BUKU LOG LENCANA PENUNGGANG BASIKAL ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN
BUTIRAN DIRI Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011 Keturunan : Melayu Agama : Islam Jantina : Lelaki Kegemaran : Bermain komputer dan menunggang basikal Cita-Cita : Pereka Cipta Alamat Rumah : No. 456 Lorong Makmur 1/4, Taman Temiang Jaya, 70400 Seremban BUTIRAN BAPA Nama : Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab No. Telefon : 016-6033 603 Pekerjaan : Penolong Pengurus, Berembun Resort Sdn Bhd BUTIRAN IBU Nama : Rafida Rahinna Binti Abdul Kahar No. Telefon : 016-284 0084 Pekerjaan : Suri Rumah
REKOD UJIAN LENCANA PENUNGGANG BASIKAL Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz No. MyKid : 111229 – XX - XXXX Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana No. Kumpulan : 05 Daerah : Seremban Barat Negeri : Negeri Sembilan No. Perkara Tarikh Penguji 1. Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal 2. Mengetahui dan menyatakan 10 peraturan semasa berbasikal. 3. Menunjukkan cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal. 4. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 6. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh penilai/pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki. Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak dalam Lencana Penunggang Basikal Pengakap Kanak-Kanak. Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak (Nama & cop)
UNDANG-UNDANG JALAN RAYA 1. Patuhi semua undang-undang, tanda-tanda dan isyarat lalu lintas yang dikenakan kepada pemilik kenderaan yang lain semasa menunggang basikal di jalanraya, 2. Basikal mesti bergerak di dalam arah yang sama dengan kenderaan lain. 3. Dilarang menunggang dari arah yang bertentangan dengan arah lalu lintas kerana ianya berbahaya dan menyalahi undang-undang. 4. Menungganglah basikal di sepanjang lorong pejalan kaki dan mestilah patuhi semua papan tanda dan isyarat yang disediakan untuk pejalan kaki. 5. Bila menghampiri pejalan kaki dari belakang, perlahan dan beri isyarat yang boleh didengar untuk memberi amaran kepada pejalan kaki kehadiran penunggang basikal dari arah belakang pejalan kaki yang ingin melintasi mereka PERATURAN SEMASA BERBASIKAL 1. Pastikan basikal selamat digunakan. Periksa angin tayar, brek, lampu hadapan, lampu merah belakang dan loceng boleh digunakan. 2. Pakai topi keselamatan, pakaian dan kasut yang bersesuaian. Pastikan pakaian tidak terlalu besar dan labuh. 3. Sebelum belok basikal ke kanan, ke kiri atau ke belakang, hendaklah memandang ke belakang dan kemudian beri isyarat. 4. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris. 5. Guna lorong basikal, jika ada. 6. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal (pedal). 7. Fahami dan ingat isyarat jalan raya. 8. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya. 9. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas. 10. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.
ISYARAT TANGAN SEMASA BERBASIKAL Isyarat untuk belok kiri kanan Isyarat untuk belok ke kiri Isyarat untuk memperlahankan basikal Isyarat untuk memberhentikan basikal
KEMALANGAN SEMASA BERBASIKAL 1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna keadaannya, misalnya brek, lampu dan sebagainya tidak boleh digunakan lagi. 2. Tidak memberi isyarat yang jelas semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok atau sewaktu memberhentikan basikal. 3. Membawa penumpang atau benda-benda yang boleh menggangu imbangan semasa menunggang basikal. 4. Menunggang dan mengikuti kenderaan lain pada jarak yang dekat. 5. Menunggang basikal beriring-iringan terutama di jalan raya yang sibuk dan sempit. 6. Membawa haiwan semasa menunggang basikal. 7. Bergurau atau bercakap-cakap semasa menunggang di jalan yang sibuk. 8. Memotong atau melintas di celah-celah kenderaan lain. 9. Menunggang basikal yang tidak sesuai saiznya dengan penunggang. Contohnya, menunggang basikal yang terlalu besar atau terlalu kecil. 10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak selaras dan tidak sesuai dengan penunggang. PENJAGAAN BASIKAL 1. Rantai basikal perlu selalu diminyak. Ini penting untuk pelinciran terutama di bahagian mekanikal supaya ia bergerak mudah. 2. Semua kabel basikal sebaiknya direndam didalam minyak hitam. Ia penting sebagai pelincir kabel. Caranya, tanggalkan kabel dan rendam semalaman, jemur sehari supaya minyak titis dan pasangkan kembali. 3. Gunakan spanar atau peralatan sesuai dengan ukuran betul untuk membuka atau mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak. 4. Pastikan basikal sentiasa dibersihkan selepas digunakan terutama di bahagian brek untuk mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman. 5. Periksa tekanan angin tayar bagi memastikan keselamatan terjamin. Periksa had tekanan pada tayar sebelum mengisi angin. 6. Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui jalan basah kerana kurang cengkaman. 7. Pastikan pelana duduk selaras dengan pemegang 'handle' dan ketinggian penunggang supaya tidak mengalami masalah sakit pinggang ketika menunggang. Pelana yang terlalu tinggi akan menyebabkan penunggang terhumban ke hadapan jika berhenti secara mengejut.
MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL (MENAMPAL TIUB BASIKAL) 1. Terbalikkan basikal dengan pemegang ‘handle’ dan pelana duduk berada di atas tanah 2. Cari punca kebocoran tiub seperti paku, skru atau apa-apa sahaja 3. Tekan pada injap untuk mengeluarkan semua baki udara 4. Keluarkan tayar dari rim. Gunakan alat yang sesuai. 5. Keluarkan tiub dari tayar. 6. Pam angin tayar secukupnya 7. Rendam tiub di dalam bekas berisi air untuk mengesan kebocoran di tiub. Gelembung udara akan kelihatan. 8. Keluarkan tiub dari bekas air. Keringkan dan tandakan kawasan berlubang.
9. Gunakan kertas pasir untuk merata & melicinkan permukaan berlubang 10. Letakkan gam di kawasan lubang. Biarkan ia kering. 11. Tampalkan pelekat di kawasan yang telah di gam. Biarkan pelekat kering. 12. Rendam tiub sekali lagi di dalam bekas berisi air untuk mengesan jika kebocoran masih ada. 13. Pasangkan semula tiub di rim tayar. Pastikan injap dimasukkan di lubangnya 14. Masukkan tayar ke rim semula. Gunakan alat yang sesuai. 15. Pasangkan semula tayar ke basikan. 16. Pam angin ke tayar secukupnya
TANDA-TANDA ISYARAT LALU LINTAS
BAHAGIAN BASIKAL