The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAKIM PENGAKAP SERI KELANA, 2023-09-07 12:10:32

11 LENCANA KERIS EMAS

HAKIM PENGAKAP SERI KELANA

BUKU LOG LENCANA KERIS EMAS ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN


BUTIRAN DIRI Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011 Keturunan : Melayu Agama : Islam Jantina : Lelaki Kegemaran : Bermain komputer dan basikal Cita-Cita : Pereka Cipta Alamat Rumah : BUTIRAN BAPA Nama : No. Telefon : Pekerjaan : BUTIRAN IBU Nama : No. Telefon : Pekerjaan :


REKOD UJIAN LENCANA KERIS EMAS Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. Kumpulan : 05 No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Daerah : Seremban Barat Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana Negeri : Negeri Sembilan No. Perkara Tarikh Penguji A. KESETIAAN 1. Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik 2. Mengenali Jata Negara dan lambang negeri masingmasing. 3. Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan. 4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 5. Mengamalkan ajaran agama masing-masing. B. KESIHATAN DAN KESELAMATAN 1. Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia. 2. Mengetahui bagaimana mengalasi sakit selsema dan menjauhkannya. 3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan. 4. Mengetahui bagaimana membuat anduh; (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki). 5. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet yang ada mesej: Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan. C. KECEKAPAN 1. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak da seterusnya mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah" "Cepat Jalan", "Berhenti' dan "Hormat". 2. Mengetahui lathan asas Ala Komando seperti: Merangkak, merangkak di bawah jaring /jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. 3. Mengukuhkan kemahiran ikatan: Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 4. Demontrasi sendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan.


D. PENYERTAAN 1. Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaanya kepada manusia. 2. Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri: 2.1 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. 2.2 Membuat patung sarung jari pupet / patung puppet bertali yang boich digerak- gerakan dan membuat panggung puppet. 2.3 Membuat layang-layang yang boleh dinaikan ke udara. 2.4 Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri. 3. Menyanyi sekurang-kurangnya DUA buah lagu Pengakap Malaysía. E. PERKHIDMATAN 1. Bersama sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. 2. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti/Perkhemahan 3. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri. Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak dalam Lencana Keris Emas Pengakap Kanak-Kanak. Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak


LAGU PATRIOTIK 31 OGOS Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah… Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari Merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka INILAH BARISAN KITA Inilah barisan kita Yang ikhlas berjuang Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi Sebelum kita berjaya Jangan harap kami pulang Inilah sumpah pendekar kita Menuju medan bakti Andai kata kami gugur semua Taburlah bunga di atas pusara Kami mohon doa Malaysia berjaya Semboyan telah berbunyi Menuju medan bakti


KERANA MU MALAYSIA Buruh, nelayan dan juga petani .. Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya .. Lahir generasi bijak pandai Pakar IT, pakar ekonomi .. Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara .. Megah menyusur di jalan raya Alam cyber teknologi terkini .. Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa .. Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami mendakap tuah .. Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa .. Limpah budi kemakmuran negara Keranamu kami bebas merdeka .. Keranamu myawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang .. Demi bangsa kedaulatan negara Keranamu Negara Malaysia .. Malaysia... Terima kasih Malaysia WARISAN Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingkirkan Ke mana harusku bawakan Ke mana harusku semaikan cinta ini Betapa Di bumi ini ku melangkah Ke utara selatan timur dan barat Ku jejaki Aku bukanlah seorang perwira Gagah menguna senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Akulah penyambung warisan


JATA NEGARA Bintang pecah 14 - menandakan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bintang & anak bulan - Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris – 5 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu - Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu Kiri & Kanan Perisai - Negeri-negeri Selat - Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka. 4 jalur yang sama besar - 4 Negeri-negeri Melayu Bersekutu - hitam dan putih ialah warna Pahang - merah dan kuning warna Selangor - hitam, putih dan kuning warna negeri Perak - merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Tiga Bahagian di sebelah bawah - Negeri Sabah di sebelah kiri - Negeri Sarawak di sebelah kanan - Bunya Raya - Bunga Kebangsaan ditengah Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


JATA NEGERI SEMBILAN Sembilan tangkai padi & Bintang Pecah Sembilan - sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah - hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam - Datuk-datuk Undang. Warna kuning - Yang Di Pertuan Besar. Pedang dan sarungannya di atas perisai - keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" - tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar


TOKOH TEMPATAN Kawasan Parlimen tempat kediaman Kawasan Parlimen : Seremban Nama Ahli Parlimen : YB Loke Siew Fook Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat kediaman Kawasan DUN : Temiang Nama Ahli DUN : YB Ng Chin Sai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara: Mej. Jen. (B) Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Tuan Aziruddin Bin Abdul Aziz


AMALAN AGAMA RUKUN ISLAM 1. Mengucap 2 kalimah syahadah. 2. Solat 5 waktu. 3. Puasa di bulan Ramadan. 4. Mengeluarkan zakat. 5. Mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan) RUKUN IMAN 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya kepada Malaikat-Malaikat 3. Percaya kepada Kitab-Kitab 4. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul 5. Percaya kepada Hari Akhirat 6. Percaya kepada Qada' dan Qadar


5 GAYA HIDUP SIHAT DAN BAHAGIA Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. 1. Menjaga Pemakanan Seharian Antara amalan gaya hidup sihat ialah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Hal ini akan menyebabkan badan kita jauh dari pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. 2. Bersenam atau Beriadah Kita hendaklah rajin melakukan aktiviti bersenam atau beriadah. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Hal ini membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. 3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. 4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan Kita hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan, sebaiknya dibuat dua kali satahun. Dengan mengetahui tahap kesihatan, kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. 5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan Kita mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah.


SELSEMA Apakah Selsema? 1. Selsema bukan dijangkiti kerana tidak berpakaian cukup tebal pada musim sejuk atau terdedah kepada cuaca yang sejuk. Itu adalah mitos. 2. Penyebab yang paling biasa sebenarnya adalah virus. Terdapat lebih 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema. 3. Selsema menjangkiti anda apabila virus merebak melalui titisan air yang tersebar apabila orang yang telah dijangkiti virus bersin, batuk atau disebarkan secara sentuhan seperti titisan pada sapu tangan atau objek lain yang telah disentuh pesakit yang menghidap selsema contohnya tombol pintu dan telefon atau mainan kanakkanak 4. Sesetengah virus seperti Rhinovirus boleh hidup sehingga tiga jam di luar badan manusia. Gejala Selsema Selsema biasanya disertai dengan gejala ringan selama lima hingga 10 hari, namun gejala boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Sebaliknya, selsema yang disebakan oleh virus influenza, boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk. Gejala yang paling kerap berlaku ketika selsema adalah: 1. Tekak kering 2. Sakit tekak 3. Batuk 4. Demam ringan 5. Bersin 6. Suara yang serak 7. Hidung tersumbat 8. Sakit kepala yang ringan Gejala yang jarang berlaku, tetapi boleh dialami oleh pesakit selsema adalah: 1. Sakit otot 2. Menggigil 3. Mata merah 4. Lemah badan 5. Kurang selera makan 6. Keletihan Sesetengah orang tidak mengalami apa-apa gejala apabila dijangkiti virus selsema, kerana sistem imun tubuh yang lebih kuat dalam melawan jangkitan. Kadang kala, mereka yang menghidap selsema turut boleh dijangkiti bakteria pada bahagian telinga atau rongga sinus dan dikenali sebagai jangkitan bakteria sekunder - jangkitan ini boleh dirawat dengan antibiotik.


Cara Rawatan A) Merawat hidung tersumbat: Minum banyak air akan mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran rongga hidung. B) Merawat Demam dan sakit: Ubat-ubatan seperti acetaminophen, ibuprofen, atau naproxen atau ubat-ubatan anti-keradangan yang lain membantu mengurangkan demam, sakit tekak, dan melegakan sakit badan. C) Batuk: ‘Suppressants’: untuk batuk yang tidak berkahak. ‘Expectorants’: Batuk dengan pengeluaran lendir yang berlebihan, atau kahak D) Sakit tekak: Lozenges dan semburan topikal dapat memberikan kelegaan dari sakit tekak. Lozenges tidak disyorkan untuk kanak-kanak. Berkumur dengan air garam yang suam juga boleh melegakan tekak yang gatal. E) Hidung tersumbat dan gatal-gatal: Decongestant hidung membantu meredakan hidung dan saluran sinus yang tersumbat.


PERTOLONGAN CEMAS DEFINISI: Pertolongan yang diberi kepada mangsa yang tercedera secara tiba-tiba sebelum ketibaan pakar Contoh: 1. Rawatan pertama diberi kepada mangsa / pesakit kemalangan 2. Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan doctor MATLAMAT UTAMA 1. Untuk menyelamatkan nyawa 2. Mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk 3. Mengurangkan kesakitan 4. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doctor. EMPAT LANGKAH UTAMA 1. Kenalpasti masalah kecemasan 2. Membuat keputusan untuk bertindak 3. Menghubungi pasukan kecemasan 4. Memberi bantuan kecemasan sehingga bantuan sampai


CARA MENDAPATKAN BANTUAN KECEMASAN 1. Tentukan sama ada anda boleh melakukan apa sahaja untuk membantu Perkara paling penting ialah tetap tenang, dan sentiasa mengawal keadaan. Jangan risau. Sekiranya ada orang di tempat kejadian yang mungkin marah atau takut, cuba yakinkan mereka. Gunakan mereka untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya anda tidak pasti apa yang harus dilakukan, tinggal bersama pesakit semasa anda menunggu ambulans. 2. Mengendalikan keadaan kecemasan: luangkan masa untuk berfikir sebelum bertindak Berada dalam keadaan darurat boleh menyebabkan pemikiran panik dan tindakan mungkin kurang baik. Bertindak balas dengan segera terhadap situasi, luangkan masa untuk menenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam sebelum anda mengambil tindakan. 3. Tangani keadaan kecemasan: dapatkan peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas harus mengandungi alat kecemasan yang berguna untuk menangani banyak kecemasan perubatan. Sebarang alat pertolongan cemas harus mengandungi pembalut, kain kasa, pita pelekat, pembasmi kuman, dan barang berguna lain. 4. Kemukakan soalan asas kepada orang yang cedera Penting untuk memahami keadaan mental pesakit agar lebih memahami jenis kecederaan. Sekiranya orang itu kelihatan keliru dengan soalan atau memberikan jawapan yang salah, ini mungkin menunjukkan kecederaan tambahan daripada yang fizikal. Sekiranya anda tidak pasti sama ada mangsa tidak sedarkan diri, sentuh bahu mereka. Anda boleh kemukakan soalan 1. "Awak ok?" 2. Siapa nama awak? 3. Bila tarikh lahir awak? 4. Berapakah umur awak? Elakkan menggerakkan pesakit yang cedera. Sekiranya pesakit cedera di leher, tindakan kita dikhuatiri boleh mengakibatkan kecederaan pada tulang belakang. Sentiasa hubungi perkhidmatan kecemasan jika pesakit cedera di leher dan tidak dapat bergerak. Jika pesakit tidak boleh berjalan kerana kecederaan kaki, anda boleh membantu memindahkan pesakit dengan memapah pesakit di bahu.


5. Tangani keadaan kecemasan: gunakan telefon hanya untuk meminta pertolongan Beri sepenuh perhatian kepada pesakit. Hubungi perkhidmatan kecemasan supaya menghantar pengawai kecemasan dengan segera NOMBOR TELEFON KECEMASAN Balai Polis Sikamat : 06-761 2222 Klinik Kesihatan Sikamat : 06-761 3075 / 3076 / 3077 Balai Bomba Jalan Rahang : 06-767 7089 / 06-762 4444


JENIS-JENIS ANDUH ANDUH KEPALA. 1. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. 2. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila. 3. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas. ANDUH LENGAN. 1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI. 1. Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. 2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. 3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan 4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki. ANDUH LUTUT. 1. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera. 2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut 3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.


LATIHAN ASAS KAWAD KAKI 1. KEDUDUKAN SEDIA 1. Berdiri tegak 2. Mata pandang 100 meter kehadapan 3. Tangan lurus rapat ke badan 4. Jari genggam. Ibujari hala ke bawah selari dengan garisan seluar 5. Kaki rapat, Tapak kaki bentuk huruf 'V' Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Senang Diri) Baris! .. Baris ... Sedia! 2. KEDUDUKAN SENANG DIRI 1. Berdiri tegak 2. Kedua tangan lurus ke belakag. 3. Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap' 4. Kedua kaki lurus dan dijarakkan Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Rehatkan Diri) Baris!!! (Dari Kedudukan Sedia) Baris! .. Senang .. Diri!


3. KEDUDUKAN REHATKAN DIRI 1. Berdiri tegak 2. Kedua tangan bengkok ke belakang dan diletakkan di paras pinggang 3. Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap' 4. Kedua kaki lurus dan dijarakkan Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Senang Diri) Baris! .. Rehatkan .. Diri! 4. PERGERAKAN KE KANAN PUSING 1. Dengan pantas, pusing kepala bahu dan badan 90° ke sebelah kanan. 2. Berpusing di atas tumit kaki kanan, tapak kaki di hadapan kanan rata di bumi, tapak kaki kiri di belakang tumit terangkat sedikit. 3. Bawa kaki kiri ke hadapan, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha sama paras, hujung kaki junam ke bumi dan bersetentangan dengan hujung lutut, hentak padat tapak kaki kiri ke bumi di sebelah tapak kaki kanan. 4. Diam, dalam Kedudukan - Sedia Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Sedia) Baris! .. Akan Bergerak Ke Kanan .. Ke Kanan ... Pusing!


5. PERGERAKAN KE KIRI PUSING 1. Dengan pantas, pusing kepala bahu dan badan 90° ke sebelah kiri. 2. Berpusing di atas tumit kaki kiri, tapak kaki di hadapan kiri rata di bumi, tapak kaki kanan di belakang tumit terangkat sedikit. 3. Bawa kaki kanan ke hadapan, angkat kaki kanan, bengkokkan lutut, peha sama paras, hujung kaki junam ke bumi dan bersetentangan dengan hujung lutut, hentak padat tapak kaki kanan ke bumi di sebelah tapak kaki kiri. Diam. Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Sedia) Baris! .. Akan Bergerak Ke Kiri .. Ke Kiri ... Pusing! 6. PERGERAKAN KE BELAKANG PUSING 1. Dengan pantas, pusing kepala bahu dan badan 180° ke belakang melalui kanan. 2. Berpusing di atas tumit kaki kiri, tapak kaki kanan di hadapan rata di bumi, tapak kaki kiri di belakang tumit terangkat sedikit. 3. Renggangkan kaki dan jaga timbangan badan dengan merapatkan peha. 4. Kedua-dua lutut tegang dan anggota badan yang lain diam. 5. Bawa kaki kiri ke hadapan, angkat kaki kiri, bengkokkan lutut, peha sama paras, hujung kaki junam ke bumi dan bersetentangan dengan hujung lutut, hentak padat tapak kaki kiri ke bumi di sebelah tapak kaki kanan. Diam. Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Mengadap Hadapan) Mengadap Ke Belakang .. Belakang Pusing! (Dari Kedudukan Mengadap Belakang) Mengadap Ke Hadapan .. Belakang Pusing!


7. PERGERAKAN KE KANAN LURUS 1. Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan (Penanda) tidak perlu bergerak. 2. Pergerakan serentak tangan dan kepala. Ahli barisan hadapan angkat tangan kanan lurus 90° ke kanan di belakang badan kawan. Kepala pusing 90° ke kanan. 3. Ahli barisan paling kanan angkat tangan kanan lurus 90° ke hadapan di tepi bahu kanan kawan. Kepala tidak perlu pusing 90° ke kanan. 4. Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak kembali di tempat asal. Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri. 5. Ahli barisan hadapan bergerak ke kiri secara pantas sambil menghentak kaki sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kiri kawan. Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di sebelah kanan sahaja yang kelihatan. 6. Ahli barisan paling kanan bergerak ke belakang secara pantas sambil menghentak kaki sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kanan kawan. Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di hadapan sahaja yang kelihatan. 7. Ahli-ahli di dalam barisan (selain ahli barisan hadapan dan kanan) bergerak sama seperti ahli lain cuma tidak perlu mengangkat tangan. Betulkan kedudukan mengikut kawan hadapan dan kawan di sebelah kanan. 8. Semua ahli bersiap sedia untuk kembali ke kedudukan sedia apabila arahan 'pandang depan' diberi. Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Sedia) Ke Kanan .. Lurus! (Dari Kedudukan Ke Kanan Lurus ) Pandang .. Depan!


8. PERGERAKAN BUKA BARISAN 1. Barisan hadapan melangkah 1 langkah ke hadapan dan hentak kaki 1 kali 2. Barisan belakang melangkah 1 langkah ke belakang dan hentak kaki 1 kali < < > > 9. PERGERAKAN TUTUP BARISAN > > < < 3. Barisan hadapan melangkah 1 langkah ke belakang dan hentak kaki 1 kali 4. Barisan belakang melangkah 1 langkah ke hadapan dan hentak kaki 1 kali Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Tutup Barisan) Buka Barisan .. Gerak! (Dari Kedudukan Buka Barisan ) Tutup Barisan .. Gerak!


10. PERGERAKAN LANGKAH KE KIRI/KANAN Pandangan Sisi 1. Semua ahli akan bergerak serentak samada ke kiri atau ke kanan mengikut arahan. C B A 1 2 3 4 5 6 7 8 2. Pergerakan sama seperti hentak kaki. Setiap hentakan kaki berjarak 12-20 inci dari kedudukan asal. C B A C B A 1 2 3 4 5 6 7 8 Bahasa Hukuman (Dari Kedudukan Sedia ) Bergerak 2 Langkah Ke Kanan .. Gerak! (Dari Kedudukan Sedia) Bergerak 2 Langkah Ke Kiri .. Gerak!


11. BARISAN PARAS Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:- 1. Paras ahli tinggi di tengah; 2. Paras ahli rendah ditengah; 3. Paras ahli tinggi di kiri; 4. Paras ahli rendah di kiri 12. KELUAR BARIS Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. 13. BERSURAI Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.


HUKUMAN KAWAD 1. Baris .. baris sedia! 2. Baris .. senang diri! 3. Rehatkan diri 4. Scout…. 5. Luruskan barisan, 6. Scout, 7. Buka barisan, Gerak…, 8. Ke kanan lurus, 9.Pandang depan…., 10. Bergerak ke kanan, kanan pusing.., 11.Menghadap kehadapan, kiri pusing …, 12. Bergerak ke kiri, kiri pusing …, 13. Menghadap kehadapan, kanan pusing …, 14. Menghadap kebelakang, belakang pusing …, 15. Menghadap ke hadapan, belakang pusing …, 16. Dua langkah ke kiri, Gerak…, 17. Tutup barisan, Gerak…, 18. Keluar……….Baris


LATIHAN ASAS ALA KOMANDO Langkah-langkah Keselamatan Melakukan Latihan Halangan Komando 1. Menempatkan petugas bagi setiap bes / station 2. Memberi taklimat dan penerangan yang secukupnya tentang aktiviti yang akan dijalankan kepada setiap peserta. 3. Sentiasa mengawasi setiap aktiviti. 4. Menggunakan peralatan yang sesuai dan selamat digunakan. 5. Menyediakan persiapan awal sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan


KEMAHIRAN IKATAN TINDIH KASIH 1. Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda, binatang dan sevagainya 2. Sesuai untuk tujuan menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya SIMPUL MANUK 1. Mengikat benda licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya 2. Mudah diikat / disimpul dan mudah ditanggal / dibuka LILIT DUA SIMPUL (SIMPUL BELIT) 1. Mengikat hujung tali pada mata kail, pancang pokok dan sebagainya


MENDIRI / MENURUN / MELIPAT KHEMAH 1. 2. 3. 4. 5. 6.


LIMA JENIS POKOK HUTAN DAN KEGUNAANNYA 1. Nama Nyatoh Nama Saintifik Lokasi Tumbuh Kegunaan Palaquium sp Tanah pamah berpaya dan tepi pantai Perabut bermutu tinggi seperti sofa 2. Nama Kempas Nama Saintifik Lokasi Tumbuh Kegunaan Koompassia Malaccensis Tanah lembah berpaya Pembinaan berat seperti membina kapal 3. Nama Meranti Bakau Nama Saintifik shorea uliginosa Lokasi Tumbuh Kegunaan Shorea Uliginosa Hutan berpaya Perabut ringan seperti bingkai pintu 4. Nama Cengal Nama Saintifik Lokasi Tumbuh Kegunaan Neobalanocarpus Heimii Tanah berpasir dan hamper paya Pembinaan berat seperti jambatan 5. Nama Getah Nama Saintifik hevea brasiliensis Lokasi Tumbuh Kegunaan Hevea Brasiliensis Tanah rendah dan beralun Perabut ringan seperti lantai parket


KREATIVITI PILIHAN


LAGU PENGAKAP LAGU PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia UNDANG PENGAKAP Dipercayai taat berguna Bersaudara berbudi kasihkan binatang Menurut perintah Tabah hati, berjima Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan YIPPI YEA Yip pi ye~ ye~ ye~ (2×) Kami pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam TARIAN GAJAH Apa bila bunga kembang berseri seekor gajah keluar menari lenggok ke kanan .. lenggok kekiri lalu menjemput seekor gajah lagi MANDOLO Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Lai. lai, lai, lai, lai, lai . LAI CHI KANG lai chi kang semangkuk dua kupang lai chi kang semangkuk dua kupang makan satu tak kenyang semangkuk dua kupang KALAU RASA GEMBIRA Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, tepuk tangan. APUSE Apuse ko -kon da-oo ya - rabay soron do vei-vei Of lenso beni de-mo , beni - fa - say Of lenso beni de-mo , beni - fa - say Ara fa-bay , as-wa rak-wa Ara fa-bay . as-wa rak wa BERTEMU DAN BERPISAH Bertemua dan berpisah Adat manusia biasa Hilang di mata tapi di hati tidak lupa Berdoalah kita gar aman dan sentosa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa


PERKHIDMATAN


PEK BERCUTI


KAWASAN TEMPAT TINGGAL


Click to View FlipBook Version