BUKU LOG LENCANA PENGETAHUAN – AHLI PASUKAN PERMAINAN ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN
BUTIRAN DIRI Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – 10 - 2251 Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011 Keturunan : Melayu Agama : Islam Jantina : Lelaki Kegemaran : Bermain komputer dan basikal Cita-Cita : Pereka Cipta Alamat Rumah : No. 456 Lorong Makmur 1/4, Taman Temiang Jaya, 70400 Seremban BUTIRAN BAPA Nama : Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab No. Telefon : 016-6033 603 Pekerjaan : Penolong Pengurus, Berembun Resort Sdn Bhd BUTIRAN IBU Nama : Rafida Rahinna Binti Abdul Kahar No. Telefon : 016-284 0084 Pekerjaan : Suri Rumah
REKOD UJIAN LENCANA AHLI PASUKAN PERMAINAN Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana No. Kumpulan : 05 Daerah : Seremban Barat Negeri : Negeri Sembilan No. Perkara Tarikh Penguji Pilih EMPAT (4) sahaja: 1. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut: bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, pingpong, bola baling dan bola jaring. 2. Membuktikan yang Pengakap Kanakkanak itu boleh bermain sekurangkurang dua (2) permainan pasukan. 3. Menunjukan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. 4. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainanya. 5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. 6. Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak dalam Lencana Ahli Pasukan Permainan Pengakap Kanak-Kanak. Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
UNDANG-UNDANG PERMAINAN RAGBI RIMAU (RAGBI SENTUH) PERATURAN 1 : Padang Permainan PERATURAN 2 : Bola PERATURAN 3 : Bilangan Pemain Pasukan PERATURAN 4 : Pakaian Pemain PERATURAN 5 : Masa PERATURAN 6 : Pegawai Permainan PERATURAN 7: Cara Bermain PERATURAN 8: Advantage PERATURAN 9: Kutipan Mata PERATURAN 10: Foul Play PERATURAN 11: Off Side/ On Side PERATURAN 12: Knock On/ Hantaran Kehadapan PERATURAN 13: Permulaan Permainan dan tendangan memulakan semula permainan. PERATURAN 14: Ball on the ground – No tackle (Sekolah Menengah sahaja) PERATURAN 15: Sentuhan PERATURAN 16: Ruck (Sekolah Menengah sahaja) PERATURAN 17: Maul (Sekolah Menengah sahaja) PERATURAN 18: Fair Catch atau Mark PERATURAN 19: Bola keluar dan lontaran masuk (line-out) PERATURAN 20: Scrum PERATURAN 21: Tendangan penalti dan tendangan percuma PERATURAN 22: In Goal
PERATURAN 1: Padang Permainan Adalah kawasan yang dikelilingi oleh garisan sentuh dan garisan gol PERATURAN 2: Bola Bola yang digunakan dari jenis kulit atau sintetik bersaiz yang beratnya lebih kurang 350 – 370 gram.
PERATURAN 3: Bilangan Pemain Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang pemain sahaja yang dibenarkan bermain / berada di dalam padang pada satu masa. Permainanan tidak boleh dimulakan jika terdapat kurang dari 5 orang pemain. PERATURAN 4: Pakaian Pemain Pasukan mestilah memakai memakai jersi yang tahan lasak dan tidak membahayakan orang lain serta bernombor 1 hingga 12 a. Peralatan asas yang mesti dipakai ialah: Jersi Seluar pendek Stoking Boots b. Tidak dibenarkan memakai benda-benda yang membahayakan seperti rantai, cincin, jam tangan, tali pinggang, seluar yang berzip. c. Berkuku pendek
PERATURAN 5: Masa Permainan a. Masa permainan rasmi adalah 20 minit setiap separuh masa dengan masa rehat maksimum 5 minit. b. Tetapi jika bermain secara karnival maka masa permainan ialah 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit masa rehat. PERATURAN 6: Pegawai Perlawanan Setiap perlawanan di bawah kawalan Pegawai Perlawanan terdiri dari seorang Pengadil dan dua orang Penolong Pengadil. Pengadil mestilah bertauliah. Pengadil merupakan individu yang menentukan masa perlawanan tamat. Jika ia meragui masa, beliau boleh merujuk kepada pembantu pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad. PERATURAN 7: Cara Bermain a. Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula “drop kick”. b. Selepas tendangan mula, mana-mana pemain yang “on side” boleh mengambil bola dan berlari dengannya; sama ada berlari dengannya; menyepaknya; atau menghantarnya kepada rakan. c. Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola; menghantar bola kepada rakan atau menyepak bola tersebut. d. Semua pemain boleh membuat sentuhan dan menahan pemain yang ada bola e. Semua pemain boleh terlibat dengan “scrum” atau “line out” f. Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat “try” dalam kawasan “in goal”. g. Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi. PERATURAN 8: Advantage a. Advantage adalah situasi di mana pengadil tidak memberhentikan perlawanan apabila berlaku kesalahan dalam permainan. Advantage diberikan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan meneruskan permainan. b. Tujuan advantage diberikan semasa permainan sedang berjalan adalah untuk memberi kesinambungan kepada permainan itu sendiri tanpa pengadil meniup wisel bagi setiap kesalahan yang dilakukan. c. Terdapat dua jenis advantage iaitu area advantage dan tactical advantage.
PERATURAN 9: Kutipan Mata Setiap “try” dan “penalti try” yang dilakukan akan diberi 5 mata dan “try” 7 mata akan diberi kepada pemain yang meletakkan bola dalam kotak yang disediakan dalam kawasan “in goal” PERATURAN 10: Foul Play a. Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan daripada melakukan sentuhan, bermain dengan cara yang berbahaya, misconduct, sentuhan dan perlanggaran yang berbahaya serta pemain digalakkan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. b. Sebarang tindakan atau gerakan seseorang pemain yang bertentangan dengan undang-undang dan semangat sukan. Termasuk gangguan permainan, bermain kotor dan membahayakan pemain lain, kelakuan tidak senonoh, bertindak balas dan kesalahan yang berulang. PERATURAN 11: Off Side/ On Side a. Seseorang pemain dikira “offside” apabila berada di hadapan garisan “offside” semasa “scrum”, “line-out”, “ruck” dan “maul” atau berada di hadapan pemain sepasukan yang terakhir memainkan bola. b. Onside bermakna pemain berkenaan berada dalam permainan dan boleh meneruskan permain sama ada melakukan serangan ataupun melakukan gerakan bertahan. PERATURAN 12: “Knock On” / Hantaran Kehadapan a. “Knock on” terjadi bila pemain hilang posisi bola dan bola jatuh ke hadapan menuju ke arah garisan gol pihak lawan dari kawalan pemain ataupun apabila bola jatuh ke hadapan terkena pemain lain sama ada dari pasukan lawan atau pasukan sendiri. b. Hantaran ke hadapan berlaku apabila pemain melontar atau menghantar bola ke hadapan. Jika bola tidak di hantar ke hadapan tapi kena tanah atau pemain lain dan bola bergerak ke hadapan bola tidak dikira “forwards”. PERATURAN 13: Permulaan Permainan dan tendangan memulakan semula permainan. a. Tendangan mula dilakukan dengan tendangan lantun di tengah padang pada permulaan perlawanan dan permulaan separuh masa kedua. b. Tendangan dilakukan oleh pasukan yang mendapat try bagi kategori permainan 7 sepasukan. c. Sepakan 15 meter “drop-out” dibuat di belakang atau di atas garisan 15 meter oleh pasukan bertahan selepas membuat touch down. PERATURAN 14: Ball on the ground (Sekolah Menengah sahaja)
PERATURAN 15: Sentuhan a. Sentuhan terjadi apabila pembawa bola disentuh dengan kedua-dua belah tapak tangan, hujung jari dan sentuhan dengan satu tangan tidak dikira sentuhan. Pemain yang disentuh mestilah melepaskan / membuat hantaran dengan segera (tidak melebihi 3 saat). b. Pemain yang disentuh mestilah: i. Melepaskan bola ii. Hantar bola dengan serta merta. PERATURAN 16: Ruck (Sekolah Menengah sahaja) PERATURAN 17: Maul (Sekolah Menengah sahaja) PERATURAN 18: Fair Catch atau Mark Untuk membuat mark pemain mesti berada atau di belakang garisan 15 meter. Pemain mestilah melakukan tangkapan yang bersih dan melaungkan mark secara serentak. Tendangan dibuat oleh pemain yang membuat mark. PERATURAN 19: Bola keluar dan lontaran masuk (line-out) a. Bola dikira keluar dari kawasan permainan apabila pembawa bola terkena garisan tepi, tanah objek atau orang di atas garisan itu. b. Bola juga dikira keluar apabila ditendang keluar dari garisan tepi atau mencecah garisan itu. c. Throw-in tidak dibenarkan sehinggalah referi menyatakan line-out sudah dibentuk. Line-out adalah keadaan yang mana kedua-dua pasukan bertanding membentuk garisan lurus di antara garisan 3 hingga 10 meter. Pasukan yang bukan penyebab bola keluar akan melontar bola masuk. PERATURAN 20: Scrum Scrum terbentuk apabila 3 pemain daripada setiap pasukan terikat secara interlock. Kemudian scrum-half akan memasukan bola melalui lorang yang terbentuk. PERATURAN 21: Tendangan penalti dan tendangan percuma Pemain bebas untuk melakukan sebarang jenis tendangan seperti grubber kick, up and under dan lain-lain bentuk tendangan. Tendangan berterusan melebihi sekali adalah tidak dibenarkan walaupun oleh pemain yang berbeza. Selepas sekali tendangan pemain mestilah memungut bola tersebut untuk dimainkan. PERATURAN 22: In Goal In goal ialah kawasan yang mana pemain dari kedua-dua pasukan meletakkan bola tersebut untuk try atau touch down.
PENGLIBATAN DALAM 2 JENIS SUKAN RAGBI BOLASEPAK
SEMANGAT KESUKANAN Semangat Kesukanan’ menekankan perkara: a. Menghormati undang-undang permainan. b. Menghormati pegawai dan patuh kepada segala keputusannya. c. Menghormati atlet atau pemain lain, termasuk pihak lawan. d. Pertandingan yang adil dan saksama. e. Menjaga dan mengekalkan maruah dalam semua keadaan dan mempercayai bahawa kemenangan tidak menentukan segala-galanya. MENJAGA DAN MENYIMPAN PERALATAN SUKAN STOR SUKAN Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid. TATACARA PENGGUNAAN AM Rekod Keluar Masuk Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku. Peralatan Disimpan Di Tempat Khas Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh murid yang bertugas. Di samping itu, tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan. Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas. Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti. Dilupuskan Mengikut Prosedur Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan peralatan berlaku dalam stor sukan.
TATACARA PENGGUNAAN MURID Kebenaran Memasuki Stor Sukan Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut. Laporan Kerosakan Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan. Pengembalian Peralatan Sukan Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan. MEMBERSIHKAN BADAN SELEPAS BERSUKAN Mengelap Peluh Sebelum Mandi Jangan biarkan peluh yang keluar mengering di kulit kerana peluh sifatnya adalah kotor dan boleh merosak kulit. Lap peluh sebelum mandi dengan menggunakan tuala lembut. Beri Jarak 20 Minit Setelah Berolahraga Tunggu sekitar 20 hingga 30 minit setelah berolahraga untuk mandi kerana tubuh manusia masih panas setelah berolahraga. Tubuh akan lemah jika terus terkena air. Risiko ruam pada kulit juga akan muncul jika pori yang masih terbuka terkena air. Mandi Menggunakan Air Sejuk Mandi menggunakan air sejuk setelah bersukan boleh menimbulkan rasa ketenangan. Air sejuk boleh mempercepat pengenduran otot setelah berolahraga. Mandi air sejuk juga boleh memulihkan kecederaan dalaman kerana air sejuk boleh membantu memulihkan peradangan otot.