The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ainaa Khaleesya, 2024-03-16 23:11:15

FLIPBOOK PAKK1094_PENULISAN

FLIPBOOK PAKK1094_PENULISAN

PENULISAN KURIKULUM PAKK1094 AINAA KHALEYSA BINTI ROSLAN 2023252310029


PENGENALAN TASKA atau dikenali sebagai Taman Asuhan Kanak-Kanak merupakan premis di mana menerima masuk kanak-kanak melebihi empat orang yang berumur empat tahun ke bawah. Manakala, prasekolah pula merupakan persediaan awal bagi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun sebelum memasuki alam persekolahan. Kurikulum yang digunakan TASKA adalah kurikulum PERMATA sedangkan prasekolah menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).


TUJUAN KURIKULUM TASKA DAN KURIKULUM PRASEKOLAH Tujuan kurikulum TASKA adalah untuk memberikan program asuhan dan didikan awal yang komprehensif untuk kanak- kanak berumur empat hingga empat tahun. Kurikulum ini juga menawarkan peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami pembelajaran awal yang berkualiti tinggi. Hal ini berketepatan dengan Kurikulum PERMATA Negara (2013) di mana ia menyatakan bahawa kurikulum ini bertujuan demi mengembangkan kemahiran dan personaliti terbaik kanak-kanak dalam menjadikan mereka lebih bersedia sebelum memasuki alam persekolahan formal. Hal ini menunjukkan bahawa pembelajaran yang berkualiti itu penting dalam membentuk modal insan yang berintegriti. Matlamat kurikulum prasekolah pula adalah untuk mengembangkan potensi sepenuhnya murid berumur empat hingga enam tahun dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyeronokkan, kreatif dan bermakna (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan [KSPK], 2017). Hal ini demi menyediakan murid untuk pembelajaran seterusnya dengan meningkatkan kemahiran, keyakinan, dan membina kepercayaan diri mereka yang positif.


OBJEKTIF KURIKULUM TASKA DAN KURIKULUM PRASEKOLAH Objektif kurikulum TASKA adalah untuk menyediakan rujukan kepada pendidik bagi melaksanakan aktiviti pendidikan awal dan pengasuhan demi mencapai hasil yang telah ditetapkan daripada pembelajaran (Kurikulum PERMATA Negara, 2013). Hal ini demi meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak itu sendiri daripada pelbagai aspek. Ia juga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri mereka demi membentuk kemenjadian insan yang berguna pada masa akan datang. Bagi objektif kurikulum prasekolah, ia menawarkan peluang kepada murid untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan dalam KSPK. Hal ini demi membentuk murid yang seimbang dari segi pemikiran kritis dan kreatif serta berinovatif (KSPK, 2017). Perkara ini juga penting demi memastikan mereka dapat mengaplikasikan semula perkara-perkara yang mereka belajar melalui kurikulum ini serta dijadikan amalan dalam kehidupan seharian supaya mereka dapat menangani sesuatu masalah dengan baik.


Disebabkan tahap umur bagi kedua-dua kurikulum berbeza, sudah semestinya isi kandungan bagi kurikulum TASKA dan kurikulum prasekolah juga berbeza. Kandungan dalam kurikulum TASKA lebih menekankan tentang pengasuhan kanak-kanak termasuklah pengurusan diri, pemakanan yang seimbang, kebersihan, keselamatan, serta amalan pengasuhan yang sempurna di TASKA. Contohnya, jika dilihat daripada aspek pemakanan, ia merupakan salah satu elemen penting dalam kandungan ini kerana pendidik perlu sentiasa peka dan berhati-hati dalam memberikan makanan kepada kanak-kanak ini. Pendidik perlulah memberikan makanan yang sesuai mengikut umur mereka serta mengambil kira aspek keselamatan seperti alahan terhadap makanan dan sebagainya. Sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pendidik hendaklah memastikan makanan yang disediakan adalah segar dan berkhasiat dengan amaun yang mencukupi (Kurikulum PERMATA Negara, 2013). Hal ini bertujuan untuk memastikan tumbesaran, kesihatan, dan perkembangan kanak-kanak terjaga dengan baik. Selain itu, nutrien dan bahan makanan yang menjalankan pelbagai tugas fisiologi tubuh, termasuk membina sel, berkembang dan pulih penting dalam menyediakan tenaga, dan haba serta mengekalkan proses tubuh kanak-kanak. Hal ini menunjukkan kepentingan pemakanan yang seimbang sangat terkesan kepada kanak-kanak itu sendiri. KANDUNGAN DALAM KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH


Perbezaan lain yang boleh dilihat adalah daripada aspek bidang pembelajaran PERMATA di mana ia terdiri daripada enam bidang pembelajaran, iaitu perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian; perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan matematik awal dan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran; perkembangan fizikal dan psikomotor; perkembangan kreativiti dan estetika. Maka, bidang-bidang ini penting dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Contohnya, melalui perkembangan fizikal dan psikomotor, kanak-kanak dapat belajar cara untuk mengawal anggota badan serta penggunaan kemahiran motor kasar dan motor halus. Manakala, bagi kandungan dalam kurikulum prasekolah, ia lebih menekankan kepada tempoh masa pendidikan prasekolah termasuklah peruntukan waktu minimum dan peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Contohnya, guru perlu merancang aktiviti harian di prasekolah bagi mencukupkan waktu yang diperuntukkan semasa PdP. Pada masa yang sama, guru boleh menjalankan pembelajaran bersepadu yang merangkumi daripada perbualan awal, rehat dan penutup. Pembelajaran ini memberikan peluang kepada murid untuk mengalami sendiri pembelajaran secara langsung dengan berkesan. Selain itu, kandungan bagi kurikulum ini juga menekankan tentang aktiviti luar di mana murid akan melakukan aktiviti bukan sahaja di dalam kelas tetapi di luar kelas juga. Aktiviti-aktiviti seperti ini penting demi membina kecergasan, kecerdasan dan stamina murid-murid. Bak kata pepatah, “badan cergas, otak cerdas”. Maka, hal ini dapat membantu mereka untuk lebih aktif dan cergas sama ada ketika melakukan aktiviti fizikal mahupun semasa berlakunya proses PdP. KANDUNGAN DALAM KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH


Seterusnya, kandungan dalam kurikulum ini juga menitikberatkan tentang kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini demi melatih murid-murid untuk berfikir dengan lebih kreatif, kritis serta boleh menyelesaikan masalah dengan baik. Contohnya, murid-murid akan belajar cara untuk berfikir dengan kreatif apabila mereka boleh menghasilkan atau mencipta sesuatu dengan menggunakan daya imaginasi mereka. Hal ini disokong oleh Suppiah et al. (2019) di mana ia menyatakan bahawa kemahiran berfikir adalah proses yang memerlukan kanak-kanak untuk belajar berfikir secara intelek, meluas dan mendalam. Bagi murid prasekolah, proses ini penting kerana mereka meneroka, mencari tahu, dan melalui pengalaman yang berbeza berdasarkan masalah atau keputusan yang telah dibuat. Hal ini menunjukkan betap pentingnya kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah demi merangsang kognitif dan intelek mereka. Akhir sekali, kandungan ini terdiri daripada enam tunjang yang merupakan kerangka utama dalam KSPK, iaitu tunjang komunikasi; tunjang kerohanian, sikap dan nilai; tunjang kemanusiaan; tunjang keterampilan diri; tunjang perkembangan fizikal dan estetika; tunjang sains dan teknologi. Kesemua tunjang ini merupakan domain utama yang menyokong dan menggabungkan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Maka, ia sangat penting demi melahirkan murid-murid yang berkualiti dari segi penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan kepada keagamaan dan berpengetahuan. KANDUNGAN DALAM KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH


Oleh itu, kedua-dua kurikulum TASKA dan prasekolah amat penting dalam membentuk kemenjadian kanak-kanak yang berkualiti. Hal ini penting demi meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan mereka dalam pelbagai aspek termasuklah jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain daripada menghayati nilai-nilai murni dalam diri, mereka juga akan dapat menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara dengan mendapatkan pembelajaran yang berkesan. KESIMPULAN


Abdullah, N. A., Omar, R., & Zakaria, S. Z. (2022). Development of complete breakfast nutrition for children based on PERMATA curriculum for children 2 years old: Pembangunan buku resipi nutrisi lengkap sarapan pagi kanak-kanak berdasarkan kurikulum permata bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 11, 64-72. Abdul Wahid dan Ida Astrie. (2010). Amalan Pemakanan Di Kalangan Remaja Di Kawasan Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Hussein, H., Nachiappan, S., Masran, M. N., & Khasnan, S. S. M. (2020). Analisis pemupukan kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran: Analysis of thinking skills development for special needs preschool students with learning disability. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(2), 34-47. Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan didikan awal kanak-kanak 0-4 tahun. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA). Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum. Diambil daripada http://surl.li/rezrs. RUJUKAN


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2017). Pendidikan prasekolah (Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran semakan 2017). Kementerian Pendidikan Malaysia. Suppiah, N., Irna, P. J., Norazilawati, A., Sangkari, C. S., Sandra, S., & Noor, A. S. (2019). Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 8, 24-32. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version