUAT KERJA KURSUS E- FOLIO MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN SANGAT LAH

MEMUASKAN.PENSYARAH TURUT MENBANTU MENYEMAK DATA, LAPORAN DAN JUGA MEMBUAT TEGURAN
AGAR MEMPEROLEH HASIL KAJIAN DENGAN CEMERLANG.KAMI JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA KEDUA – DUA IBUBAPA KAMI YANG TURUT MENYOKONG UNTUK MENYIAPKAN KERJA- KERJA
INI.TANPA SOKONGAN MEREKA MUNGKIN KAMI TIDAK DAPAT MENYIAPKAN KERJA KURSUS INI MEMERLUKAN

MOTIVASI, USAHA , BUAH FIKIRAN DAN WANG RINGGIT.
TIDAK LUPA JUGA SAYA INGIN MENGUCAKPAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADARAKAN

– RAKAN SAYA YANG SANGAT SETIA DENGAN KERJA – KERJA YANG DIBERIKAN DAN MEMPUNYAI SEMANGAT
SETIA KAWAN YANG UTUH DALAM MEMBERIKAN BUAH FIKIRAN DAN SEMANGAT, SERTA CADANGAN. AKHIR
KATA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG MENYIAPKAN KERJA KURSUS INI.HANYA ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALAS

BUDI MEREKA.

1.1 PENGENALAN

Perkataan dasar merujuk kepada tingkah laku beberapa actor atau pelaku yang tertentu dalam pembuatan
dasar awam yang rasmi seperti agensi kerajaan dan badan perundangan.Ianya juga merupakan satu
keputusan yang dibuat oleh individu dan kumpulan tertentu dalam sesebuah kerajaan mengikut keadaan
negara bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan masalah tertentu dan pembangunan negara.

Negara yang tidak mempunyai dasar dasar tertentu akan kelihatan pincang dan sukar bagi pemimpinya
memajukan sesebuah negara.Dengan kata lain, pembangunan sukar dilaksanakan tanpa adanya dasar yang
menjadi asas atau tapak yang kukuh.Dasar amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi
menangani pelbagai masalah yang timbul ekoran kesan peninggalan penjajah yang terdahulu.Keperluan
dasar selain pembangunan bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan merapatkan lagi jurang
antara kaum.Dasar – dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara – negara maju, masalah lebih penting buat
negara yang baru mambangun.Proses merancang, menganalisis dan mengadakan perubatan tarhadap
dasar – dasar yang sedia ada di samping membuat dasar – dasar baru yang bersesuaian dengan hasrat
mewujudkan sebuah negara maju.

Selepas merdeka , kerajaan telah memulakan perancangan dan melaksanakan pembangunan negara
dengan lebih tersusun.Terdapat beberapa dasar – dasar kerajaan ke arah perpaduan negara iaitu;

1] Strategi JPNIN melalui pelan tindakan perpaduan dan intergrasi nasional
2] Dasar kerajaan ke arah perpaduan
3]Dasar sosial negara
4]Mengadakan kempen menyemarakan semangat patriotic
5]Dasar kebudayaan ke arah perpaduan
6]Dasar ekonomi ke arah perpaduan
7]Dasar wawasan negara

OBJEKTIF

• Membina sebuah negara yang Bersatu padu dan mewujudkan masyarakat yang lebih
adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip – prinsip perlembangan dan Rukun
Negara

• Merupakan satu strategi negara dalam menghadapi reality perbezaan etnik dalam
mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan

• Strategi pelaksanaan dasar ini merangkumi ke arah perpaduan kaum

Bab 2
STRATEGI JPNIN MELALUI PELAN TINDAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL [ PENDIDIKAN]

PENDIDIKAN DI SEKOLAH DAPAT MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DENGAN CARA.
1.Melalui aktiviti kokorikulum dengan mewujudkan persatuan unit beruniform pengakap
kebanyakannya terdiri daripada pelbagai kaum di sesebuah sekolah

Persatuan unit beruniform
Sumber:pemakaian
uniform
2. Apabila sekolah atau institusi pengajiam lain mengadakan aktiviti secara berkumpulan yang terdiri daripada
pelajar yang pelbagai kaum, ini secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan apabila mereka saling
bekerjasama untuk melakukan sesuatu tugas

Pelajar yang pelbagai kaum
Logo tema hari kemerdekaan

2.Melalui pembelajaraan pula, guru- guru sekolah akan mengajar subjek Pendidikan sivik dan moral
yang mana subjek tersebut dapat memupuk sifat hormat –menghormati antara satu sama lain.

Guru mengajar murid
Kepentingan moral dan sivik

DASAR EKONOMI BARU

LATAR BELAKANG

• Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat
secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan
tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor
perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

• Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,
jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini
telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah
besar.

• Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya
Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi
pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi
strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan dan
rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-
syarikat pada
tahun 1971 adalah seperti berikut:

Pemilikan Jumlah Pemilikan (RM) %

1) Bumiputera Perseorangan dan agensi 279.6 4.3
Amanah.

a) Bukan Bumiputera 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.7
2) Bukan bumiputera 2232.2 34.0

3) Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah 6564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah
seperti
berikut:

Sektor Melayu Cina India Lain-lain

1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
0.7
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 1.2

3. Perniagaan/Perdagangan,Pentadbiran 42.6 45.5 10.7
Awam,Pelajaran,Pertahanan Awam dan
Kemudahan Awam

RASIONAL
• Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima

pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar
dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah seperti berikut:

Kaum Kadar Kemiskinan Pendapatan Purata
Keluarga Sebulan
Melayu 64.8 (RM)
Cina 26.0
India 39.2 RM 172.00
44.8
Lain lain RM 394.00

RM 304.00

RM 813.00

Kebincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 mei
1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar yang
bersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang
dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk
membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di
antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama.

OBJEKTIF

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya
satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang
dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan
perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan
sebagainya.

STRATEGI PELAKSANAAN

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan
menerusi strategi serampang dua mata:
I. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
II. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya
bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan
negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di
kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan
untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

I. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
II. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
III. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya
kepada sektor yang lebih lumayan.
IV. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan
luarbandar dan antara wilayah.
V. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
VI. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
VII. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
VIII. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia
akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di mana penyertaan Bumiputera
sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
I. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luarbandar.
II. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat
sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya
supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
III. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam
stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
IV. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan
kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan
menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah
Saham Nasional.
V. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru
seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses
pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha
yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang
berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan
yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi
Garis panduan dalam membentuk, newujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta
perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat
tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat
pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai
unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan
dunia. Dengan yang aemikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh
Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini Rantau ini yang merangkumi
kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta
Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania sehingga Malagasi adalah
merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini
merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman
berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang
berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan
antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaanpersamaan di bidang bahasa yang
berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia,
kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan

asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu
rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam
pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan.

2. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai
sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian
secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang
mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lainlain yang sesuai dan wajar diberi
penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara
dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada
Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

3. Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama
atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara
serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam member
panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendakkehendak emosi dan fizikal dan
kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi
negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia
didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah
melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk
mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif
penting iaitu:
1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Kebangsaan; dan
3. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
Yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asasasas Kebudayaan Kebangsaan
melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
2. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;
3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia;
4. Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah
penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatanjabatan Kerajaan Pusat,
Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan - pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan
dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini
menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian
dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui
aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai
pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri,
khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan
badan-badan antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badanbadan berkanun yang lain
adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam
pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhanpertubuhan kebudayaan kian
diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan
menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan
s\eterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan

Penutup

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia
yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan
budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan
satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita
pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat
dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan
keperibadian kcbangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Latarbelakang

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat
Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti
sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan dalam tahun 1979.

Rasional

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan
pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan
berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara
asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin
secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia
didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Objektif

Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah
untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan
berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya
sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja
("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan
bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan
secara bertulis baru - baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insane yang berilmu
dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat
penting sistem pendidikan kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan
seperti berikut:
I. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
II. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
III. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
IV. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
V. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
VI. Mengadakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun;
VII. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan
secara adil dan member perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan
kawasan luar bandar atau pendalaman;
VIII. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada
kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama
kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

X. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum
Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
X. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama
dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
XI. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
XII. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar
di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa - bahasa
lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
XIII. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet
tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan
memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras
dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian
dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan
telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini.
Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian
Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan,
Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

Dasar sosial negara

Dasar sosial negara (DSN)
 adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai

kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Objektif

Objektif Umum

1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,agama,budaya,gender dan fahaman politik
serta wilayah dapat menyertai danmemberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmatikesejahteraan hidup
secara berterusan.

Objektif Khusus

1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negaramenggariskan empat objektif khusus yang saling
melengkapi denganmenerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:
- Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;
- Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
- Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan
sosial; dan
- Menjana sinergi multisektor.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
Latarbelakang

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah
berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh
disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak
kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic engineering ala DEB ini memerlukan masa
yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada
pergolakan dunia amnya.

STRATEGI PELAKSAAN
I. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
II. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi
antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;
III. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara
lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
IV. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam
pembangunan ekonomi antara negeri dan antara Kawasan bandar dan luar bandar;
V. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di
samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;

•Tujuan dwn untuk membina bangsa malaysia yang progresifdan makmur serta hidup dalam harmoni.
•Meneruskan usaha-usaha dalam rancangan pembangunanlepas disamping memperkukuh asas peralihan kepada sebuah negara
maju.
•Mengabungkan strategi utama deb dan dpn.

TERAS PEMBANGUNAN DWN TERAS PEMBANGUNAN DWN
1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,menyemarak semangat, membentuk kematangan politik,

membinamasyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang sertameningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi
2. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmiankemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan

dikalangan dan didalam kumpulan etnik wilayah.
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkansumber pertumbuhan, institusi kewangan dan

korporat sertapengurusan ekonomi makro.
4. Meningkat dayasaing bagi menghadapi cabaran globalisasi danliberalisasi.
5. Membangunkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan sebagai satulangkah strategik bagi meningkat nilaitambah bagi

semua sektorekonomi.vi.mengukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenagakerja yang cekap, produktif
dan berpengetahuan
Vii.Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untukmemperkukuhkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

DIMENSI BARU DWN
1. Membangunkan malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyaimasyarakat berpengetahuan
2. Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatantempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri

dan pembangunankeupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan langsung asing(fdi) yang berterusan ke dalam
bidang strategik.
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamikmelalui penerapan pengetahuan yang lebih
tinggi.
4. Membasmi kemiskinan dikalangan kelompok kecil yang miskin di kawasanterpencil, orang asli dan kumpulan minoriti
bumiputera di sabah dansarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulanpendapatan 30 peratus
terendah.
5. Mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuitisekurang-kurangnya 30 peratus menjelang
2010.vi.meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi.
6.Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokongpembentukan masyarakat yang berasaskan
pengetahuan.

Kesimpulan

Dasar-dasar negara yang digubal oleh kerajaan bertujuan untuk menjadikan sebuah negara
aman dan damai serta menstabilkan sistem didalam negara. Dasar-dasar kerajaan sentiasa
berubah dari masa ke semasa mengikut pemimpin yang memimpin dalam suatu tempoh
masa. Namun matlamat dasar-dasar tersebut masih sama walaupun mempunya sedikit
perubahan. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei segala dasar yang digubal khusunya pada
awal tahun 1970-an adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk
mencapai perpaduan negara.


Click to View FlipBook Version