The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAKIM PENGAKAP SERI KELANA, 2023-08-26 12:38:24

03 LENCANA KERIS GANGSA

HAKIM PENGAKAP SERI KELANA

BUKU LOG LENCANA KERIS GANGSA ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN


BUTIRAN DIRI Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011 Keturunan : Melayu Agama : Islam Jantina : Lelaki Kegemaran : Bermain komputer dan menunggang basikal Cita-Cita : Pereka Cipta Alamat Rumah : No. 456 Lorong Makmur 1/4, Taman Temiang Jaya, 70400 Seremban BUTIRAN BAPA Nama : Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab No. Telefon : 016-6033 603 Pekerjaan : Penolong Pengurus, Berembun Resort Sdn Bhd BUTIRAN IBU Nama : Rafida Rahinna Binti Abdul Kahar No. Telefon : 016-284 0084 Pekerjaan : Suri Rumah


REKOD UJIAN LENCANA KERIS GANGSA Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. Kumpulan : 05 No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Daerah : Seremban Barat Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana Negeri : Negeri Sembilan No. Perkara Tarikh Penguji A. KESETIAAN 1. Menyanyi Lagu Kebangsaan “Negara Ku” dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan 2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada 3. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia 4. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya 5. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya B. KESIHATAN DAN KESELAMATAN 1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri 2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali 3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam 4. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api, 5. Mengetahui bagaiman mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebayayang tinggal berhampiran 6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain C. KECEKAPAN 1. Mengetahui latihan asas kawad kaki


2. Mengetahu cara memanjat tali (tinggi tidak lebih dari 3 meter) 3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, keretapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain 4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui cara peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri 5. Mengetahu segala isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti “ikut arah ini”, “Jangan ikut arah ini”, “di sini ada air” “tunggu di sini” dan “saya sudah pulang” 6. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaannya D. PENYERTAAN 1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-Kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya 2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang 3. Menjalankan SATU dari aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan E. PERKHIDMATAN 1. Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log) 2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log) Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak dalam Lencana Penunggang Basikal Pengakap Kanak-Kanak. Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak (Nama & cop)


LAGU NEGARA KU Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta CARA MENGHORMATI LAGU NEGARA 1. Berdiri tegak 2. Kedua-dua belah kaki dirapatkan 3. Berdiri menghadap bendera Malaysia 4. Kedua-dua belah tangan diletakkan di sisi dan diluruskan ke bawah 5. Bagi OKU yang berkerusi roda, kepala mesti tegak, mata memandang ke hadapan atau bendera Malaysia, kedua tangan di atas peha dan kaki dirapatkan. SEJARAH LAGU NEGARA KU Pada tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara Tanah Melayu. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan. Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara. Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Pencipta seni kata oleh Encik Saiful Bahri dan susunan muzik oleh Encik Alfonso Soliano.


BENDERA MALAYSIA ANAK BULAN / BULAN SABIT Membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara BINTANG PECAH 14 Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan WARNA BIRU TUA Mlambangkan perpaduan rakyat Malaysia WARNA KUNING Bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan WARNA MERAH melambangkan keberanian dan kesiapsiagaan WARNA PUTIH Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan 7 JALUR MERAH & 7 JALUR PUTIH MELINTANG & SAMA LEBAR Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan 1. Johor 2. Kedah 3. Kelantan 4. Melaka 5. Negeri Sembilan 6. Pahang 7. Pulau Pinang 8. Perak 9. Perlis 10. Sabah 11. Sarawak 12. Selangor 13. Terengganu 14. Wilayah Persekutuan


BENDERA NEGERI SEMBILAN WARNA KUNING Bermaksud Duli Yang Maha Mulia Raja SEGI TIGA WARNA MERAH melambangkan rakyat SEGI TIGA WARNA HITAM Melambangkan Datuk-Datuk Undang bagi Luak-Luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.


LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA 3 KELOPAK Bermaksud 3 “Persetiaan Pengakap” iaitu Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa dan Menurut undang-undang Pengakap. 2 BINTANG PECAH 5 BEWARNA HIJAU DI KIRI & KANAN KELOPAK Bermaksud 10 Undang-Undang Pengakap BINTANG PECAH 14 BEWARNA KUNING DI TENGAH KELOPAK Bermaksud 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan di dalam Malaysia IKATAN HIJAU YANG MENGIKAT KELOPAK Bermaksud ikatan Persaudaraan Pengakap yang kukuh BULAN SABIT Bermaksud Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam WARNA KUNING PADA BULAN SABIT DAN BINTANG Melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja LINGKARAN TALI BEWARNA KUNING bermaksud perpaduan rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia WARNA KUNING Melambangkan Unit Pengakap Kanak-Kanak WARNA HIJAU Melambangkan Unit Pengakap Muda WARNA MERAH Melambangkan Unit Pengakap Remaja


KUASA PENGANJUR EN. AMIR FIKRI BIN ITHNIN Guru Besar SK Seri Kelana Tanggungjawab Kuasa Penganjur 1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia 2. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (seorang lagi ialah pemimpin kumpulan) bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu 3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap 4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu 5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli 6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.


PEMIMPIN DAN PENOLONG PEMIMPIN KUMPULAN PUAN JURAIDA BINTI MOHD LASIM Pemimpin Pengakap SK Seri Kelana PENOLONG-PENOLONG PEMIMPIN Puan Che Roshilah Binti Karia (S/U) En. Mohd Nor Bin Mohd Yunus En. Muhammad Safwan Bin Mahadi En. Isfanizal Bin Iskandar Puan Nabiha Binti Mansor Puan Nor Raihana Binti Abu Hassan Puan Noor Azrien Binti Johari Puan Siti Mariah Binti Ibrahim Puan Nurul Aina Binti Mohd Hussin Puan Mariah Binti Sirun En. Suzairi Bin Abdul Rahman En. Ikhwan Nisfu Bin Hashim


ORGANISASI KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN KUASA PENGANJUR En Amir Fikri Ithnin Guru Besar MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN PENGERUSI Pn Norashikin Baharuddin GPK Ko-Kurikulum PEMIMPIN KUMPULAN Pn Juraida Mohd Lasim SETIAUSAHA Pn Juraida Mohd Lasim Pemimpin Kumpulan SETIAUSAHA Pn Che Roshilah Binti Karia AHLI JAWATANKUASA PENOLONG-PENOLONG PEMIMPIN En. Mohd Nor Bin Mohd Yunus En. Muhammad Safwan Bin Mahadi En. Ikhwan Nisfu Bin Hashim En. Isfanizal Bin Iskandar En. Suzairi Bin Abdul Rahman Pn. Nor Raihana Binti Abu Hassan Pn. Mariah Binti Sirun Pn. Noor Azrien Binti Johari Pn. Nabiha Binti Mansor Pn. Nurul Aina Binti Mohd Hussin Pn. Siti Mariah Binti Ibrahim


Tanggungjawab Pemimpin: 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli JawatanKuasa. 2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam 8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. 9. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan. 10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam kepada Guru Besar atau Badan Induk. 11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli 12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/ zon/ daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik. 13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan. 14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. 15. Menandatangani kad dan borang kehadiran ahli. 16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. 17. Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. 18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. 19. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 20. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.


AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA Antara agama utama yng terdapat di Malaysia adalah: 1. Islam 2.Buddha 3. Kristian 4. Hindu 5. Sikh TEMPAT IBADAT AGAMA BUDHA – TOKONG Then Sze Koon Temple Jalan Bukit Termiang AGAMA KRISTIAN – GEREJA Church of The Visitation Jalan Yam Tuan, Seremban AGAMA ISLAM – MASJID Masjid Negeri, Negeri Sembilan Jalan Dato Hamzah, Seremban AGAMA HINDU – KUIL Sri Balathandayuthapani Temple Jalan Yam Tuan, Seremban AGAMA SIKH – GURDWARA Gurdwara Sahib Jalan Yam Tuan, Seremban


KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN DIRI 1. Melakukan aktiviti riadah - Badan yang sihat membolehkan kita melakukan aktiviti harian dengan lancar. Jika badan kita sakit, kita terpaksa mendapatkan rawatan. 2. Mengamalkan pemakanan seimbang - Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang sihat dan cergas dan mengelakkan tubuh badan menjadi obesiti. 3. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran - Jika asas kebersihan diri tidak dijaga, tubuh badan akan mudah dijangkiti penyakit dan seterusnya menjejaskan aturan jadual kehidupan kita. 4. Menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala – Mengesan lebih awal potensi keadaan kesihatan atau penyakit yang berpotensi menjadi bahaya dan meningkatkan peluang rawatan serta penyembuhan 5. Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup – Dapat merangsang memori dan proses pembelajaran, mengawal berat badan, penting untuk kesihatan jantung, dan dapat meningkatkan sistem imun 6. Menjaga hubungan sesama manusia dan tuhan – Agar kehidupan menjadi lebih harmoni demi mengelakkan perbalahan dan perpecahan sesama manusia. Sebagai hamba kepada pencipta-NYA, kita perlu sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi, bersabar dengan segala dugaan dan cabaran, redha di atas segala yang berlaku dan sentiasa bertaubat apabila membuat kesalahan.


KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI 1. Mandi dengan kerap - Meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, dan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius. 2. Menggosok gigi - Membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi, membantu menguatkan gigi dan mencegah penyakit gusi. 3. Memotong kuku secara berkala – Menjaga kebersihan kuku dari kuman dan bakteria, mencegah kuku yang panjang masuk ke dalam (cekam), menghindarkan diri dari tercedera akibat goresan kuku dan membuat kuku lebih kuat kerana kuku yang panjang menjadi rapuh. 4. Memakai pakaian yang bersih – Pakaian yang kotor boleh menjadikan badan yang bersih nampak kotor. Pakaian kotor mempunyai bakteria dan kuman dan menyebarkan bau yang busuk. 5. Kerap mencuci tangan - Membasuh tangan dengan sabun terutamanya sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan tandas dan sebelum berinteraksi dengan orang lain dapat mencegah kuman dan penyakit dari tersebar. 6. Sikat rambut - Menyikat rambut sampai ke kulit kepala dapat melancarkan aliran darah dan nutrien di kulit kepala dan batang rambut., serupa macam mengurut kepala.


BAHAYA TERIMA/TELAN PIL/GULA-GULA DARI ORANG YANG TIDAK DIKENALI 1. Keldai dadah - Seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi pembawa dadah (penyeludup) ke negara lain seperti menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya. 2. Kerosakan sistem dalam badan – Kesan-kesan yang dialami seperti merasa keletihan, tidak bertenaga, mudah hilang fokus, hilang selera makan, mengalami masalah tidur, mengalami kekejangan otot, bengkak pada sendi dan kulit yang kering serta gatal. 3. Pemerdagagan manusia - Melibatkan pergerakan manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah atau paksa menjurus kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa. 4. Mangsa penculikan - Seseorang yang didatangi dan membawa bawah umur ("minor") pergi dengan kekerasan atau penipuan tanpa kerelaan orang yang dibawa dan tanpa alasan menurut undang-undang. 5. Jenayah seksual - Memaksa kanak-kanak melakukan pelacuran, buruh paksa, pengambilan anak angkat tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, pengambilan kanakkanak sebagai pengemis dan kegiatan keagamaan. 6. Kematian – Berpunca dari penyalahgunaan pengambilan berlebihan hingga menyebabkan ketagihan ubat. Antaranya ubat tahan sakit, ubat tidur, ubat penenang dan ubat perangsang. Jika diambil berlebihan boleh membawa maut.


LANGKAH BERJAGA-JAGA 1. Pengakap TIDAK menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali. 2. Pengakap mesti sentiasa di bawah pengawasan ibu- bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai. 3. Pengakap sentiasa ada rasa 'cemburu' dan berhati-hati. 4. Pengakap digalakkan untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa. 5. Pengakap mesti menjauhi orang yang tidak dikenali. 6. Pengakap TIDAK DIBENARKAN tidur di rumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali. 7. Pengakap menjerit minta tolong atau sebut "API-API" jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. 8. Pengakap berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah. 9. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah. Jika didesak juga, lari dan jerit minta tolong. 10. Jangan tumpang orang yang tidak dikenali sama ada kereta, motor atau basikal. 11. Jangan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibubapa kemalangan dan sebagainya. 12. Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, jiran, jaga sekolah atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan mereka. 13. Pengakap perlu berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi balik sekolah


BAHAYA BERMAIN BENDA-BENDA TAJAM 1. Kanak-kanak dilarang bermain dengan benda-benda tajam seperti mata pisau atau gunting kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada tubuh badan jika tidak digunakan dengan berhati-hati atau menggunakan secara cuai. 2. Menggunakan mata pisau atau gunting haruslah dengan pengawasan orang yang lebih dewasa. 3. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan pisau kecil atau gunting kerana boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan. 4. Jika perlu menggunakannya, kanak-kanak perlu menggunakannya dengan berhati-hati dan dengan pemantauan orang dewasa. 5. Pisau atau gunting yang hendak digunakan haruslah tajam dan tidak berkarat. Selepas digunakan, pisau atau gunting hendaklah dibersihkan dan disimpan di tempat yang selamat. BAHAYA BERMAIN BAHAN LETUPAN 1. Boleh menyebabkan kebakaran rumah. 2. Boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan atau kematian. 3. Mencemarkan alam sekitar. 4. Boleh memusnahkan harta benda 5. Contoh Bahan Letupan: a. Mercun b. Meriam Buluh c. Bom d. Mercun Bola


CARA MENDAPATKAN BANTUAN PERTOLONGAN CEMAS Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222 Balai Polis Nama Balai No. Telefon Balai Polis Kuala Sawah 06-6941239 Balai Polis Mambau 06-6314222 Balai Polis Paroi 06-6773222 Balai Polis Rahang 06-7632222 Balai Polis Rantau 06-6941222 Balai Polis Seremban 06-7635522 Balai Polis Senawang 06-6792222 Balai polis Sikamat 06-7612222 Pondok Polis Nama Pondok Polis Telefon Pondok Polis HTJ Seremban 06-7684504 Pos Pengawal Istana Hinggap 06-7615434 Pondok Polis Temiang 06-7623606


Nama No. Telefon Hospital Tuanku Ja’afar Seremban 06-768 4000 Pejabat Kesihatan Daerah Seremban 06-768 5400 Klinik Kesihatan Sikamat 06-761 3075 / 3076 / 3077 Klinik Kesihatan Senawang 06-676 6000 / 06-675 1541 Klinik Kesihatan KLIA 06-791 3352 Klinik Kesihatan Lenggeng 06-8766 7499 Klinik Kesihatan Nilai 06-794 8356 / 8581 / 8498 (KKIA) Klinik Kesihatan Mantin 06-758 1242 Klinik Kesihatan Sendayan 06-792 2073 Klinik Kesihatan Rantau 06-694 1274 Klinik Kesihatan Ampangan 06 678 8986 Klinik Kesihatan Seremban 06–7679267 / 9281 / 9279 / 9276 Pusat Gerakan Operasi Negeri Sembilan No. Telefon Pejabat Pusat Gerakan Operasi Negeri Sembilan Balai Bomba Dan Penyelamat Seremban 2 06 – 601 5007/ 06-601 5008 70300 Seremban, Negeri Sembilan Pejabat Zon, JBPM Negeri Sembilan No. Telefon Balai Bomba Dan Penyelamat Seremban 2 06 – 601 3393 / 06-601 7097 70300 Seremban, Negeri Sembilan Balai JBPM Negeri Sembilan No. Telefon Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Zaaba, 06 - 767 7089 / 06 - 762 4444 70100 Seremban, Negeri Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, 06 - 601 5007 70300 Seremban, Negeri Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, 06 - 677 9202 70450 Senawang, Negeri Sembilan


JIKA BERLAKU KECEMASAN, HUBUNGI INDIVIDU DI BAWAH: Nama No. Telefon Hubungan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab 016-6033 603 Ayah Rafida Rahinna Binti Abdul Kahar 016-284 0084 Emak Abdul Rauf Bin Abdul Aziz 018-660 4454 Abang Yasmin Binti Abdul Aziz 016-250 9169 Kakak Abdul Malek Bin Haji Abdul Wahab 018-405 6066 Pakcik Mohd Esa Bin Abdul Kahar 019-351 3897 Pakcik


PERATURAN BERJALAN DI JALAN RAYA DAN MENYEBERANG JALAN PANDUAN BERJALAN KAKI 1. Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah 2. Berjalan di lorong pejalan kaki, jika ada. Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan di tepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan) 3. Jangan bermain-main di atas jalanraya atau di lorong pejalan kaki 4. Lihat ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu. Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari. 5. Jangan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong. Gunakan kawasan melintas yang telah disediakan seperti kawasan lampu isyarat, jejantas, lintasan belang atau zebra crossing. 6. Jangan melintas di hadapan atau di belakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung. TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS 1. Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak. 2. Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun. 3. Hendaklah berbaris untuk menaiki bas 4. Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas 5. Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan,biarkan bas berjalan baru melintas. 6. Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.


LATIHAN ASAS KAWAD KAKI 1. KEDUDUKAN SEDIA 1. Berdiri tegak 2. Mata pandang 100 meter kehadapan 3. Tangan lurus rapat ke badan 4. Jari genggam. Ibujari hala ke bawah selari dengan garisan seluar 5. Kaki rapat, Tapak kaki bentuk huruf 'V' Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Senang Diri) Baris! .. Baris ... Sedia! 2. KEDUDUKAN SENANG DIRI 1. Berdiri tegak 2. Kedua tangan lurus ke belakag. 3. Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap' 4. Kedua kaki lurus dan dijarakkan Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Rehatkan Diri) Baris!!! (Dari Kedudukan Sedia) Baris! .. Senang .. Diri!


3. KEDUDUKAN REHATKAN DIRI 1. Berdiri tegak 2. Kedua tangan bengkok ke belakang dan diletakkan di paras pinggang 3. Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap' 4. Kedua kaki lurus dan dijarakkan Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Senang Diri) Baris! .. Rehatkan .. Diri! 4. PERGERAKAN KE KANAN PUSING 1. Dengan pantas, pusing kepala bahu dan badan 90° ke sebelah kanan. 2. Berpusing di atas tumit kaki kanan, tapak kaki di hadapan kanan rata di bumi, tapak kaki kiri di belakang tumit terangkat sedikit. 3. Bawa kaki kiri ke hadapan, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha sama paras, hujung kaki junam ke bumi dan bersetentangan dengan hujung lutut, hentak padat tapak kaki kiri ke bumi di sebelah tapak kaki kanan. 4. Diam, dalam Kedudukan - Sedia Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Sedia) Baris! .. Akan Bergerak Ke Kanan .. Ke Kanan ... Pusing!


5. PERGERAKAN KE KIRI PUSING 1. Dengan pantas, pusing kepala bahu dan badan 90° ke sebelah kiri. 2. Berpusing di atas tumit kaki kiri, tapak kaki di hadapan kiri rata di bumi, tapak kaki kanan di belakang tumit terangkat sedikit. 3. Bawa kaki kanan ke hadapan, angkat kaki kanan, bengkokkan lutut, peha sama paras, hujung kaki junam ke bumi dan bersetentangan dengan hujung lutut, hentak padat tapak kaki kanan ke bumi di sebelah tapak kaki kiri. Diam. Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Sedia) Baris! .. Akan Bergerak Ke Kiri .. Ke Kiri ... Pusing! 6. PERGERAKAN KE BELAKANG PUSING 1. Dengan pantas, pusing kepala bahu dan badan 180° ke belakang melalui kanan. 2. Berpusing di atas tumit kaki kiri, tapak kaki kanan di hadapan rata di bumi, tapak kaki kiri di belakang tumit terangkat sedikit. 3. Renggangkan kaki dan jaga timbangan badan dengan merapatkan peha. 4. Kedua-dua lutut tegang dan anggota badan yang lain diam. 5. Bawa kaki kiri ke hadapan, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha sama paras, hujung kaki junam ke bumi dan bersetentangan dengan hujung lutut, hentak padat tapak kaki kiri ke bumi di sebelah tapak kaki kanan. Diam. Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Mengadap Hadapan) Mengadap Ke Belakang .. Belakang Pusing! (Dari Kedudukan Mengadap Belakang) Mengadap Ke Hadapan .. Belakang Pusing!


7. PERGERAKAN KE KANAN LURUS 1. Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan (Penanda) tidak perlu bergerak. 2. Pergerakan serentak tangan dan kepala. Ahli barisan hadapan angkat tangan kanan lurus 90° ke kanan di belakang badan kawan. Kepala pusing 90° ke kanan. 3. Ahli barisan paling kanan angkat tangan kanan lurus 90° ke hadapan di tepi bahu kanan kawan. Kepala tidak perlu pusing 90° ke kanan. 4. Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak kembali di tempat asal. Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri. 5. Ahli barisan hadapan bergerak ke kiri secara pantas sambil menghentak kaki sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kiri kawan. Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di sebelah kanan sahaja yang kelihatan. 6. Ahli barisan paling kanan bergerak ke belakang secara pantas sambil menghentak kaki sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kanan kawan. Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di hadapan sahaja yang kelihatan. 7. Ahli-ahli di dalam barisan (selain ahli barisan hadapan dan kanan) bergerak sama seperti ahli lain cuma tidak perlu mengangkat tangan. Betulkan kedudukan mengikut kawan hadapan dan kawan di sebelah kanan. 8. Semua ahli bersiap sedia untuk kembali ke kedudukan sedia apabila arahan 'pandang depan' diberi. Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Sedia) Ke Kanan .. Lurus! (Dari Kedudukan Ke Kanan Lurus ) Pandang .. Depan!


8. PERGERAKAN BUKA BARISAN 1. Barisan hadapan melangkah 1 langkah ke hadapan dan hentak kaki 1 kali 2. Barisan belakang melangkah 1 langkah ke belakang dan hentak kaki 1 kali < < > > 9. PERGERAKAN TUTUP BARISAN > > < < 3. Barisan hadapan melangkah 1 langkah ke belakang dan hentak kaki 1 kali 4. Barisan belakang melangkah 1 langkah ke hadapan dan hentak kaki 1 kali Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Tutup Barisan) Buka Barisan .. Gerak! (Dari Kedudukan Buka Barisan ) Tutup Barisan .. Gerak!


10. PERGERAKAN LANGKAH KE KIRI/KANAN Pandangan Sisi 1. Semua ahli akan bergerak serentak samada ke kiri atau ke kanan mengikut arahan. C B A 1 2 3 4 5 6 7 8 2. Pergerakan sama seperti hentak kaki. Setiap hentakan kaki berjarak 12-20 inci dari kedudukan asal. C B A C B A 1 2 3 4 5 6 7 8 Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Sedia ) Bergerak 2 Langkah Ke Kanan .. Gerak! (Dari Kedudukan Sedia) Bergerak 2 Langkah Ke Kiri .. Gerak!


CARA MEMANJAT TALI PENTING : Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Sesetengah tali memberi kesan kepada tangan dan kaki semasa melakukan aktiviti ini terutamnya semasa menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakan tangan tidak melecet. Sarung tangan digalakan digunakan semasa menjalankan aktiviti ini. 1. Pegang tali dengan menggunakan kedua dua belah tangan. Sepit tali antara kedua-dua belah kaki 2. Pastikan tali berada di hadapan dan melalui celah kangkang. Guna kaki kanan untuk menarik tali ke dalam, manakala kaki kiri akan menarik lebihan tali di bawah ke atas kaki kanan dengan menggunakan kaki kiri. Kaki kiri berfungsi mengunci pergerakan tali. 3. Untuk bergerak memanjat ke ketinggian berikutnya, gerakkan tangan ke kedudukan ketinggian berikutnya. Bawa badan ke atas dan gerakkan kaki kanan menarik tali le dalam sambil kaki kiri mengunci kedudukan tali. 4. Teruskan pergerakan memanjat anda dengan menggunakan teknik di atas sehingga anda sampai ke ketinggian yang dikehendaki. Untuk turun, bengkokkan badan ke bawah dan gerakkan kaki kanan serta kiri untuk mengunci pergerakan ketika turun.


TEMPAT-TEMPAT AWAM SEKITAR LOKASI KEDIAMAN


SERAGAM PENGAKAP KANAK-KANAK 1. Ahli lelaki baju lengan pendek (mempunyai 2 strap di atas bahu dan 2 poket di kiri dan kanan dada) dimasukkan ke dalam seluar. Ahli perempuan baju lengan panjang (mempunyai 2 strap di atas bahu dan 2 poket di kiri dan kanan dada) dilepaskan keluar. Jenis kain Viscose dengan kod warna kelabu TL8888/T308. 2. Tudung ahli perempuan bewarna kelabu dimasukkan ke dalam baju 3. Seluar panjang warna biru tua jenis kain Hisofy dengan kod warna TH3243 / 305. 4. Stokin warna biru tua / hitam dipakai bersama kasut kanvas bertali bewarna hitam 5. Forage Cap pita merah beserta lencana topi 6. Skaf Pengakap (tanpa lencana) beserta wogel 7. Lencana WOSM, tanda nama dan tanda pangkat (jika ada) 8. Bendera Malaysia di poket kanan & Lencana Keahlian di poket kiri 9. Tali pinggang PVC berkepala gangsa 10. Lencana NEGERI SEMBILAN, SEREMBAN BARAT & 05 di lengan kiri 11. Lencana NAMA PATROL di lengan kiri


ISYARAT SULIT PENGAKAP Kegunaan : digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Ahli pengakap perlu mempelajari isyarat sulit ini supaya apabila sesat di dalam hutan, ahli pengakap boleh memberikan isyarat supaya ahli yang lain boleh menjejakinya dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu, rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.


SIMPULAN BUKU SILA KEGUNAAN :- 1. Menyambung dua tali yang sama jenis dan sama saiz 2. Mengikat tali kasut 3. Menyambung tali khemah, ikatan, bungkusan dan kain anduh 4. Mudah dibuka Cara mudah untuk membuat simpulan menggunakan kaedah “kiri atas kanan, kanan atas kiri”


REKOD BACAAN NILAM


PERTANDINGAN BERCERITA & MELAKONKAN WATAK SEMPENA BULAN BAHASA MELAYU Johan


MEMBANTU IBUBAPA DI RUMAH 9.00 pagi : Mengemas katil dan bilik tidur sendiri 9.30 pagi : Membantu emak menyediakan sarapan 10.30 pagi : Membantu ayah mengemas ruang tamu / ruang menonton TV 2.00 petang : Membantu emak membasuh pinggan selepas makan tengahari 3.00 petang : Mengurut kaki dan tangan emak 5.00 petang : Membantu kakak mengambil pakaian di ampaian 7.30 malam : Membantu membentang sejadah untuk bersolat 8.30 malam : Membantu mengemas meja makan selepas makan malam


MAJLIS GOTONG ROYONG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA


Click to View FlipBook Version