BUKU LOG LENCANA PERKHIDMATAN – PEKERJA AM ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN
BUTIRAN DIRI Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011 Keturunan : Melayu Agama : Islam Jantina : Lelaki Kegemaran : Bermain komputer dan basikal Cita-Cita : Pereka Cipta Alamat Rumah : BUTIRAN BAPA Nama : No. Telefon : Pekerjaan : BUTIRAN IBU Nama : No. Telefon : Pekerjaan :
REKOD UJIAN LENCANA PEKERJA AM Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana No. Kumpulan : 05 Daerah : Seremban Barat Negeri : Negeri Sembilan No. Perkara Tarikh Penguji Lakukan LIMA (5) bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan 1. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa. 2. Dengan tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal. 3. Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai. 4. Menunjukan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan 5. Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. 6. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak. 7. Menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna, 8. Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah. 9. Menunjukan bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui bagaimana mencuci berus cat yang telah digunakan. 10. Mencuci dan menggosok baju dengan setrika. 11. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan. 12. Menyusun-atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak dalam Lencana Pekerja Am Pengakap Kanak-Kanak. Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
MENCUCI KENDERAAN Peralatan Yang Diperlukan: 1. Kain Mikrofiber – Mudah menyerap air dan menanggalkan kotoran degil serta memberi cucian lebih bersih. 2. Berus – gunakan berus halus untuk mencuci bahagian tayar kereta. 3. Kain Chamois – sesuai digunakan untuk lap kenderaan bagi tujuan pengeringan. 4. Sabun Pencuci Kereta – gunakan sabun pencuci kereta khas supaya ia membersihkan kenderaan dan mencegah hakisan cat. LANGKAH-LANGKAH 1. Cuci kereta di tempat teduh Bahang cahaya matahari akan menyebabkan sisa sabun dan kotoran kering dengan lebih cepat sekaligus meninggalkan tompokan air. Masa yang paling sesuai untuk mencuci kereta adalah pada awal pagi, lewat petang atau ketika cuaca redup atau sejuk. 2. Basuh dan bilas dari bahagian atas ke bawah Elakkan mencuci kereta bermula dari bawah ke bahagian atas kerana air sisa kotoran akan mengalir ke bawah semula Meninggalkan kotoran yang boleh melekat pada bahagian yang sudah dicuci dan menyebabkan kerosakan pada cat kereta. 3. Sabun cuci kereta Bahan pencuci khusus untuk kereta mempunyai pH yang seimbang yang direka khas untuk melindungi dan mengelakkan calar pada permukaan bercat. Penggunaan sabun pencuci pinggan atau baju boleh memberi impak negatif terhadap lapisan cat kereta. 4. Guna kain yang bersesuaian Penggunaan kain biasa bukanlah pilihan yang baik dan ianya tidak sesuai digunakan untuk mencuci kereta. Disarankan guna kain microfiber kerana ia dapat menjaga bahagian luaran kereta dan mengelakkan kesan calar kerana ia mudah menyerap air. 5. Guna kaedah cucian dua baldi Satu baldi digunakan untuk mengisi air sabun (basuhan) manakala satu lagi baldi digunakan untuk mengisi air bilasan. Penggunaan air dari baldi yang sama boleh mencalarkan permukaan cat dan menjadikan cat kelihatan kusam disebabkan oleh pasir, batu-batu halus dan sisa kotoran yang tertinggal. 6. Keringkan dan kilatkan Sisa air ini akan meninggalkan kesan tompokan air pada badan kereta dan ia boleh merosakkan cat kereta. Gunakan kain chamois untuk mengelap badan kereta kerana ia mempunyai daya serapan kelembapan yang tinggi dan tidak menjejaskan cat kereta.
PENGGUNAAN ALAT PERTUKANGAN 1. Tukul Besi Digunakan untuk memacu paku ke dalam kayu. Ia juga digunakan untuk tugas lain, seperti mengeluarkan paku dan mengetuk kayu ke tempatnya. Terdapat juga beberapa jenis tukul untuk kerja-kerja kayu. 2. Gergaji Digunakan untuk memotong kayu. Terdapat beberapa jenis gergaji yang digunakan dalam pertukangan, termasuk gergaji tangan, gergaji bulat dan gergaji jig. 3. Pemutar skru Digunakan untuk memasukkan dan menanggalkan skru. Terdapat beberapa jenis pemutar skru, termasuk pemutar skru kepala rata dan kepala Phillips. 4. Spanar Digunakan untuk mencengkam dan menerapkan tork untuk memusingkan objek - biasanya pengikat berputar, seperti nat dan baut - atau mencegahnya berpusing. 5. Playar Digunakan untuk mencengkam atau memegang objek, melucut dan memotong wayar. 6. Pisau Digunakan untuk memotong sesuatu benda 7. Kapak Digunakan untuk membelah kayu, memotong kayu, menebang pokok kayu balak. Tukul Besi Gergaji Pemutar Skru Spanar Playar Pisau Kapak