The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAKIM PENGAKAP SERI KELANA, 2023-09-03 12:41:47

07 LENCANA PENGETAHUAN - AHLI OLAHRAGA

HAKIM PENGAKAP SERI KELANA

BUKU LOG LENCANA PENGETAHUAN – AHLI OLAHRAGA ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN


BUTIRAN DIRI Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011 Keturunan : Melayu Agama : Islam Jantina : Lelaki Kegemaran : Bermain komputer dan basikal Cita-Cita : Pereka Cipta Alamat Rumah : BUTIRAN BAPA Nama : No. Telefon : Pekerjaan : BUTIRAN IBU Nama : No. Telefon : Pekerjaan :


REKOD UJIAN LENCANA AHLI OLAHRAGA Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana No. Kumpulan : 05 Daerah : Seremban Barat Negeri : Negeri Sembilan No. Perkara Tarikh Penguji 1. Mengetahui apakah MSSD / MSSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas majlismajlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak-Kanak boleh membantu, khususnya di sekolah rendah 2. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan 3. Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan :- Lari 100 Meter Lari 200 Meter Lompat Tinggi Lontar Peluru Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak dalam Lencana Ahli Olahraga Pengakap Kanak-Kanak. Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak


SEJARAH MSSM Majlis Sukan Sekolah Sekolah Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 3 Mac 1958 melalui satu mesyuarat yang dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Persekutuan Tanah Melayu telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963. MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran. Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara. Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996. VISI Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan. MISI Melahirkan atlet yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalamdan di luar negara OBJEKTIF Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan. Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa. Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah. Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan sukan. Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia. Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu. Majlis Sukan Sekolah Negeri atau lebih dikenali sebagai MSSN mempunyai fungsi yang hampir sama dengan MSSM namun tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Majlis Sukan Sekolah Daerah atau lebih dikenali sebagai MSSD mempunyai fungsi yang hampir sama dengan MSSN dan MSSM namun tertakluk kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masingmasing.


Acara sukan dipertandingkan untuk kategori lelaki dan perempuan bawah 18, 15 dan 12 tahun. 1. Akuatik 2. Badminton 3. Bola baling 4. Bola jarring 5. Bola keranjang 6. Bola sepak 7. Bola tampar 8. Boling tenpin 9. Catur 10. Gimnastik artistic 11. Gimnastik berirama 12. Golf 13. Hoki 14. Kapal layar 15. Kriket 16. Memanah 17. Merentas desa 18. Olahraga 19. Ping pong 20. Ragbi 21. Sepak Takraw 22. Skuash 23. Softbol 24. Tenis


JENIS MAKANAN MEMBINA KESIHATAN UNTUK BERSUKAN Apakah kebaikan bersukan? Meningkatkan stamina Membantu membina tulang dan otot yang sihat Membantu mengawal berat badan Mengurangkan tekanan (stres) Meningkatkan keyakinan diri Mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol. Apakah tenaga yang diperlukan sebagai ahli sukan? Tenaga yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta aktiviti fizikal. Karbohidrat yang mencukupi untuk menyimpan bekalan tenaga. Protein yang mencukupi untuk pertumbuhan tetapi tidak berlebihan kerana ia boleh meningkatkan risiko dehidrasi Air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi dan meningkatkan stamina. Lemak yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan prestasi (contoh : zat besi dan vitamin-vitamin B). Pelbagai sumber kalsium dan vitamin D untuk memastikan tulang sihat. Makanan yang kaya dengan zat besi untuk mencegah anemia yang boleh mengurangkan stamina dan tahap pencapaian. Pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori anda. Mengapa air penting bagi ahli sukan? Air memainkan peranan yang kritikal dalam pemeliharaan kesihatan dan prestasi yang optimum atlet remaja. Salah satu fungsi air yang sangat penting adalah untuk menyejukkan badan. Semasa anda bersukan, otot yang bekerja akan menghasilkan tenaga dan ini akan meningkatkan suhu badan. Peningkatan suhu badan akan menyebabkan badan anda berpeluh dan apabila peluh ini sejat, badan anda akan berasa sejuk. Sekiranya peluh yang keluar ini tidak diganti dengan meminum air dengan banyak, imbangan air di dalam badan akan terganggu dan menyebabkan dehidrasi. Berapakah jumlah air yang diperlukan untuk mengelakkan dehidrasi? Jadual di bawah memberikan saranan am pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi. Walau bagaimanapun, saranan ini mungkin berbeza, bergantung kepada suhu persekitaran, kelembapan dan jenis sukan.


Click to View FlipBook Version